Thursday, March 7, 2024

Buku Teks Tahun 5 - Unit 03

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
  2. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. 渡过/经受 = menempuh
    2. 取得/找到 = mendapatkan
    3. 横卧 = terlantar
    4. 床 = katil
    5. 折断 = patah
    6. 拾 = mengutip
    7. 果园 = dusun
    8. 幸运的 = mujur
    9. 无意间听见 = terdengar
    10. 叫喊 = jeritan
    11. 位于 = terletak
    12. 隔壁 = bersebelahan
    13. 送去 = menghantar
    14. 达成 = menjadi
    15. 这次 = kali ini
    16. 全部 = semua
    17. 结出茂密的果实 = berbuah lebat
    18. 开始 = mulai
    19. 掉落 = gugur
    20. 常熟 = masak
    21. 手气(运气)佳 = rezeki murah
    22. 第二天 = keesokan hari
    23. 跟随 = mengikut
    24. 熟透 = masak ranum
    25. 来得及 = sempat
    26. Masa yang diambil oleh Azlan untuk tiba di kampungnya ialah _____ jam.
    27. Kaki datuk Azlan patah kerana _____. 
    28. _____.
    29. Kita dapat menggembirakan datuk dan nenek kita dengan _____. Selain itu, _____.
  3. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - C - Tulis jawapan dan alasan berdasarkan gambar yang diberikan.
    1. Keluarga Mei Ling mengadakan majlis makan malam untuk _____.[menyambut/meraikan欢迎 - kepulangan归来]
    2. _____ yang biasanya dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
    3. Majlis seperti itu [wajar应该/tidak wajar] diadakan [jika keluarga itu berkemampuan有需要]. Hal ini demikian kerana majlis seperti itu dapat _____.
    4. Keluarga tersebut sedang _____.
    5. Pada pendapat saya, aktiviti keluarga tersebut sangat bagus kerana dapat _____ dan _____. [mengeratkan使坚固 - memupuk培养 - menghargai珍惜 - mengisi填补]
    6. Mereka perlu bekerjasama semasa melakukan aktiviti tersebut kerana dapat  _____ dan _____.[memudahkan使...容易 - menjimatkan节省]
  4. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - D - Lengkapkan sajak di bawah.
  5. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - E - Pilih penjodoh bilangan yang sesuai.
  6. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - F - Jawab soalan berpandukan petikan. ✍ Erti perkataan
    1. 汗 = keringat
    2. 流 = mengalir
    3. 下巴 = dahi
    4. 留意 = memerhatikan
    5. 稻田 = sawah
    6. 离世 = pemergian
    7. 倍,次 = ganda
    8. 稻苗 = anak padi
    9. 拔 = mencabut
    10. 被转移 = dipindahkan
    11. 吓了一跳 = mengejutkan
    12. 展示 = menunjukkan
    13. 先去 = dulu
    14. 鲇鱼 = ikan keli
    15. 还剩下 = tinggal
    16. 耕,犁  = bajak
    17. 工资,酬劳 = upah
    18. 副的 = sampingan
    19. 机器 = jentera
    20. 以柴油驱动的引擎 = berenjin diesel
    21. 下定决心的 = bertekad
    22. 律师 = peguam
    23. 做出贡献 = berbakti
  7. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - G - Pilih jawapan [penjodoh bilangan] yang betul.
  8. 五年级(S5)03: Hadapi Bersama-sama - H - Bina Ayat. [Di Dusun]



03: Hadapi Bersama-sama - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

***Jawab dengan huruf A, B, C, D dan E sahaja***

A

Majlis tersebut bukan sahaja dapat memupuk nilai kasih sayang, malah dapat mengeratkan hubungan.

B

Mereka mengadakan majlis tersebut untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka.

C

Keluarga tersebut mengadakan majlis kesyukuran di rumah mereka.

D

Kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan bercuti atau mengadakan Hari Keluarga.

E

Mereka menjemput saudara mara untuk memeriahkan majlis itu.

 

 

C, B, E, A, D


03: Hadapi Bersama-sama - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Setelah menempuh dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Azlan pun sampai di rumah datuknya. Dia terus mendapatkan datuknya yang terlantar di atas katil.

 

        Kaki datuknya patah kerana terjatuh ketika hendak mengutip durian di dusun. Mujurlah Pak Usin terdengar jeritan datuk Azlan ketika hendak ke dusunnya. Dusun Pak Usin terletak bersebelahan dengan dusun datuknya. Pak Usin telah menghantar datuk Azlan ke hospital dengan menaiki kereta anaknya.

 

        “Buah-buahan di dusun menjadi pada kali ini. Pokok durian semuanya berbuah lebat.Durian mulai gugur sejak minggu lepas lagi. Buah rambutan juga sudah mulai masak. Tahun ini rezeki murah,” kata nenek kepada Azlan.

 

        Pada keesokan harinya, Azlan mengikut ayahnya ke dusun datuknya. Dia membantu ayahnya mengutip buah-buahan yang telah masak ranum. Sebelum pulang, Aiman sempat bermain air sungai di belakang dusun datuknya.

 

1.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh Azlan untuk tiba di kampungnya?

Masa yang diambil oleh Azlan untuk tiba di kampungnya ialah dua jam.
2.

Mengapakah kaki datuk Azlan patah?

Kaki datuk Azlan patah kerana terjatuh ketika hendak mengutip durian di dusunnya.
3.

Terdapat pelbagai buah-buahan di dusun datuk Azlan. Dua daripadanya ialah

durian dan rambutan.
4.

Bagaimanakah kita dapat menggembirakan datuk dan nenek kita?

Kita dapat menggembirakan datuk dan nenek kita dengan kerap menziarahi mereka terutamanya ketika cuti sekolah. Selain itu, kita juga boleh selalu memberikan mereka hadiah agar mereka rasa dihargai.

03: Hadapi Bersama-sama - C

Tulis jawapan dan alasan berdasarkan gambar yang diberikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Mengapakah keluarga Mei Ling mengadakan majlis makan malam?

Keluarga Mei Ling mengadakan majlis makan malam bagi meraikan kepulangan kakaknya.
2.

Siapakah yang biasanya dijemput untuk menghadiri majlis tersebut?

Ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran yang biasanya dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
3.

Wajarkah majlis seperti itu diadakan? Jelaskan.

Majlis seperti itu wajar diadakan jika keluarga itu berkemampuan. Hal ini demikian kerana majlis seperti itu dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 

4.

Apakah aktiviti yang dilakukan oleh keluarga tersebut?

Keluarga tersebut sedang berkhemah di hutan.
5.

Apakah pendapat kamu tentang aktiviti keluarga tersebut?

Pada pendapat saya, aktiviti keluarga tersebut sangat bagus kerana dapat mengeratkan hubungan, menyihatkan badan dan memupuk kesedaran untuk lebih menghargai alam semula jadi.
6.

Perlukah mereka bekerjasama semasa melakukan aktiviti tersebut? Mengapa?

Mereka perlu bekerjasama semasa melakukan aktiviti tersebut kerana dapat memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Selain itu, hubungan kekeluargaan juga akan menjadi harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.

03: Hadapi Bersama-sama - D

Lengkapkan sajak di bawah.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

keperluanku

Maafkanku

sempurna

mendengar

kurang

bersemangat

akhir

menyakiti

 

Keluargaku

 

Senyuman manis mereka

Selalu membuatku (a)bersemangat

Kasih dan sayang mereka

Tidak pernah (b)kurang terhadapku

 

Ibu yang selalu (c)mendengar luahanku

Bapa yang selalu memenuhi (d)keperluanku

Adik-beradikku yang selalu menghiburkan hatiku

 

Keluargaku…

Kasih dan sayangku

Akan selalu ada sampai (e)akhir hayatku

(f)Maafkanku jika pernah melukai

Maafkanku andai pernah (g)menyakiti

Sesungguhnya…

Aku terlalu (h)sempurna saat bersama kalian


03: Hadapi Bersama-sama - E

Pilih penjodoh bilangan yang sesuai.

Bulatkan jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.
Pak Ali baru pulang dari kebun sambil membawa se______ pisang.
  

Jawapan:

tandan

 

2.
Ayah menghadiahkan se______ cincin permata kepada ibu.
  

Jawapan:

bentuk

 

3.
Nelayan itu menggunakan se______ jala untuk menangkap ikan.
  

Jawapan:

rawan

 

4.
Puan Lina menyuap se______ nasi ke mulut anaknya.
  

Jawapan:

suap

 

5.
Se______ baju kurung itu berharga RM60.00.
  

Jawapan:

pasang

 

6.
Pak Cik Lee membeli beberapa ______ zink untuk membaiki atap rumahnya.
  

Jawapan:

keping

 

7.
Li Mei mengelap beberapa ________ dakwat yang tumpah di atas lantai.
  

Jawapan:

titik

 

8.
Terdapat se_______ sungai di belakang rumah saya.
  

Jawapan:

batang

 

9.
David membeli se______ roti di kedai runcit itu.
  

Jawapan:

buku

 

10.
Letupan gunung berapi itu telah memusnahkan beberapa _______ bandar.
  

Jawapan:

buah

03: Hadapi Bersama-sama - F

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku meletakkan beg sekolahku di atas tangga. Keringat masih lagi mengalir di dahi.

 

        Aku memerhatikan sekeliling rumahku, tetapi ayah tidak kelihatan. Mungkin ayah belum pulang lagi dari sawah. Sejak pemergian ibu setahun yang lalu, kerja ayah menjadi dua kali ganda. Anak padi sudah besar, tiada sesiapa yang akan mencabutnya untuk dipindahkan ke petak sawah.

 

        “ Zam, baru balik?” Tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku dari arah belakang.

 

        “Ya, ayah.”

 

        “Maafkan ayah, Zam. Ayah belum memasak lagi,” kata ayah sambil menunjukkan dua ekor ikan keli di tangannya.

 

        “Tidak mengapa, ayah. Ayah pergilah mandi dulu, biar saya yang memasak,” kataku sambil membawa ikan keli itu menuju ke pintu dapur.

 

        Pada sebelah petang, aku membantu ayah di sawah. Tinggal dua petak sawah lagi yang belum kami bajak. Lepas itu, bolehlah kami mengambil upah membajak sawah Pak Ali, Pak Abu dan Pak Kassim. Itulah pendapatan sampingan kami menggunakan jentera berenjin diesel.

 

        Aku bertekad untuk berusaha mencapai cita-citaku dan menjadi seorang peguam supaya aku dapat berbakti kepada ayah.

 

1.

Perkataan keringat dalam petikan di atas bermaksud?

A.
Air hujan
B.
Air mata
C.
Darah
D.
Peluh

Jawapan:

D. Peluh
2.

Apakah pekerjaan ayah penulis?

A.
Nelayan
B.
Pesawah
C.
Penghulu
D.
Pembajak

Jawapan:

B. Pesawah
3.

Apakah sumber pendapatan sampingan keluarga penulis?

A.
Hasil jualan padi
B.
Hasil jualan kuih-muih
C.
Hasil jualan buah-buahan
D.
Hasil upah membajak sawah

Jawapan:

D. Hasil upah membajak sawah
4.

Ayah penulis mempunyai sikap yang berikut, kecuali ______.

A.
penyabar
B.
penyayang
C.
bertanggungjawab
D.
suka menengking

Jawapan:

D. suka menengking
5.

Yang manakah bukan pengajaran dalam petikan di atas?

A.
Kita mestilah bersabar menghadapi dugaan hidup.
B.
Kita hendaklah sentiasa menolong ibu bapa kita.
C.
Kita hendaklah bekerja sambil bersekolah.
D.
Kita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi.

Jawapan:

C. Kita hendaklah bekerja sambil bersekolah.


03: Hadapi Bersama-sama - G

Pilih jawapan yang betul.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Lokman membeli lima _________ nasi lemak di warung itu.

A.
buku
B.
keping
C.
tongkol
D.
bungkus

Jawapan:

D. bungkus

 

2.

Bapa berehat sambil membaca se ________ surat khabar.

A.
naskhah
B.
rumpun
C.
potong
D.
buah

Jawapan:

A. naskhah

 

3.

Puan Ling menghidangkan beberapa _________ sate di atas meja.

A.
batang
B.
potong
C.
cucuk
D.
pucuk

Jawapan:

C. cucuk

 

4.

Di belakang rumah Ravi, terdapat beberapa __________ tebu.

A.
rawan
B.
batang
C.
rumpun
D.
tongkol

Jawapan:

C. rumpun

 

5.

Johan menemui beberapa _________ cendawan yang aneh ketika menjelajah hutan itu.

A.
biji
B.
kaki
C.
buah
D.
ketul

Jawapan:

B. kaki

 

6.

Petani itu mengusahakan tanaman di atas se__________ tanah pusaka.

A.
bilah
B.
bidang
C.
bentuk
D.
batang

Jawapan:

B. bidang

 

7.

“Tolong belikan se_______ pisang di pasar,” pesan Puan Long kepada suaminya.

A.
biji
B.
buah
C.
sikat
D.
ketul

Jawapan:

C. sikat

 

8.

Beberapa _________ mutiara telah diletakkan pada anting-anting itu.

A.
pasang
B.
butir
C.
buah
D.
biji

Jawapan:

B. butir

 

9.

Adik makan beberapa ________ durian.

A.
ulas
B.
utas
C.
ketul
D.
longgok

Jawapan:

A. ulas

 

10.

Daniel membeli se_________ kasut di kedai kasut Bata.

A.
biji
B.
helai
C.
pasang
D.
keping

Jawapan:

C. pasang


03: Hadapi Bersama-sama - H

Bina Ayat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa berada di dusun buah-buahan.


 

1.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

Jawapan:

  1. Encik Amin dan anaknya memasukkan dua tandan kelapa ke dalam bakul rotan.
  2. Azlan sedang mengikat beberapa tangkai buah rambutan yang baru dipetiknya.
  3. Kakak memasukkan buah rambutan yang dikutipnya ke dalam bakul.
  4. Puan Aminah sedang membelah buah nangka menggunakan sebilah parang dengan berhati-hati.
  5. Aiman makan setongkol jagung yang dibawanya dari rumah untuk mengalas perut.   

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)