Monday, February 19, 2024

Buku Teks Tahun 4 - Unit 01

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 

  1. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
  2. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    • 做决定 = membuat keputusan
    • 参加 = menyertai
    • 比赛 = pertandingan
    • 团体的 = berkumpulan
    • 被举办 = dianjurkan
    • 进行 = berlangsung
    • 讨论 = berbincang
    • 准备 = persediaan
    • 邀请 = mengajak
    • 训练 = berlatih
    • 选择 = memilih
    • 歌曲 = lagu
    • 有题目 = bertajuk
    • 带来 = membawa
    • 讯息 = mesej
    • 关于 = berkaitan
    • 友情 = persahabatan
    • 指导 = membimbing
    • 一点点 = sedikit
    • 示范 = tunjuk ajar
    • 劝告 = nasihat
    • 拍摄 = merakam
    • 表演 = persembahan
    • 确定、发现 = mengenal pasti
    • 弱点 = kelemahan
    • 通过 = menerusi
    • 有天分 = berbakat
    • 勤劳努力 = rajin berusaha
    • 一定会 = pasti
    • 成功 = berjaya
    1. _____ yang akan menyertai pertandingan nyanyian secara berkumpulan.
    2. _____ yang menganjurkan pertandingan nyanyian tersebut.
    3. Mereka berlatih di _____.
    4. _____  yang membantu mereka berlatih.
    5. Mereka dapat mengenal pasti kelemahan dalam persembahan mereka dengan _____.
    6. Pada pendapat saya, pertandingan nyanyian secara berkumpulan ini (wajar/tidak wajar) diadakan kerana _____.
  3. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - C - Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
  4. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - D - Padankan peribahasa dengan maksud yang betul.
  5. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - E - Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.
  6. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - F - Ulasan. ✍ Lengkapkan ulasan.
    • Poster tersebut menunjukkan (      1     ). Hari Keluarga dianjurkan oleh (     2      ) pada (     3      ) dan bertempat di (      4     ).
    •           Program berlangsung dari pukul (      5     ) hingga (     6     ). Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya, (     7     ).
    •           Semua (            ) dijemput hadir kerana dapat (*    8      ) dan (*    9      ). *Manfaat menyertai Hari Keluarga.
  7. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - G - Jawab soalan berpandukan petikan. ✍ Erti perkataan
    1. 是好朋友 = bersahabat baik
    2. 是邻居 = berjiran
    3. 关系 = hubungan
    4. 亲密 = erat
    5. 巡逻 = meronda
    6. 骑(自行车)= menunggang
    7. 被称呼 = digelar
    8. 原来 = rupa-rupanya
    9. 哭泣 = menangis
    10. 不见 = hilang
    11. 伤心 = sedih
    12. 担忧 = gelisah
    13. 帮助 = membantu
    14. 呼唤 = memanggil-manggil
    15. 心爱的 = kesayangan
    16. 有厚毛 = berbulu tebal
    17. 驯良 = jinak
    18. 见到、相遇 = menemui
    19. 拯救 = menyelamatkan
    20. 找寻 = mencari
  8. 四年级(S4)01. Tiga Sahabat - H - Pilih jawapan [kata nama am] yang tepat berdasarkan soalan.


01. Tiga Sahabat - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

  1. Suara Harmoni
  2. Pertandingan Bernyanyi Secara Berkumpulan
  3. 13 Februari 2020
  4. Balai Masyarakat Taman Permata
  5. setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum
  6. Persatuan Penduduk Taman Permata



01. Tiga Sahabat - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Aishah, Sandy dan Devi telah membuat keputusan untuk menyertai pertandingan nyanyian secara berkumpulan yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Jaya. Sebelum pertandingan berlangsung, mereka berbincang untuk membuat persediaan.

 

        Aishah mengajak Sandy dan Devi berlatih di rumahnya. Mereka memilih lagu yang bertajuk “Sahabat Selamanya”. Lagu tersebut membawa mesej berkaitan persahabatan.

 

        Semasa latihan, ibu Aishah turut membimbing mereka. Beliau memberikan sedikit tunjuk ajar dan nasihat kepada mereka. Beliau turut merakamkan persembahan mereka dengan menggunakan video. Justeru, mereka dapat mengenal pasti kelemahan menerusi rakaman tersebut.

 

        “Amboi, kamu bertiga berbakat! Ibu yakin jika kamu rajin berusaha, kamu pasti akan berjaya kerana usaha tangga kejayaan,” kata ibu Aishah.


1. Siapakah yang akan menyertai pertandingan nyanyian secara berkumpulan?

Aishah, Sandy dan Devi yang akan menyertai pertandingan nyanyian secara berkumpulan.

 

2. Siapakah yang menganjurkan pertandingan nyanyian tersebut?

Pertandingan nyanyian tersebut dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Jaya.

 

3. Di manakah mereka berlatih?

Mereka berlatih di rumah Aishah.

 

4. Siapakah yang membantu mereka berlatih?

Ibu Aishah yang membantu mereka berlatih.

 

5. Bagaimanakah cara mereka dapat mengenal pasti kelemahan dalam persembahan mereka?

Mereka dapat mengenal pasti kelemahan dalam persembahan mereka dengan merakamkan persembahan menggunakan video.

 

6. Pada pendapat kamu, wajarkah pertandingan nyanyian secara berkumpulan ini diadakan? Mengapa?

Pada pendapat saya, wajar pertandingan nyanyian secara berkumpulan ini diadakan kerana pertandingan tersebut bukan sahaja dapat mencungkil bakat, malah dapat mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan.


01. Tiga Sahabat - C

Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

mengadakan – 5 Mac 2020. – akan – Hari Keluarga Taman Sentosa – pada – Persatuan penduduk –

Persatuan penduduk akan mengadakan Hari Keluarga Taman Sentosa pada 5 Mac 2020.
2.

dirasmikan – Program itu – pegawai daerah. – oleh – akan -

Program itu akan dirasmikan oleh pegawai daerah.
3.

diadakan – acara – semasa – akan – hari keluarga – Pelbagai – tersebut. –

Pelbagai acara akan diadakan semasa hari keluarga tersebut.
4.

di – diadakan – Program itu – akan – Padang Awam Taman Sentosa. –

Program itu akan diadakan di Padang Awam Taman Sentosa.
5.

mengeratkan – Hari keluarga ini – dapat – penduduk taman. – hubungan –

Hari keluarga ini dapat mengeratkan hubungan penduduk taman.
6.

memeriahkan – hadir – Hari Keluarga Taman Sentosa. – dijemput – untuk – Semua penduduk -

Semua penduduk dijemput hadir untuk memeriahkan Hari Keluarga Taman Sentosa.

01. Tiga Sahabat - D

Padankan peribahasa dengan maksud yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Maksud - putih bersih.

putih seperti kapas
2.

Maksud - bimbang.

susah hati
3.

Maksud - hubungan yang sangat erat.

bagai isi dengan kuku
4.

Maksud - tolong-menolong antara satu sama lain.

bagai aur dengan tebing
5.

Maksud - bersiar-siar sambil menghirup udara nyaman.

ambil angin

01. Tiga Sahabat - E

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Muka Alvin bengkak kerana disengat .

Jawapan:

lebah

 

2.

Pak Abu mengumpulkan daun kering yang bertaburan itu dengan .

Jawapan:

pencakar

 

3.

Banyak barang purba dan bersejarah yang boleh dilihat di .

Jawapan:

muzium

 

4.

Datuk menggemburkan tanah menggunakan sebatang .

Jawapan:

cangkul

 

5.

Adik berlari ketakutan kerana dikejar .

Jawapan:

angsa

 

6.

Buah  yang dibeli oleh ibu sangat manis.

Jawapan:

betik

 

7.

 yang dijual di pasar raya itu sangat segar.

Jawapan:

Kubis

 

8.

Pegawai  itu segak berpakaian seragam.

Jawapan:

bomba

01. Tiga Sahabat - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Poster di bawah menunjukkan tentang Hari Keluarga Taman Indah.

 

1.

Berdasarkan poster tersebut, tulis ulasan tentang Hari Keluarga Taman Indah. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Jawatankuasa Penduduk Taman Indah akan mengadakan Hari Keluarga Taman Indah. Hari keluarga ini akan diadakan pada 19 April 2020 bersamaan hari Ahad kerana ramai yang tidak bekerja pada hari tersebut.

Program tersebut akan diadakan dari pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Program ini akan diadakan di Padang Awam Taman Indah kerana kawasan ini luas dan lapang. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, sukaneka, pertandingan mewarna, forum, gerai jualan dan pameran. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, malah dapat menambah pengetahuan, mengeratkan hubungan dan menjaga kesihatan.

  Semua penduduk dijemput hadir untuk menjayakan dan memeriahkan sambutan Hari Keluarga Taman Indah ini.



01. Tiga Sahabat - G

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Daniel, Zaki dan Santesh bersahabat baik. Mereka juga berjiran. Hubungan mereka sangat erat. Mereka gemar meronda di sekitar taman perumahan dengan menunggang basikal. Mereka digelar “Rakan Ronda” oleh penduduk Taman Mutiara.

 

          Pada suatu hari, ketika mereka sedang meronda, mereka terdengar bunyi tangisan. Rupa-rupanya, Nani sedang menangis. Kucingnya, Si Comel hilang. Nani berasa sangat sedih dan gelisah.

 

          Daniel, Zaki dan Santesh membantu Nani mencari Si Comel. Mereka memanggil-manggil nama Si Comel. Kucing kesayangan Nani itu berbulu tebal dan jinak. Akhirnya, mereka menemui Si Comel di dalam longkang. Mereka segera menyelamatkan Si Comel.

 

          Nani mengucapkan terima kasih kepada Rakan Ronda itu. Mereka baik hati dan saling membantu mencari Si Comel yang hilang.

1.

Apakah hubungan Daniel, Zaki dan Santesh?

A.
Rakan sejawat
B.
Adik-beradik
C.
Sahabat pena
D.
Kawan baik

Jawapan:

D. Kawan baik
2.

Mengapakah penduduk taman menggelar mereka “Rakan Ronda”?

A.
Mereka bertiga gemar meronda di sekitar taman perumahan dengan menunggang basikal.
B.
Mereka bertiga gemar meronda di sekitar taman perumahan dengan menunggang motosikal.
C.
Mereka gemar menunggang basikal tanpa hala tuju dan mengganggu penduduk taman.
D.
Mereka gemar bersiar-siar di sekitar taman perumahan untuk menghirup udara segar.

Jawapan:

A. Mereka bertiga gemar meronda di sekitar taman perumahan dengan menunggang basikal.
3.

Mengapakah Nani menangis?

A.
Kerana sangat takut
B.
Kerana kucingnya hilang
C.
Kerana kucingnya jatuh ke dalam longkang
D.
Kerana diganggu oleh Daniel, Zaki dan Santesh

Jawapan:

B. Kerana kucingnya hilang
4.

Peribahasa yang sesuai untuk frasa saling menolong ialah _____________________.

A.
bagai cincin dengan permata
B.
bagai dakwat dengan pen
C.
bagai aur dengan tebing
D.
bagai isi dengan kuku

Jawapan:

C. bagai aur dengan tebing
5.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A.
Daniel, Zaki dan Santesh juga tinggal di taman perumahan yang sama.
B.
Mereka menyelamatkan kucing Nani yang terjatuh ke dalam lubang.
C.
Rakan Ronda sangat baik hati dan tolong-menolong.
D.
Kucing Nani berbulu tebal dan jinak.

Jawapan:

B. Mereka menyelamatkan kucing Nani yang terjatuh ke dalam lubang.

01. Tiga Sahabat - H

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Lily sedang bermain dengan ___________ kesayangannya.

A.
harimau
B.
buaya
C.
kucing
D.
ular

Jawapan:

C. kucing

 

2.

Cindy menonton wayang di ___________________.

A.
pasar raya
B.
pawagam
C.
rumah
D.
kedai

Jawapan:

B. pawagam

 

3.

Jeff dan kawan-kawannya selalu pergi ke __________ untuk bermain bola sepak.

A.
gelanggang
B.
jalan raya
C.
padang
D.
taman

Jawapan:

C. padang

 

4.

______________ yang mahir itu berjaya menembak seekor rusa.

A.
Petani
B.
Penoreh
C.
Pekebun
D.
Pemburu

Jawapan:

D. Pemburu

 

5.

Pak Cik Lim mengait beberapa biji _____________ untuk mendapatkan airnya.

A.
kelapa
B.
durian
C.
nangka
D.
manggis

Jawapan:

A. kelapa

 

6.

Pelayan restoran itu memberikan _____________ kepada ayah sebelum mengambil tempahan.

A.
juadah
B.
resipi
C.
petua
D.
menu

Jawapan:

D. menu

 

7.

Puan Ling menjemur pakaian di _____________ belakang rumahnya.

A.
pagar
B.
tingkap
C.
ampaian
D.
beranda

Jawapan:

C. ampaian

8.

Pak Salim menggunakan sebilah _____________ untuk menebas semak-samun di belakang rumah.

A.
pisau
B.
sabit
C.
kapak
D.
cangkul

Jawapan:

B. sabit

 

9.

Pekerjaan sebagai ________________ memerlukan kesabaran dalam mendidik anak bangsa.

A.
peguam
B.
doktor
C.
polis
D.
guru

Jawapan:

D. guru

 

10.

Malaysia sebuah ______________ yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi.

A.
negeri
B.
negara
C.
daerah
D.
kampung

Jawapan:

B. negara

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8