Wednesday, January 24, 2024

2024-01-24(三)Bahasa Melayu Tahun 2 【Penilaian Buku Teks (Unit 21 - Unit 24) - 02】

MY EXAM 👉 二年级(S2) - Penilaian Buku Teks (Unit 21 - Unit 24) - 02


A Tulis ayat tanya yang sesuai berdasarkan jawapan. (14%)

Jawab soalan-soalan yang berikut.

 

Apakah tajuk drama tersebut?

Di manakah persembahan itu diadakan?

Siapakah yang melatih murid-murid Tahun Dua Bijak?

Apakah yang sedang dilakukan oleh murid-murid Tahun Dua Bijak?

Mengapakah drama tersebut dipersembahkan?

Bilakah persembahan drama itu diadakan?

Berapa lamakah masa yang diambil untuk melatih mereka?

 

1.

Murid-murid Tahun Dua Bijak sedang mempersembahkan sebuah drama.

(2.0 Marks)

Jawapan: Apakah yang sedang dilakukan oleh murid-murid Tahun Dua Bijak?

2.
Tajuk drama tersebut ialah

(2.0 Marks)

Jawapan: Apakah tajuk drama tersebut?

3.
Persembahan drama itu diadakan pada hari Jumaat

(2.0 Marks)

Jawapan: Bilakah persembahan drama itu diadakan?

4.
Persembahan itu diadakan di dewan sekolah.

(2.0 Marks)

Jawapan: Di manakah persembahan itu diadakan?

5.
Drama itu dipersembahan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam diri murid-murid.

(2.0 Marks)

Jawapan: Mengapakah drama tersebut dipersembahkan?

6.
Cikgu Zain yang melatih murid-murid Tahun Dua Bijak.

(2.0 Marks)

Jawapan: Siapakah yang melatih murid-murid Tahun Dua Bijak?

7.
Masa yang diambil untuk melatih mereka ialah dua bulan.

(2.0 Marks)

Jawapan: Berapa lamakah masa yang diambil untuk melatih mereka?

B Lengkapkan isi tersirat berpandukan isi tersurat. (18%)

Jawab soalan-soalan yang berikut.

 

Puan Yong seorang yang prihatin.

Puan Nina bijak berbelanja.

Kedai runcit itu mematuhi peraturan dan memudahkan pengguna.

Perniagaan restoran itu sangat maju.

Barangan di Kedai Runcit Ah Huat lebih murah.

Cheng Li berjimat cermat.

 

1.

Puan Nina membeli beg tangan yang berkualiti tetapi murah harganya.

(3.0 Marks)

Jawapan: Puan Nina bijak berbelanja.

2.
Restoran itu sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.

(3.0 Marks)

Jawapan: Perniagaan restoran itu sangat maju.

3.
Puan Yong akan menyemak kembali resit pembelian selepas membuat pembayaran.

(3.0 Marks)

Jawapan: Puan Yong seorang yang prihatin.

4.
Ramai pelanggan berkunjung ke Kedai Runcit Ah Huat berbanding Kedai Runcit Ah Long.

(3.0 Marks)

Jawapan: Barangan di Kedai Runcit Ah Huat lebih murah.

5.
Semua barangan di kedai runcit itu dilabelkan dengan tanda harga.

(3.0 Marks)

Jawapan: Kedai runcit itu mematuhi peraturan dan memudahkan pengguna.

6.
Cheng Li membawa bekal ke sekolah.

(3.0 Marks)

Jawapan: Cheng Li berjimat cermat.

C Isi tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai. (18%)

Isi tempat kosong.

 

 

(3.0 Marks)

1.

 tunjukkan saya bilik persalinan.
Jawapan: Tolong

(3.0 Marks)

2.

 beratur dengan tertib.
Jawapan: Sila

(3.0 Marks)

3.

 berlari-lari di kolam renang.
Jawapan: Jangan

(3.0 Marks)

4.

 tuan-puan menjaga keselamatan anak-anak ketika di pasar raya.
Jawapan: Minta

(3.0 Marks)

5.

 menangis lagi.
Jawapan: Usah

(3.0 Marks)

6.

 bersabar. Kamu akan dilayan sebentar lagi.
Jawapan: Harap
D Fahami petikan di bawah. Kemudian, pilihkan pernyataan-pernyataan yang betul. (10%)

Tanda (✓) pada jawapan yang betul.

 

 

Setiap orang seharusnya berbelanja secara berhemat atau berjimat cermat. Terdapat banyak cara berbelanja secara berhemat.

 

      Kita seharusnya tidak menghabiskan wang perbelanjaan harian. Contohnya, sekiranya kita mempunyai wang belanja sebanyak lima ringgit sehari, kita sepatutnya tidak menghabiskan kesemua wang lima ringgit tersebut.

 

      Selain itu, kita juga perlu mempunyai sebuah buku catatan untuk mencatat perbelanjaan kita supaya kita dapat mengetahui jumlah perbelanjaan harian.

 

      Di samping itu kita seharusnya membelanjakan wang untuk barang-barang keperluan sahaja. Elakkan diri daripada membeli barangan yang kurang diperlukan.

 

      Kesimpulannya, banyak cara boleh kita lakukan agar perbelanjaan kita dibuat secara berhemat dan mengelakkan kita daripada bersikap boros ketika berbelanja.

1.

Kita boleh menghabiskan wang perbelanjaan harian.

(2.0 Marks)

2.

Kita perlu mempunyai sebuah buku catatan untuk mencatat perbelanjaan kita.

(2.0 Marks)

3.

Jika wang belanja harian kita sebanyak RM6 sehari, kita tidak patut menghabiskan kesemua wang tersebut.

(2.0 Marks)

4.

Kita boleh membeli barangan yang mahal sesuka hati.

(2.0 Marks)

5.

Nilai berjimat cermat dalam perbelanjaan patut diamalkan oleh murid-murid.

(2.0 Marks)

E Pilih jawapan yang betul. (10%)

Pilih jawapan yang betul.

1.
Hati Mak Timah ________ apabila terkenang suami yang telah pergi buat selama-lamanya.

(2.0 Marks)

A.
gundah-gulana

2.
Bunyi _______ jelas kedengaran apabila Mak Fawin mengeruk periuk nasi itu.

(2.0 Marks)

C.
kerak-keruk

3.
Lantai rumah saya _______ kerana baru dimop oleh emak.

(2.0 Marks)

D.
licin-licau

4.
Kami sekeluarga memang kerap _______ kerana ayah ingin selalu bertugas di luar negeri.

(2.0 Marks)

A.
pindah-randah

5.
“ _____ kita bermuafakat untuk membangunkan kampung ini,” kata Ketua Kampung Carey.

(2.0 Marks)

D.
Seelok-eloknya
F Senaraikan dan betulkan kesalahan. (16%)

Jawab soalan-soalan yang berikut.

 

Julian pergi kepada kedai alattulis untuk membeli alat tulis. Dia membeli pencil, pemadam dan penbaris. Bapanya telah memberikannya RM10.00. Sebelum membeli barangan tersebut, Julian meneliti harga dan kuality alat tulis tersebut. Julian memilih alat tulis yang berkualiti tetapi murah harganya. Dia tidak mahu menbazir. Dia telah diajar oleh ibubapanya agar bejimat-cermat.
1.

Kesalahan- kepada

(2.0 Marks)

Jawapan: ke

2.

Kesalahan - alattulis

(2.0 Marks)

Jawapan: alat tulis

3.
Kesalahan - pencil

(2.0 Marks)

Jawapan: pensel

4.
Kesalahan - penbaris

(2.0 Marks)

Jawapan: pembaris

5.
Kesalahan - kuality

(2.0 Marks)

Jawapan: kualiti

6.
Kesalahan - menbazir

(2.0 Marks)

Jawapan: membazir

7.
Kesalahan - ibubapanya

(2.0 Marks)

Jawapan: ibu bapanya

8.
Kesalahan - bejimat-cermat

(2.0 Marks)

Jawapan: berjimat cermat

G Pilih jawapan yang tepat. (14%)

Tanda (✓) pada jawapan yang betul.

 

1.

Tetamu __________ yang hadir di majlis itu mengambil tempat masing-masing.

(2.0 Marks)

2.

Kapal terbang yang kami __________ itu sungguh selesa.

(2.0 Marks)

3.

Maklumat tempat percutian yang menarik itu telah saya __________.

(2.0 Marks)

4.

__________ di restoran itu sungguh sedap.     

(2.0 Marks)

5.

__________ pelajar berkumpul di dewan besar itu.   

(2.0 Marks)

6.

Adik telah menyertai pertandingan __________.

(2.0 Marks)

7.

__________ buku itu kembali selepas kamu membacanya.

(2.0 Marks)

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8