Wednesday, March 13, 2024

Buku Teks Tahun 4 - Unit 03

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 

  1. 四年级(S4)03. Misi Mulia - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
  2. 四年级(S4)03. Misi Mulia - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
      1. 求(学)= menuntut
      2. 本地大学 = universiti tempatan
      3. 邻域 = bidang
      4. 医学 = perubatan
      5. 学年休假 = cuti semester
      6. 做义工 = melakukan kerja amal
      7. 经常 = sering
      8. 拜访 = mengunjungi
      9. 小丑 = badut
      10. 使人开心 = menghiburkan
      11. 病人 = pesakit
      12. 到达 = tiba
      13. 病房 = wad
      14. 脸色 = wajah
      15. 忧愁 = muram
      16. 变成 = bertukar
      17. 开心 = ceria
      18. 满足 = memenuhi
      19. 需求 = permintaan
      20. 作表演 = membuat persembahan
      21. 魔术 = silap mata
      22. 行为举止 = tingkah laku
      23. 好笑 = lucu
      24. 逗人 = mencuit hati
    1. __________
    2. Pada cuti semester, Ming Jun akan  __________. 
    3. Wajah pesakit kanak-kanak yang _____ bertukar _____ kerana __________. 
    4. Pada pendapat saya, Doktor Badut diperlukan di hospital untuk __________ dan __________.
  3. 四年级(S4)03. Misi Mulia - C - Bina ayat daripada frasa berikut.
  4. 四年级(S4)03. Misi Mulia - D - Lengkapkan sajak di bawah. ✍ Erti perkataan
    1. 时代 = generasi
    2. 伸长,伸出 = menghulur
    3. 义工 = sukarelawan
    4. 使命 = misi
    5. 精神 = semangat
    6. 召集 = mengerah
    7. 获得称赞 = terpuji
    8. 开拓 = meneroka
  5. 四年级(S4)03. Misi Mulia - E - Pilih kata ganti nama diri yang sesuai.
  6. 四年级(S4)03. Misi Mulia - F - Ulasan.
    1. Poster tersebut menunjukkan (1). Kempen itu dianjurkan oleh (2) pada (3) dan bertempat di (4). Program berlangsung dari pukul (5) hingga (6). Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya, (7). Semua (8) dijemput hadir kerana dapat (*9) dan (*10). *Manfaat menyertai program.
  7. 四年级(S4)03. Misi Mulia - G - Jawab soalan berpandukan petikan.
  8. 四年级(S4)03. Misi Mulia - H - Karangan. [lawatan ke rumah warga tua]

  1. Pada _____, sekolah saya mengadakan _____. _____ menyertai lawatan tersebut. Lawatan tersebut diadakan adalah untuk __________.
  2.           Pada _____, kami berkumpul di _____. _____ memberikan taklimat. Kemudian, kami bertolak dengan menaiki _____. 
  3.           Kami tiba di _____ pada _____. Kedatangan kami ____________________. Beliau ____________________. 
  4.           Mula-mula, kami __________ untuk __________. Kami juga __________. Kami turut _________ untuk __________.
  5.           Sebelum pulang, kami __________. Kami berasa _____ kerana __________. Kami berharap __________.



03. Misi Mulia - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

***Jawab soalan berikut dengan abjad.**

1.

Katy

:

Apakah yang sedang dilakukan oleh mereka?

Encik Tan

:

(a).

Katy

:

Siapakah yang memerlukan kemudahan tersebut?

Encik Tan

:

(b).

Katy

:

Bagaimanakah kemudahan tersebut dapat membantu mereka?

Encik Tan

:

(c).

Katy

:

Selain kemudahan tersebut, apakah lagi kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU?

Encik Tan

:

(d).

Katy

:

Saya gembira kerana pihak berkenaan mengambil berat tentang kebajikan golongan OKU.

Encik Tan

:

(e).

Jawapan:

1. D, 2. E, 3. C, 4. A, 5. B

03. Misi Mulia - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

Ming Jun ialah abang Ming Li. Dia berumur 22 tahun dan masih menuntut di sebuah universiti tempatan dalam bidang perubatan. Semasa cuti semester, dia akan melakukan kerja amal. Dia sering mengunjungi hospital sebagai Doktor Badut untuk menghiburkan pesakit di sana.

 

                Pada suatu hari, Ming Jun tiba awal di hospital. Dia terus menuju ke wad kanak-kanak. Semua pesakit kanak-kanak di situ gembira melihat Doktor Badut. Wajah mereka yang muram bertukar ceria.

 

                Daktor Badut memenuhi permintaan seorang pesakit kanak-kanak yang memintanya menyanyi. Beliau menyanyi sambil menari. Kemudian, Doktor Badut membuat persembahan silap mata. Tingkah lakunya sungguh lucu dan mencuit hati.

 

                Sebelum pulang, Doktor Badut memberikan hadiah kepada pesakit kanak-kanak di situ. Beliau gembira kerana dapat menghiburkan mereka.

1.

Ming Jun ialah seorang penuntut di _________________________.

sebuah universiti tempatan

2.

Apakah yang dilakukan oleh Ming Jun semasa cuti semester?

Pada cuti semester, Ming Jun akan melakukan kerja amal dengan mengunjungi hospital sebagai Doktor Badut untuk menghiburkan pesakit.

3.

Bagaimanakah reaksi pesakit kanak-kanak setelah melihat Doktor Badut?

Wajah pesakit kanak-kanak yang muram itu bertukar ceria kerana gembira melihat Doktor Badut.

4.

Pada pendapat kamu, mengapakah Doktor Badut diperlukan di hospital?

Pada pendapat saya, Doktor Badut diperlukan di hospital untuk menggembirakan kanak-kanak serta memberi dan memulihkan semangat pesakit terutama kanak-kanak.

03. Misi Mulia - C

Bina ayat daripada frasa berikut.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

1.

menyusun buku

Jawapan:

Beberapa orang ibu bapa sedang menyusun buku di rak yang disediakan supaya kelihatan kemas.
2.

menyumbangkan bahan bacaan

Jawapan:

Encik Lew menyumbangkan bahan bacaan untuk diletakkan di perpustakaan SJKC Pei Hwa.
3.

membacakan buku cerita

Jawapan:

Seorang guru wanita sedang membacakan buku cerita kepada murid-muridnya semasa waktu rehat.
4.

menjayakan misi

Jawapan:

Murid-murid SJKC Kok Min menjayakan misi untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
5.

menggembirakan warga emas

Jawapan:

Kami berusaha menggembirakan warga emas di Rumah Sinar Harapan dengan mempersembahkan nyanyian dan lakonan.

03. Misi Mulia - D

Lengkapkan sajak di bawah.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Sukarelawan

Langkahmu yang gagah

Diiringi (a) juang yang tinggi

(b) ke seluruh benua

(c) bantuan kepada yang berhak

Keyakinan menjadi pegangan

Laksanakan (d) tanpa mengira cabaran

Keikhlasan hatimu sikap (e)

(f) tenaga tanpa balasan

Sikap murnimu disanjung tinggi

Menjadi teladan dan perlu dicontohi

Juga panduan (g) hadapan

Murninya dirimu wahai (h)

Jawapan:

1. semangat, 2. Meneroka, 3. Menghulur, 4. misi, 5. terpuji, 6. Mengerah, 7. generasi, 8. sukarelawan

03. Misi Mulia - E

Pilih kata ganti nama diri yang sesuai.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

 harap negara kita akan bertambah maju,” titah Sultan Iskandar kepada rakyat jelata.

Jawapan:

Beta
2.

 berlima berbincang di bawah pokok.

Jawapan:

Mereka
3.

Tasya membasuh tangan  sebelum makan nasi.

Jawapan:

-nya
4.

 seorang sultan yang disanjungi oleh rakyat.

Jawapan:

Baginda
5.

"Ampunkan , tuanku,” sembah pengawal itu kepada sultan.

Jawapan:

patik
6.

 mesti menjaga kebersihan sekitar rumah kita.

Jawapan:

Kita
7.

 ialah seorang guru yang prihatin dan berdedikasi.

Jawapan:

Beliau
8.

Raju seorang budak yang baik.  mempunyai ramai kawan.

Jawapan:

Dia
9.

“  mahu ke Gunung Daik,” kata Hang Lekir kepada Hang Jebat.

Jawapan:

Hamba
10.

 tinggal di Taman Megah.

Jawapan:

Saya

03. Misi Mulia - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Berdasarkan poster tersebut, tulis ulasan tentang Program Sehari Bersama Kanak-kanak Sri Sinar. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Jawapan:

Persatuan Bahasa Melayu SJKC Kuo Min akan mengadakan Program Sehari Bersama Kanak-kanak Sri Sinar. Program ini akan diadakan pada 28 Mac 2020 bersamaan hari Sabtu kerana murid-murid tidak bersekolah pada hari tersebut.

    Program tersebut akan diadakan dari pukul 8:30 pagi hingga 2:00 petang di Rumah Kanak-kanak Sri Sinar. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut seperti gotong-royong, persembahan nyanyian dan lakonan, sesi ramah mesra dan agihan sumbangan.

      Aktiviti ini bukan sahaja dapat memupuk sikap penyayang dalam kalangan murid, malah dapat mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan antara murid dan kanak-kanak di rumah Sri Sinar.

03. Misi Mulia - G

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 

1.

Bilakah rombongan itu sampai di Rumah Sri Kenangan?

A.
10:00 malam
B.
10:30 pagi
C.
10:00 pagi
D.
11:00 pagi

Jawapan:

C. 10:00 pagi
2.

Berapakah jumlah peserta yang menyertai rombongan ini?

A.
30 orang
B.
34 orang
C.
40 orang
D.
44 orang

Jawapan:

B. 34 orang
3.

Rangkai kata warga emas dalam petikan bermaksud

A.
golongan kanak-kanak
B.
ahli persatuan
C.
orang miskin
D.
golongan tua

Jawapan:

D. golongan tua
4.

Apakah tujuan lawatan ini diadakan?

A.
Membantu anak-anak yatim yang kesusahan.
B.
Memupuk sikap penyayang terhadap warga emas.
C.
Mengutip derma untuk penghuni Rumah Sri Kenangan.
D.
Mengutamakan kebersihan dan kesihatan warga emas.

Jawapan:

B. Memupuk sikap penyayang terhadap warga emas.
5.

Aktiviti yang berikut dijalankan di Rumah Sri Kenangan, kecuali

A.
persembahan nyanyian
B.
menyampaikan sumbangan
C.
berkenalan dengan warga emas
D.
membersihkan Rumah Sri Kenangan

Jawapan:

D. membersihkan Rumah Sri Kenangan

03. Misi Mulia - H

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke rumah warga tua.

Tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu melawat ke tempat tersebut.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.

 

1.
Jawapan:

Lawatan ke Rumah Seri Kasih

Pada 25 April yang lalu, sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kasih. Tujuan lawatan ini adalah untuk memupuk rasa kasih dan sayang murid-murid terhadap warga emas.

Sebelum bertolak, kami berkumpul di dewan. Guru Penolong Kanan, Encik Mazlan telah memberikan taklimat. Kami bertolak pada pukul 8:00 pagi.

Kami tiba di Rumah Seri Kasih pada pukul 9:00 pagi. Kami disambut oleh pengurus Rumah Seri Kasih. Beliau memberikan sedikit penerangan berkaitan dengan Rumah Seri Kasih dan penghuninya.

Selepas itu, kami mula bergotong-royong membersihkan persekitaran Rumah Seri Kasih. Kemudian, kami beramah mesra dengan semua penghuninya. Kami turut membuat persembahan untuk menghiburkan warga emas di situ.

 Sebelum pulang, kami memberi sedikit sumbangan kepada pengurus dan penghuni Rumah Seri Kasih. Kami berasa gembira kerana dapat berkongsi kegembiraan dengan mereka. Kami berharap, aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)