Tuesday, January 2, 2024

2024-01-02(二)Bahasa Melayu Tahun 4 【Unit 22 & 23】

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 

  1. 四年级(S4)22. Belanja Berhemat - G - Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  2. 四年级(S4)23. Maju dan Berjaya - A - Lengkapkan cerita dengan menulis perenggan berdasarkan frasa yang diberi. (Hari Kantin)
  3. 四年级(S4)23. Maju dan Berjaya - B - Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. Kedai Ikan Laga Alvin berlokasi di _____.
    2. Kedai Ikan Laga Alvin ini mula beroperasi pada _____.
    3. Jika pelanggan Encik Alvin membeli 10 ekor ikan, dia akan mendapat _____.
    4. Promosi sangat penting dalam sesebuah perniagaan untuk _____ dan _____. [melariskan - menarik minat - pelanggan - membeli]
  4. 四年级(S4)23. Maju dan Berjaya - C - Bina ayat.
  5. 四年级(S4)23. Maju dan Berjaya - D - Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan carta alir tersebut.



Lengkapkan Karangan.

berjenama

murah

berhemat 

membandingkan

stabil

kos

menyenaraikan

cuti umum

pembaziran

jualan murah

berbelanja

menjimatkan 



Cara-cara Berbelanja dengan Bijak


SSebagai pengguna, kita harus bijak (1)berbelanja. Sikap ini dapat mengelakkan (2)pembaziran.

  Sebelum berbelanja, kita perlu (3)menyenaraikan barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu. Rancanglah perbelanjaan dengan bijak supaya tidak melebihi (4)kos yang ditetapkan. Kita harus berbelanja mengikut senarai barang yang telah dicatat sahaja.

  Selain itu, kita perlu (5)membandingkan harga barang di beberapa pasar raya. Kita harus memilih tempat yang menawarkan harga yang lebih (6)murah. Secara tidak langsung, kita dapat (7)menjimatkan kos perbelanjaan.

  Di samping itu, kita boleh membeli ketika (8)jualan murah. Kebanyakan pasar raya bersaing untuk menawarkan harga promosi dan jauh lebih murah. Misalnya, pada musim perayaan atau (9)cuti umum.

  Kita juga boleh bertukar kepada barangan yang (10)berjenama pasar raya. Kebiasaannya, barangan jenama ini lebih murah berbanding jenama biasa. Misalnya, barang yang berjenama Giant atau Tesco.

  Kesimpulannya, kita harus berbelanja dengan (11)berhemat untuk
mengelakkan pembaziran dan memastikan ekonomi sentiasa (12)stabil.


22. Belanja Berhemat - G

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Apakah yang telah dianjurkan oleh Syarikat Perabot Jati?

A.
Jualan Perabot Jati
B.
Jualan Perabot Terpakai
C.
Penjualan Perabot Baharu
D.
Penukaran Perabot Terpakai

Jawapan:

B. Jualan Perabot Terpakai
2.

Berikut merupakan perabot, kecuali

A.
kipas angin.
B.
almari.
C.
katil.
D.
meja.

Jawapan:

A. kipas angin.
3.

Berapa lamakah jualan perabot terpakai diadakan mengikut waktu operasi selama dua hari itu?

A.
12 jam
B.
24 jam
C.
30 jam
D.
48 jam

Jawapan:

C. 30 jam
4.

Perkara berikut boleh dilakukan oleh pelanggan semasa Jualan Perabot Terpakai, kecuali

A.
menukar perabot terpakai.
B.
menjual perabot terpakai.
C.
membeli perabot terpakai.
D.
mengambil perabot terpakai.

Jawapan:

D. mengambil perabot terpakai.
5.

Pilih jawapan yang betul mengenai iklan di atas.

A.
Penjualan diadakan di kedai perabot
B.
Penjualan perabot ini berlangsung selama tiga hari
C.
Penjualan dilakukan dari 9:00 pagi hingga 12:00 malam
D.
Pelanggan tidak boleh menjual perabot terpakai mereka

Jawapan:

C. Penjualan dilakukan dari 9:00 pagi hingga 12:00 malam


22. Belanja Berhemat - H

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Kita sewajarnya mengamalkan sikap berbelanja dengan bijak setiap kali hendak berbelanja. Tulis karangan tentang cara-cara berbelanja dengan bijak.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.

 

Cara-cara Berbelanja dengan Bijak.

Sebagai pengguna, kita harus bijak berbelanja. Sikap ini dapat mengelakkan pembaziran.

     Sebelum berbelanja, kita perlu menyenaraikan barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu. Rancanglah perbelanjaan dengan bijak supaya tidak melebihi kos yang ditetapkan. Kita harus berbelanja mengikut senarai barang yang telah dicatat sahaja.

     Selain itu, kita perlu membandingkan harga barang di beberapa pasar raya. Kita harus memilih tempat yang menawarkan harga yang lebih murah. Secara tidak langsung, kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

     Di samping itu, kita boleh membeli ketika jualan murah. Kebanyakan pasar raya bersaing untuk menawarkan harga promosi dan jauh lebih murah. Misalnya, pada musim perayaan atau cuti umum.

     Kita juga boleh bertukar kepada barangan yang berjenama pasar raya. Kebiasaannya, barangan jenama ini lebih murah berbanding jenama biasa. Misalnya, barang yang berjenama Giant atau Tesco.

     Kesimpulannya, kita harus berbelanja dengan berhemat untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan ekonomi sentiasa stabil.


3. Maju dan Berjaya - A

Lengkapkan cerita dengan menulis perenggan berdasarkan frasa yang diberi.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Pada hari Khamis yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Taman Indah telah mengadakan Hari Kantin. Mila, Suzan dan Rita membuka gerai menjual buah-buahan yang sudah dibersihkan dan dipotong.

 

Sebelum gerai dibuka, mereka memasang khemah. Mereka juga turut menyusun kerusi dan meja. Selain itu, mereka memastikan gerai mereka bersih.

     Setelah selesai, mereka menyusun buah-buahan di atas meja. Mereka juga meletakkan tanda harga. Cara ini dapat memudahkan mereka dan juga pelanggan yang datang.

     Ramai pelanggan yang datang ke gerai mereka untuk membeli buah-buahan. Mereka melayan pelanggan dengan mesra. Mereka berharap dapat memuaskan hati pelanggan.

     Akhirnya, buah-buahan tersebut habis dijual. Mereka mengira hasil jualan pada hari itu. Mila, Suzan dan Rita berasa gembira kerana mendapat hasil yang lumayan.


23. Maju dan Berjaya - B

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Di manakah lokasi Kedai Ikan Laga Alvin?

Lokasi Kedai Ikan Laga Alvin di Lot 888 Jalan Sentosa 3,Taman Sentosa,80800 Seremban, Negeri Sembilan.

2.

Bilakah Kedai Ikan Laga Alvin ini mula beroperasi?

Kedai Ikan Laga Alvin ini mula beroperasi pada pukul 9:00 pagi.

3.

Jika pelanggan Encik Alvin membeli 10 ekor ikan laga, berapa ekorkah ikan laga percuma yang akan diperolehnya?

Jika pelanggan Encik Alvin membeli 10 ekor ikan, dia akan mendapat empat ekor ikan percuma.

4.

Pada pendapat kamu, mengapakah promosi sangat penting dalam sesebuah perniagaan?

Promosi sangat penting dalam sesebuah perniagaan untuk melariskan dan menarik minat pelanggan datang ke kedai untuk membeli barangan yang dijual.

23. Maju dan Berjaya - C

Bina ayat.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

keuntungan 

Mak Cik Kiah mendapat keuntungan yang lumayan sejak menjual pelbagai kuih.

 

2.

kerugian 

Syarikat itu terpaksa gulung tikar kerana mengalami kerugian setelah ditipu.

 

3.

perniagaan 

Perniagaan ayam golek yang baru dibuka itu mendapat sambutan yang hangat.

 

4.

membazirkan 

Kita tidak boleh membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak diperlukan.

 

5.

kewangan 

Kita perlulah bijak menguruskan kewangan agar tidak membazir.

23. Maju dan Berjaya - D

Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan carta alir tersebut.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

(Jawapan perlu diisi dengan huruf sahaja.)

A      Aktiviti jualan bermula.

B      Pengadil pertandingan ‘Gerai Tercantik’ datang untuk mengadili gerai.

C      Aktiviti jualan berakhir.

D      Ahli kelab berkumpul di gerai kelab.

E      Pengunjung dijangka mula memenuhi lokasi jualan.

F      Jualan penghabisan stok diadakan.

 

  1. D
  2. A
  3. E
  4. B
  5. F
  6. C

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20