Monday, November 27, 2023

2023-11-27(一)Bahasa Melayu Tahun 6 【Unit 21】

    Buku Teks - Semakan 👉

    1. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - C - Tentukan sama ada ayat di bawah ialah ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang.
    2. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - D - Tukarkan ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
    3. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - E - Tukarkan ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
    4. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - F - Tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang dan sebaliknya.
    5. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - G - Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
    6. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - H - Karangan. (Aku Sebuah Telefon Bimbit)


    R1: Pengenalan
    Anda apa?
    Apakah jenama anda?
    Di manakah tempat lahir anda?
    - telefon bimbit - berjenama - terkenal/terkemuka - negara … 

    R2: Ciri/sifat
    Anda diperbuat daripada apa?
    Bagaimanakah rupa bentuk anda? (warna/saiz/berat...)
    Apakah kegunaan utama anda?
    - diperbuat - bahan elektronik halus - saiz badan - kecil - nipis - ringan - senang dibawa - paling istimewa - tahan lasak - skrin tidak pecah - terjatuh tinggi - disambut hangat - orang ramai -

    R3: Penghasilan/penghantaran/penjualan
    Di manakah anada dihasilkan?
    Ke manakah anda dihantar selepas dihasilkan? 
    Bagaimanakah suasana dan keadaan tempat itu?
    - dihantar - kedai - selepas siap dihasilkan - dipamerkan - rak kaca - suasana riuh-rendah - kebetulan - pameran/jualan hebat - diadakan - pengunjung - berdiri - tertarik - kecantikan/keunikan -

    R4: Kehidupan harian
    Siapakah tuan anda?
    Tuan menggunakan anda untuk buat apa?
    Bagaimanakah tuan menjaga anda?
    - suatu hari - dibeli - fon telinga - lelaki/wanita/pemuda - dihadiahi anak - hari jadi - dibawa balik - diisi kad sim - memudahkan tuan berhubung - keluarga - menjaga baik - bagai menatang minyak ytang penuh - mengelap - bersih - berkilat -

    R5: Perasan/harapan
    Bagaimanakah perasaan anda?
    Apakah harapan anda?
    - berasa gembira - bangga - berkhidmat - sepanjang masa -



    21: Minda Inovatif - C

    Tentukan sama ada ayat di bawah ialah ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang.

    Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.

    Tammy sedang beratur membeli makanan.

    Ayat susunan biasa
    Ayat susunan songsang

    Jawapan: Ayat susunan biasa
    2.

    Sangat besar rumah Khairul.

    Ayat susunan biasa
    Ayat susunan songsang

    Jawapan: Ayat susunan songsang
    3.

    Ke pejabat pos Encik Chin.

    Ayat susunan biasa
    Ayat susunan songsang

    Jawapan: Ayat susunan songsang
    4.

    Semua peserta perlu menghantar borang penyertaan ke pejabat.

    Ayat susunan biasa
    Ayat susunan songsang

    Jawapan: Ayat susunan biasa
    5.

    Berjaya juga akhirnya kajian itu.

    Ayat susunan biasa
    Ayat susunan songsang

    Jawapan: Ayat susunan songsang
    6.

    Kebanyakan pelajar tidak memahami soalannya.

    Ayat susunan biasa
    Ayat susunan songsang

    Jawapan: Ayat susunan biasa

    21: Minda Inovatif - D

    Tukarkan ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Ayat susunan biasa: Jing Han masih belum sampai.

    Ayat susunan songsang: ________________________________________________________

     

    1.

    Jawapan: Masih belum sampai Jing Han.

    Ayat susunan biasa: Mereka semua sudah lama menetap di Singapura.

    Ayat susunan songsang: ________________________________________________________

     

    2.

    Jawapan: Sudah lama menetap di Singapura mereka semua.

    Ayat susunan biasa: Adik mengikut ibu ke kedai.

    Ayat susunan songsang: ________________________________________________________

     

    3.

    Jawapan: Ke kedai adik mengikut ibu.

    Ayat susunan biasa: Beberapa buah rumah musnah dalam kebakaran semalam.

    Ayat susunan songsang: ________________________________________________________

     

    4.

    Jawapan: Musnah dalam kebakaran semalam beberapa buah rumah.

    Ayat susunan biasa: Lukisan cantik itu dilukis oleh Lily.

    Ayat susunan songsang: ________________________________________________________

     

    5.

    Jawapan: Dilukis oleh Lily lukisan cantik itu.

    Ayat susunan biasa: Masakan itu di atas meja.

    Ayat susunan songsang: ________________________________________________________

     

    6.

    Jawapan: Di atas meja masakan itu.


    21: Minda Inovatif - E

    Tukarkan ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Ayat susunan songsang

    :

    Sungguh hebat teknologi mesra pengguna ini.

    Ayat susunan biasa

    :

    ________________________________________________

    1.

    Jawapan: Teknologi mesra pengguna ini sungguh hebat.

    Ayat susunan songsang

    :

    Untuk siap dimasak, ikan ini memerlukan masa 30 minit.

    Ayat susunan biasa

    :

    ________________________________________________

    2.

    Jawapan: Ikan ini memerlukan masa 30 minit untuk siap dimasak.

    Ayat susunan songsang

    :

    Sedang bercakap menggunakan telefon bimbit Puan Nellie.

    Ayat susunan biasa

    :

    ________________________________________________

    3.

    Jawapan: Puan Nellie sedang bercakap menggunakan telefon bimbit.

    Ayat susunan songsang

    :

    Dibuli oleh rakan-rakannya budak kecil itu.

    Ayat susunan biasa

    :

    ________________________________________________

    4.

    Jawapan: Budak kecil itu dibuli oleh rakan-rakannya.

    Ayat susunan songsang

    :

    Terdiri daripada orang muda pasukan bola sepak itu.

    Ayat susunan biasa

    :

    ________________________________________________

    5.

    Jawapan: Pasukan bola sepak itu terdiri daripada orang muda.

    Ayat susunan songsang

    :

    Agak kuat jeritan orang tua itu.

    Ayat susunan biasa

    :

    ________________________________________________

    6.

    Jawapan: 

    Orang tua itu agak kuat jeritan.

    21: Minda Inovatif - F

    Tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang dan sebaliknya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Ayat susunan biasa: Masakan Kak Alia makin sedap.

    Ayat susunan songsang: __________________________________________________________

     

    1.

    Jawapan: Makin sedap masakan Kak Alia.

    Ayat susunan songsang: Terletak berhampiran dengan balai polis rumah saya.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

     

    2.

    Jawapan: Rumah saya terletak berhampiran dengan balai polis.

    Ayat susunan biasa: Kami memotong buah itu dengan pisau.

    Ayat susunan songsang: __________________________________________________________

     

    3.

    Jawapan: Dengan pisau kami memotong buah itu.

    Ayat susunan songsang: Masih tidur anak bongsu Fadilah.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

     

    4.

    Jawapan: Anak bongsu Fadilah masih tidur.

    Ayat susunan songsang: Sungguh bernasib baik Jason.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

     

    5.

    Jawapan: Jason sungguh bernasib baik.

    Ayat susunan biasa: Nasi lemak itu dimasak bersama santan kelapa serta daun pandan.

    Ayat susunan songsang: __________________________________________________________

     

    6.

    Jawapan: 

    Bersama santan kelapa serta daun pandan nasi lemak itu dimasak.

    21: Minda Inovatif - G

    Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.

    untuk menjadi – bercita-cita – seperti – angkasawan – Dr Sheikh Muszaphar Shukor. – Naim 

    Naim bercita-cita untuk menjadi angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

    2.

    dibeli – Kamera itu – Salleh – oleh – baru – semalam. 

    Kamera itu baru dibeli oleh Salleh semalam.

    3.

    bas – Wong – tempat kerjanya. – ke – untuk – menaiki 

    Wong menaiki bas untuk ke tempat kerjanya.

    4.

    berkulat – tindakan – Roti keju ini – mikroorganisma. – kerana 

    Roti keju ini berkulat kerana tindakan mikroorganisma.

    5.

    peralatan dapur – merupakan – mudah digunakan. – yang – Pengisar tanpa elektrik ini 

    Pengisar tanpa elektrik ini merupakan peralatan dapur yang mudah digunakan.

    6.

    apabila – yang kuat itu. – jeritan – mendengar – Dia - terkejut 

    Dia terkejut apabila mendengar jeritan yang kuat itu.

    21: Minda Inovatif - H

    Karangan.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    1.

    Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Panjang jawapan kamu hendaklahantara 120 patah perkataan.

    Jawapan:

               Aku sebuah telefon bimbit. Aku bernama Vivo V20. Aku diperbuat daripada bahan-bahan elektronik. Saiz badanku kecil, ringan, dan senang dibawa. Aku sangat berguna kepada orang ramai.

             Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai menjual telefon bimbit di Petaling Jaya.

             Setelah tiba di kedai, kami dipamerkan di dalam almari kaca untuk dijual kepada para pelanggan. Aku dijual kepada orang ramai dengan harga RM 1299.

             Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama Gazali. Aku digunakan oleh tuanku untuk memudahkan tuanku berhubung dengan orang lain. Tuanku akan mengelap badanku setiap hari. Oleh itu, aku sentiasa kelihatan bersih dan berkilat.

            Aku berasa sangat gembira dan bangga kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku sepanjang masa.

    No comments:

    Post a Comment

    Cambridge Mathematics Year 8