Monday, March 18, 2024

Buku Teks Tahun 5 - Unit 04

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - A - Lengkapkan dialog berdasarkan poster.
  2. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.✍ Erti perkataan
    1. 各自 = masing-masing
    2. 首领 = ketua
    3. 部下 = anak buah
    4. 自私 = mementingkan diri
    5. 互相猜疑 = curiga-mencurigai
    6. 诚实 = jujur
    7. 凶猛 = garang
    8. 破坏 = menceroboh
    9. 抢夺 = merampas
    10. 忍受 = tahan
    11. 行为 = perbuatan
    12. 召唤 = memanggil
    13. 反抗 = menentang
    14. 同意 = bersetuju
    15. 城墙,堡垒 = benteng
    16. 攻击 = menyerang
    17. 被驱赶 = dihalau
    18. 安宁 = aman
    19. 和谐 = harmoni
  3. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - C - Catat maklumat berdasarkan petikan.
  4. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - D - Lengkapkan pantun dengan jawapan yang betul.
    1. 多元 = berbilang
    2. 爱护 = sayang
    3. 团结(N) = perpaduan
    4. 有礼貌 = berbahasa
    5. 传统 = tradisional
    6. 宗教 = agama
    7. 行为 = amalan
    8. 团结(A)= bersatu
  5. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - E - Jawab soalan berikut. [Perpaduan Kaum] ✍ Erti perkataan
  6. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - F - Ulasan. [poster karnival] Lengkapkan ulasan.
    1. Poster tersebut menunjukkan (1). Karnival dianjurkan oleh (2) pada (3) dan bertempat di (4).     Program berlangsung dari pukul (5) hingga (6). Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya, (7).     Untuk (8), sila hubungi (9). Semua (10) dijemput hadir kerana dapat (*11) dan (*12).     *Manfaat menyertai karnival.
  7. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - G - Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. 竞技赛 = sukaneka
    2. 包含,牵涉 = melibatkan 
    3. 团体项目 = acara berkumpulan
    4. 达到协议 = bersepakat 
    5. 塑造 = membentuk
    6. 队伍 = pasukan
    7. 不同的 = berlainan
    8. 承诺 = berjanji
    9. 巨型木屐 = terompah gergasi
    10. 麻袋 = guni
    11. 拉叶梢 = tarik upih
    12. 所有的 = kesemua
    13. 需要 = memerlukan
    14. 通过 = melalui
    15. 移动 = menggerakkan
    16. 跨出 = melangkah
    17. 不约而同 = serentak
    18. 打败 = mengalahkan
    19. 冠军 = juara
    20. 输了 = tewas
    21. 其实 = sebenarnya
    22. 接近 = hampir
    23. 成功 = berjaya
    24. 跌倒 = terjatuh
    25. 终点线 = garisan penamat
    26. 导致 = menyebabkan
    27. 赢得 = memenangi
    28. 还是 = tetap
    29. 满意 = berpuas hati
    30. 尽力 = sedaya upaya
      1. ____
      2. Acara yang disertai oleh Min Jun, Ravi dan Aiman ialah _______. @ Min Jun, Ravi dan Aiman/Mereka menyertai __________.
      3. Min Jun dan pasukannya berjaya memenangi acara terompah gergasi dengan _________. 
      4. Pada pendapat saya, kita (wajar) menyertai aktiviti seperti ini kerana dapat _____ dan _____. 
  8. 五年级(S5)04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - H - Pilih jawapan [Kata Kerja] yang tepat berdasarkan soalan. ✍ Erti kata kerja
    1. 哭泣 = menangis
    2. 携带 = membawa
    3. 反抗 = melawan
    4. 跳舞 = menari
    5. 尖叫 = menjerit
    6. 拥抱 = memeluk
    7. 凝固 = membeku
    8. 发抖 = menggigil
    9. 吹口哨 = bersiul
    10. 吱吱叫 = berkicau
    11. 喔喔啼 = berkokok
    12. 铃铃响 = berdering
    13. 着陆 = mendarat
    14. 射箭 = memanah
    15. 抄捷径 = memintas
    16. 招待 = melayan
    17. 掉落 = gugur
    18. 蹋下 = roboh
    19. 坍塌 = runtuh
    20. (树)倒下 = tumbang
    21. 倒映 = terbayang
    22. 微笑 = tersenyum
    23. 跌倒 = terjatuh
    24. 达成 = tercapai
    25. 被丢掉的/翻滚 = terpelanting
    26. 掉进(洞穴) = terperosok
    27. 偏离(正路) = terbabas
    28. 翻滚 = tergolek
    29. 虚弱 = lemah
    30. 输 = tewas
    31. 爬 = merangkak
    32. 滑倒 = tergelincir
    33. 拖拉 = tersentak
    34. 躺 = terbaring



04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - A

Lengkapkan dialog berdasarkan poster.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Shanti

:

Nani, sekolah kita akan menganjurkan Bulan Perpaduan?

Nani

:

Betul, Shanti. Program itu akan diadakan pada (a)bulan Mei.

Shanti

:

Apakah tujuan penganjuran program tersebut?

Nani

:

Tujuan penganjuran program tersebut adalah untuk (b)memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid.

Shanti

:

Apakah syarat penyertaan aktiviti tersebut, Nani?

Nani

:

(c)Syarat pertandingan tersebut ialah aktiviti dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum.

Shanti

:

Apakah aktiviti yang akan dijalankan semasa program tersebut?

Nani

:

(d)Aktiviti yang akan dijalankan semasa program tersebut ialah persembahan kebudayaan, sukaneka dan permainan tradisional.

Shanti

:

Pada pendapat awak, apakah aktiviti yang sesuai untuk kelas kita sertai?

Nani

:

Pada pendapat saya, kita boleh menyertai (e)persembahan tarian tradisional.

Shanti

:

Mengapakah awak membuat pilihan tersebut?

Nani

:

Saya membuat pilihan tersebut kerana (f)kelas kita terdiri daripada pelbagai kaum dan ramai yang berbakat dalam tarian.

Shanti

:

Betul, Nani. Mari kita berbincang dengan rakan sekelas.

Nani

:

Baik, Shanti.


04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Di sebuah pasar, terdapat tiga kumpulan kucing. Kucing-kucing tersebut tinggal di kawasan masing-masing. Ketua mereka terdiri daripada Si Hitam, Si Gebu dan Si Manja.

 

        Sebagai ketua, mereka bertanggungjawab menjaga anak buah sendiri. Setiap hari, mereka akan mencari makanan di pasar. Ketiga-tiga kumpulan kucing itu selalu bekerjasama. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan tidak curiga-mencurigai. Mereka juga bersikap jujur dan tolong-menolong.

 

        Di hujung pasar itu juga, terdapat seekor anjing yang garang. Si Salak namanya. Setiap hari, Si Salak akan menceroboh kawasan Si Hitam, Si Gebu dan Si Manja. Si Salak akan merampas makanan yang dikumpulkan oleh mereka.

 

        Ketiga-tiga kumpulan kucing tersebut sudah tidak tahan lagi dengan perbuatan Si Salak. Si Hitam, yang lebih tua telah memanggil semua anggota keluarga kucing untuk berkumpul. “Kita perlu bersatu menentang Si Salak,” tegasnya.

 

        Semua kucing bersetuju dengan cadangan Si Hitam. Mereka membuat benteng dan menyerang Si Salak. Akhirnya, Si Salak berjaya dihalau ke tempat lain. Kehidupan mereka aman dan harmoni.

 

1.

Berikut merupakan ketua kumpulan kucing kecuali ____________.

A.
Si Gebu
B.
Si Salak
C.
Si Hitam
D.
Si Manja

Jawapan:

B. Si Salak
2.

Ketiga-tiga kumpulan kucing itu _________________.

A.
sentiasa bekerjasama, mementingkan diri, tidak curiga-mencurigai, jujur dan menolong menolong
B.
sentiasa bekerjasama, tidak mementingkan diri, curiga-mencurigai, jujur dan menolong menolong
C.
sentiasa bekerjasama, jujur, tidak mementingkan diri, tidak curiga-mencurigai dan menolong menolong
D.
sentiasa bekerjasama, tidak mementingkan diri, tidak curiga-mencurigai, penipu dan menolong menolong

Jawapan:

C. sentiasa bekerjasama, jujur, tidak mementingkan diri, tidak curiga-mencurigai dan menolong menolong
3.

Mengapakah ketiga-tiga kumpulan kucing tidak tahan dengan sikap Si Salak?

A.
Si Salak merampas makanan mereka.
B.
Si Salak merampas kawasan mereka.
C.
Si Salak bergaduh dengan mereka.
D.
Si Salak sangat garang.

Jawapan:

A. Si Salak merampas makanan mereka.
4.

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan.

A.
Bagai melepaskan batuk di tangga.
B.
Bagai anjing dengan bayang-bayang.
C.
Seperti mencurah air ke daun keladi.
D.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Jawapan:

D. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Si Salak merupakan seekor anjing yang jinak.
B.
Kumpulan-kumpulan kucing itu selalu bertengkar.
C.
Si Gebu telah memanggil semua anggota keluarga kucing untuk berkumpul.
D.
Si Hitam, Si Gebu dan Si Manja merupakan ketua kumpulan yang bertanggungjawab.

Jawapan:

D. Si Hitam, Si Gebu dan Si Manja merupakan ketua kumpulan yang bertanggungjawab.

04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - C

Catat maklumat berdasarkan petikan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Murid-murid dan guru-guru sedang bekerjasama mengemas dan menghias dewan. Dua hari lagi pertandingan menyanyi peringkat daerah akan berlangsung.Sekolah Ming Li menjadi tuan rumah bagi pertandingan itu.

 

        Sebelum memulakan tugas masing-masing, para guru telah bermuafakat menyusun atur tugas yang perlu dilakukan. Kemudian, guru-guru yang bertanggungjawab telah membahagi-bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan membantu guru melakukan kerja-kerja yang ditetapkan.

 

        Kumpulan Ming Li ditugaskan untuk menghias pentas. Rahim dan Velu mengangkat pasu-pasu bunga untuk diletakkan di hadapan dan di penjuru pentas. Bunga yang berwarna-warni itu sangat cantik apabila dipandang.

 

        Dewan dapat dihias dengan mudah dan cepat hasil daripada kesepakatan semua guru dan murid. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berasa bangga melihat amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah.

 

1.

Jawapan:

(a)  mengemas dewan
(b)  menghias dewan
(c)  menyusun atur tugas
(d)  membahagi-bahagikan murid kepada beberapa kumpulan
(e)  menghias pentas
(f)  mengangkat pasu-pasu bunga

04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - D

Lengkapkan pantun dengan jawapan yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

agama

berbilang

amalan

tradisional

berbahasa

bersatu

sayang

perpaduan

 

Pergi ke hutan memburu rusa,

Jatuh tersungkur tersepak dahan;

Orang berbudi kita (a)berbahasa,

Mesra ikatan erat (b)perpaduan.

 

Ayam kampung ayam serama,

Lari berkeliaran dibaling batu;

Walaupun berlainan bangsa (c)agama,

Kerana muhibah hidup (d)bersatu.

 

Daun kuini jatuh melayang,

Jatuh melayang di tepi jalan;

Berjiwa murni berkasih (e)sayang,

Bantu membantu jadi (f)amalan.

 

Anak itik anak angsa,

Berkejar-kejar di tepi kilang;

Makanan (g)tradisional pelbagai bangsa,

Menjadi santapan rakyat (h)berbilang.

 

04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - E

Jawab soalan berikut.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Nyatakan tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia?

  • Melayu
  • Cina
  • India
2.

Nyatakan perayaan utama kaum-kaum tersebut.

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Tahun Baru Cina
  • Deepavali
3.

Berikan tiga aktiviti yang boleh memupuk perpaduan di sekolah.

  • aktiviti gotong-royong
  • sukaneka
  • sambutan Hari Kemerdekaan
4.

Selain daripada memupuk perpaduan, apakah kebaikan aktiviti-aktiviti tersebut?

Selain daripada memupuk perpaduan, aktiviti tersebut juga dapat mengeratkan hubungan. Selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Poster di bawah menunjukkan tentang Karnival Sukan SJKC Bukit Indah.

1.

Tulis ulasan berdasarkan poster tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Jawapan:

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Bukit Indah akan menganjurkan Karnival Sukan SJKC Taman Indah. Karnival ini akan diadakan pada 9 Mei 2021 bersamaan hari Ahad kerana ramai yang tidak bekerja dan bersekolah pada hari tersebut.

  Pertandingan tersebut akan diadakan dari pukul 7:30 pagi hingga 6:00 petang di Padang SJKC Bukit Indah kerana tempatnya luas dan lapang. Karnival ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan, malah dapat menyihatkan badan dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Pelbagai sukan akan dipertandingkan seperti futsal, bola keranjang, ping pong, badminton, bola baling, bola jaring dan bola sepak.

    Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Encik Zaki di talian  018-2882858 dan Puan Anita di talian  013–4546578.

04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - G

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Sekolah Min Jun mengadakan hari sukaneka. Banyak pertandingan yang melibatkan acara berkumpulan. Min Jun bersepakat dengan Ravi dan Aiman untuk membentuk satu pasukan. Mereka merupakan sahabat baik sejak tahun satu lagi walaupun berlainan kelas.

 

        Ravi dan Aiman bersetuju menjadi ahli pasukan Min Jun. Mereka berjanji untuk bersungguh-sungguh dalam setiap acara yang disertai. Antara acara yang disertai ialah terompah gergasi, lari dalam guni, isi air dalam botol dan tarik upih. Kesemua acara tersebut memerlukan kerjasama setiap ahli pasukan untuk berjaya.

 

        Melalui acara terompah gergasi, Min Jun dan pasukannya perlu menggerakkan kaki untuk melangkah secara serentak bersama-sama. Mereka telah melakukannya dengan baik dan berjaya mengalahkan pasukan lain. Mereka juga menjadi juara dalam acara tarik upih manakala acara isi air dalam botol di tempat ketiga tetapi tewas dalam acara lari dalam guni.

 

        Sebenarnya, mereka hampir berjaya dalam acara lari dalam guni. Namun, Ravi terjatuh ketika hampir ke garisan penamat menyebabkan pasukan lain mengalahkan mereka. Walaupun tidak berjaya memenangi semua pertandingan tetapi mereka tetap berpuas hati kerana telah melakukannya dengan sedaya upaya.

 

1.

Min Jun berkawan dengan Ravi dan Aiman sejak berumur tujuh tahun.

2.

Apakah acara yang disertai oleh Min Jun, Ravi dan Aiman?

Acara yang disertai oleh Min Jun, Ravi dan Aiman ialah terompah gergasi, lari dalam guni, isi air dalam botol dan tarik upih.

3.

Bagaimanakah Min Jun dan pasukannya memenangi acara terompah gergasi?

Min Jun dan pasukannya berjaya memenangi acara terompah gergasi dengan menggerakkan kaki untuk melangkah secara serentak bersama-sama.

4.

Pada pendapat anda, wajarkah kita menyertai aktiviti seperti ini? Mengapa?

Pada pendapat saya, wajar kita menyertai aktiviti seperti ini kerana dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sikap tolong-menolong dan bekerjasama juga dapat membantu meningkatkan persefahaman antara rakan-rakan.


04: Bersama-sama Pupuk Perpaduan - H

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Adik _________ teresak-esak kerana terjatuh.

A.
menari
B.
melawan
C.
membawa
D.
menangis

Jawapan:

D. menangis

 

2.

Jenny _______ kesejukan apabila ditiup angin yang dingin.

A.
menggigil
B.
membeku
C.
memeluk
D.
menjerit

Jawapan:

A. menggigil

 

3.

Ayam jantan itu akan ___________ pada setiap pagi.

A.
berdering
B.
berkokok
C.
berkicau
D.
bersiul

Jawapan:

B. berkokok

 

4.

Kapal terbang itu telah __________ dengan selamat.

A.
melayan
B.
memintas
C.
memanah
D.
mendarat

Jawapan:

D. mendarat

 

5.

Buah durian itu akan __________ apabila sudah masak.

A.
tumbang
B.
runtuh
C.
roboh
D.
gugur

Jawapan:

D. gugur

 

6.

Nek Jah ________ melihat gelagat Tok Wan melayan karenah cucu-cucunya.

A.
tercapai
B.
terjatuh
C.
tersenyum
D.
terbayang

Jawapan:

C. tersenyum

 

7.

Kereta itu __________ lalu terlanggar sebatang pokok di tepi jalan raya.

A.
tergolek
B.
terbabas
C.
terperosok
D.
terpelanting

Jawapan:

B. terbabas

 

8.

Pasukan bola sepak itu ________ dalam perlawanan semalam.

A.
jatuh
B.
tewas
C.
gugur
D.
lemah

Jawapan:

B. tewas

 

9.

Bayi itu sedang __________ di dalam buaian.

A.
tidur
B.
mandi
C.
makan
D.
merangkak

Jawapan:

A. tidur

 

10.

Joshua ________ setelah terpijak kulit pisang itu.

A.
terbabas
B.
terbaring
C.
tersentak
D.
tergelincir

Jawapan:

D. tergelincir

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20