Wednesday, November 29, 2023

2023-11-29(三)Bahasa Melayu Tahun 2 【Unit 18】

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 二年级(S2)18-Indahnya Budi Bahasa - B - Jawab soalan berpandukan petikan.
    1. __________ yang pulang dari sekolah dengan berjalan kaki.
    2. Mereka terlihat __________. 
    3. Mereka __________. 
    4. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana __________. 
    5. Saya akan berasa __________ sekiranya dapat membantu orang kurang upaya.
  2. 二年级(S2)18-Indahnya Budi Bahasa - C - Edit teks. Kemudian, tulis semula.
  3. 二年级(S2)18-Indahnya Budi Bahasa - D - Nyatakan amalan baik yang terdapat dalam lirik lagu.
    1. Salam … ..
    2. Mengucapkan … …
    3. Menghormati .. …
    4. Rajin … …
    5. Membalas … …
  4. 二年级(S2)18-Indahnya Budi Bahasa - E - Senaraikan imbuhan awalan yang terdapat dalam petikan. (iThink)

Sistem Bahasa 👉 二年级(S2)Sistem Bahasa - Unit 17 Set 1 - Imbuhan Awalan


Kata Dasar 20

1. sayangi

2. cintai

3. berikan

4. tujuan

5. meningkatkan

6. kemahiran

7. permainan

8. pertandingan 

9. diadakan

10. berbahasa

11. membantu

12. membaca

13. mempunyai

14. memilih

15. menyertai

16. bercerita

17. berjuang

18. persembahan

19. menyampaikan

20. berjaya

21. menjadi

22. meminati

23. berlatih

24. menyeronokkan

25. bertambah

26. berasa

27. belajar

28. menonton

29. rancangan

30. berlari

31. perlumbaan

32. mengambil

33. bahagian

34. mewarna

35. menerima

36. sebuah

37. bergambar

38. menggunakan

39. mempelajari

40. perkataan

41. ternakan

42. merangkak

43. ternampak

44. memahami

45. mengenal

46. menuturkan

47. membina

48. berdasarkan

49. menulis

50. bercapah



18-Indahnya Budi Bahasa - B

Jawab soalan berpandukan petikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

        Jerry dan Brian berjalan kaki pulang dari sekolah. Sambil berjalan, mereka berbual-bual tentang pelajaran. Tiba-tiba, mereka terlihat seorang lelaki yang cacat penglihatan ingin melintas jalan. Lelaki itu juga membawa banyak barang. Mereka berdua segera mendapatkan lelaki itu. Jerry dan Brian menawarkan diri mereka untuk mengangkat barangan lelaki itu dan membantunya melintas jalan. Selepas melintas jalan, mereka membantu lelaki itu menahan teksi. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua. Setelah lelaki itu menaiki teksi, Jerry dan Brian meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke rumah.

1.

Siapakah yang pulang dari sekolah dengan berjalan kaki? 

Jerry dan Brian yang pulang dari sekolah dengan berjalan kaki.
2.

Apakah yang dilihat oleh mereka berdua? 

Mereka terlihat seorang lelaki yang cacat penglihatan ingin melintas jalan.
3.

Apakah yang dilakukan oleh mereka setelah melihat lelaki itu? 

Mereka menawarkan diri untuk membawa barangnya dan membantunya melintas jalan.
4.

Mengapakah lelaki itu mengucapakan terima kasih kepada mereka? 

Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah membantunya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

5.

Apakah perasaan kamu sekiranya dapat membantu orang kurang upaya? Jawapan murid.

Saya akan berasa gembira dan bangga sekiranya dapat membantu orang kurang upaya.

18-Indahnya Budi Bahasa - C

Edit teks. Kemudian, tulis semula.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

chong dan liew menunggang basikal ke rumah adam. mereka telah berjanji untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama di rumah adam. ketika tiba di rumah adam. adam telah menunggu mereka di halaman rumah. adam menjemput mereka masuk ke rumahnya. mereka selalu mengulang kaji bersama-sama. Adam pandai dalam subjek bahasa inggeris, chong mahir dalam subjek matematik manakala liew bijak dalam subjek sains.

Jawapan:

Chong dan Liew menunggang basikal ke rumah Adam. Mereka telah berjanji untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama di rumah Adam. Ketika tiba di rumah Adam, Adam telah menunggu mereka di halaman rumah. Adam menjemput mereka masuk ke rumahnya. Mereka selalu mengulang kaji bersama-sama. Adam pandai dalam subjek Bahasa Inggeris, Chong mahir dalam subjek Matematik manakala Liew bijak dalam subjek Sains.



18-Indahnya Budi Bahasa - D

Nyatakan amalan baik yang terdapat dalam lirik lagu.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Bangun pagi gosok gigi

Cuci muka terus mandi

Pakai baju minum susu

Salam ayah dan ibu

 

Pergi sekolah jalan kaki

Jumpa cikgu depan pintu

Selamat pagi Cikgu Ali

Selamat pagi Cikgu Wong

 

Dalam kelas rajin belajar

Beri tumpuan cikgu ajar

Hormat guru sayang guru

Ilmu berkat jadi pandai

 

Kalau kita rajin usaha

Ibu bapa gembira

Bila dewasa sudah berjaya

Jangan lupa balas jasa

  1. Salam ayah dan ibu
  2. Mengucapkan selamat kepada guru
  3. Menghormati guru
  4. Rajin berusaha
  5. Membalas jasa ibu bapa



18-Indahnya Budi Bahasa - E

Senaraikan imbuhan awalan yang terdapat dalam petikan. (iThink)

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Semasa cuti sekolah, Sin Yi akan membantu ibunya. Dia sering membantu ibunya menyiram pokok bunga, menyapu sampah, mencuci pinggan dan menyidai pakaian. Setelah selesai membantu ibunya, Sin Yi akan mengulang kaji pelajarannya.

          Sebagai kakak, Sin Yi selalu membimbing adik-adiknya dalam pelajaran. Adik-adik Sin Yi amat sayang akannya. Sikap Sin Yi yang rajin dan penyayang amat disenangi oleh ibu dan bapanya.

  1. membantu
  2. menyiram
  3. menyapu
  4. mencuci
  5. menyidai
  6. mengulang kaji
  7. membimbing



Sistem Bahasa - Unit 17 Set 1

Imbuhan Awalan

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Letakkan imbuhan awalan meN- yang sesuai pada kata dasar berikut.

 

1.

sapu menyapu

2.

tolong menolong

3.

pukul memukul

4.

rawat merawat

5.

arah mengarah

6.

lap mengelap

7.

sikat menyikat

8.

baca membaca

9.

cat mengecat

10.

daki mendaki

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8