Sunday, February 18, 2024

Buku Teks Tahun 6 - Unit 01

Buku Teks - Semakan 👉

  1. 六年级(S6)01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - A - Jawab soalan-soalan berdasarkan petikan yang berikut.
    1. 幸福 = bahagian
    2. 能够 = mampu
    3. 解决 = menyelesaikan
    4. 问题 = masalah
    5. 讨论 = berbincang
    6. 相互理解 = saling memahami
    7. 彼此之间 = antara satu sama lain
    8. 然而 = namun begitu
    9. 最终 = akhirnya
    10. 分裂 = bercerai-cerai
    11. 不确定 = tak tentu
    12. 保持稳定 = tetap kukuh
    13. 面对危机 = menghadapi krisis
    14. 围绕 = mengharungi
    15. 挑战 = cabaran
    16. 其实 = sesungguhnya
    17. 个人 = individu
    18. 各自 = masing-masing
    19. 创造 = mewujudkan
    20. 无可否认 = tidak dapat dinafikan
    21. 元素 = unsur
    22. 影响 = pengaruh
    23. 塑造 = membentuk
    24. 个性 = sahsiah
    25. 纯净无暇 = ibarat kain putih
    26. 印上...的颜色 = mencorakkan
    27. 背起 = memikul
    28. 执行 = melaksanakan
    29. 责任 = kewajipan 
    30. 提供 = membekalkan
    31. 遵从 = mentaati
    32. 追思功劳 = mengenang jasa
    33. 忘恩负义 = seperti kacang lupakan kulit
    34. 接管 = mengambil alih
    35. 怜爱 = kasih sayang
    36. 年轻的一代 = generasi muda
    37. 管理 = mengurus
    38. 就是 = merupakan
    39. 基础 = asas
    40. 社会 = masyarakat
  2. 六年级(S6)01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - B - Nyatakan kata nama khas yang terdapat di dalam ayat.
  3. 六年级(S6)01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - C - Pilih kata nama am yang betul.
  4. 六年级(S6)01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - D - Nyatakan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat yang berikut.
  5. 六年级(S6)01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - E - Pilih kata ganti nama yang betul.
  6. 六年级(S6)01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - F - Pilih kata ganti nama yang betul.
  7. 六年级(S6)01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - G - Karangan (Keluarga Saya)


VERSI 1

R1: Pendahuluan: SAYA

1) Nama dan umur kamu.

2) Bilangan ahli keluarga kamu.

3) Pengenalan kamu.

- nama saya - lelaki/perempuan - berumur -

- bersekolah/murid darjah… - hobi...

- mempunyai - keluarga - bahagia -- terdiri daripada - orang -- merupakan - anak sulung/anak kedua/anak bongsu - 


Ciri Individu

  1. Latar belakang (Sejarah): Umur / sekolah / pekerjaan / keluarga asal  

  2. Sifat: personaliti, rupa

  3. Keistimewaan (Kepandaian) / Kelakuan (Nilai moral)

  4. Hobi


R2: Isi 1: AYAH

1) Nama dan umur ayah.

2) Pekerjaan ayah.

3) Bilangan adik-beradik dalam keluarga asal. / Keluarga asal.

4) Sifat / ciri  dan kelakuan yang berkenaan tentang personalti ayah. / Nasihat kepada kamu.

- nama - berumur -

- bekerja sebagai - di -- sibuk - mengambil berat - 

- merupakan - anak - keluarga -- menjaga - menyayangi - 

- seorang - penyayang / tegas / rajin / bertanggungjawab... -- dihormati - 


R3: Isi 2: IBU

1) Nama dan umur ibu.

2) Pekerjaan ibu.

3) Bilangan adik-beradik dalam keluarga asal./ Keluarga asal (kampung)

4) Sifat / ciri  dan kelakuan yang berkenaan tentang personaliti ibu. / Nasihat kepada kamu.

- nama - berumur -

- seorang / bekerja sebagai -- menyediakan makanan/menyayangi ...

- berasal dari - miskin -- rajin ...

- seorang - penyayang / sabar / tekun ... -- menasihati - belajar - bersungguh-sungguh - 


*R4: Isi 3: ADIK-BERADIK (Anak sulung/Abang/Kakak)

1) Bilangan adik-beradik.

2) Hubungan adik-beradik.

3) Nama, umur dan sekolah adik-beradik.

4) Sifat / ciri / kepandaian adik-beradik.

- *orang - beradik-beradik - - hubungan erat - - isi dengan kuku - 

- mempunyai - seorang - 

- abang / kakak sulung - nama - murid - pelajar -- bersekolah - 

- bijak - pandai - aktif - bidang sukan / akademik ... -

- mewakili - pertandingan - mengharumkan nama sekolah - 


*R5: Isi 4: ADIK-BERADIK (Anak bongsu/Adik)

1) Nama, umur dan sekolah adik-beradik.

2) Sifat / ciri / kepandaian adik-beradik. 

- adik lelaki/perempuan bongsu - berumur - 

- tadika/prasekolah/darjah ... - 

- comel - periang - mengambil hati - menggembirakan -

- sayang akan - 


R5/R6: Penutup

1) Perasaan. 

2) Harapan.

- bersyukur - keluarga - bahagia - 

- berharap - sekeluarga - sihat - bersama-sama - selama-lamanya - 


VERSI 2

R1: Pendahuluan: SAYA

1) Nama dan umur kamu.

2) Bilangan ahli keluarga kamu.

3) Pengenalan kamu.

- nama saya - lelaki/perempuan - berumur -

- bersekolah/murid darjah… - hobi...

- mempunyai - keluarga - bahagia -- terdiri daripada - orang -- merupakan - anak sulung/anak kedua/anak bongsu -

 

Ciri Individu

1)     Latar belakang (Sejarah): Umur / sekolah / pekerjaan / keluarga asal 

2)    Sifat: personaliti, rupa

3)    Keistimewaan (Kepandaian) / Kelakuan (Nilai moral)

4)    Hobi

 

Ciri Ibu Bapa

1)     Nama dan umur ibu/bapa.

2)    Pekerjaan ibu/bapa. / Sifat ketika bekerja.

3)    Bilangan adik-beradik dalam keluarga asal./ Keluarga asal (kampung)

4)    Sifat / ciri dan kelakuan yang berkenaan tentang personaliti ibu. / Nasihat kepada kamu.

 

R2: Isi 1: AYAH

 

R3: Isi 2: IBU

 

- nama - berumur -

- seorang / bekerja sebagai - - sibuk - mengambil berat - menyediakan makanan/menyayangi ...

- berasal dari - miskin -- rajin ... - anak - keluarga -- menjaga - menyayangi -

- seorang - penyayang / sabar / tekun / tegas / rajin / bertanggungjawab... -- dihormati -  ... –

- menasihati - belajar - bersungguh-sungguh -

 

Ciri Adik-beradik

1)     Bilangan adik-beradik.

2)    Hubungan adik-beradik.

3)    Nama, umur dan sekolah adik-beradik.

4)    Sifat / ciri / kepandaian adik-beradik.

 

*R4: Isi 3: ADIK-BERADIK (Anak sulung/Abang/Kakak)

- *orang - beradik-beradik - - hubungan erat - - isi dengan kuku -

- mempunyai - seorang - - abang / kakak sulung - - nama - murid - pelajar - - bersekolah -

- bijak - pandai - aktif - bidang sukan / akademik ... -

- mewakili - pertandingan - mengharumkan nama sekolah -

 

*R5: Isi 4: ADIK-BERADIK (Anak bongsu/Adik)

- adik lelaki/perempuan bongsu - berumur - - tadika/prasekolah/darjah ... -

- comel - periang - mengambil hati - menggembirakan -

- sayang akan -

 

R5/R6: Penutup

1) Perasaan.

2) Harapan.

- bersyukur - keluarga - bahagia -

- berharap - sekeluarga - sihat - bersama-sama - selama-lamanya -




01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - A

Jawab soalan-soalan berdasarkan petikan yang berikut.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah keluarga dengan berbincang atau menyelesaikannya dengan cara yang baik. Ahli keluarga juga perlu saling memahami antara satu sama lain. Namun begitu, banyak keluarga yang akhirnya bercerai-berai tak tentu arah tetapi ada juga keluarga yang tetap kukuh walaupun menghadapi krisis. Keharmonian keluarga merupakan antara faktor yang penting  dalam mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi.

 

Sesungguhnya, setiap individu keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Tidak dapat dinafikan bahawa, ibu bapa mempunyai unsur pengaruh yang kuat dalam membentuk sahsiah anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih yang harus dibantu oleh ibu bapa dalam mencorakkannya. Ibu bapa perlu memikul dan melaksanakan kewajipan untuk membekalkan barang-barang keperluan kepada anak-anak.

 

Anak-anak juga perlu mentaati dan mendengar nasihat ibu bapa. Wajarlah anak-anak mengenang jasa ibu bapa supaya tidak diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak juga perlu mengambil alih tugas ibu bapa yang menjaga mereka dan memberikan kasih sayang sewaktu kecil. Kini tugas itu harus ditanggung oleh generasi muda untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah uzur dan tidak boleh menguruskan diri mereka lagi.

 

Kesimpulannya, sesebuah keluarga merupakan asas sebuah masyarakat. Jika sebuah keluarga itu utuh dan mengamalkan kasih sayang antara ahlinya, sudah tentu masyarakat yang penyayang dan harmoni dapat diwujudkan.

1.

_____________ untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Jawapan:

Anak-anak dan ibu bapa perlu saling menghormati

2.

Bagai kacang lupakan kulit, boleh membawa maksud yang sama dengan peribahasa _________.

Jawapan:

bagai ulat lupakan daun

3.

Peribahasa bapa borek, anak rintik sama maksud dengan peribahasa ________.

Jawapan:

ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

4.

Yang manakah antara berikut tentang kain putih adalah betul?

Kain putih perlu diajar.
Kain putih ialah kain yang berwarna putih.
Ibu bapalah yang dimaksudkan kain putih.
Anak-anak perlu sentiasa menjaga kebersihan kain putih.

Jawapan:

Kain putih perlu diajar.
5.

Antara berikut, yang manakah bukan tanggungjawab sebagai seorang anak?

Mentaati ibu bapa
Menjaga ibu bapa
Mendengar nasihat ibu bapa
Menyediakan bekalan barang keperluan

Jawapan:

Menyediakan bekalan barang keperluan

01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - B

Nyatakan kata nama khas yang terdapat di dalam ayat.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Cikgu Halimah telah dipilih menjadi hakim pertandingan bercerita.

Cikgu Halimah

2.

Ibu membeli baju jenama Adidas dan menghadiahkan kepada abang.

Adidas

3.

Saudara saya berasal dari negeri Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan

4.

Tarian Singa itu telah menarik perhatian para pelancong asing.

Tarian Singa

5.

Bapa gemar memakai jam tangan yang jenama Casio.Casio

6.

Pada hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga telah berkelah di Pantai Port Dickson. 

Pantai Port Dickson

01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - C

Pilih kata nama am yang betul.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Kakak menyimpan ________ di tempat yang selamat.

gunting
pisau

Jawapan:

gunting

 

2.

__________ terbang di dalam gua pada waktu malam.

Kelawar-kelawar
Burung-burung

Jawapan:

Kelawar-kelawar

 

3.

Jasmine ternampak seekor __________ di dalam Zoo Negara.

harimau
kuda

Jawapan:

kuda

 

4.

Puan Jes membuat __________ di dalam ruang tamu.

nyanyian
senaman

Jawapan:

senaman

 

5.

Buah-buahan yang mempunyai isi putih dan kulit ungu ialah buah _______.

epal
manggis

Jawapan:

manggis

 

6.

Kita akan mengibarkan _______ Jalur Gemilang semasa Hari Kebangsaan.

bendera
baju

Jawapan:

bendera

01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - D

Nyatakan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat yang berikut.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Encik Zaki menghadiahi isterinya sejambak bunga lili pada hari lahir isterinya itu.

jambak

2.

Dua rangkap puisi yang bertajuk "Kasih Ayah Bonda" disampaikan oleh Hazmi kepada datuk dan neneknya.

rangkap

3.

Ibu menghidangkan beberapa potong kuih-muih untuk minum petang.

potong

4.

Abang membakar sepuluh tongkol jagung semasa berkelah di Pantai Port Dickson.

tongkol

5.

Murid-murid perlu menyediakan tiga keping kertas merah.

keping

01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - E

Pilih kata ganti nama yang betul.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Jason merupakan anak sulung. Oleh itu, ____________ perlu menjaga adik-beradik sewaktu ketiadaan ibu bapanya.

Dia
Kamu

Jawapan: Dia

 

2.

Helen dan Cecilia akan pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli hadiah Jean pada petang nanti. _____________ berjanji untuk berjumpa di sana pada pukul 2.00 petang.

Kita
Mereka

Jawapan: Mereka

 

3.

Jesscia, Veyron, Jes dan Shamila hendak ke Pulau Langkawi. _________ menempah tiket penerbangan Air Asia.

Kami
Mereka

Jawapan: Mereka

 

4.

"________ diwajibkan hadir semasa kegiatan kokurikulum," kata Cikgu Chan kepada murid-murid 6 Kuning.

Kalian
Patik

Jawapan: Kalian

 

5.

"Sabarlah adik, sekejap lagi ibu dan bapa ________ akan pulang," pujuk abang.

kita
kami

Jawapan: kita

 

6.

__________ berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan bola sepak pada bulan depan.

Mereka
Tuanku

Jawapan: Mereka

1: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - F

Pilih kata ganti nama yang betul.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

“Marilah __________ pergi ke kantin sekarang," kata Mei Ling kepada Kuan Li.

kita
mereka

Jawapan: kita

 

2.

Hooi Seng seorang murid yang pandai. ________ sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Awak
Dia

Jawapan: Dia

 

3.

Walaupun Alan dan Ethan bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.

mereka
awak

Jawapan: mereka

 

4.

"Jack, duit _________ hilang," kata Hazmi kepada kawannya.

saya
dia

Jawapan: saya

 

5.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri._________ akan sampai pada pukul 10.00 pagi.

Hamba
Beliau

Jawapan: Beliau

 

6.

________ akan melancong ke Zoo Negara dengan menaiki bas.

Kita
Patik

Jawapan:

Kita

01: Keluarga Bahagia Hidup Ceria - G

Karangan

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Keluarga saya".
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 120 patah perkataan.

Keluarga saya terdiri daripada lapan orang, iaitu datuk, nenek, ayah, ibu dan dua orang adik perempuan. Kami sekeluarga tinggal di Melaka.

    Datuk saya bernama Tan Zhe. Dia merupakan seorang orang tua yang berumur 70 tahun dan suka bermain catur.

    Nama nenek saya ialah Wong Kim. Dia berumur 65 tahun dan suka menjahit baju kepada saya dan beradik-adik.

    Ayah saya bernama Tan Yong Sin. Dia berumur 40 tahun dan bekerja sebagai seorang peniaga. Dia seorang yang penyayang.

    Nama ibu saya  Lim Kai Ting. Dia seorang  wanita yang berumur 35 tahun. Dia seorang penyayang, berhati mulia dan pemurah. Ibu saya bekerja sebagai suri rumah tangga. Beliau suka memasak makanan yang enak untuk kami sekeluarga.

    Adik-beradik saya belajar di SJKC San Ming. Kami berbasikal ke sekolah setiap hari. Kami akan bermain di taman permainan pada setiap petang.

    Saya berasa amat bangga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8