Buku Teks - Semakan ⇒
- 四年级(S4)20. Mesra Teknologi - E - Senaraikan ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
- 四年级(S4)20. Mesra Teknologi - F - Tulis ayat majmuk yang sesuai berdasarkan ayat tunggal yang diberi.
- 四年级(S4)20. Mesra Teknologi - G - Jawab soalan berpandukan petikan.
- 四年级(S4)21. Rekaan Inovatif - A - Lengkapkan dialog berdasarkan maklumat berikut.
- 四年级(S4)21. Rekaan Inovatif - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Lengkapkan karangan.
Aku Sebuah Tablet Pintar
Aku sebuah tablet pintar. Aku (1)dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Aku (2)berbentuk segi empat dan badanku agak nipis.
Setelah siap, aku dan rakan-rakanku dihantar ke (3)kedai tablet yang terletak di (4)Seremban. Aku dipamerkan di dalam (5)rak kaca. Aku turut (6)dilabelkan dengan tanda harga RM2000.
Pada suatu hari, seorang (7)lelaki telah datang ke kedai tersebut untuk membeli tablet. Beliau (8)membelek-belek aku dan kawan-kawanku. Akhirnya, beliau membuat (9)keputusan membeliku kerana tertarik oleh kecanggihan dan teknologi yang ada pada diriku.
Aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku (10)dihadiahkan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Isterinya seorang (11)guru. Beliau menggunakan aku untuk (12)melayari Internet, menyiapkan tugasannya dan mendengar muzik.
Aku dijaga dengan penuh (13)kasih sayang. Sekiranya badanku (14)berhabuk, beliau akan membersihkan badanku dengan kain yang lembut agar badanku tidak (15)tercalar. Sekiranya aku tidak digunakan, dia akan menyimpanku di dalam (16)laci mejanya.
Aku berasa bertuah mempunyai tuan yang baik dan (17)penyayang. Aku (18)berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik kepadanya.
20. Mesra Teknologi - E
Senaraikan ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
- Robot banyak digunakan di negara maju.
- Robot dicipta bagi membantu manusia melakukan kerja seharian.
- Robot ini dapat melakukan tugas-tugas sukar.
- Robot ini berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
- Robot ialah alat ciptaan manusia yang mengikut arahan manusia tanpa membuat keputusan sendiri.
- Sebahagian daripada peralatan robotik juga diubah suai untuk membantu Orang Kurang Upaya dalam kehidupan seharian mereka seperti robot Asimo.
- Tangan robot Asimo dilengkapi sensor pandangan dan sentuhan.
- Antaranya, termasuklah membuka penutup botol dan menuang air ke dalam cawan.
20. Mesra Teknologi - F
Tulis ayat majmuk yang sesuai berdasarkan ayat tunggal yang diberi.
20. Mesra Teknologi - G
Jawab soalan berpandukan petikan.
20. Mesra Teknologi - H
Karangan.
Jawapan:
Aku sebuah tablet pintar. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Aku berbentuk segi empat dan badanku agak nipis.
Setelah siap, aku dan rakan-rakanku dihantar ke kedai tablet yang terletak di Seremban. Aku dipamerkan di dalam rak kaca. Aku turut dilabelkan dengan tanda harga RM2000.
Pada suatu hari, seorang lelaki telah datang ke kedai tersebut untuk membeli tablet. Beliau membelek-belek aku dan kawan-kawanku. Akhirnya, beliau membuat keputusan membeliku kerana tertarik oleh kecanggihan dan teknologi yang ada pada diriku.
Aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Isterinya seorang guru. Beliau menggunakan aku untuk melayari Internet, menyiapkan tugasannya dan mendengar muzik.
Aku dijaga dengan penuh kasih sayang. Sekiranya badanku berhabuk, beliau akan membersihkan badanku dengan kain yang lembut agar badanku tidak tercalar. Sekiranya aku tidak digunakan, dia akan menyimpanku di dalam laci mejanya.
Aku berasa bertuah mempunyai tuan yang baik dan penyayang. Aku berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik kepadanya.
21. Rekaan Inovatif - A
Lengkapkan dialog berdasarkan maklumat berikut.
21. Rekaan Inovatif - B
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
No comments:
Post a Comment