Sunday, February 18, 2024

Buku Teks Tahun 5 - Unit 01

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
  2. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. _____ yang pergi bercuti ke Thailand.
    2. Vinod tidak berasa bosan kerana dapat _____.
    3. Kemudahan yang terdapat dalam kereta api ekspres itu seperti _____.
    4. Vinod mengisi masanya dengan _____.
    5. Jika kereta api yang dinaiki oleh Vinod bertolak pada pukul 9:00 pagi, 12 Disember, dia akan _____.
  3. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - C - Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
  4. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - D - Nyatakan peribahasa dengan maksud yang betul.
  5. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - E - Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.
  6. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - F - Bina Ayat.  [aktiviti sebuah keluarga di ruang tamu]
  7. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - G - Jawab soalan berpandukan petikan. ✍ Erti perkataan
    1. 搬动 = alihkan
    2. 感到可怜的 = kasihan
    3. 长子 = along
    4. 老二、第二个孩子的昵称 = angah
    5. 进餐 = sajikan
    6. 草席  = tikar
    7. 可能 = mungkin
    8. 饿 = lapar
    9. 老幺、老十、最小的孩子的昵称 = usu
    10. 建议 = saranan
    11. 父亲(昵称) = abah
    12. 老三、第三个孩子的昵称 = alang
    13. 老六、第六个孩子的昵称 = uda
    14. (车子)引擎盖 = bonet
  8. 五年级(S5)01: Riangnya Keluargaku - H - Pilih jawapan (Kata nama Khas) yang tepat berdasarkan soalan.

 

01: Riangnya Keluargaku - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

  1. Syarikat Perumahan Gemilang
  2. Lokasi rumah tersebut adalah di Taman Saujana
  3. Harga rumah tersebut bermula daripada RM250 000
  4. Rumah tersebut merupakan rumah berkembar. Rumah tersebut besar dan cantik serta mempunyai halaman yang luas. Rumah tersebut terletak berhampiran sekolah, pasar raya dan hospital serta mempunyai taman permainan.
  5. Ya, kita patut membeli rumah tersebut kerana memenuhi cita rasa kita sekeluarga. Lokasinya juga strategik kerana berhampiran dengan sekolah, pasar raya dan hospital serta mempunyai taman permainan.

01: Riangnya Keluargaku - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Azlan

:

Selamat petang, Vinod.

Vinod

:

Selamat petang, Azlan.

Azlan

:

Setahu saya kamu pergi bercuti ke Thailand. Bilakah kamu pulang?

Vinod

:

Saya baru balik petang semalam.

Azlan

:

Ceritakanlah pengalaman kamu itu. Saya teringin hendak mendengarnya.

Vinod

:

Baiklah, Azlan. Saya pergi ke Thailand bersama-sama dengan keluarga. Kami menaiki kereta api dari Stesen Butterworth untuk ke Bangkok. Perjalanan itu mengambil masa sangat lama, iaitu kira-kira 17 jam.

Azlan

:

Wah, lamanya! Tidakkah kamu berasa bosan?

Vinod

:

Oh, tidak! Sebaliknya saya berasa sangat seronok kerana dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan. Selain itu, saya juga mengisi masa dengan membaca buku dan bermain catur dengan ayah saya. Tambahan pula, kereta api ekspres itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti televisyen, kantin dan tandas.

Azlan

:

Tentu banyak tempat menarik yang kamu lawati di Thailand.

Vinod

:

Memang banyak, Azlan. Marilah datang ke rumah saya esok. Boleh kita berbual panjang.

Azlan

:

Baiklah, Vinod.

 

1.

Siapakah yang pergi bercuti ke Thailand?

Vinod yang pergi bercuti ke Thailand.
2.

Mengapakah Vinod tidak berasa bosan?

Vinod tidak berasa bosan kerana dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan.
3.

Apakah kemudahan yang terdapat dalam kereta api ekspres itu?

Kemudahan yang terdapat dalam kereta api ekspres itu seperti televisyen, kantin dan tandas.
4.

Bagaimanakah Vinod mengisi masanya semasa berada di dalam kereta api?

Vinod mengisi masanya dengan membaca buku dan bermain catur bersama ayahnya.
5.

Jika kereta api yang dinaiki oleh Vinod bertolak pada pukul 9:00 pagi, 12 Disember, bilakah dia sampai di Bangkok?

Jika kereta api yang dinaiki oleh Vinod bertolak pada pukul 9:00 pagi, 12 Disember, dia akan sampai di Bangkok pada pukul 2:00 pagi, 13 Disember.

01: Riangnya Keluargaku - C

Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Jawapan:

Keluarga Yong Xin merancang untuk bercuti ke tempat yang istimewa.

 

2.

Jawapan:

Mereka berbincang untuk memilih destinasi percutian yang menyeronokkan.

 

3.

Jawapan:

Mereka membuat keputusan untuk bercuti ke taman hiburan keluarga.

 

4.

Jawapan:

Yong Xin berasa sangat teruja dan gembira.

 

5.

Jawapan:

Dia dan keluarganya akan bermain pelbagai jenis permainan.

01: Riangnya Keluargaku - D

Nyatakan peribahasa dengan maksud yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

bagai telur di hujung tanduk

ada jalan

langkah kiri

putus asa

mandi peluh

ganding bahu

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

 

1.

Bekerja kuat dan bersungguh-sungguh.

mandi peluh
2.

Bekerjasama.

ganding bahu
3.

Dalam keadaan bahaya.

bagai telur di hujung tanduk
4.

Jika kita mahu melakukan sesuatu perkara, kita akan menyempurnakannya sedaya upaya dan demikian juga sebaliknya.

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
5.

Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

ada jalan
6.

Hilang harapan.

putus asa
7.

Bernasib malang. 

langkah kiri

01: Riangnya Keluargaku - E

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

lalat

juadah

hotel

syarikat

peragut

buruh

gergaji

pengurus

 

1.

Bapa saya ditukarkan ke sebuahpercetakan di Kuala Lumpur. syarikat

 

2.

Terdapat banyakdi tempat pembuangan sampah. lalat

 

3.

Ramai warganegara Indonesia yang bekerja sebagaibinaan di Malaysia. buruh

 

4.

Bapa saya seorangdi sebuah firma hartanah. pengurus

 

5.

Ibu sedang menghidangkanmakan tengah hari untuk kami sekeluarga. juadah

 

6.

Pekerja itu menggunakanuntuk memotong kayu. gergaji

 

7.

Kami menginap di sebuahyang terkemuka ketika bercuti di Langkawi. hotel

 

8.

Pihak polis telah berjaya menangkapitu. peragut

01: Riangnya Keluargaku - F

Bina Ayat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti sebuah keluarga di ruang tamu.

1.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

  1. Encik Hamdan sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya dengan khusyuk.
  2. Pak Cik Salim membaca surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa.
  3. Anita sedang menjahit baju dengan teliti.
  4. Haziq sedang melayari Internet menggunakan komputer riba untuk mencari maklumat berkaitan pelajarannya.
  5. Azlan dan Atiqah sedang bermain catur dengan gembira.

01: Riangnya Keluargaku - G

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Linda

:

Boleh tak angah alihkan payung tu? Kasihan nenek kepanasan.

Adam

:

Boleh. Senang sahaja tu, along. Khemah ini pun sudah siap dipasang. Oh, ya! Nasi lemak dan mi yang dimasak oleh ibu tadi hendak letak di mana?

Linda

:

Terima kasih, angah. Makanan itu bolehlah kita sajikan di atas tikar. Datuk dan nenek mungkin sudah lapar.

Amin

:

Usu pun nak tolong juga, boleh tak? Selepas makan nanti, bolehlah kita bina istana pasir dan mandi-manda bersama-sama.

Linda

:

Elok juga saranan usu tu. Eh, abah dan alang buat apa tu?

Adam

:

Oh, mereka sedang menyediakan tempat untuk membakar udang, ayam dan ikan yang dibeli di pasar tani tadi! Ha, mari kita tolong uda ambil makanan dalam bonet kereta!

 

         

          Begitulah cara Encik Malik mengisi sebahagian waktu santai bersama kaum keluarganya. Selain dapat merehatkan minda, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

 

          Mereka bukan orang berada. Kehidupan mereka pun sederhana sahaja. Namun begitu, mereka sentiasa ceria dan bahagia.

1.

Di manakah aktiviti di atas berlangsung?

A.
Tapak perkhemahan
B.
Pasar tani
C.
Di rumah
D.
Di pantai

Jawapan:

D. Di pantai
2.

Tujuan utama keluarga Adam berada di lokasi tersebut adalah untuk ______.

A.
merapatkan hubungan
B.
mencari kebahagiaan
C.
merehatkan minda
D.
bersantai

Jawapan:

D. bersantai
3.

Apakah aktiviti pertama yang dilakukan oleh Adam?

A.
Menghidang makanan
B.
Mengalihkan payung
C.
Memasang khemah
D.
Mandi-manda

Jawapan:

C. Memasang khemah
4.

Berapa orangkah adik-beradik Adam?

A.
Lima orang
B.
Empat orang
C.
Tiga orang
D.
Dua orang

Jawapan:

A. Lima orang
5.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A.
Adam merupakan anak yang pertama.
B.
Keluarga Encik Malik bukan orang berada.
C.
Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan mereka.
D.
Mereka bercadang untuk mandi-manda selepas makan.

Jawapan:

A. Adam merupakan anak yang pertama.


01: Riangnya Keluargaku - H

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Ibu negeri Bumi Kenyalang ialah ____________.

A.
Kota Kinabalu
B.
Kuching
C.
Bintulu
D.
Sibu

Jawapan:

B. Kuching

 

2.

Umat Islam menyambut _______________ setelah sebulan berpuasa.

A.
Hari Deepavali
B.
Tahun Baru Cina
C.
Hari Raya Aidilfitri
D.
Hari Raya Aidiladha

Jawapan:

C. Hari Raya Aidilfitri

 

3.

Ayah membeli sebuah komputer riba baharu yang berjenama _________.

A.
Adidas
B.
Nokia
C.
Rolex
D.
Acer

Jawapan:

D. Acer

 

4.

Encik Azlan gemar membaca akhbar ________ kerana terdapat banyak isu semasa.

A.
Buletin Pagi
B.
Majalah Didik
C.
Kamus Dewan
D.
Berita Harian

Jawapan:

D. Berita Harian

 

5.

Daniel ke __________ untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

A.
Zoo Negara
B.
Taman Negara
C.
Muzium Negara
D.
Stadium Negara

Jawapan:

D. Stadium Negara

 

6.

Doktor Chan bertugas di _______________.

A.
Sekolah Kebangsaan Taman Saujana
B.
Hospital Besar Kuala Lumpur
C.
Balai Polis Tanjung Bidara
D.
Universiti Malaya

Jawapan:

B. Hospital Besar Kuala Lumpur

 

7.

__________ merupakan kucing kesayangan Mei Ling.

A.
Sang Bedal
B.
Pak Belang
C.
Si Comel
D.
Si Jalak

Jawapan:

C. Si Comel

 

8.

Motosikal berjenama ____________ itu kepunyaan abang saya.

A.
Yamaha LC
B.
Perodua Viva
C.
Toyota Vios
D.
Yonex

Jawapan:

A. Yamaha LC

 

9.

______________ merupakan mercu tanda kebanggaan Malaysia

A.
Zoo Negara
B.
Muzium Negara
C.
Rumah Api Tanjung Tuan
D.
Menara Berkembar Petronas

Jawapan:

D. Menara Berkembar Petronas

 

10.

Kami sekeluarga berkelah di ______________.

A.
Taman Perumahan Idaman
B.
Pantai Teluk Kemang
C.
Pasaraya Econsave
D.
Jalan P. Ramlee

Jawapan:

B. Pantai Teluk Kemang

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8