Monday, January 8, 2024

2024-01-08(一)Bahasa Melayu Tahun 3 【UNIT 22】

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 三年级(S3)22: Anak yang Taat - A - Padankan frasa berikut. Kemudian, susun dan tulis dalam bentuk perenggan.
  2. 三年级(S3)22: Anak yang Taat - B - Lengkapkan lirik lagu.
  3. 三年级(S3)22: Anak yang Taat - C - Tulis perenggan berdasarkan frasa. (Menyelamatkan Seekor Kucing) 
  4. 三年级(S3)22: Anak yang Taat - D - Bina ayat berdasarkan kata ganda berentak yang berikut.
    1. pemandangan - indah
    2. suasana - bilik darjah - guru tiada 
    3. pantai/laut - pelampung
    4. risau akan 
    5. kawasan air terjun - cantik/besar/bulat
  5. 三年级(S3)22: Anak yang Taat - E - Pilih kata ganda berentak yang betul.
  6. 三年级(S3)22: Anak yang Taat - F - Jawab soalan berpandukan petikan. (program Minggu Sains dan Teknologi) 👉 Buku Latihan
    1. Program yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa ialah __________. //  __________ yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa.
    2. program tersebut diadakan pada __________. 
    3. tujuan program Minggu Sains dan Teknologi diadakan adalah untuk __________. Program Minggu Sains dan Teknologi diadakan bertujuan untuk __________. 
    4. Aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Sains dan Teknologi ialah __________. //  __________ yang dijalankan semasa Minggu Sains dan Teknologi.
    5. Kita patut melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan kerana boleh __________. (memupuk - kerjasama - menimba - ilmu pengetahuan - mengisi - lapang)


三年级(S3)22: Anak yang Taat - C

Pada suatu hari, ketika (1)pulang dari sekolah, Suhaila terdengar (2)bunyi kucing mengiau. Suhaila (3)mencari-cari arah datangnya suara itu. Akhirnya, dia (4)melihat seekor kucing di dalam longkang.

Suhaila mengambil (5)kucing itu. Ada (6)luka pada badan kucing itu. Dia membawa (7)kucing itu pulang ke rumah dan (8)memandikan kucing itu. Selepas itu, Suhaila (9)merawat luka kucing itu lalu memberi (10)makanan dan susu kepada kucing itu.   

Suhaila meminta (11)izin daripada ibu bapanya untuk (12)memelihara kucing tersebut. Suhaila sangat (13)gembira kerana ibu bapanya memberi kebenaran kepadanya. Suhaila (14)menamakan kucing tersebut (15)Si Comel.



22: Anak yang Taat - A

Padankan frasa berikut. Kemudian, susun dan tulis dalam bentuk perenggan.

Padankan jawapan yang betul – Seretkan jawapan ke ruang yang tepat. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Akhir sekali, kita wajar membantu ibu bapa

kita mestilah sentiasa mentaati ibu bapa.

Jawapan:

untuk meringankan beban mereka.

2.
Selain itu, kita perlu meminta izin daripada mereka
supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.

Jawapan:

sekiranya mahu bermain di taman permainan atau keluar rumah.
3.
Antaranya, kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa
sekiranya mahu bermain di taman permainan atau keluar rumah.

Jawapan:

supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.
4.
Sebagai anak yang baik,
agar tidak menyusahkan ibu bapa.

Jawapan:

kita mestilah sentiasa mentaati ibu bapa.
5.
Di samping itu, kita perlu menjaga harta benda dengan baik

untuk meringankan beban mereka.

Jawapan:

agar tidak menyusahkan ibu bapa.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

6.

Sebagai anak yang baik, ________________________________________________________________________________.


     Sebagai anak yang baik, kita mestilah sentiasa mentaati ibu bapa. Antaranya, kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, kita perlu meminta izin daripada mereka sekiranya mahu bermain di taman permainan atau keluar rumah. Di samping itu, kita perlu menjaga harta benda dengan baik agar tidak menyusahkan ibu bapa. Akhir sekali, kita wajar membantu ibu bapa untuk meringankan beban mereka.

22: Anak yang Taat - B

Lengkapkan lirik lagu.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

 

  1. pesan
  2. mulia
  3. ilmu
  4. dewasa
  5. berputus asa
  6. Gagal

22: Anak yang Taat - C

Tulis perenggan berdasarkan frasa.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

 Jawapan:

Pada suatu hari, ketika pulang dari sekolah, Suhaila terdengar bunyi kucing mengiau. Suhaila mencari-cari arah datangnya suara itu. Akhirnya, dia melihat seekor kucing di dalam longkang.

2.

Jawapan:

      Suhaila mengambil kucing itu. Ada luka pada badan kucing itu. Dia membawa kucing itu pulang ke rumah dan memandikan kucing itu. Selepas itu, Suhaila merawat luka kucing itu lalu memberi makanan dan susu kepada kucing itu.  

3.

Jawapan:

       Suhaila meminta izin daripada ibu bapanya untuk memelihara kucing tersebut. Suhaila sangat gembira kerana ibu bapanya memberi kebenaran kepadanya. Suhaila menamakan kucing tersebut Si Comel.

22: Anak yang Taat - D

Bina ayat berdasarkan kata ganda berentak yang berikut.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

 

1.

gunung-ganang Pemandangan gunung-ganang di hujung kampung itu sangat cantik.

 

 

2.

hiruk-pikuk Suasana menjadi hiruk-pikuk semasa loceng tamat persekolahan berbunyi.

 

 

3.

mandi-manda Alan dan keluarganya mandi-manda di Pantai Port Dickson pada hari Ahad yang lalu.

 

 

4.

mundar-mandir Encik Chong mundar-mandir di hadapan bilik pembedahan kerana risau akan isterinya.

 

 

5.

batu-batan Air terjun itu dipenuhi batu-batan yang besar.


22: Anak yang Taat - E

Pilih kata ganda berentak yang betul.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

 

1.

Ibu memasak___________________yang enak untuk kami sekeluarga.

lauk-pauk
batu-batan

Jawapan:

lauk-pauk

 

 

2.

Encik Lim membeli ___________________ yang segar di gerai itu.                           

kayu-kayan
sayur-mayur

Jawapan:

sayur-mayur

 

 

3.

Encik Zamri________________ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal.

mundar-mandir
ulang-alik

Jawapan:

ulang-alik

 

   

 

4.

Ayah memandu dengan berhati-hati ketika memandu di jalan raya yang ____________________ itu.

selok-belok
bengkang-bengkok

Jawapan:

bengkang-bengkok

 

 

5.

Pak Cik Lee menebas _________________ di belakang rumahnya.

semak-samun
rempah-ratus

Jawapan:

semak-samun

 

 

6.

Anson sekeluarga __________________ di air terjun pada hari Sabtu yang lalu.

mandi-manda
mundar-mandir

Jawapan:

mandi-manda

 

 

7.

Jalan raya di bandar itu ber___________________.                                                  

gunung-ganang
simpang-siur

Jawapan:

simpang-siur

22: Anak yang Taat - F

Jawab soalan berpandukan petikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa telah mengadakan program Minggu Sains dan Teknologi. Program ini diadakan pada 8 hingga 15 Mac 2019, iaitu hari Sabtu hingga Jumaat.

    Aktiviti akan dijalankan semasa perhimpunan pagi, waktu kokurikulum dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan reka cipta, kuiz dan ceramah. Ceramah akan disampaikan oleh guru-guru sains yang berpengalaman.

    Tujuan mengadakan program Minggu Sains dan Teknologi adalah untuk melahirkan murid yang bersatu melalui pertandingan. Selain itu, program ini dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Teknologi.

 

1.

Apakah program yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa?

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa telah mengadakan program Minggu Sains dan Teknologi.
2.

Bilakah program tersebut diadakan?

Program ini diadakan pada 8 hingga 15 Mac 2019, iaitu hari Sabtu hingga Jumaat.

3.

Apakah tujuan program Minggu Sains dan Teknologi diadakan?

Tujuan mengadakan program Minggu Sains dan Teknologi adalah untuk melahirkan murid yang bersatu melalui pertandingan. Selain itu, program ini dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Teknologi.
4.

Apakah aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Sains dan Teknologi?

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Sains dan Teknologi ialah pertandingan reka cipta, kuiz dan ceramah.

5.

Adakah kita patut melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan? Mengapa?

Ya, kita patut melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan kerana kita boleh memupuk sikap bekerjasama dan mencungkil bakat yang ada dalam diri.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8