Wednesday, January 3, 2024

2024-01-03(三)Bahasa Melayu Tahun 2 【Penilaian Buku Teks (Unit 16 - Unit 20) - 02】

MY EXAM 👉 二年级(S2) - Penilaian Buku Teks (Unit 16 - Unit 20) - 02

Pembetulan 



A Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (12%)

Isi tempat kosong.

 

(2.0 Marks)

1.
Pemandangan di kampung ini sangat 

.
Jawapan: indah

(2.0 Marks)

2.
Cik Alin kelihatan 

 apabila berbaju kebaya.
Jawapan: anggun

(2.0 Marks)

3.
Udara di kampung ini sangat 

.
Jawapan: nyaman

(2.0 Marks)

4.
Air terjun ini sangat 

.
Jawapan: sejuk

(2.0 Marks)

5.
Suasana di Pantai Port Dickson sungguh 

 pada hujung minggu.
Jawapan: meriah

(2.0 Marks)

6.
Encik Yap pandai bergaya dan sangat 

.
Jawapan: kacak
B Berikan kata dasar bagi perkataan berimbuhan tersebut. (12%)

Isi tempat kosong.

(2.0 Marks)

1.
menanam

Jawapan: tanam

(2.0 Marks)

2.
menyapu

Jawapan: sapu

(2.0 Marks)

3.
belajar

Jawapan: ajar

(2.0 Marks)

4.
bekerja

Jawapan: kerja

(2.0 Marks)

5.
menyanyi

Jawapan: nyanyi

(2.0 Marks)

6.
menggosok

Jawapan: gosok
C Lengkapkan ayat dengan bandingan semacam yang betul. (16%)

Jawab soalan-soalan yang berikut.

 

rajin macam semut

takut seperti tikus

berat macam batu

gagah macam gergasi

kurus macam lidi

garang seperti harimau

pantas macam kilat

putih macam kapas

 

1.

Zoey sangat __________ kerana berjaya mengangkat kamus-kamus yang berat itu dengan mudah.

(2.0 Marks)

Jawapan: gagah macam gergasi

2.
Walaupun Li Mei kuat makan, tetapi badannya tetap __________.

(2.0 Marks)

Jawapan: kurus macam lidi

3.
Sean sangat disukai oleh kawan-kawannya kerana dia __________.

(2.0 Marks)

Jawapan: rajin macam semut

4.
Raju tidak dapat mengangkat kotak yang __________ itu.

(2.0 Marks)

Jawapan: berat macam batu

5.
Murid-murid tahun Dua Arif__________ setelah dimarahi oleh guru kelas mereka.

(2.0 Marks)

Jawapan: takut seperti tikus

6.
Guru disiplin itu digeruni oleh murid-murinya kerana wajahnya yang__________.

(2.0 Marks)

Jawapan: garang seperti harimau

7.
Baju sekolah Jackie __________ kerana baru dicuci.

(2.0 Marks)

Jawapan: putih macam kapas

8.
Para peserta lumba lari itu berlari __________ untuk memenangi pertandingan tersebut.

(2.0 Marks)

Jawapan: pantas macam kilat

D Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. (10%)

Jawab soalan-soalan yang berikut.

 

joran dan umpan

pusara datuk dan mengunjungi rumah sanak saudara

pulang ke kampung masing-masing

pakaian baharu dan cantik

terang-benderang dengan cahaya pelita

 

Vector Ramadhan Background

 

Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kereta api sesak dengan para penumpang yang ingin pulang ke kampung masing-masing.

 

      Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami. Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-benderang dengan cahaya pelita.

 

      Pada hari yang seterusnya, Pak Su membawa kami sekeluarga pergi ke sungai yang terletak tidak jauhnya dari rumahnya. Kami telah menyediakan joran dan umpan. Pak Su mengajar saya dan kedua-dua adik lelaki tentang cara-cara memancing ikan.

 

      Apabila tiba satu Syawal, kami memakai pakaian baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selepas itu, kami menziarahi pusara datuk dan mengunjungi rumah sanak saudara di kampung.

 

1.

Kereta api sesak dengan para penumpang yang ingin _____________________.

(2.0 Marks)

Jawapan: pulang ke kampung masing-masing

2.
Suasana di kampung _____________________ pada malam tujuh likur.

(2.0 Marks)

Jawapan: terang-benderang dengan cahaya pelita

3.
Kami telah menyediakan ______________ untuk memancing ikan.

(2.0 Marks)

Jawapan: joran dan umpan

4.
Kami memakai _____________ untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

(2.0 Marks)

Jawapan: pakaian baharu dan cantik

5.
Kami menziarahi ________________________________________ di kampung.

(2.0 Marks)

Jawapan: pusara datuk dan mengunjungi rumah sanak saudara

E Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul. (18%)

Jawab soalan-soalan yang berikut.

1.

Bulan Bahasa Melayu / mengadakan / SJKC Pei Hua / majlis pelancaran / telah

(3.0 Marks)

Jawapan: SJKC Pei Hua telah mengadakan majlis pelancaran Bulan Bahasa Melayu.

2.
dirasmikan / telah / Pengerusi PIBG / oleh / Majlis ini

(3.0 Marks)

Jawapan: Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG.

3.
memupuk minat / untuk / Aktiviti ini / Bahasa Melayu / terhadap / bertujuan / murid

(3.0 Marks)

Jawapan: Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat murid terhadap Bahasa Melayu.

4.
mengambil bahagian / dalam aktiviti / Murid-murid / yang diadakan / perlu

(3.0 Marks)

Jawapan: Murid-murid perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan.

5.
Kai Zhen / bercerita itu / telah / Pertandingan / oleh / dimenangi

(3.0 Marks)

Jawapan: Pertandingan bercerita itu telah dimenangi oleh Kai Zhen.

6.
berpuas hati / aktiviti / Guru Besar / terhadap / yang dijalankan / sangat

(3.0 Marks)

Jawapan: Guru Besar sangat berpuas hati terhadap aktiviti yang dijalankan.

F Pilihkan maksud dengan pembayang pantun. (10%)

Pilih jawapan yang betul.

______________________________

______________________________

Pulau Mabul cantik sekali,

Tempat tumpuan para penyelam.

1.

(2.0 Marks)

A.
Mengail ikan di pinggir kali, Untuk diletak di dalam kolam;

_____________________________

______________________________

Gunung Kinabalu tertinggi di Malaysia,

Menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

2.

(2.0 Marks)

D.
Dari Paris terus ke Rusia, Pergi menangkap si labah-labah;

______________________________

______________________________

Mari nikmati makanan laut,

Harganya murah dan mudah didapati.

3.

(2.0 Marks)

C.
Lidi kelapa mudah diraut, Batang kelapa dibuat titi;

______________________________

______________________________

Untungnya pencinta alam sekitar,

Lembah Denum menenangkan jiwa.

4.

(2.0 Marks)

B.
Anak Pak Ali bernama Mustar, Berkahwin dengan si gadis jawa;

______________________________

______________________________

Kunjunglah Memorial Perang Kundasang,

Tempat bersejarah membuka minda.

5.

(2.0 Marks)

A.
Anak ayam ditangkap musang, Ibunya pula sudah tiada;
G Pilih kata adjektif yang betul. (12%)

Tanda (✓) pada jawapan yang betul.

 

1.

Pisau itu ________ kerana tidak diasah.

(2.0 Marks)

2.

Kamus Perdana itu sangat berat dan __________.   

(2.0 Marks)

3.

Rambut adik _________ kerana tidak disikat.    

(2.0 Marks)

4.

Suara penyanyi itu sangat ________.              

(2.0 Marks)

5.

Buah mangga muda itu rasanya __________.   

(2.0 Marks)

6.

Saya berasa _______ akan nenek kerana sudah lama tidak bertemu.

(2.0 Marks)

H Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (10%)

Isi tempat kosong.

 

(2.0 Marks)

1.
Ahmad 

 Ali berkawan baik.
Jawapan: dan

(2.0 Marks)

2.
Semua orang hadir ke dewan 

 ketua kelas.
Jawapan: kecuali

(2.0 Marks)

3.
Kamu boleh pilih nasi 

 mi goreng untuk makan malam.
Jawapan: atau

(2.0 Marks)

4.
Dia menangis 

 dimarahi guru.
Jawapan: kerana

(2.0 Marks)

5.
Cikgu Lim menasihati murid-muridnya 

 belajar bersungguh-sungguh.
Jawapan: supaya

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20