Wednesday, March 13, 2024

Buku Teks Tahun 5 - Unit 02

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
    1. _____
    2. Aishah seorang yang _____.
    3. Aishah mendapatkan wang untuk menanggung perbelanjaannya dengan _____ dan _____.
    4. Pada pendapat saya, kita wajar menabung kerana _____ dan _____ . /selain itu, _____. [masa depan 未来 / yuran 学费/ kecemasan 紧急 - perbelanjaan 开支]
  2. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. _____.
    2. Aishah seorang yang _____,_____ dan _____.
    3. Aishah mendapatkan wang untuk menanggung perbelanjaannya dengan _____.
    4. Pada pendapat saya, kita wajar menabung kerana wang hasil tabungan kita boleh digunakan _____. __________.
  3. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - C - Nyatakan pendapat berdasarkan pernyataan yang diberi.
  4. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - D - Lengkapkan syair berikut. ✍ & Erti perkataan
    1. 被创造 = tercipta
    2. 鼓励 = galakan
    3. 露出(微笑等)= mengukir
    4. 机器 = jentera
    5. 被闻名于 = diharumkan
    6. 英勇、可靠的 = handal
    7. 消息,新闻 = berita
    8. 入迷 = terpikat
    9. 工程师 = jurutera
    10. 有才华 = berbakat
      1. Gelaran Adik Beradik 
      2. anak pertama : along
      3. anak kedua : angah
      4. anak ketiga : alang
      5. anak keempat : atih
      6. anak kelima : andak
      7. anak keenam : uda
      8. anak ketujuh : tam
      9. anak kelapan : acik
      10. anak kesembilan : anjang
      11. anak kesepuluh : usu
  5. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - E - Pilih kata ganti nama diri yang betul.
  6. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - F - Ulasan. [Pertandingan Bercerita]
    1. Rajah tersebut menunjukkan (1). Pada (2), (3) mengadakan Pertandingan Bercerita di (4). Pertandingan tersebut akan berlangsung dari (5) hingga (6). Syarat-syarat pertandingan ialah (7). Selain itu, cerita yang disampaikan hanya (8). Penggunaan prop dan (9)dibenarkan untuk memastikan cerita lebih menarik. Akhir sekali, keputusan pengadil (10). Hadiah menarik berupa (11) menanti pemenang. Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi (12) di talian 012-2245678 dan (13).
  7. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - G - Jawab soalan berpandukan petikan✍ Erti perkataan
    1. 忍受 = betah
    2. 富有的人 = orang senang
    3. 浪费时间 = membuang masa
    4. 乡村 = desa
    5. 有时 = kadang-kadang
    6. 艰难的 = payah
    7. 经历,面对 = mengharungi 
    8. 被强迫 = terpaksa
    9. 无尾的 = togel
    10. 零用钱 = wang saku
    11. 挑战 = cabaran
    12. 无时无刻 = saat-saat
    13. 沮丧的 = muram
    14. 企业家 = usahawan
    15. 拥有 = memiliki
    16. 工厂 = kilang
    17. 提供 = menawarkan 
    18. 产品 = produk
    19. 鞋油 = penggilap kasut
    20. 草药 = herba
    21. 木髓,树心 = empulur
    22. 灵验﹐有效 = mujarab
    23. 偏头痛 = migrain
    24. 年轻人 = belia
    25. 慈善家 = dermawan
  8. 五年级(S5)02: Keluarga Bestari - H - Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat, kemudian tulis semula ayat dengan betul.




02: Keluarga Bestari - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Jawab soalan berikut dengan abjad.

A

Selain daripada guru penasihat, ibu dan bapa saya yang menjadi pendorong kejayaan saya.

B

Saya telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.

C

Saya juga layak dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos nanti.

D

Ibu dan bapa saya juga turut membimbing dan melatih saya.

E

Selain menabung dan membeli barang keperluan, saya berhasrat menggunakan wang tersebut untuk membeli hadiah dan memberikannya kepada ibu bapa dan guru penasihat saya.

 

Nancy

:

Tahniah, Rachel! Kamu telah memenangi Pertandingan Syarahan Peringkat Negeri.

Rachel

:

Terima kasih, Nancy.

Nancy

:

Siapakah yang menjadi pendorong kepada kejayaan kamu ini?

Rachel

:

(1)A_________________________________.

Nancy

:

Bagaimanakah cara kamu berlatih?

Rachel

:

Setiap hari, saya akan meluangkan masa untuk menghafal. Saya akan mendapatkan tunjuk ajar daripada guru penasihat. (2)D ______________________.

Nancy

:

Apakah hadiah yang telah kamu menangi?

Rachel

:

(3)B _________________________________.

Nancy

:

Wah, banyaknya! Apakah yang akan kamu lakukan dengan duit tersebut?

Rachel

:

(4)E_________________________________.

Nancy

:

Selain daripada wang ringgit, apakah lagi yang kamu perolehi?

Rachel

:

(5)C_________________________________.

02: Keluarga Bestari - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Aishah belajar di sekolah berasrama penuh di Kuantan. Ayahnya bekerja sebagai guru di sekolah rendah. Ibu Aishah seorang suri rumah sepenuh masa. Aishah mempunyai dua orang adik lelaki kembar berumur 10 tahun. Aishah seorang anak yang sangat baik dan menghormati ibu dan ayahnya. Aishah sangat rajin dan kreatif. Dia selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya.

 

     Aishah tidak pernah meminta ibu dan ayahnya membelikannya sesuatu bagi memenuhi kehendaknya. Dia tidak mahu menyusahkan ibu dan ayahnya kerana dia tahu bahawa ayahnya perlu menanggung pelbagai perbelanjaan. Justeru, Aishah telah menjana pendapatan sendiri secara kecil-kecilan, iaitu dengan membuat beg kertas dan kad-kad ucapan. Hasil kreativitinya bukan sahaja disukai oleh rakan-rakan seasrama, malah guru-guru.

 

     Aishah rajin menabung. Dia akan menggunakan wang hasil tabungannya untuk memulakan perniagaan pada suatu hari nanti kerana dia bercita-cita untuk menjadi usahawan. Aishah berharap dia akan lebih cemerlang dalam pelajaran dan kehidupannya.

 

1.

Sekolah berasrama penuh tempat Aishah belajar terletak di.

Kuantan
2.

Apakah sifat-sifat yang dimiliki oleh Aishah?

Aishah seorang yang baik hati, menghormati ibu bapanya, rajin dan kreatif.
3.

Bagaimanakah Aishah mendapatkan wang untuk menanggung perbelanjaannya?

Aishah mendapatkan wang untuk menanggung perbelanjaannya dengan menjual beg-beg kertas dan kad-kad ucapan yang dihasilkannya sendiri.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

4.

Pada pendapat kamu, wajarkah kita menabung? Mengapa?

Pada pendapat saya, kita wajar menabung kerana wang hasil tabungan kita boleh digunakan pada masa hadapan untuk kita menyambung pelajaran. Selain itu, wang tersebut juga boleh digunakan ketika kecemasan seperti perbelanjaan hospital apabila kita atau ahli keluarga sakit.

2: Keluarga Bestari - C

Nyatakan pendapat berdasarkan pernyataan yang diberi.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Contoh:

Ibu bapa Ratna mengambil berat tentang pelajaran anak mereka.

Pada pendapat saya, ibu bapa Ratna sangat bertanggungjawab kerana mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.

 

1.

Ratna akan mengulang kaji pelajaran setiap hari pada waktu malam.

Pada pendapat saya, Ratna seorang yang rajin kerana sering mengulang kaji setiap hari pada waktu malam.

2.

Ratna sekeluarga akan berjoging di taman rekreasi pada setiap petang.

Pada pendapat saya, Ratna sekeluarga sangat mementingkan kesihatan kerana akan berjoging di taman rekreasi pada setiap petang.

3.

Ibu Ratna akan memastikan segala peralatan yang tajam disimpan di dalam laci.

Pada pendapat saya, ibu Ratna amat mementingkan keselamatan kerana menyimpan segala peralatan yang tajam di dalam laci.

4.

Ratna dan adik-adiknya akan mengikuti jadual belajar harian yang telah disediakan oleh ibu dan bapanya.

Pada pendapat saya, Ratna dan adiknya sangat berdisiplin kerana mengikuti jadual harian yang telah disediakan oleh ibu dan bapanya.

5.

Ratna sekeluarga akan bergotong-royong membersihkan rumah mereka pada setiap hujung minggu.

Pada pendapat saya, Ratna sekeluarga amat bekerjasama kerana mereka bergotong-royong membersihkan rumah pada setiap hujung minggu.

6.

Keluarga Ratna selalu menderma dan menghulurkan bantuan kepada orang susah.

Pada pendapat saya, keluarga Ratna sangat pemurah kerana selalu menderma dan menghulurkan bantuan kepada orang susah.

02: Keluarga Bestari - D

Lengkapkan syair berikut.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

berbakat

tercipta

jurutera

Galakan

terpikat

mengukir

berita

jentera

handal

diharumkan

 

Syair Keluarga Hebat

 

Dengarlah ini sebuah cerita,

Kisah terjadi di sebuah kota,

Sejarah hebat telah (a) tercipta,

Keluarga berbakat menjadi (b) berita.

 

Anak-anak (c) handal bersukan,

(d) Galakan keluarga amat diperlukan,

Jaguh badminton dapat dilahirkan,

Nama negara berjaya (e) diharumkan.

 

Ibu dan ayah pasangan (f) jurutera,

Di persada dunia nama tertera,

Telah mencipta sejenis (g) jentera,

Terkenal di dalam dan di luar Negara.

 

Datuk dan nenek juga (h) berbakat,

Pandai (i) mengukir pandai menekat,

Sesiapa melihat pasti (j) terpikat,

Pengunjung datang jauh dan dekat.



02: Keluarga Bestari - E

Pilih kata ganti nama diri yang betul.

Bulatkan jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.
“Bendahara, 
  berkenan untuk bertemu dengan rakyat,” titah Sultan Abdullah.

Jawapan:

beta

 

2.
Cikgu John dan Cikgu Zainab rakan sekerja. 
  mengajar di sekolah yang sama.

Jawapan:

Mereka

 

3.
Joshua dimarahi oleh bapa
   kerana bermain di bawah pokok semasa hari hujan.

Jawapan:

nya

 

4.
  akan belajar bersungguh-sungguh agar impian saya tercapai suatu hari nanti.

Jawapan:

Saya

 

5.
“Mengapakah 
  tidak membawa baju sukan?” tanya Cikgu Lim kepada Janice.

Jawapan:

kamu

 

6.
Kelly suka makan aiskrim. 
  selalu membeli aiskrim selepas waktu persekolahan.

Jawapan:

Dia

 

7.
Sila susun kasut 
  di rak kasut yang disediakan.

 Betul

Jawapan:

anda

 

8.
Saya dan kakak pergi ke taman permainan. 
  hendak bermain gelongsor di sana.

Jawapan:

Kami
9.
   datang membawa hajat yang besar,” kata Pak Malim apabila ditanya oleh Laksamana Hang Tuah.

 Betul

Jawapan:

Hamba
10.
Sultan Sulaiman berasa gelisah. 
  mundar-mandir sambil berkeluh-kesah di balairung seri.

Jawapan:

Baginda

2: Keluarga Bestari - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Rajah di bawah menunjukkan poster tentang Kempen Ceriakan Taman Kita.

1.

Berdasarkan poster tersebut, tulis ulasan tentang pertandingan bercerita. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan mengadakan Pertandingan Bercerita. Pertandingan ini akan diadakan pada 15 Mac 2021 bersamaan hari Ahad kerana ramai yang tidak bekerja dan bersekolah pada hari tersebut.

        Pertandingan tersebut akan diadakan dari pukul 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari di Dewan SJKC Taman Indah kerana tempatnya luas dan selesa. Syarat-syarat pertandingan ialah terbuka kepada dua kategori iaitu kategori A untuk murid-murid Tahap 1 yang berumur tujuh hingga sembilan tahun manakala kategori B terbuka kepada murid tahap dua yang berumur sepuluh hingga 12 tahun. Selain itu, cerita yang disampaikan hanya berkisar tentang cerita rakyat. Penggunaan prop dan kostum dibenarkan untuk memastikan cerita lebih menarik. Akhir sekali, keputusan pengadil adalah muktamad.

        Hadiah menarik berupa wang tunai dan sijil penyertaan menanti pemenang. Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Encik Zaid di talian 012 – 2245678 dan Puan Aini di talian 019 – 3216547.

02: Keluarga Bestari - G

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 

Farid memang tidak betah membuang masa. Dia sedar keluarganya bukan orang senang. Tinggal pula jauh di hujung desa.

 

      Kadang-kadang Farid terasa juga payahnya mengharungi kehidupan. Hari-hari terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke sekolah. Hari-hari, basikal togel itulah yang dikayuhnya. Soal wang saku? Alahai, malu hendak cerita!

 

      Akan tetapi, semuanya itu harus ditelan. Bagi dirinya, biarlah apapun cabaran yang mendatang; hidup mesti diteruskan. Begitulah Farid melalui saat-saat payah dalam kehidupannya.

 

      Kini, zaman muram itu sudah berlalu. Farid sekarang bukan lagi Farid 20 tahun yang lalu. Farid sekarang bukan sahaja usahawan yang berjaya malah memiliki kilang sendiri di Bandar Indera Mahkota, Johor dan Melaka.

 

      Kilangnya menawarkan pelbagai produk daripada pokok kundur. Rupa-rupanya kundur seperti juga kelapa, banyak kegunaannya. Selain jus dan halwa, kundur boleh dijadikan penggilap kasut. Akarnya pula dicampur dalam ubatan herba. Empulurnya pula mujarab untuk merawat migrain.

 

      Begitupun, Farid tidak pernah lupa diri. Dibinanya banglo mewah untuk keluarganya. Dia juga turut mengambil ibu-ibu tunggal dan warga tua bekerja di kilangnya. Kerja mereka mudah sahaja. Untuk kerja-kerja berat, barulah digunakan tenaga belia. Farid memang dermawan. Begitulah cara dia mensyukuri nikmat Tuhan kepadanya.

 

1.

Siapakah Farid sekarang?

A.
Pemuda miskin
B.
Belia yang perkasa
C.
Usahawan yang berjaya
D.
Pemilik Bandar Indera Mahkota

Jawapan:

C. Usahawan yang berjaya
2.

Di manakah keluarga Farid tinggal?

A.
Hujung kampung
B.
Indera Mahkota
C.
Melaka
D.
Johor

Jawapan:

A. Hujung kampung
3.

Berikut merupakan kegunaan kundur, kecuali _______.

A.
penggilap kasut
B.
merawat migrain
C.
produk daripada kelapa
D.
bahan campuran ubatan herba

Jawapan:

C. produk daripada kelapa
4.

Ke manakah Farid mengayuh basikalnya sejauh 10 kilometer?

A.
Kampung
B.
Sekolah
C.
Melaka
D.
Kilang

Jawapan:

B. Sekolah
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang diri Farid.

A.
Tidak mensyukuri nikmat
B.
Insan yang dermawan
C.
Sentiasa bermuram
D.
Mudah lupa diri

Jawapan:

B. Insan yang dermawan

02: Keluarga Bestari - H

Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat, kemudian tulis semula ayat dengan betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Encik David amat mementimgkan pendidikan anak-anaknya.

Encik David amat mementingkan pendidikan anak-anaknya.
2.

Beliau mengalakan anak-anaknya membaca.

Beliau menggalakkan anak-anaknya membaca.
3.

Bahan bacaan yang dibeli dan diberikan amat bermuttu.

Bahan bacaan yang dibeli dan diberikan amat bermutu.
4.

Zaki dan Ahmad sedang menhias kelas dengan lukisan yang cantik.

Zaki dan Ahmad sedang menghias kelas dengan lukisan yang cantik.
5.

Mereka menampilkan poster yang menarik dan bermaklumat.

Mereka menampalkan poster yang menarik dan bermaklumat.
6.

Ibu Ravi menyediakan tugasan untuk mereka dalam perician komputer.

Ibu Ravi menyediakan tugasan untuk mereka dalam perisian komputer.
7.

James dan Mei Ling mensiapkan tugasan mereka di dalam kelas.

James dan Mei Ling menyiapkan tugasan mereka di dalam kelas.
8.

Ibunya menyenaralkan beberapa perkataan agar mereka mencari maksudnya.

Ibunya menyenaraikan beberapa perkataan agar mereka mencari maksudnya.
9.

Asyraaf mendapat maksud tateng daripada kamus.

Asyraaf mendapat maksud tatang daripada kamus.
10.

Adiknya pula mencari maksud pangku dengan merujuk media elektronic.

Adiknya pula mencari maksud pangku dengan merujuk media elektronik.

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)