Wednesday, November 29, 2023

2023-11-29(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【Unit 20 & 21】

 

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - E - Tukar ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
  2. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - F - Jawab soalan berpandukan petikan.
    1. 拥有者 = pemilik
    2. 公司 = syarikat
    3. 兄弟姐妹 = adik beradik
    4. 做生意 = berniaga
    5. 小型的 = kecil-kecilan
    6. 生的、未煮熟的 = mentah
    7. 欢迎 = sambutan
    8. 社会 = masyarakat
    9. 不那么 = tidak begitu
    10. 认识 = mengenali
    11. 天惠的 = berkat
    12. 耐心 = kesabaran
    13. 坚强不屈 = kecekapan
    14. 越来越 = semakin
    15. 被喜欢 = diminati
    16. 增加 = bertambah
    17. 工厂 = kilang
    18. 生产 = menghasilkan
    19. 发展 = berkembang
    20. 扩充 = memperluaskan
    21. 商业级别的 = tahap kmersial
    22. 被封赐 = dianugerahkan
    23. 承认、批准 = pengiktirafan
  3. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - G - Ulasan. (cara-cara menjadi usahawan yang berjaya) 
  4. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - H - Bina ayat.(suasana Karnival Usahawan Muda) 
  5. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - A - Lengkapkan dialog berdasarkan maklumat berikut.
  6. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. 储蓄 = menabung
    2. 解决 = menyelesaikan
    3. 财务问题 = masalah kewangan
    4. 缴学费 = membayar yuran
    5. 承担 = menanggung
    6. 开销 = perbelanjaan
    7. 阶段 = peringkat
    8. 为难、麻烦 = menyusahkan
    9. 遭遇 = ditimpa
    10. 留心 = beringat
    11. 献身于 从... = berbakti
    12. 捐赠 = menderma
    13. 减轻痛苦 = meringankan kepayaan
    14. 竞争 = berlumba-lumba
    15. 售物 = tawaran
    16. 吸引兴趣 =
    17. 习惯 = tabiat
    18. 未来 = masa depan
    19. 受到保障 = terjamin



20: Usahawan Berjaya - E

Tukar ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Simen sedang dibancuh oleh dua orang pekerja.

Dua orang pekerja sedang membancuh simen.
2.

Negeri Kelantan dan Terengganu selalu dilanda banjir besar pada bulan Disember.

Banjir besar selalu melanda negeri Kelantan dan Terengganu dalam bulan Disember.
3.

Pelbagai jenis biskut akan kami bakar pada hujung minggu ini untuk menyambut hari raya.

Kami akan membakar pelbagai jenis biskut pada hujung minggu ini untuk menyambut hari raya.
4.

Pasukan bomba telah dihubungi oleh ayah Daria dengan telefon bimbitnya.

Ayah Daria telah menghubungi pasukan bomba dengan telefon bimbitnya.
5.

Murid- murid dibahagikan oleh Cikgu Rosli kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan sekolah.

Cikgu Rosli membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan sekolah.
6.

Peluang untuk bermain luncur air tidak kami lepaskan.

Kami tidak melepaskan peluang untuk bermain luncur air.

20: Usahawan Berjaya - F

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni ialah pemilik syarikat Ramly Mokni Holdings Berhad. Beliau dilahirkan di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak keenam daripada 16 orang adik beradik.

 

      Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan di rumahnya di flat Jalan Haji Hussien, Kampung baru. Kemudian, beliau membuka gerai burger dan mula menjual burger mentah dan siap dimasak di sekitar Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan Jalan Raja Laut.

 

      Pada awalnya, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan kerana masyarakat Malaysia pada waktu itu tidak begitu gemar atau mengenali burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan beliau, burger beliau semakin diminati dan jualan beliau semakin bertambah.

 

      Pada tahun 1980, beliau mula membuka sebuah syarikat. Setelah empat tahun beroperasi, beliau berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak yang dapat menghasilkan kira-kira 10 000 keping burger mentah sehari. Perniagaan beliau berkembang dari semasa ke semasa. Beliau berjaya memperluas perniagaan ke tahap komersial apabila membuka Ramly Supermart Sdn. Bhd. Dan Ramly Bakery Sdn. Bhd.

 

      Syarikat beliau telah dianugerahkan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan seperti Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pembangunan Pelanggan (1984), dan Anugerah Usahawan Jaya (1992) kerana prestasinya yang cemerlang.

1.

Di manakah Dato, Dr. Haji Ramly bin Mokni dilahirkan?

A.
Kampung Baru
B.
Jalan Raja Laut
C.
Tanjung Piandang
D.
Bandar Tun Razak

Jawapan:

C. Tanjung Piandang
2.

Beliau mula membuka syarikat pada _____.

A.
tahun 1992
B.
tahun 1984
C.
tahun 1982
D.
tahun 1980

Jawapan:

D. tahun 1980
3.

Bagaimanakah beliau memperluas perniagaan beliau ke tahap komersial?

A.
Membuka sebuah kilang pemprosesan daging burger
B.
Mendapatkan Anugerah Usahawan Jaya
C.
Menghasilkan 10 000 keping burger mentah pada setiap sehari
D.
Membuka Ramly Supermart Sdn. Bhd. Dan Ramly Bakery Sdn. Bhd.

Jawapan:

D. Membuka Ramly Supermart Sdn. Bhd. Dan Ramly Bakery Sdn. Bhd.
4.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Beliau telah menerima Anugerah Usahawan Jaya pada tahun 1992.
B.
Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan di kampungnya di Perak.
C.
Beliau membuka sebuah kilang setelah tiga tahun syarikatnya beroperasi.
D.
Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan kerana pelanggan tidak gemar akan rasa burger yang dijualnya.

Jawapan:

A. Beliau telah menerima Anugerah Usahawan Jaya pada tahun 1992.
5.

Perkataan berkualiti bermaksud _____.

A.
berjaya
B.
bermutu
C.
bertahan
D.
berinovasi

Jawapan:

B. bermutu

20: Usahawan Berjaya - G

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Peta i-Think menunjukkan cara-cara menjadi usahawan yang berjaya.
Tulis ulasan tentang cara-cara menjadi usahawan berjaya dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Setiap usahawan pasti mempunyai keinginan untuk berjaya. Terdapat beberapa cara menjadi usahawan yang berjaya.


      Antaranya, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh agar menjadi usahawan yang berjaya. Selain itu, kita harus bersikap berani untuk menceburi bidang perniagaan. Di samping itu, kita perlu tabah andai diberi ujian dalam perniagaan dan tidak mudah berputus asa. Seterusnya, kita hendaklah selalu berfikiran positif agar kita sentiasa bersemangat. Kita juga patut bermurah hati untuk membantu mereka yang memerlukan setelah kita berjaya.


      Kesimpulannya, kita perlu mempunyai keinginan dan usaha jika ingin menjadi usahawan yang berjaya.



20: Usahawan Berjaya - H

Bina ayat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Gambar dibawah menunjukkan suasana semasa Karnival Usahawan Muda.

 

1.

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

  1. Ramai pengunjung datang ke Karnival Usahawan Muda.
  2. Beberapa orang pengunjung sedang beratur  membeli keropok lekor.
  3. Pengunjung sedang mendengar penerangan daripada penjual di gerai menjual susu.
  4. Seorang peniaga menggunakan pembesar suara untuk menarik perhatian pelanggan ke gerai mereka.
  5. Seorang pelanggan berminat untuk membeli beg tangan yang dipamerkan.



21: Bijak Mengurus Wang - A

Lengkapkan dialog berdasarkan maklumat berikut.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Hafiz dan Daniel makan di kantin pada waktu rehat. Selepas makan, mereka duduk berbual-bual. Tiba-tiba, mereka terpandang gegantung yang baharu dipasang. Mereka tertarik dengan maklumat yang ditulis pada gegantung itu.

Hafiz

:

Daniel, lihat gegantung itu.

Daniel

:

Eh, ada maklumat tentang menabung! Saya tertarik dengan info yang ditulis pada gegantung tersebut.

Hafiz

:

Saya juga tertarik dengan info pertama yang menyatakan kita harus (a)mempunyai niat menabung terlebih dahulu.

Daniel

:

Saya setuju kerana apabila ada (b)niat menabung kita akan melakukannya. Kita juga akan menabung apabila mempunyai (c)impian membeli sesuatu.

Hafiz

:

Kita juga mesti (c)memastikan duit belanja kita berbaki. Duit itu akan kita masukkan ke dalam tabung.

Daniel

:

Tabung yang digunakan semestinya (e)yang tembus pandang. Dengan ini, kita boleh melihat wang tabung kita sudah banyak atau sebaliknya.

Hafiz

:

Paling penting, kita perlu (f)ingat tujuan kita menabung dan kuatkan semangat kekal menabung.

Daniel

:

Kita juga perlu fikirkan (g)jika tiada duit. Tentu hidup kita susah.

Hafiz

:

Betul. Oleh itu, mari kita berazam untuk menabung mulai hari ini.      

  1. mempunyai niat menabung
  2. niat menabung
  3. impian membeli sesuatu
  4. memastikan duit belanja kita berbaki
  5. yang tembus pandang
  6. ingat tujuan kita menabung
  7. jika tiada duit



21: Bijak Mengurus Wang - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan hadirin sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan tentang amalan menabung.

           

Saudara dan saudari,

 

      Menabung banyak faedahnya. Dengan menabung, kita dapat menyelesaikan masalah kewangan. Sebagai pelajar, kita dapat menggunakan wang tabungan untuk membeli buku rujukan, membayar yuran atau menanggung perbelanjaan persekolahan ke peringkat yang lebih tinggi tanpa menyusahkan ibu bapa kita. Di samping itu, wang simpanan tersebut dapat kita gunakan apabila ditimpa kesusahan seperti sakit atau kemalangan. Kata orang, malang tidak berbau. Oleh itu, kita perlu sentiasa beringat.

           

Hadirin sekalian,

 

      Selain dapat menolong diri sendiri, kita juga dapat membantu orang lain. Kita dapat berbakti dengan cara menderma kepada orang yang berada dalam kesusahan. Pertolongan kita sedikit sebanyak dapat meringankan kepayahan mereka.

 

      Kini, pihak bank berlumba-lumba memberikan tawaran istimewa untuk menarik minat orang ramai menabung di bank mereka. Kita yang menyimpan wang di dalam bank akan mendapat faedah daripada pihak bank. Sehubungan dengan itu, marilah kita amalkan tabiat menabung demi masa depan yang lebih terjamin.

 

Sekian, terima kasih.

1.

Mengapakah kita perlu menabung?

A.
Kerana membawa banyak faedah
B.
Kerana kita akan menjadi kaya
C.
Untuk menyusahkan ibu bapa kita
D.
Supaya kita dapat mengelakkan kemalangan

Jawapan:

A. Kerana membawa banyak faedah
2.

Berikut merupakan faedah pelajar menabung kecuali

A.
membayar yuran.
B.
membeli buku rujukan.
C.
membeli telefon pintar.
D.
menanggung perbelanjaan persekolahan.

Jawapan:

C. membeli telefon pintar.
3.

Rangkai kata malang tidak berbau membawa maksud

A.
malapetaka akan datang secara tiba-tiba.
B.
nasib malang yang tidak dapat dielakkan.
C.
kemalangan tidak akan mengeluarkan bau.
D.
kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya.

Jawapan:

D. kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya.
4.

Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain dengan wang tabungan kita sendiri?

A.
Meringankan kepayahan orang susah.
B.
Menyelesaikan masalah kewangan mereka.
C.
Menderma kepada orang yang berada dalam kesusahan.
D.
Memberikan tawaran istimewa kepada orang yang memerlukan.

Jawapan:

C. Menderma kepada orang yang berada dalam kesusahan.
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Guru Besar yang menyampaikan syarahan tersebut.
B.
Kita tidak akan mendapat faedah sekiranya menyimpan wang di bank.
C.
Pihak bank memberikan tawaran istimewa untuk menarik minat orang ramai menabung.
D.
Wang yang disimpan di dalam bank tidak boleh digunakan ketika kita susah.

Jawapan:

C. Pihak bank memberikan tawaran istimewa untuk menarik minat orang ramai menabung.

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)