Monday, December 4, 2023

2023-12-04(一)Bahasa Melayu Tahun 6 【Unit 22】

    Buku Teks - Semakan 👉

    1. 六年级(S6)22: Majukan Ekonomi Kita - A - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
      1. Kak Yi Mun bercadang untuk ______.
      2. Kak Yi Mun berasa gementar tentang cadangan perniagaannya kerana ______.
      3. Ayah Kak Yi Mun mencadangkan Kak Yi Mun bermula ______.
      4. Kak Yi Mun mahir ______.
    2. 六年级(S6)22: Majukan Ekonomi Kita - B - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
    3. 六年级(S6)22: Majukan Ekonomi Kita - C - Pilih jawapan yang sesuai dan lengkapkan ayat di bawah dengan menggunakan kata berimbuhan awalan atau akhiran yang betul.
    4. 六年级(S6)22: Majukan Ekonomi Kita - D - Lengkapkan perkataan di dalam kurungan dengan imbuhan apitan yang betul.
    5. 六年级(S6)22: Majukan Ekonomi Kita - E - Bulatkan jawapan yang betul.
    6. 六年级(S6)22: Majukan Ekonomi Kita - F - Lengkapkan sajak berikut. Isikan jawapan yang betul.


    22: Majukan Ekonomi Kita - A

    Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Kakak Yi Mun membuat perancangan untuk menceburi bidang perniagaan. Dia bercadang untuk membuka sebuah butik. Namun begitu, fikirannya serabut kerana modalnya tidak mencukupi. Dia gementar kerana bimbang akan kegagalan yang akan dihadapinya. Dia pun meminta bantuan ayahnya untuk menyelesaikan kemelut itu.

    “Idea kamu itu bagus tetapi agak berisiko. Pada pandangan ayah, mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Dalami dan kuasai selok-belok perniagaan sebelum mengeluarkan modal yang besar. Sebaik-baiknya, ceburi perniagaan yang berkaitan dengan kemahiran kamu,” nasihat Encik Yap sambil memandang deretan patung mini yang berselerak di atas meja. Patung mini itu ialah hasil kerja tangan kakak Yi Mun.

    “Kamu mahir membuat patung mini. Patung mini kamu itu cantik dan sesuai dijadikan hiasan serta cenderamata. Ayah yakin bahawa patung mini itu akan mendapat sambutan jika dijual,” tambah Encik Yap lagi.

    Setelah berfikir panjang, akhirnya kakak Yi Mun membuat keputusan untuk menerima cadangan ayahnya. Dia pun memulakan perniagaan patung mini.

    1.

    Apakah perniagaan yang Kak Yi Mun ingin ceburi pada awalnya?

    Kak Yi Mun bercadang untuk membuka sebuah butik.

    2.

    Mengapakah Kak Yi Mun berasa gementar tentang cadangan perniagaannya?

    Kak Yi Mun berasa gementar tentang cadangan perniagaannya kerana modalnya tidak mencukupi dan bimbang akan kegagalan yang akan dihadapinya.

    3.

    Apakah cadangan yang diberikan oleh ayah Kak Yi Mun?

    Ayah Kak Yi Mun mencadangkan Kak Yi Mun bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu serta mendalami dan menguasai selok-belok perniagaan sebelum mengeluarkan modal yang besar. Ayahnya juga mencadangkan dia menceburi perniagaan yang berkaitan dengan kemahirannya.

    4.

    Apakah kemahiran yang ada pada Kak Yi Mun? 

    Kak Yi Mun mahir membuat patung mini.

    Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    5.

    Pilih pernyataan yang tidak benar.

    A.
    Kak Yi Mun tidak menerima cadangan ayahnya.
    B.
    Ayah Kak Yi Mun memuji kemahirannya membuat patung mini.
    C.
    Kak Yi Mun bertekad untuk memulakan perniagaan patung mini.
    D.
    Idea perniagaan Kak Yi Mun bagus tetapi berisiko.

    Jawapan:

    A. Kak Yi Mun tidak menerima cadangan ayahnya.

    22: Majukan Ekonomi Kita - B

    Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    (Jawapan perlu mengisi Huruf sahaja)

    A

     barangan dan perkhidmatan

    B

     sumber kewangan

    C

     memupuk nilai-nilai murni 

    D

     Koperasi

    E

     asas perniagaan

     

    Kebaikan Koperasi Sekolah

    • Memberi pendedahan tentang asas perniagaan kepada pelajar 
    • Mendapat barangan dan perkhidmatan dengan mudah
    • Memupuk nilainilai murni
    • Menambah sumber kewangan sekolah

     

    Tracy: (1)D Koperasi sekolah menggunakan konsep sebuah syarikat usahasama yang terdiri daripada beberapa individu iaitu pelajar dan guru yang memegang saham syarikat tersebut. Mari kita bincangkan kebaikan koperasi sekolah.

    Yati: Pada pendapat saya, penubuhan koperasi sekolah dapat mendedahkan pelajar kepada (2)E asas perniagaan. Hal ini demikian kerana koperasi sekolah akan membuka keahlian kepada pelajar dan guru untuk bersama-sama menguruskan semua urusan jual beli, kewangan dan lain-lain lagi. 

    Haris: Saya setuju dengan Yati. Selain itu, koperasi di sekolah juga memudahkan pelajar serta guru untuk mendapatkan (3)A barangan dan perkhidmatan di sekolah. Kadang kala, guru atau ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memastikan pelajar membawa segala alat tulis yang perlu untuk digunakan di dalam kelas, maka koperasi sekolah dapat memastikan pelajar sentiasa mempunyai barang seperti alat tulis demi pembelajaran yang lebih selesa.

    Jian Hui: Betul. Tambahan pula, koperasi sekolah dapat (4)C memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Pelajar yang menjadi ahli koperasi perlu bersifat amanah untuk menjaga urusan kewangan yang terlibat dengan memberikan jumlah pulangan baki yang tepat serta tidak mengambil wang ke dalam poket sendiri.

    Tracy: Pada masa yang sama, koperasi sekolah memberi kebaikan dari segi (5)B sumber kewangan sekolah. Jika perniagaan diuruskan dengan baik maka, keuntungannya akan berganda-ganda.



    22: Majukan Ekonomi Kita - C

    Pilih jawapan yang sesuai dan lengkapkan ayat di bawah dengan menggunakan kata berimbuhan awalan atau akhiran yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    tahun

    bakar

    semak

    rawat

    cuci

    pilih

     

    1.

    Baju berwarna kuning itu menjadi ________________ saya. pilihan

     

    2.

    Padang dihiasi dengan panji-panji semasa hari sukan _______________. tahunan

     

    3.

    Azimah sedang _______________ pakaian dengan tangan. mencuci

     

    4.

    Dia menggunakan penyepit untuk mengangkat roti yang siap _____________. dibakar

     

    5.

    Kos ___________ di hospital swasta sangat tinggi. rawatan

     

    6.

    Cikgu Diana ______________ kertas peperiksaan murid-murid 6 Amanah. menyemak

    22: Majukan Ekonomi Kita - D

    Lengkapkan perkataan di dalam kurungan dengan imbuhan apitan yang betul.

    Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    Pilihan jawapan boleh digunakan semula.

    pe-…-an

    men-…-i

    meng-…-kan

    ke-…-an

     

    1.

    Khalid dan rakan-rakannya sedang  (duduk) peperiksaan UPSR. menduduki 

    2.

    Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang  (kerja) khusus untuk generasi muda. pekerjaan 

    3.

    Terdapat pelbagai  (raya) yang disambut di Malaysia. perayaan 

    4.

    Jimmy menangis kerana  (hilang) barang kesayangannya. kehilangan 

    5.

    Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk  (hapus) denggi di kawasan sekolah. menghapuskan 

    6.

     (jujur) amat penting dalam menjalinkan persahabatan. Kejujuran

    22: Majukan Ekonomi Kita - E

    Bulatkan jawapan yang betul.

    Bulatkan jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.
      pada gergaji itu sudah tumpul. 
    Gerigi 

    2.
    Terdapat banyak 
      di kawasan luar rumah. 
    kemuncup 

    3.
    Jari 
      Cecelia berdarah akibat terkena pisau yang sangat tajam. 
    telunjuk 

    4.
    Lelaki itu meletakkan wang itu ke dalam 
      tangan pengemis. 
    telapak 

    5.
    Masyarakat harus dibimbing untuk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan 
      dalam kehidupan. 
    kemelut 

    6.
    Majlis penyampaian hadiah diadakan dengan 
      . 
    gemilang


    22: Majukan Ekonomi Kita - F

    Lengkapkan sajak berikut. Isikan jawapan yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    ekonomi

    makmur

    samudera

    penyelam

    dimanfaatkan

    rezeki  

    kontena

    belayar

    ketam

    mutiara

     


    Rezeki dari Laut


    Nun di sana

    di tengah (1) samudera

    para nelayan memeras keringat

    mengharungi laut yang bergelora

    demi mencari (2) rezeki

    menangkap ikan, (3) ketam dan sotong.

     

    Nun di sana

    di tengah samudera di atas pelantar minyak 

    gigihnya para pekerja 

    mencari galian yang berharga

    petroleum dan gas asli penyumbang (4) ekonomi negara.

     

    Nun di sana

    di tengah samudera 

    kapal sedang (5) belayar_

    membawa (6) kontena beraneka barangan 

    ke seluruh pelosok dunia.

     

    Nun di sana

    di tengah laut dan samudera 

    (7) penyelam menyabung nyawa 

    menyelam ke dasar laut 

    mencari (8) mutiara_ berharga.

     

    Terima kasih wahai laut

    perutmu sumber rezeki

    akan (9) dimanfaatkan sebaik-baiknya

    agar kehidupan (10) makmur sentiasa.


    No comments:

    Post a Comment

    Cambridge Mathematics Year 8