Tuesday, February 20, 2024

Buku teks Tahun 3 - Unit 01

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - A - Pilih ayat tunggal yang betul.
    1. 拥有 = mempunyai
    2. 幸福 = bahagian
    3. 兄弟姐妹 = adik-beradik
    4. 而 = manakala
    5. 家庭主妇 = suri rumah
    6. 勤劳 = rajin
    7. 经常 = selalu
    8. 帮忙 = membantu
    9. 家务 = kerja rumah
    10. 整理 = mengemas
    11. 厨房 = dapur
    12. 自豪 = bangga
    13. 遵守 = patuh
  2. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - B - Tulis ayat tunggal berdasarkan ayat majmuk.
  3. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - C - Betulkan kesalahan ejaan.
  4. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - D - Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang betul.
    1. anak emas 被父母或雇主爱惜的子女或员工
    2. ada bakat 才华横溢,在某一方面有天分
    3. ambil berat 关心或重视某件事情 
    4. ambil hati 投其所好,讨人欢心
    5. anak tunggal 独生子女
  5. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - E - Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.
  6. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - F - Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.
  7. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - G - Jawab soalan berpandukan petikan. (KBAT)
    • 乘搭 = menaiki
    • 抵达 = tiba
    • 遵守规则 = mematuhi peraturan
    • 被规定 = ditetapkan
    • 机构 = pihak
    • 没有 = tanpa
    • 允许 = kebenaran
    • 执行官员 = pegawai bertugas
    • 丢 = membuang
    • 四周 = merata-rata
    • 熊 = beruang
    • 鳄鱼 = buaya
    • 之后 = setelah
    • 疲累 = penat
    • 手信、纪念品 = cenderamata
    • 回忆 = kenangan
    1. Salim dan keluarganya pergi ke _____ pada minggu lalu.
    2. Salim dan keluarganya tiba di Zoo Negara pada _____.
    3. Peraturan yang ditetapkan oleh pihak Zoo Negara ialah _____ dan _____.
    4. Salim sekeluarga membeli makanan dan minuman di _____.
    5. Salim membeli cenderamata untuk _____.
    6. Kebaikan mengunjungi Zoo Negara adalah dapat _____ dan _____. [mengenali认识 - mengeratkan hubungan初进关系 - mengisi填补 - lapang空闲]
  8. 三年级(S3)01: Keluarga Tersayang - H - Tulis mesej bagi setiap rangkap lagu di bawah.


Kata Dasar (1)

  1. menjaga
  2. memilih
  3. membacakan
  4. melakukan
  5. bernyanyi
  6. bersungguh-sungguh
  7. menghiburkan
  8. sekeluarga
  9. ungkapan
  10. perkataan
  11. mempunyai
  12. tertentu
  13. berkebun
  14. membina
  15. sebuah
  16. membela
  17. menanam
  18. berwarna-warni
  19. terpakai
  20. berada


01: Keluarga Tersayang - A

Pilih ayat tunggal yang betul.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

          Amran mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Dia mempunyai tiga orang adik-beradik. Bapanya seorang doktor manakala ibunya seorang suri rumah. Amran sangat rajin. Dia, kakak dan adiknya selalu menolong ibunya membuat kerja rumah. Amran selalu membantu ibunya mengemas rumah. Adik dan kakaknya pula membantu ibu mereka di dapur. Ibu Amran bangga dengan anak-anaknya. Mereka bertiga juga amat patuh kepada ibu bapa mereka. Jiran-jiran selalu memuji sikap rajin dan patuh Amran dan adik-beradiknya.

 

Soalan 1 hingga soalan 9 - Tanda "Ya" kepada ayat tunggal, tanda "Tidak" kepada ayat yang bukan ayat tunggal.

1.

Amran mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

Ya
Tidak

Jawapan:

Tidak
2.

Dia mempunyai tiga orang adik-beradik.

Ya
Tidak

Jawapan:

Ya
3.

Bapanya seorang doktor manakala ibunya seorang suri rumah.

Ya
Tidak

Jawapan:

Tidak
4.

Amran sangat rajin.

Ya
Tidak

Jawapan:

Ya
5.

Amran selalu membantu ibunya mengemas rumah.

Ya
Tidak

Jawapan:

Ya
6.

Adik dan kakaknya pula membantu ibu mereka di dapur.

Ya
Tidak

Jawapan:

Tidak
7.

Ibu Amran bangga dengan anak-anaknya.

Ya
Tidak

Jawapan:

Ya
8.

Mereka bertiga juga amat patuh kepada ibu bapa mereka.

Ya
Tidak

Jawapan:

Ya
9.

Jiran-jiran selalu memuji sikap rajin dan patuh Amran dan adik-beradiknya.

Ya
Tidak

Jawapan:

Tidak

01: Keluarga Tersayang - B

Tulis ayat tunggal berdasarkan ayat majmuk.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

1.

Amran mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

  1. Amran mempunyai sebuah keluarga.
  2. Keluarga Amran bahagia.

2.

Bapa Amran seorang doktor manakala ibunya seorang suri rumah.

a) Bapa Amran seorang doktor.

b) Ibu Amran seorang suri rumah.

 

3.

Amran, kakak dan adiknya selalu menolong ibunya membuat kerja rumah.

a) Amran selalu menolong ibunya membuat kerja rumah.

b) Kakak Amran selalu menolong ibunya membuat kerja rumah.

c) Adik Amran selalu menolong ibunya membuat kerja rumah.

4.

Adik Amran dan abangnya membantu ibu mereka di dapur.

a) Adik Amran membantu ibunya di dapur.

b) Abang Amran membantu ibunya di dapur.

5.

Jiran-jiran selalu memuji sikap rajin dan patuh Amran.

a) Jiran-jiran selalu memuji sikap rajin Amran.

b) Jiran-jiran selalu memuji sikap patuh Amran.

01: Keluarga Tersayang - C

Betulkan kesalahan ejaan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Jawapan: sulung

2.

Jawapan: keluarga

3.

Jawapan: piano

4.

Jawapan: aktiviti

5.

Jawapan: memilih

6.

Jawapan: bongsu

7.

Jawapan: anggota

01: Keluarga Tersayang - D

Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang betul.

Padankan jawapan yang betul – Seretkan jawapan ke ruang yang tepat. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

anak emas -

Jawapan:

anak yang disayangi ibu bapa atau ketua

2.
ada bakat-

Jawapan:

ada kebolehan
3.
ambil berat-

Jawapan:

prihatin atau mengambil perhatian
4.
ambil hati-

Jawapan:

menyenangkan hati seseorang
5.
anak tunggal-

Jawapan:

anak yang tidak mempunyai adik- beradik

01: Keluarga Tersayang - E

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Ayah memotong  yang panjang di belakang rumah. rumput

2.

Ibu menjemur kain di .

 ampaian

3.

Encik Wong menanam sayur-sayuran di 

kebun

4.

Aiman dan Siti menunggang  ke taman permainan. basikal

5.

Shila memelihara seekor  yang sangat comel. kucing

6.

Penjenayah itu telah ditangkap oleh polis

7.

Mereka pergi ke  untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. stadium

8.

Wei Ming menggunakan  semasa mandi di laut. pelampung


01: Keluarga Tersayang - F

Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

 

1.

taman

Arman sekeluarga beriadah di taman.

 

 

2.

pokok

Encik Lim menebang pokok di belakang rumahnya.

 

 

3.

adik

Adik menangis kerana dimarahi oleh ibu.

 

 

4.

ikan

Joshua memelihara ikan di dalam kolam.

 

 

5.

tayar

Tayar basikal Raju pancit kerana terkena paku.

01: Keluarga Tersayang - G

Jawab soalan berpandukan petikan. (KBAT)

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

  

 

Pada minggu lalu, Salim dan keluarganya pergi ke Zoo Negara. Mereka pergi dengan menaiki kereta. Mereka tiba di zoo pada pukul 10:00 pagi.

       

       Salim dan keluarganya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Negara. Mereka tidak memberi haiwan makanan tanpa kebenaran pegawai bertugas dan tidak membuang sampah merata-rata. Terdapat banyak haiwan di Zoo Negara seperti beruang, zirafah, harimau, buaya dan sebagainya.

 

        Setelah penat berjalan, mereka membeli makanan dan minuman di gerai makanan yang terdapat di dalam Zoo Negara. Sebelum pulang, Salim membeli cenderamata untuk dijadikan kenangan.

 

1.

Ke manakah Salim dan keluarganya pergi pada minggu lalu?

Salim dan keluarganya pergi ke Zoo Negara pada minggu lalu.
2.

Bilakah Salim dan keluarganya tiba di Zoo Negara?

Salim dan keluarganya tiba di Zoo Negara pada pukul 10:00 pagi.
3.

Apakah peraturan yang ditetapkan oleh pihak Zoo Negara?

Peraturan yang ditetapkan oleh pihak Zoo Negara ialah tidak memberi haiwan makanan tanpa kebenaran pegawai bertugas dan tidak membuang sampah merata-rata.
4.

Di manakah Salim sekeluarga membeli makanan dan minuman?

Salim sekeluarga membeli makanan dan minuman di gerai makanan yang terdapat di dalam Zoo Negara.
5.

Mengapakah Salim membeli cenderamata?

Salim membeli cenderamata untuk dijadikan kenangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

6.

Apakah kebaikan mengunjungi Zoo Negara? (KBAT)

Kebaikan mengunjungi Zoo Negara adalah dapat menambah ilmu pengetahuan dan mengenali pelbagai jenis haiwan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. (Terima jawapan yang sesuai.)

01: Keluarga Tersayang - H

Tulis mesej bagi setiap rangkap lagu di bawah.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

 

1.

Kita mestilah _________________.

menjaga kebersihan rumah kita
2.

Kita hendaklah ______________________________.

rajin belajar dan kurangkan bermain
3.

Kita perlulah _______________________________.

hubungi saudara-mara untuk mengeratkan hubungan

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8