Monday, January 1, 2024

2024-01-01(一)Bahasa Melayu Tahun 3 【UNIT 21】

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - C - Salin semula petikan di bawah dengan memasukkan ejaan dan tanda baca yang betul.
  2. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - D - Lengkapkan pantun.
  3. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - E - Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.
    1. Kita boleh menanam pokok pandan ini __________.
    2. Pokok pandan ini __________. 
    3. Contoh masakan yang menggunakan daun pandan ialah __________.
    4. Kaum Melayu menggunakan daun-daun pandan ini untuk __________. 
    5. Selain daripada masakan dan bunga rampai, mereka menggunakan daun pandan ini __________.
  4. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - F - Bina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal di bawah.
  5. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - G - Isi tempat kosong dengan kata hubung yang betul.
  6. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - H - Baca petikan dan jawab soalan di bawah.



Kata Dasar (21)B

1. penyodok

2. kumpulkan

3. letakkan

4. masukkan

5. berkurangan

6. peraih

7. bertindak

8. makanan

9. terbuang

10. ditanam

11. dihurung

12. sengatan

13. buatan

14. hiasan

15. lawatan

16. semaian

17. melawat

18. penanam

19. peserta

20. disiram

21. menyiram

22. memasang

23. dikehendaki

24. bergerak

25. mendapatkan

26. soalan

27. menjawab

28. bentangkan

29. ketahui

30. sayangi

31. pertanian

32. penternakan

33. ejaan

34. penyataan

35. menghalau

36. penggayaan

37. lengkapkan

38. berpandukan

39. memasukkan

40. pembentangan



21: Sumber Rezeki - C

Salin semula petikan di bawah dengan memasukkan ejaan dan tanda baca yang betul.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Puan Yuna mempunyai sebuah ladang bungan. Ladangnya sangat luas dan cantik. Ladang bunga Puan Yuna dipenuhi dengan bunga bewarna-warni

        Puan yuna mengupah tiga orang pekerja untuk menjiga ladang bunganya. Pekerja pekerja Puan Yuna sangat rajin. Mereka menjaga pokok bunga dengan baik. Mereka sentiasa menggembur menyiram dan membubuh baja pada pokok bunga. Oleh itu, pokok bunga di ladang bunga Puan Yuna tumboh dengan subur.

        Rutin harian pekerja Puan Yuna adalah memetik bunga lalu membungkos bunga dengan kemas sebelum dijual. Puan Yuna berharap perniagaannya semakin maju pada mase hadapan.

1.

Jawapan:

Puan Yuna mempunyai sebuah ladang bunga. Ladangnya sangat luas dan cantik. Ladang bunga Puan Yuna dipenuhi dengan bunga berwarna-warni.

       Puan Yuna mengupah tiga orang pekerja untuk menjaga ladang bunganya. Pekerja-pekerja Puan Yuna sangat rajin. Mereka menjaga pokok bunga dengan baik. Mereka sentiasa menggemburmenyiram dan membubuh baja pada pokok bunga. Oleh itu, pokok bunga di ladang bunga Puan Yuna tumbuh dengan subur.

       Rutin harian pekerja Puan Yuna adalah memetik bunga lalu membungkus bunga dengan kemas sebelum dijual. Puan Yuna berharap perniagaannya semakin maju pada masa hadapan.

21: Sumber Rezeki - D

Lengkapkan pantun.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

 

  1. organik
  2. kimia
  3. khasiat
  4. penyakit
  5. Rotan
  6. kraf tangan


21: Sumber Rezeki - E

Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

Pokok pandan banyak ditanam oleh suri rumah. Tempat menanam pokok pandan ini adalah di dalam pasu atau di atas tanah sahaja. Daun pandan ini berwarna hijau. Ianya berbentuk tirus dan panjang. Baunya juga sangat harum. Daun pandan mempunyai banyak kegunaan.

        Antaranya ialah, sebagai pewangi makanan. Kebanyakan peniaga menggunakan daun pandan ini untuk dimasukkan ke dalam masakan mereka seperti nasi lemak,bubur dan air sirap. Ini kerana, bau daun pandan akan menyedapkan lagi rasa masakan mereka.

        Selain itu juga, kaum Melayu menggunakan daun-daun pandan ini untuk dijadikan bunga rampai. Bunga rampai sangat cantik apabila dimasukkan ke dalam bekas-bekas dan ianya akan dijual di pasaran.

        Ada juga di antara mereka menggunakan daun pandan ini sebagai pewangi di dalam kereta, bilik-bilik dan diletakkan di celah-celah pendingin hawa rumah. Ini kerana baunya yang harum dan rasa sangat tenang apabila menghidunya.

 

1.

Di manakah kita boleh menanam pokok pandan ini?

Tempat menanam pokok pandan ini adalah di dalam pasu atau di atas tanah sahaja.
2.

Nyatakan ciri-ciri pokok pandan ini.

Pokok pandan ini berwarna hijau,bentuknya panjang dan tirus.
3.

Berikan contoh masakan yang menggunakan daun pandan.

Contoh masakan yang menggunakan daun pandan ialah nasik lemak,bubur dan air sirap.
4.

Apakah yang dibuat oleh kaum Melayu dengan daun pandan ini?

Kaum Melayu menggunakan daun-daun pandan ini untuk dijadikan bunga rampai. Bunga rampai sangat cantik apabila dimasukkan ke dalam bekas-bekas dan ianya akan dijual di pasaran.
5.

Selain daripada masakan dan bunga rampai, apakah lagi kegunaan pokok pandan ini?

Selain daripada masakan dan bunga rampai,ada juga di antara mereka menggunakan daun pandan ini sebagai pewangi di dalam kereta,bilik-bilik dan diletakkan di celah-celah pendingin hawa rumah.

21: Sumber Rezeki - F

Bina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal di bawah.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

(a) Pak Abu menternak kambing?

(b) Pak Abu menternak lembu?

1.

Jawapan:

Pak Abu menternak kambing atau lembu?

 

(a) Dua orang pekerja mengumpulkan kambing-kambingnya.

(b) Dua orang pekerja membawa kambing itu ke padang rumput.

2.

Jawapan:

Dua orang pekerja mengumpulkan kambing-kambingnya lalu membawa kambing itu ke padang rumput.

 

(a) Pekerja Pak Abu membersihkan kandang setiap minggu.

(b) Kambing-kambing itu tidak dijangkiti penyakit.

3.

Jawapan:

Pekerja Pak Abu membersihkan kandang setiap minggu supaya kambing-kambing itu tidak dijangkiti penyakit.

 

(a) Pak Abu mengikat kambingnya dengan menggunakan tali.

(b) Pak Abu menambat kambingnya pada pokok.

4.

Jawapan:

Pak Abu mengikat kambingnya dengan menggunakan tali lalu menambatnya pada pokok.

 

(a) Encik Ahmad berjumpa Pak Abu.

(b) Encik Ahmad membeli kambing Pak Abu.

5.

Jawapan:

Encik Ahmad berjumpa Pak Abu untuk membeli kambingnya.

21: Sumber Rezeki - G

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

- dengan - kerana - sambil - supaya - dan - lalu -

 

1.

Petani itu memakai topi  panas.

 kerana

2.

Jonathan mengutip durian  memasukkan durian ke dalam bakul. lalu

3.

Andy memotong rumput  berhati-hati. dengan

4.

Pekerja-pekerja itu memetik buah  berbual-bual. sambil

5.

Nelayan  petani bergantung hidup kepada hasil tangkapan dan tanaman mereka. dan

6.

Tumbuh-tumbuhan perlu disiram  hidup subur. supaya

21: Sumber Rezeki - H

Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Mei Ling dan ibunya pergi ke perusahaan salun dandanan rambut. Sementara menunggu rambut ibunya didandan, Mei Ling berbual-bual dengan pemilik salun berikut yang bernama Puan Husna binti Mohd.

        “Cantik dan kemas salun milik puan ini. Saya bercita-cita untuk membuka salun seperti ini pada suatu hari nanti,” kata Mei Ling kepada Puan Husna.

        “Terima kasih, Mei Ling. Baguslah jika kamu bercita-cita sedemikian. Dahulu,saya juga sangat berminat dalam bidang peragaan rambut. Oleh itu, saya perlu mencari ilmu pengetahuan dan berusaha sehingga berjaya.

        Saya meneruskan pengajian dalam bidang penjagaan rambut di Institut Kemahiran Belia Negara. Selepas menamatkan pelajaran, saya membuka sebuah salun dandanan rambut.

        Kini, saya mempunyai lima cawangan salun. Saya sangat bersyukur kerana salun ini mendapat sambutan daripada orang ramai,”cerita Puan Husna kepada Mei Ling.

 

1.

Ke manakah Mei Ling dan ibunya pergi?

A.
Pasaraya
B.
Salun rambut
C.
Kedai gambar
D.
Kedai serbaneka

Jawapan:

B. Salun rambut
2.

Apakah cita-cita Mei Ling?

A.
Ingin membuka salun pada suatu hari nanti.
B.
Ingin bekerja di salun Puan Husna.
C.
Ingin belajar di kedai Puan Husna.
D.
Ingin menjadi rakan kongsi Puan Husna

Jawapan:

A. Ingin membuka salun pada suatu hari nanti.
3.

Bagaimanakah cara untuk menjadi seperti Puan Husna?

A.
bekerja di salun lain untuk mendapatkan pengalaman
B.
membeli salun daripada orang lain
C.
belajar sambil lewa
D.
mencari ilmu pengetahuan dan berusaha sehingga berjaya.

Jawapan:

D. mencari ilmu pengetahuan dan berusaha sehingga berjaya.
4.

Di manakah tempat Puan Husna belajar?

A.
Institut Kemahiran Belia Malaysia
B.
Institut Pengajian Islam Malaysia
C.
Institut Kemahiran Belia Negara
D.
Universiti Awam

Jawapan:

C. Institut Kemahiran Belia Negara
5.

Berapakah bilangan kedai Puan Husna?

A.
Dua
B.
Tiga
C.
Empat
D.
Lima

Jawapan:

D. Lima

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20