Monday, March 4, 2024

Buku Teks Tahun 4 - Unit 04

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 

  1. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
    1. 传单﹐小册子 = risalah
    2. 糖尿病 = diabetes
    3. 中风 = strok
    4. 失明 = buta
    5. 肾 = buah pinggang
    6. 习惯 = amalan
    7. 生活方式 = gaya hidup
    8. 下降 = penurunan
    9. 体重 = berat badan
    10. 实行,执行  = mengamalkan
    11. 饮食习惯 = pemakanan
    12. 频密 = kerap
    13. 饿 = lapar
    14. 渴 = dahaga
    15. 原因 = punca
    16. 含脂肪 = berlemak
    17. 迹象/迹象 = tanda-tanda
    18. 患上 = menghidap
    19. 数量 = kuatiti
    20. 经历,体验 = mengalami 
    21. 干燥的 = kekeringan
    22. 唇 = bibir
    23. 咽喉 = tekak
    24. 排尿  = membuang air kecil
    25. 疲累 = keletihan
    26. 过分的﹐超过限度的 = melampau
    27. 视力 = daya penglihatan
    28. 模糊 = kabur
    29. 征兆 = gejala
    30. 并发症 = komplikasi
    31. 被控制 = dikawal
    32. 预防 = mencegah
  2. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - B - Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  3. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - C - Catat maklumat berdasarkan petikan.
  4. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - D - Lengkapkan sajak dengan jawapan yang betul.
  5. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - E - Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul.
  6. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - F - Ulasan. [Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri]
    1. Terdapat __________. Antaranya, kita harus _______ agar/untuk __________. Seterusnya, kita wajar _______ agar/untuk __________. Selain itu, kita digalakkan _______ agar/untuk __________. Akhir sekali, kita perlu _______ agar/untuk __________.
  7. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - G - Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
  8. 四年级(S4)04. Kesihatan Harus Dijaga - H - Pilih jawapan [Penjodoh Bilangan] yang tepat berdasarkan soalan.




04. Kesihatan Harus Dijaga - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

***Jawab soalan berikut dengan abjad.***

1.

Daniel

:

Apa khabar, Adam? Apa yang sedang kamu lakukan itu?

Adam

:

Oh, awak rupanya Daniel! (a).

Daniel

:

Memang bagus risalah yang kamu baca itu. Apakah punca diabetes, Adam?

Adam

:

Penyakit diabetes berpunca (b). Selain itu, (c) seperti gula dan makanan berlemak turut menjadi punca penyakit ini.

Daniel

:

Oh, begitu! Sudah pasti penyakit ini mempunyai tanda-tanda.

Adam

:

Ya, Daniel. Tanda-tanda seseorang itu menghidap diabetes ialah (d) walaupun sudah mengambil makanan dan minuman dalam kuantiti yang banyak, mengalami kekeringan pada bibir dan tekak serta kerap membuang air kecil.

Daniel

:

Sudah pasti ada lagi tanda lain.

Adam

:

Ya. Selain itu, (e) dan keletihan yang melampau serta daya penglihatan semakin kabur merupakan gejala penyakit tersebut.

Daniel

:

Adakah penyakit tersebut akan menyebabkan komplikasi yang lain?

Adam

:

Ya. Daniel. Jika penyakit ini tidak dikawal, pelbagai komplikasi akan berlaku seperti (f).

Daniel

:

Bagaimanakah cara untuk mencegah penyakit ini, Adam?

Adam

:

Penyakit ini boleh dicegah sekiranya (g). Selain itu, kita juga perlu (h) dengan mengurangkan gula dalam makanan dan minuman seharian.

Daniel

:

Terima kasih, Adam. Banyak info baru yang saya pelajari.

Adam

:

Sama-sama.

Jawapan:

1. B, 2. E, 3. C, 4. H, 5. F, 6. D, 7. A, 8. G

04. Kesihatan Harus Dijaga - B

Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Erika

:

Hai, boleh saya bercakap dengan Sandy?

Sandy

:

Ya, Sandy di sini. Boleh saya tahu siapa bercakap di sana?

Erika

:

Saya Erika. Apa khabar?

Sandy

:

Erika rupanya. Saya kurang sihat beberapa hari ini kerana mengalami demam panas yang teruk.

Erika

:

Saya harap kamu cepat sembuh supaya kamu dapat kembali ke sekolah seperti biasa.

Sandy

:

Terima kasih. Saya telah berjumpa dengan doktor dan makan ubat mengikut nasihat doktor.

Erika

:

Baguslah. Saya juga ingin memberitahu kamu tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru pada minggu ini.

Sandy

:

Oh, terima kasih! Saya juga risau jika ketinggalan dalam pelajaran sekolah. Saya sungguh bertuah mendapat sahabat seperti kamu.

Erika

:

Tentulah, kita sahabat. Kata peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Esok saya akan ke rumah kamu dengan membawa kerja sekolah yang diberikan oleh guru itu.

Sandy

:

Terima kasih, Erika. Jumpa kamu esok.

Erika

:

Sama-sama.

 

1.

Mengapakah Sandy tidak hadir ke sekolah?

A.
Sandy tertidur selepas makan ubat.
B.
Sandy terlupa menyiapkan kerja sekolah.
C.
Sandy menghidapi demam panas yang teruk.
D.
Sandy mengharapkan Erika datang ke rumahnya.

Jawapan:

C. Sandy menghidapi demam panas yang teruk.
2.

Berikut merupakan perkara yang dilakukan oleh Erika semasa menelefon Sandy, kecuali ________.

A.
memberitahu Sandy bahawa dia akan ke rumahnya pada esok hari
B.
bertanyakan khabar Sandy yang sudah tiga hari tidak ke sekolah
C.
memberitahu Sandy tentang kerja sekolah
D.
bertanyakan kesihatan keluarga Sandy

Jawapan:

D. bertanyakan kesihatan keluarga Sandy
3.

Mengapakah Erika berharap Sandy cepat sembuh?

A.
Agar Sandy dapat kembali ke sekolah seperti biasa.
B.
Supaya Sandy dapat menyiapkan kerja sekolah.
C.
Supaya dapat bermain bersama-sama.
D.
Agar pihak sekolah tidak susah hati.

Jawapan:

A. Agar Sandy dapat kembali ke sekolah seperti biasa.
4.

Apakah maksud bukit sama didaki, lurah sama dituruni dalam petikan di atas?

A.
Menyelesaikan sesuatu perkara sendirian.
B.
Mengharungi susah senang bersama.
C.
Bersikap baik dan penyayang.
D.
Sahabat yang baik.

Jawapan:

B. Mengharungi susah senang bersama.
5.

Yang manakah benar tentang Sandy?

A.
Sandy mengalami demam denggi yang teruk.
B.
Sandy seorang pemalas kerana ponteng sekolah.
C.
Sandy berasa malang kerana mempunyai kawan seperti Erika.
D.
Sandy risau ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat hadir ke sekolah.

Jawapan:

D. Sandy risau ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat hadir ke sekolah.

04. Kesihatan Harus Dijaga - C

Catat maklumat berdasarkan petikan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Demam denggi merupakan penyakit bawaan daripada virus nyamuk Aedes. Selain orang dewasa, remaja dan kanak-kanak juga turut terdedah kepada demam denggi.

 

        Antara tanda-tanda seseorang itu dijangkiti denggi ialah demam panas yang berterusan,bintik-bintik merah pada badan, hilang selera makan, sakit perut, muntah-muntah, sakit sendi dan mengalami pendarahan. Tanda-tanda ini perlu diambil perhatian dan pesakit perlu berjumpa doktor dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

 

        Kita perlu berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Kita perlu memastikan tiada tempat takungan air dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat sehingga wujud persekitaran kotor.

 

        Kita perlu bekerjasama menjaga kebersihan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes, seterusnya mencegah demam denggi daripada merebak.

1.

Punca:

Virus nyamuk Aedes.

2.

Tanda-tanda:

  • Demam panas yang berterusan
  • Bintik-bintik merah pada badan
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut
  • Muntah-muntah
  • Sakit sendi
  • Mengalami pendarahan
3.

Cara mengatasi:

Kita perlu memastikan tiada tempat takungan air dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat sehingga wujud persekitaran kotor.

04. Kesihatan Harus Dijaga - D

Lengkapkan sajak dengan jawapan yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

  1. hening
  2. tangga
  3. majalah
  4. pesanan
  5. kesihatan
  6. membinasakan
  7. sayangi
  8. Jawapan:
  9. sejahtera


Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

       Roslan se(a)orang nelayan. Setiap hari, dia akan ke se(b)batang sungai di hujung kampung untuk menangkap ikan. Dia akan membawa se(c)rawan jala dan beberapa (d)batang joran. Dia juga membawa se(e)bungkus nasi lemak dan se(f)botol air sebagai alas perut ketika lapar dan dahaga. Jorannya akan diletakkan di tebing sungai. Kemudian, dia akan menaiki se(g)buah sampan untuk ke tengah sungai. Hasil tangkapannya setiap hari agak lumayan. Dia pasti berjaya menangkap berpuluh-puluh (h)ekor ikan. Ikan itu kemudiannya akan dijual untuk memperoleh sumber pendapatan.



04. Kesihatan Harus Dijaga - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Berdasarkan rajah tersebut, tulis ulasan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Jawapan:

Kesihatan diri sangat penting kepada setiap individu. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri.

    Antaranya, kita mestilah makan makanan seimbang seperti yang disyorkan mengikut piramid makanan. Selain itu, kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengekalkan kecergasan. Di samping itu, kita patutlah mendapatkan tidur yang cukup supaya sentiasa bertenaga pada keesokan hari. Seterusnya, kita wajar menjalani pemeriksaan berkala untuk memastikan tahap kesihatan kita.

    Kesimpulannya, kita wajar sentiasa menjaga kesihatan diri agar hidup sentiasa sihat dan sejahtera.

04. Kesihatan Harus Dijaga - G

Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Nasi, ubi dan tepung berfungsi untuk _________ kepada tubuh badan kita.

membekalkan tenaga

2.

Nyatakan dua jenis makanan yang mengandungi protein.

  • daging
  • ikan
  • bijirin
  • susu
3.

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita mengambil makanan berlemak secara berlebihan?

  • Kita akan mendapat obesiti atau berat badan yang berlebihan.
  • Kita akan mendapat penyakit yang berbahaya seperti darah tinggi.
4.

Selain daripada pemakanan, bagaimanakah cara kita menjaga kesihatan?

Selain daripada pemakanan, kita perlu sentiasa bersenam dan menjaga kebersihan diri untuk menjaga kesihatan.

04. Kesihatan Harus Dijaga - H

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Ayah dan ibu menanam beberapa __________ serai di belakang rumah.

A.
biji
B.
ruas
C.
ketul
D.
rumpun

Jawapan:

D. rumpun

 

2.

Sally membeli se __________ buah rambutan yang dijual di tepi jalan.

A.
ikat
B.
ulas
C.
gugus
D.
cekak

Jawapan:

A. ikat

 

3.

Puan Yen baru melahirkan se___________ cahaya mata kembar.

A.
kawan
B.
orang
C.
pasang
D.
kumpulan

Jawapan:

C. pasang

 

4.

Ibu menyiang ikan menggunakan se__________ pisau yang tajam.

A.
batang
B.
ketul
C.
bilah
D.
buah

Jawapan:

C. bilah

 

5.

Kakak memasukkan beberapa _________ majalah ke dalam kotak.

A.
naskhah
B.
keping
C.
helai
D.
buah

Jawapan:

A. naskhah

 

6.

Puan Lim membeli se____________ payung di kedai serbaneka itu.

A.
batang
B.
baris
C.
buah
D.
kaki

Jawapan:

D. kaki

7.

Pihak kastam merampas beribu-ribu _________ cakera padat cetak rompak.

A.
buah
B.
papan
C.
keping
D.
batang

Jawapan:

C. keping

 

8.

Zaid menggunakan se__________ kertas untuk mencatat nombor telefon kenalan baharunya itu.

A.
hiris
B.
cebis
C.
gulung
D.
jengkal

Jawapan:

B. cebis

 

9.

Ayah membeli beberapa _________ jagung di gerai itu.

A.
biji
B.
buah
C.
batang
D.
tongkol

Jawapan:

D. tongkol

 

10.

Jun Fong makan se________ limau setiap hari kerana buah itu baik untuk kesihatan.

A.
biji
B.
ulas
C.
buah
D.
ketul

Jawapan:

A. biji


No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)