Wednesday, December 6, 2023

2023-12-06(三)Bahasa Melayu Tahun 2 【Unit 18 & 19】

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 二年级(S2)18-Indahnya Budi Bahasa - F - Senaraikan kata majmuk yang terdapat dalam petikan.
  2. 二年级(S2)19-Cintailah Bahasa Kita - A - Berikan respons terhadap ayat tanya.
    1. pada 20 … di…
    2. Aktiviti yang dipertandingkan semasa karnival tersebut ialah ______.
    3. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk ______.
    4. _____, Jason. Karnival ini mampu menimbulkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu dan pelajaran mereka menerusi ______.
  3. 二年级(S2)19-Cintailah Bahasa Kita - B - Padankan ayat dengan isi tersirat.
  4. 二年级(S2)19-Cintailah Bahasa Kita - C - Jawab soalan berpandukan petikan.
    1. ______.
    2. Siao Xuan suka membaca buku cerita kerana _____.
    3. Faedah yang diperoleh dengan membaca ialah dapat __________. 
    4. Ketika Siao Xuan menjumpai perkataan yang tidak difahami semasa membaca, dia akan __________. 
    5. Pada pendapat saya, kita wajar membaca buku cerita kerana __________. [ menambah ilmu pengetahuan - perbendaharaan kata ] 

Sistem Bahasa 👉 二年级(S2)Sistem Bahasa - Unit 23 Set 1 - Kata Majmuk


18-Indahnya Budi Bahasa - F

Senaraikan kata majmuk yang terdapat dalam petikan.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

      

 

          

1.

Kai Zhun seorang budak yang baik hati. Dia juga ringan tulang. Dia rajin membantu ibunya. Dia sering membantu ibunya membersihkan ruang tamu. Sekiranya dia ternampak sampah yang bertaburan, dia akan mengutip lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Dia juga akan mencuci kasut sekolahnya sendiri. Ibunya amat berbesar hati kerana mempunyai anak sepertinya.

baik hati
seorang budak
membantu
ringan tulang
ternampak sampah
ruang tamu
mencuci kasut
tong sampah
kasut sekolah
berbesar hati

Jawapan:

baik hati, ringan tulang, ruang tamu, tong sampah, kasut sekolah, berbesar hati

19-Cintailah Bahasa Kita - A

Berikan respons terhadap ayat tanya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Damien     : Jason, betulkah kamu akan menyertai Karnival Bahasa Melayu?

            Bila dan di mana karnival tersebut berlangsung?

Jason       : Ya, Damien. Karnival itu akan diadakan (1)pada 20 Mei 2018 di SJKC Chung Hwa.

Damien     : Apakah aktiviti yang dipertandingkan semasa karnival tersebut?

Jason       : (2)Aktiviti yang dipertandingkan semasa karnival tersebut ialah pertandingan bercerita, pertandingan syarahan, kuiz bahasa, pantun dan bicara berirama.

Damien     : Apakah tujuan karnival ini diadakan, Jason?

Jason       : (3)Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menimbulkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu.

Damien     : Pada pendapat kamu, mampukah karnival ini menimbulkan minat

            murid-murid terhadap Bahasa Melayu dan membantu dalam pelajaran?

Jason       : (4)Ya, Jason. Karnival ini mampu menimbulkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu dan pelajaran mereka menerusi latihan yang dijalankan setiap hari. Banyak kosa kata baharu yang dapat dipelajari.

  1. pada 20 Mei 2018 di SJKC Chung Hwa
  2. Aktiviti yang dipertandingkan semasa karnival tersebut ialah pertandingan bercerita, pertandingan syarahan, kuiz bahasa, pantun dan bicara berirama
  3. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menimbulkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu
  4. Ya, Jason. Karnival ini mampu menimbulkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu dan pelajaran mereka menerusi latihan yang dijalankan setiap hari. Banyak kosa kata baharu yang dapat dipelajari



19-Cintailah Bahasa Kita - B

Padankan ayat dengan isi tersirat.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

* Jia Xin amat menghargai Bahasa Melayu.

* Kelly seorang murid yang berdikari dan mempunyai inisiatif sendiri.

* Guan Ling meminati Bahasa Melayu.

* Ibu bapa Mei Hwa sangat prihatin terhadap pelajarannya.

* Hui Xin seorang murid yang berani dan rajin berusaha.

 

 

Guan Ling gemar membaca buku cerita Bahasa Melayu.

1.

Isi tersirat

Guan Ling meminati Bahasa Melayu.

Ibu bapa Mei Hwa menghantarnya ke pusat tuisyen agar Mei Hwa dapat mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

2.

Isi tersirat

Ibu bapa Mei Hwa sangat prihatin terhadap pelajarannya.

Jia Xin selalu bertutur dalam Bahasa Melayu.

3.

Isi tersirat

Jia Xin amat menghargai Bahasa Melayu.

Hui Xin akan bertanya kepada gurunya sekiranya dia tidak memahami sesuatu topik yang diajarkan.

4.

Isi tersirat

Hui Xin seorang murid yang berani dan rajin berusaha.

Kelly akan mencari maksud perkataan yang tidak difahaminya sendiri dalam kamus.

5.

Isi tersirat 

Kelly seorang murid yang berdikari dan mempunyai inisiatif sendiri.

19-Cintailah Bahasa Kita - C

Jawab soalan berpandukan petikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Siao Xuan gemar membaca buku cerita berbahasa Melayu. Baginya, membaca itu amat menyeronokkan. Dia selalu membaca buku pada masa lapang.

          Membaca buku cerita mendatangkan banyak faedah. Selain menambahkan ilmu, membaca buku dapat menambahkan perbendaharaan kata Siao Xuan juga. Sekiranya dia menjumpai perkataan yang tidak difahami, Siao Xuan akan merujuk kepada kamus. Kini, Siao Xuan telah menguasai banyak kosa kata.

          Siao Xuan sangat gembira. Dia dapat meningkatkan kemahiran berbahasanya dengan membaca banyak buku cerita berbahasa Melayu.

1.

Siao Xuan gemar membaca __________.

buku cerita berbahasa Melayu
2.

Mengapakah Siao Xuan suka membaca buku cerita?

Siao Xuan suka membaca buku cerita kerana amat menyeronokkan.
3.

Apakah faedah yang diperoleh dengan membaca?

Faedah yang diperoleh dengan membaca ialah dapat menambah ilmu pengetahuan dan menambah perbendaharaan kata seseorang.

4.

Apakah tindakan Siao Xuan ketika menjumpai perkataan yang tidak difahaminya semasa membaca?

Ketika Siao Xuan menjumpai perkataan yang tidak difahami semasa membaca, dia akan merujuk kepada kamus untuk mencari maksudnya.
5.

Pada pendapat kamu, wajarkan kita membaca buku cerita? Mengapa?

Pada pendapat saya, kita wajar membaca buku cerita kerana dengan membaca buku cerita, dapat menambah ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata.

Sistem Bahasa - Unit 23 Set 1

Kata Majmuk

Padankan jawapan yang betul – Seretkan jawapan ke ruang yang tepat. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Padankan perkataan di bawah untuk membentuk kata majmuk.

1.

gambar rajah

2.
alat tulis
3.
duit syiling
4.
tengah hari
5.
topi keledar
6.
baju kemeja
7.
cermin mata
8.
komputer riba
9.
bas sekolah
10.
telefonbimbit

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8