Monday, December 4, 2023

2023-12-04(一)Bahasa Melayu Tahun 3 【Unit 20 & 21】

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 三年级(S3)20: Haiwan yang Berfaedah - E - Isi tempat kosong dengan kata ganda yang betul.
  2. 三年级(S3)20: Haiwan yang Berfaedah - F - Baca petikan di bawah. Kemudian , tulis maklumat yang tersirat dan jawab soalan yang berikut.
  3. 三年级(S3)20: Haiwan yang Berfaedah - G - Bina ayat berdasarkan frasa yang diberi.
  4. 三年级(S3)20: Haiwan yang Berfaedah - H - Padankan gambar dengan ayat.
  5. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - A - Bina soalan berdasarkan jawapan dan petikan. 
    1. Bilakah … …
    2. Di manakah … …
    3. Apakah … … 
    4. Siapakah … … 
    5. Apakah … …
  6. 三年级(S3)21: Sumber Rezeki - B - Lengkapkan dialog di bawah dengan jawapan yang betul.
    1. ikan gelama, … …
    2. ikan yang … … 
    3. Pusat … …
    4. .. …
    5. … …

Kata Dasar (21)A

  1. kemukakan
  2. memerah
  3. penternak
  4. kebaikan
  5. ambilkan
  6. bacakan
  7. hayati
  8. meningkatkan
  9. kecerdasan
  10. memberikan
  11. mencegah
  12. penyakit
  13. melindungi
  14. bercadang
  15. menjadikan
  16. pendapatan
  17. dijadikan
  18. dipasarkan
  19. menunjukkan
  20. sediakan


20: Haiwan yang Berfaedah - E

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Nelayan turun ke laut untuk menangkap  lalu dibeli oleh pemborong untuk dijual di pasar.

Jawapan: ikan-ikan

2.

 itu dilepaskan ke padang untuk meragut rumput.

Jawapan: Lembu-lembu

3.

Pak Usu mengutip dan mengumpulkan  serta dibersihkan sebelum dijual.

Jawapan: telur-telur

4.

Ahmad meletakkan  di dalam kandang yang telah disediakan.

Jawapan: kambing-kambing

5.

 di gerai itu kelihatan sungguh sibuk kerana orang ramai mengerumuni gerainya.

Jawapan: Pekerja-pekerja

20: Haiwan yang Berfaedah - F

Baca petikan di bawah. Kemudian , tulis maklumat yang tersirat dan jawab soalan yang berikut.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Encik Rosli bekerja sebagai nelayan. Hasil tangkapan yang diperolehinya agak banyak. Sebahagian ikan yang diperolehinya dijual kepada pemborong, manakala sebahagian lagi akan dibawa pulang ke rumah.

 

        Mak Cik Rokiah akan membuang isi perut ikan dan kemudian dibersihkan ikan-ikan itu. Mak Cik Rokiah akan mengambil isi ikan lalu mengisarnya hingga halus. Dia menggaulkan isi ikan itu dengan tepung dan garam lalu diuli menjadi doh dan direbus untuk menjadi keropok lekor.

 

        Encik Rosli akan menjual keropok lekor. Ramai orang suka membeli koropok lekor Encik Rosli. Ada juga pemborong datang ke gerai Encik Rosli untuk membeli keropok lekornya.

 

        Selain itu, ikan-ikan yang lebih dibuat ikan masin. Ikan-ikan itu akan digaul dengan sedikit garam dan dijemur sehingga kering. Encik Rosli akan membungkus ikan-ikan masin itu lalu dijual di pasar tani.

 

1.

(A) Isi Tersurat – Hasil tangkapan tersebut ada sebahagiannya dijual kepada pemborong, manakala sebahagiannya dibawa pulang ke rumah.

(B) Isi Tersirat - ____________________________________________________________________

Membuang kotoran serta menghilangkan bau hanyir.
Orang ramai akan mendapat bekalan ikan serta lebihan ikan tersebut dimakan oleh ahli keluarganya.
Ikan boleh menghasilkan produk makanan yang dapat menambahkan pendapatan sampingan.
Keropok lekor itu mempunyai permintaan kerana mengandungi banyak isi ikan yang menjadikan keropok lekor itu sedap.

Jawapan: Orang ramai akan mendapat bekalan ikan serta lebihan ikan tersebut dimakan oleh ahli keluarganya.
2.

(A) Isi Tersurat – Membuang perut ikan dan kemudian dibersihkan.

(B) Isi Tersirat  - ______________________________________________________________________________       

Membuang kotoran serta menghilangkan bau hanyir.
Orang ramai akan mendapat bekalan ikan serta lebihan ikan tersebut dimakan oleh ahli keluarganya.
Ikan boleh menghasilkan produk makanan yang dapat menambahkan pendapatan sampingan.
Keropok lekor itu mempunyai permintaan kerana mengandungi banyak isi ikan yang menjadikan keropok lekor itu sedap.

Jawapan: Membuang kotoran serta menghilangkan bau hanyir.
3.

(A) Isi Tersurat – Ramai orang suka membeli keropok lekor Encik Rosli.

(B) Isi Tersirat - _____________________________________________________________________

Membuang kotoran serta menghilangkan bau hanyir.
Orang ramai akan mendapat bekalan ikan serta lebihan ikan tersebut dimakan oleh ahli keluarganya.
Ikan boleh menghasilkan produk makanan yang dapat menambahkan pendapatan sampingan.
Keropok lekor itu mempunyai permintaan kerana mengandungi banyak isi ikan yang menjadikan keropok lekor itu sedap.

Jawapan: Keropok lekor itu mempunyai permintaan kerana mengandungi banyak isi ikan yang menjadikan keropok lekor itu sedap.
4.

(A) Isi Tersurat – Ikan-ikan yang lebih dibuat ikan masin untuk dijual di pasar tani.

(B) Isi Tersirat -_______________________________________________________________________                      

Membuang kotoran serta menghilangkan bau hanyir.
Orang ramai akan mendapat bekalan ikan serta lebihan ikan tersebut dimakan oleh ahli keluarganya.
Ikan boleh menghasilkan produk makanan yang dapat menambahkan pendapatan sampingan.
Keropok lekor itu mempunyai permintaan kerana mengandungi banyak isi ikan yang menjadikan keropok lekor itu sedap.

Jawapan: Ikan boleh menghasilkan produk makanan yang dapat menambahkan pendapatan sampingan.
5.

Di manakah Encik Rosli menjual keropok lekornya?                                                                                                           

Di gerai di rumahnya
Di gerai berhampiran rumahnya
Di gerai di tepi rumah jirannya
Di gerai rumah jirannya

Jawapan: Di gerai di rumahnya

20: Haiwan yang Berfaedah - G

Bina ayat berdasarkan frasa yang diberi.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

beberapa – nelayan laut dalam – ke laut.

Beberapa orang nelayan laut dalam turun ke laut.
2.

menternak – udang kara – tangki fiber.

Abang Samad menternak udang kara di dalam tangki fiber.
3.

musim tengkujuh – nelayan – tidak dapat – laut bergelora.

Pada musim tengkujuh,nelayan tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora.
4.

menjala udang galah – kolam ternakan.

Pak Mail menjala udang galah di dalam kolam ternakannya.
5.

menjual – hasil tangkapan – peraih – jeti.

Pak Osman menjual hasil tangkapannya kepada peraih di jeti.

20: Haiwan yang Berfaedah - H

Padankan gambar dengan ayat.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Format latihan: Sistem pemarkahan automatik (Key in jawapan: sila pastikan tiada SPACEBAR selepas abjad terakhir.)

 

 

 

1.

Jawapan: Telur diletakkan dalam inkubator.

 

 

2.

Jawapan: Anak ayam menetas daripada telur.

 

 

3.

Jawapan: Anak-anak ayam membesar dalam reban.

 

 

4.

Jawapan:Ayam yang matang diproses untuk dijual.

 

 

5.

Jawapan: Ayam proses dijual di pasar.

21: Sumber Rezeki - A

Bina soalan berdasarkan jawapan dan petikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

 

 

1.

Pesta Buah-buahan Tempatan ini diadakan pada 16 dan 17 Mac 2019.

Bilakah Pesta Buah-buahan Tempatan ini diadakan?
2.

Pesta ini diadakan di Dataran Putrajaya.

Di manakah pesta tersebut diadakan?
3.

Buah-buahan yang disajikan ialah buah durian, duku, manggis, pisang dan mangga.

Apakah buah-buahan yang disajikan dalam pesta tersebut?
4.

Kementerian Pelancongan dan Warisan Malaysia yang menganjurkan pesta ini.

Siapakah yang menganjurkan pesta ini?
5.

Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah mudah didapati, kaya dengan vitamin, segar dan berkhasiat serta sumber antioksida.

Apakah kebaikan buah-buahan tempatan?

21: Sumber Rezeki - B

Lengkapkan dialog di bawah dengan jawapan yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

 

Encik Johan dan anaknya, Jamil pergi ke pasar raya untuk membeli ikan masin yang dipesan oleh Puan Mariam.

 

Encik Johan : Jamil,tolong ambilkan ikan masin itu dan bacakan labelnya.

Jamil             : Baiklah, ayah. Bahan-bahan untuk membuat Ikan Gelama Masin Tanjung Dawai ini
                        ialah (1)ikan gelama, garam dan cuka makan_
.

Encik Johan : Selain itu, adakah ikan masin ini mempunyai keistimewaannya?

Jamil             : Ya, ayah. Keistimewaan ikan masin ini ialah (2)ikan yang segar, kebersihan terjamin dan tanpa pengawet.

Encik Johan : Pihak manakah yang mengeluarkan ikan masin ini?

Jamil             : Ikan masin ini dikeluarkan oleh (3)Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana Tikam Batu.

Encik Johan : Bilakah tarikh keluaran produk ikan masin ini?

Jamil             : Tarikh keluaran produk ini ialah (4)1 Ogos 2018.

Encik Johan : Adakah ia mempunyai tarikh luput?

Jamil             : Ya,tarikh luput  ikan masin ini pada (5)1 Ogos 2019.

Encik Johan : Oh,ikan masin ini nampaknya bagus! Mari kita beli untuk ibu kamu.

Jamil             : Baiklah,ayah. Ibu mesti suka.

  1. ikan gelama, garam dan cuka makan
  2. ikan yang segar, kebersihan terjamin dan tanpa pengawet
  3. Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana Tikam Batu
  4. 1 Ogos 2018
  5. 1 Ogos 2019

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8