Wednesday, March 13, 2024

Buku Teks Tahun 6 - Unit 02

Buku Teks - Semakan 👉

  1. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - A - Teliti dan fahami maklumat yang diberi. Isikan jawapan yang betul.
    1. 复习 = mengulang kaji
    2. 学业 = pelajaran
    3. 讲座会 = ceramah
    4. 询问 = bertanya
    5. 事情 = perkara
    6. 请求原谅 = meminta maaf
    7. 答应 = berjanji
    8. 勤勉  = tekun
    9. 讨论 = berbincang
    10. 做决定 = membuat keputusan
    11. 参加 = menyertai
    12. 演讲人 = penceramah
    13. 著名 = terkenal
    14. 指导 = panduan
    15. 当然 = memang
    16. 有资格 = berlayak
    17. 荣誉 = anugerah
    18. 证明 = membuktikan
    19. 优秀 = cemerlang
    20. 专注 = menumpukan perhatian
  2. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. 离开(世)= meniggalkan
    2. 永远 = selama-lamanya
    3. 刚刚 = baru
    4. 踏入 = melangkah
    5. 人 = insan
    6. 特别 = istimewa
    7. 不增 = tidak pernah
    8. 忘记 = melupakan
    9. 印象 = imbasan
    10. 怀旧 = nostalgia
    11. 记忆 = ingatan
    12. 寂寞 = sunyi
    13. 似乎 = seolah-olah
    14. 身边 = sisi
    15. 哄睡 = menidurkan
    16. 爱抚 = membelai
    17. 凝视 = merenung
    18. 肖像 = potret
    19. 医治 = mengubat
    20. 思念 = rindu
    21. 确实 = benar-benar
    22. 疼爱 = menyayangi
    23. 伤(某人的)心 = melukakan hati
    24. 耐心 = sabar 
    25. 照料 = melayan
    26. 要求 = kerenah
    27. 有品德 = berakhlak mulia
    28. 福利社 = rumah kebajikan
    29. 孤儿(无双亲)= anak yatim-piatu
    30. 同样命运 = senasib
    31. 消失 = luput
    32. 发觉 = sedari
    33. 泪水 = air mata
    34. (泪)流滴 = berlinang
    35. 脸颊 = pipi
    36. 太平 = damai
    37. 世界 = alam
  3. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - C - Baca dan buat tafsiran.
    1. 名人 = tokoh
    2. 个性 = sahsiah
    3. 特性 = keperibadian
    4. 高尚 = mulia
    5. 经常 = sering
    6. 为校争光 = mengharumkan nama sekolah
    7. 失去、放过 = terlepas
    8. 分歧 = berselisih 
    9. 被喜欢 = disenangi
    10. 勤劳 = ringan tulang
    11. 抱怨、发牢骚 = merungut
    12. 庆幸 = bersyukur
    13. 立志 = berazam
  4. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - D - Lengkapkan syair berikut. Isikan jawapan yang betul.
  5. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - E - Pilih jawapan yang paling sesuai. [Lengkapkan dialog dengan perkataan]
  6. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - F - Bina ayat[Di Kebun - cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan]
  7. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - G - Jawab soalan berpandukan petikan. Pilih jawapan yang betul.
  8. 六年级(S6)02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - H - Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat. Kemudian, tulis semula ayat dengan betul.




02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - A

Teliti dan fahami maklumat yang diberi. Isikan jawapan yang betul.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

(Jawapan perlu mengisi Huruf sahaja)

A

Daniel semakin rajin mengulang kaji pelajaran selepas mendengar ceramah Keluarga Berjaya. Dia juga suka bertanya kepada ibu bapanya jika terdapat perkara yang sukar difahami.  

B

Daniel meminta maaf daripada ibu dan bapanya kerana dia pernah berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh. Bapa Daniel menasihatinya supaya tekun belajar.

C

Daniel berbincang dengan ibu dan bapanya. Mereka membuat keputusan untuk menyertai ceramah Keluarga Berjaya. Penceramah terkenal akan memberi panduan tentang keluarga berjaya.

D

Ya, Daniel memang layak menerima anugerah itu. Dia telah membuktikannya dengan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan kurikulum.

E

Daniel dan keluarga duduk di barisan yang sama supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap ceramah yang disampaikan. Daniel juga boleh terus bertanya kepada ibu dan bapanya jika ada yang tidak difahaminya.

1.

Dengan siapakah Daniel berbincang untuk menyertai ceramah Keluarga Berjaya? Mengapa?

C

2.

Mengapakah Daniel dan keluarga duduk di barisan yang sama?

E

3.

Selepas ceramah, Daniel meminta maaf daripada ibu dan bapanya. Mengapa?

B

4.

Apakah kesan baik daripada ceramah itu kepada Daniel?

A

5.

Adakah Daniel layak menerima anugerah itu? Mengapa?

D

02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Sudah hampir tiga tahun ibu meninggalkan aku buat selama-lamanya. Waktu itu aku baru melangkah ke darjah satu. Ibu insan istimewa bagiku. Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan nostalgia lalu masih segar dalam ingatanku.

          Panggilan ‘ibu’ selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah ibu berada di sisiku, menidurkan aku, membelaiku. Aku merenung gambarku bersama-sama ibu. Ibu kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku terhadap ibuku. 

          Ibu benar-benar menyayangi aku. Setiap hari, beliau menghantar dan mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Ibu tidak pernah melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala kerenahku. Ibu juga banyak memberikan nasihat kepadaku agar menjadi orang yang berguna dan berakhlak mulia.

          Kini ibu telah tiada. Aku tinggal di rumah kebajikan anak-anak yatim sebagai seorang anak yatim-piatu. Di sini, aku mempunyai rakan-rakan yang senasib denganku. Kenangan dan kemesraanku bersama ibu tidak pernah luput dari ingatanku. Tanpa kusedari, air mataku berlinang di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih saying ibu. Harapanku semoga ibu damai di alam sana.

1.

Berapakah umur penulis sewaktu ibunya meninggal dunia?

Umur penulis sewaktu ibunya meninggal dunia ialah tujuh tahun.

2.

Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila rindu akan ibunya?

Penulis akan merenung gambarnya bersama ibunya apabila rindu akan ibunya.

3.

Apakah nasihat ibu penulis terhadapnya dahulu?

Ibu penulis menasihatinya agar menjadi orang yang berguna dan berakhlak mulia.

4.

Di manakah penulis tinggal selepas kematian ibunya?

Setelah kematian ibunya, penulis tinggal di rumah kebajikan sebagai seorang anak yatim piatu.

5.

Setelah membaca cerita di atas, berapakah umur penulis sekarang?

Setelah membaca cerita di atas, umur penulis sekarang ialah sepuluh tahun.

02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - C

Baca dan buat tafsiran.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Ratna telah dipilih sebagai tokoh sahsiah di sekolahnya. Dia dipilih oleh guru-guru kerana keperibadiannya yang mulia. Dia juga terkenal kerana sering mengharumkan nama sekolah.

          Di sekolah, Ratna sentiasa mematuhi peraturan. Dia datang awal ke sekolah supaya dia tidak terlepas pelajaran yang diajarkan oleh guru. Dia juga menghormati guru-gurunya dan sentiasa mendengar nasihat mereka. Dia juga suka menolong guru-gurunya seperti membawa beg guru dan mengangkat buku-buku latihan ke bilik guru. Jika berselisih dengan guru-guru, dia akan memberikan salam kepada mereka.

          Di rumah pula, Ratna merupakan anak yang sangat disenangi oleh anggota keluarganya. Ratna mempunyai akhlak yang mulia. Dia sentiasa bersopan santun ketika bercakap dengan ibu bapanya dan kakak serta abangnya. Dia ringan tulang dan tidak merungut tentang kerja yang dilakukannya.

          Ratna amat gembira dan bersyukur ketika menerima anugerah tersebut. Dia berazam untuk menjadi murid dan anak yang lebih baik pada masa akan datang.

 

1.

Anugerah diterima

tokoh sahsiah

2.

Sikap Ratna terhadap guru

menghormati guru

3.

Sikap Ratna terhadap guru

3.

mendengar nasihat guru

4.

Sikap Ratna terhadap guru

4.

menolong guru

5.

Sikap Ratna terhadap guru

5.

memberikan salam kepada guru

6.

Sikap Ratna di rumah

6.

berakhlak mulia

7.

Sikap Ratna di rumah

7.

bersopan santun ketika bercakap dengan anggota keluarga

8.

Sikap Ratna di rumah

8.

ringan tulang

9.

Sikap Ratna di rumah

9.

tidak merungut tentang kerja

10.

Azam Ratna

10.

menjadi murid dan anak yang lebih baik  pada masa akan datang

Lengkapkan syair berikut. Isikan jawapan yang betul.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

berusaha

mulia

disanjungi

dididik

ditempuh

reda

bijak

bongkak

pentadbir

cemerlang

 

 

Seloka Bapa Cemerlang 

 

(1)bijak sungguh bapa Darshita 

Dia diasuh dia (2) dididik 

Dengan tekun ilmu dicari 

Onak duri sanggup (3)ditempuh

 

Harapan keluarga semua 

Dia perlu (4)berusaha 

Belajar tanpa dipaksa 

Lulus (5)cemerlang dengan jayanya. 

 

Sambung cita menjadi guru 

Kerja (6)mulia cita murni 

Mula bekerja di kampung 

Bapa (7)reda dengan senyuman. 

 

Cita dicapai berjaya sudah 

Menjadi (8)pentadbir sekolah 

Gigih bekerja bapa terkenal

Dapat Anugerah Bapa Cemerlang. 

 

Walau berjaya bapa tak (9)bongkak

Orang ramai menghormatinya 

Bijak sungguh bapa Darshita 

Bapa disayangi dan (10)disanjungi.

 


02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - E

Pilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

guru

biji

mereka

kamu

kita

Yen Yee

sini

keping

oren

Taman Mawar

 

Puan Ainan

:

Maya, marilah (1) kita bersarapan bersama-sama.

Maya

:

Baiklah, ibu. Apakah menu yang ibu sediakan pada pagi ini?

Puan Ainan

:

Pagi ini ibu sediakan mihun goreng dan karipap serta jus (2)oren untuk kamu.  Abang dan adik masih tidur lagi?

Maya

:

Wah, sedapnya! (3)Mereka sedang mandi, ibu. Saya tinggalkan beberapa (4) biji karipap ini untuk mereka.

Puan Ainan

:

Kawan (5)kamu yang hendak datang petang ini siapa? Ibu hendak sediakan makanan untuk minum petang.

Maya

:

Oh, hampir terlupa saya! (6) Yen Yee yang akan datang petang ini. Kami hendak berbincang tentang tugasan yang diberi oleh (7) guru.

Puan Ainan

:

Kawan kamu itu tinggal di mana?

Maya

:

Dia tinggal di (8) Taman Mawar. Oh, ya! Saya ada beberapa (9)keping gambar bersamanya. Nanti saya tunjukkannya kepada ibu.



02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - F

Bina ayat.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Gambar di bawah menunjukkan cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

  1. Encik Lim sedang membuat batas untuk menanam sayur menggunakan cangkul. 
  2. Puan Lim menabur biji benih di atas batas yang telah disediakan. 
  3. Ben Li mencabut rumput yang tumbuh di celah-celah pokok bendi. 
  4. Mei Ling sedang memetik cili yang sudah matang untuk dijual. 
  5. Jit Li sedang menyiram sayur dengan penyiram supaya subur.

02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - G

Jawab soalan berpandukan petikan. Pilih jawapan yang betul.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Abang Danish akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di Rusia. Dia akan berada di sana selama enam tahun. Alisya dan keluarga telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mereka mengucapkan selamat jalan kepada Abang Danish. Abang Danish berasa sungguh gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diidamkannya. Abang Danish ke sana dengan iringan dua daripada keluarganya.

 

      Semasa berada di lapangan terbang, Abang Danish telah bersalam-salaman dengan semua anggota keluarga. Ibu dan bapa menitiskan air mata. Mereka berasa sedih tetapi bangga atas kejayaan Abang Danish. Abang Danish hanya tersenyum melihat gelagat ibu dan bapa. Ibu dan bapa menasihati Abang Danish supaya belajar bersungguh-sungguh, Abang Danish mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja. Suasana pada ketika itu amat syahdu sekali.

 

1.

Berapa lamakah Abang Danish akan berada di Rusia?

A.
Lima tahun
B.
Enam tahun
C.
Tujuh tahun
D.
Lapan tahun

Jawapan:

B. Enam tahun
2.

Apakah cita-cita Abang Danish?

A.
Doktor
B.
Saintis
C.
Jurutera
D.
Jururawat

Jawapan:

A. Doktor
3.

Alisya dan keluarga berada di lapangan terbang untuk

A.
mengiringi Abang Danish ke Rusia.
B.
menghalang Abang Danish ke Rusia.
C.
mengucapkan selamat jalan kepda Abang Danish.
D.
menangis melihat Abang Danish yang hendak pulang ke Rusia.

Jawapan:

C. mengucapkan selamat jalan kepda Abang Danish.
4.

Perkataan seerti bagi gelagat ialah

A.
pertuturan.
B.
percaturan.
C.
persembahan.
D.
tingkah laku.

Jawapan:

D. tingkah laku.
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Abang Danish memarahi semua anggota keluarga.
B.
Ibu dan bapa Abang Danish berasa bangga dengan kejayaannya.
C.
Abang Danish berasa sedih hendak melanjutkan pelajaran ke Rusia.
D.
Ibu dan Abang Danish menasihati supaya pulang ke tanah air jika gagal dalam pelajaran.

Jawapan:

B. Ibu dan bapa Abang Danish berasa bangga dengan kejayaannya.


02: Keluarga Gembira Menjamin Kebahagiaan - H

Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat, kemudian tulis semula ayat dengan betul.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Kita mesti bekerjasama untuk membina lanskap ini dengan jayanya.

1.

Kesalahan :

lanskap

2.

Tulis semula ayat dengan betul.

Kita mesti bekerjasama untuk membina landskap ini dengan jayanya.

 

Landskap yang akan kita bina ini hendaklah berkonsipkan bumi hijau.

3.

Kesalahan :

berkonsipkan

4.

Tulis semula ayat dengan betul.

Landskap yang akan kita bina ini hendaklah berkonsepkan bumi hijau.

 

Encik Lim sekeluarga berkejasama dalam suasana gembira semasa menyiapkan landskap itu.

5.

Kesalahan :

berkejasama

6.

Tulis semula ayat dengan betul.

Encik Lim sekeluarga bekerjasama dalam suasana gembira semasa menyiapkan landskap itu.

 

Dia mengamalkan adabi dan cara belajar yang diajarkan oleh keluarganya.

7.

Kesalahan :

adabi

8.

Tulis semula ayat dengan betul.

Dia mengamalkan adab dan cara belajar yang diajarkan oleh keluarganya.

 

Erika terkenal kerana sentiasa mengharomkan nama sekolah.

9.

Kesalahan :

mengharomkan

10.

Tulis semula ayat dengan betul.

Erika terkenal kerana sentiasa mengharumkan nama sekolah.

 

Mereka membuat kepotosan untuk menyertai Kem Keluarga Ceria.

11.

Kesalahan :

kepotosan

12.

Tulis semula ayat dengan betul.

Mereka membuat keputusan untuk menyertai Kem Keluarga Ceria.

 

Pengajaranya ialah ibu bapa mestilah mendidik anak-anak sejak kecil untuk mencari ilmu biarpun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

13.

Kesalahan :

Pengajaranya

14.

Tulis semula ayat dengan betul.

Pengajarannya ialah ibu bapa mestilah mendidik anak-anak sejak kecil untuk mencari ilmu biarpun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

 

Pada setiap hari minggu, keluarga kami akan berkumpol di ruang hadapan tadika itu.

15.

Kesalahan :

berkumpol

16.

Tulis semula ayat dengan betul.

Pada setiap hari minggu, keluarga kami akan berkumpul di ruang hadapan tadika itu.

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)