MY EXAM ⇒ 四年级(S4) - Kertas Ujian UASA (BAHARU 2023) - Set 04
Pilih jawapan yang betul.
Soalan 1 hingga 3
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Ayah Lee Wen ____________ di Jabatan Pendaftaran Negara.
(1.0 Marks)
__________ yang sedang dilakukan oleh pekerja itu?
Pilih ayat yang betul.
Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada suatu hari, Ah Keong sedang memancing ikan di sebatang sungai berdekatan dengan rumahnya. Suasana ketika itu sungguh sunyi. Ketika Ah Keong sedang leka memancing, tiba-tiba dia terdengar suara orang meminta tolong.
Ah Keong tercari-cari arah datangnya suara itu. Tiba-tiba, dia terlihat seorang budak lelaki terkapai-kapai meminta tolong di tengah sungai itu.
Tanpa membuang masa, Ah Keong terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkannya. Ah Keong berjaya menarik rambut budak itu. Dia begitu terkejut apabila melihat budak itu ialah kawannya, Badrul. Ah Keong segera menarik Badrul ke tebing sungai.
Beberapa orang penduduk kampung telah berada di tebing sungai itu. Mereka memberikan bantuan kecemasan sebaik sahaja Badrul dibawa ke tebing sungai. Tidak lama kemudian, Badrul pun sedar. Badrul dibawa ke hospital oleh penduduk kampung.
Pada keesokan harinya, Badrul dan ibu bapanya datang ke rumah Ah Keong. Ibu bapa Badrul mengucapkan terima kasih kepada Ah Keong kerana telah menyelamatkan Badrul.
Di manakah Ah Keong memancing ikan?
Mengapakah beberapa orang penduduk kampung berada di tebing sungai itu?
Apakah tujuan Badrul dan ibu bapanya datang ke rumah Ah Keong?
Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bahan 1
Bahan 2
Permainan congkak sangat digemari oleh kaum wanita. Permainan ini memerlukan dua jenis peralatan sahaja iaitu papan congkak dan buah congkak. Permainan ini dimainkan di mana-mana sahaja terutamanya di rumah secara berpasangan. Setiap pemain akan cuba mendapatkan buah-buah. Congkak yang ada di papan congkak untuk dimasukkan ke dalam rumah congkak. Pemain yang habis dahulu buahnya dikira kalah.
Permainan wau pula merupakan sejenis permainan yang sangat digemari oleh kaum lelaki. Permainan ini memerlukan tali selain daripada wau yang telah siap dan dimainkan di kawasan lapang. Semasa angin bertiup kencang, wau dilepaskan di udara dan juruanjung akan menarik wau sambil berlari-lari anak. Tali akan dilepaskan sedikit demi sedikit agar wau dapat naik hingga mencecah awan. Pemenang akan dikira berdasarkan keunikan dan kreativiti reka cipta wau di samping kemampuan wau terbang tinggi apabila ditiup angin.
Apakah yang diperlukan dalam permainan congkak?
Perkataan digemari dalam petikan bermaksud
Pilih pernyataan yang benar tentang permainan wau.
Permainan congkak boleh dimainkan di ___________.
Soalan subjektif.
Soalan 1 hingga 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Pada hari Rabu, murid-murid SJK (C) Taman Titiwangsa mengadakan latihan kebakaran. Latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk mempersiapkan murid-murid dengan langkah-langkah yang diambil sekiranya berlaku kebakaran.
Apabila loceng kecemasan berbunyi, murid-murid harus segera membawa beg lalu keluar dari kelas dalam keadaan tenang. Guru harus membawa murid keluar dari bangunan berpandukan pelan kebakaran yang terletak di setiap tingkat bangunan.
Melalui pelan ini, murid dapat menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Semua murid perlu bergerak cepat menuju ke padang. Kemudian, murid perlu beratur mengikut kelas. Guru akan mencatat nama murid untuk memastikan semua murid selamat.
Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan oleh murid apabila loceng kecemasan berbunyi.
Apabila loceng kecemasan berbunyi, murid-murid harus segera membawa beg lalu keluar dari kelas dalam keadaan tenang.
Mengapakah pelan bangunan diletakkan di setiap tingkat bangunan?
Pelan bangunan diletakkan di setiap tingkat bangunan supaya guru dapat membawa murid keluar dari bangunan berpandukan pelan kebakaran.
Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul.
Kami mahu membeli hadiah itu.
Kami tidak mempunyai wang yang cukup.
Gabungkan ayat di atas dengan menggunakan penanda wacana - tetapi.
Kami mahu membeli hadiah itu tetapi tidak mempunyai wang yang cukup.
Pada hari Rabu, murid-murid SJK (C) Taman Titiwangsa mengadakan latihan kebakaran.
Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Bilakah murid-murid SJK (C) Taman Titiwangsa mengadakan latihan kebakaran?
Soalan 6Baca dan fahami situasi di bawah.Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
Membaca merupakan amalan yang baik. Oleh itu, kanak-kanak haruslah dipupuk untuk mengamalkan amalan ini sejak dari kecil lagi.
Pada pendapat kamu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca terhadap anak-anak mereka?
Pada pendapat saya, ibu bapa boleh membaca bersama anak-anak setiap malam. Selain itu, ibu bapa boleh mendirikan perpustakaan mini di rumah mereka. Seterusnya, ibu bapa harus sering membawa anak-anak mereka mengunjungi ke kedai buku.
Grafik di bawah menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran udara.
Tulis pendapat kamu tentang faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran udara.Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Perkembangan ekonomi menyebabkan pencemaran udara berlaku secara berleluasa. Antara faktor pencemaran udara ialah pembakaran hutan untuk pembinaan petempatan yang baharu. Selain itu, kilang-kilang membebaskan asap ke udara tanpa menggunakan penapis asap. Di samping itu, kenderaan yang mengeluarkan asap juga mengakibatkan pencemaran udara. Akhir sekali, kerja-kerja di kawasan pembinaan menyebabkan habuk berterbangan di udara.
Teliti bahan grafik di bawah, kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk berformat atau tidak berformat.Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Jawapan:
Laporan Lawatan Ke Muzium Negara
Pada 25 Januari 2022 yang lalu, Persatuan Sejarah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara Kuala Lumpur. Para peserta terdiri daripada 40 orang ahli persatuan dan 4 orang guru penasihat. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menambah pengetahuan dan memupuk nilai patriotisme dalam kalangan ahli.
Rombongan kami bertolak dari pekarangan sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Kami tiba di muzium pada pukul 10.00 pagi dan disambut oleh pegawai bertugas, Encik Hafiz. Beliau membawa kami melihat bahan-bahan sejarah sambil memberi penerangan tentang sistem pemerintahan beraja, peralatan dan senjata tradisional masyarakat Melayu terdahulu.
Sebelum pulang, kami mengambil gambar di sekitar muzium sebagai kenang-kenangan. Rombongan bertolak pulang pada pukul 3.00 petang. Kami gembira kerana mendapat banyak pengetahuan tentang sejarah negara.
Laporan disediakan oleh, 29 JANUARI 2022
Tan Bee Leng
(TAN BEE LENG)
Setiausaha Persatuan Sejarah
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) ChungHin
No comments:
Post a Comment