Tuesday, January 23, 2024

2024-01-23(二)Bahasa Melayu Tahun 4 【Unit 24】

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 

  1. 四年级(S4)24. Bijak Kewangan - C - Catat maklumat berdasarkan petikan. (PETA BUIH: Cara Mengurus Kewangan dengan Bijak)
    1. Tidak seharusnya … …
    2. Mempunyai … …
    3. Mem… …
    4. Me… …
    5. Mem… …
  2. 四年级(S4)24. Bijak Kewangan - D - Edit teks daripada aspek ejaan, imbuhan dan tanda baca dengan betul, kemudian salin semula.
  3. 四年级(S4)24. Bijak Kewangan - E - Tukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang.
  4. 四年级(S4)24. Bijak Kewangan - F - Ulasan. (Kebaikan Membeli Barangan Tempatan)
    • Terdapat … …
    • Lebih murah berbanding dgn barangan import
    • Mata wang tdk mengalir ke luar ngr
    • Setanding dgn ngr lain
    • Menyokong pembgnn & kemajuan ngr
  5. 四年级(S4)24. Bijak Kewangan - G - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. _____
    2. _____  yang enak menarik perhatian pengunjung ke gerai Devi, Jenny dan Aini.
    3. Harga sebungkus nasi lemak ialah _____ manakala harga burger bakar ialah _____ sebiji.
    4. Jika saya mendapat keuntungan yang lumayan, saya akan _____ dan _____.[menyimpan - sebhgn - bank – membeli keperluan persklhan - alat tulis - buku]
  6. 四年级(S4)24. Bijak Kewangan - H - Karangan. (Penggunaan Wang Ganjaran Pertandingan)


24. Bijak Kewangan - C

Catat maklumat berdasarkan petikan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Kita haruslah bijak menguruskan kewangan atau perbelanjaan. Terdapat pelbagai cara untuk menguruskan kewangan dengan bijak.

 

          Antaranya, kita tidak seharusnya menghabiskan kesemua wang perbelanjaan harian. Kita sepatutnya memperuntukkan sedikit wang tersebut untuk disimpan. Selain itu, kita juga perlu mempunyai sebuah buku catatan. Tujuannya adalah untuk mencatat jumlah wang yang diterima dan yang telah dibelanjakan. Di samping itu, kita mesti membelanjakan wang untuk keperluan sahaja seperti makanan, minuman dan alatan keperluan sekolah. Kita juga perlu memilih tempat dan masa untuk berbelanja. Misalnya di pasar raya yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding pasar raya lain dan semasa promosi. Seterusnya, kita hendaklah mempunyai inisiatif sendiri dan berinovasi seperti bercucuk tanam atau mengguna semula barang-barang yang boleh digunakan.

 

          Kesimpulannya, kita haruslah bijak menguruskan kewangan dan tidak boros ketika berbelanja.

 

  1. Tidak seharusnya menghabiskan kesemua wang perbelanjaan harian
  2. Mempunyai sebuah buku catatan
  3. Membelanjakan wang untuk keperluan sahaja
  4. Memilih tempat dan masa untuk berbelanja
  5. Mempunyai inisiatif dan berinovasi

24. Bijak Kewangan - D

Edit teks daripada aspek ejaan, imbuhan dan tanda baca dengan betul, kemudian salin semula.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Pada pagi itu, Justin ke kedai alat tulis. Dia hendak membeli peralatan sekolah seperti buku latihan, pensel dan pensel warna. Apabila sampai di kedai itu, Justin mengambil lima naskhah buku latihanSenaskhah buku latihan itu berharga lima puluh sen. Kemudian, dia mengambil tiga batang pensel yang berharga empat puluh sen sebatang. Dia juga mengambil sekotak pensel warna yang berharga RM6.50.

     “Berapakah harga kesemuanya, pak cik?” tanya Justin.

     “Kesemuanya berjumlah RM10.20,” jawab Pak Cik Leong, iaitu pemilik kedai alat tulis itu. Selepas itu, Justin pulang ke rumahnya.

24. Bijak Kewangan - E

Tukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Ayat susunan biasa : Encik Raj ke pejabat pos.

Ke pejabat pos Encik Raj.

 

2.

Ayat susunan biasa : Beliau membayar bil elektrik.

Membayar bil elektrik beliau.

 

3.

Ayat susunan biasa : Ravi mengikut bapa ke sana.

Mengikut bapa ke sana Ravi.

 

4.

Ayat susunan biasa : Encik Raj mengambil nombor giliran.

Mengambil nombor giliran Encik Raj.

 

5.

Ayat susunan biasa : Para pengunjung sedang menunggu giliran.

Sedang menunggu giliran para pengunjung.

 

6.

Ayat susunan biasa : Pengawal keselamatan sedang mengawasi keadaan.

Sedang mengawasi keadaan pengawal keselamatan.

 

7.

Ayat susunan biasa : Kanak-kanak itu mandi di sungai.

Mandi di sungai kanak-kanak itu.

 

8.

Ayat susunan biasa : Nenek Amir sedang sakit tenat di hospital.

Sedang sakit tenat di hospital nenek Amir.

 

9.

Ayat susunan biasa : Ibu sedang memasak di dapur.

Sedang memasak di dapur ibu.

 

10.

Ayat susunan biasa : Abang dan kawan-kawannya bermain bola di padang.


Bermain bola di padang abang dan kawan-kawannya.

24. Bijak Kewangan - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Gambar di bawah menunjukkan kebaikan membeli barangan tempatan.

Tulis ulasan tentang kebaikan membeli barangan tempatan tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

 

Membeli barangan buatan Malaysia sangat penting kepada setiap individu. Terdapat pelbagai kebaikan membeli barangan buatan Malaysia.

     Antaranya, kita dapat menjimatkan perbelanjaan kerana barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import. Selain itu, kita dapat meningkatkan ekonomi negara kerana tidak berlaku pengaliran mata wang ke luar negara. Di samping itu, kita dapat meningkatkan industri tempatan agar negara kita setanding dengan negara lain.

     Kesimpulannya, kita wajar membeli barangan buatan tempatan untuk menyokong pembangunan dan kemajuan negara.

24. Bijak Kewangan - G

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Perkataan segan dalam petikan boleh juga digantikan dengan _______________.

malu

2.

Apakah yang menarik perhatian para pengunjung ke gerai Devi, Jenny dan Aini?

Aroma nasi lemak dan burger bakar yang enak menarik perhatian pengunjung ke gerai Devi, Jenny dan Aini.

3.

Berapakah harga sebungkus nasi lemak dan sebiji burger bakar?

Harga sebungkus nasi lemak ialah RM2 manakala harga burger bakar ialah RM3 sebiji.

4.

Jika kamu mendapat keuntungan yang lumayan, apakah yang akan kamu lakukan dengan wang tersebut?

Jika saya mendapat keuntungan yang lumayan, saya akan menyimpan sebahagian wang tersebut dan sebahagiannya digunakan untuk membeli keperluan persekolahan seperti alat tulis dan buku.

24. Bijak Kewangan - H

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Kamu telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan mengarang dan mendapat wang tunai sebanyak RM500. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara kamu membelanjakan wang tersebut.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.


Pada minggu lepas, saya telah menerima wang tunai sebanyak RM500 kerana telah memenangi pertandingan mengarang. Saya berasa amat gembira.

    Saya akan menyimpan sebahagian wang tersebut ke dalam akaun simpanan saya. Saya akan mendapat dividen dan keuntungan daripada simpanan tersebut. Wang tersebut akan saya gunakan untuk pendidikan dan ketika kecemasan.

    Selain itu, saya akan menggunakan wang tersebut untuk membeli peralatan sekolah. Contohnya, alat tulis, buku-buku dan kelengkapan sekolah yang lain. Saya dapat meringankan beban ibu bapa.

    Di samping itu, saya juga akan membeli hadiah untuk ahli keluarga saya. Saya mahu menghargai jasa mereka. Sesungguhnya, pengorbanan mereka tidak ternilai harganya.

    Saya juga akan mendermakan wang tersebut kepada golongan yang kurang berkemampuan. Saya mahu berkongsi kegembiraan bersama mereka. Wang tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan mengurangkan beban mereka.

    Saya bersyukur dengan kemenangan ini. Saya harus merancang perbelanjaan saya dengan bijak dan berhemat.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8