Wednesday, November 22, 2023

2023-11-22(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【Unit 19 & 20】

 

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 五年级(S5)19: Perniagaan Sumber Rezeki - G - Pilih jawapan (Kata Perintah) yang tepat berdasarkan soalan.
  2. 五年级(S5)19: Perniagaan Sumber Rezeki - H - Bina Ayat. (suasana di pasar pagi) 
  3. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - A - Lengkapkan dialog.
  4. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - B - Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.
    1. Pihak yang turut terlibat untuk Penganjuran Karnival Barangan Buatan Malaysia ialah _____ dan _____. 
    2. Tujuan Karnival Barangan Buatan Malaysia diadakan adalah untuk __________. 
    3. Pada pendapat saya, masyarakat harus memberikan sokongan terhadap karnival ini kerana __________. [ rakyat - mengutamakan barangan tempatan  meningkatkan ekonomi negara - murah - kualitinya setanding - barangan import ]
  5. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - C - Tulis makna yang betul bagi perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.
  6. 五年级(S5)20: Usahawan Berjaya - D - Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


19: Perniagaan Sumber Rezeki - G

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

_________ datang ke kedai kek kami yang terletak di hujung jalan.

A.
Usah
B.
Minta
C.
Tolong
D.
Jemput

Jawapan:D. Jemput
2.

__________ bersabar, makanan anda akan dihidangkan sebentar lagi.

A.
Jemput
B.
Jangan
C.
Harap
D.
Usah

Jawapan:C. Harap
3.

_________ biarkan pelanggan menunggu makanan yang dipesan terlalu lama.

A.
Usah
B.
Minta
C.
Harap
D.
Tolong

Jawapan:A. Usah
4.

_________ biarkan makanan yang dijual itu tidak ditutup.

A.
Sila
B.
Minta
C.
Tolong
D.
Jangan

Jawapan:D. Jangan
5.

_________ bayar di kaunter yang terletak di sana.

A.
Sila
B.
Minta
C.
Harap
D.
Tolong

Jawapan:A. Sila
6.

_________ perhatian, kursus usahawan muda akan dimulakan sebentar lagi.

A.
Jemput
B.
Jangan
C.
Harap
D.
Minta

Jawapan:D. Minta
7.

___________ tuan dapat meluluskan permohonan ini.

A.
Usah
B.
Harap
C.
Jangan
D.
Jemput

Jawapan:B. Harap
8.

_________ bermain di jalan raya.

A.
Jangan
B.
Tolong
C.
Harap
D.
Sila

Jawapan:A. Jangan
9.

_________ simpan sayur-sayuran ini di tempat yang dikhaskan.

A.
Minta
B.
Tolong
C.
Jangan
D.
Jemput

Jawapan:B. Tolong
10.

__________ berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan.

A.
Jangan
B.
Harap
C.
Minta
D.
Sila

Jawapan:A. Jangan

19: Perniagaan Sumber Rezeki - H

Bina Ayat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di pasar pagi.

1.

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

  1. Puan Ying menghulurkan seikat sawi yang ingin dibelinya kepada penjual sayur itu.
  2. Seorang peniaga sedang menimbang buah tembikai yang dibeli oleh Mak Cik Kiah.
  3. Puan Devi memimpin tangan anaknya sambil memegang beg plastik berisi barang-barang yang dibelinya.
  4. Amri membantu ayahnya menjual air minuman kepada pelanggan untuk meringankan beban ayahnya.
  5. Siti memasukkan kuih yang dipilih oleh seorang pelanggan ke dalam bekas.

20: Usahawan Berjaya - A

Lengkapkan dialog.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Hanya perlu menjawab soalan dengan P / Q / R / S / T.

P

Pembungkusan produk keluaran beliau sangat menarik. Ini dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli produk beliau

Q

kita mestilah berusaha dengan gigih, berdaya kreatif dan inovatif, bijak mengambil peluang serta tidak takut menghadapi cabaran

R

Keluaran rempah ratus beliau menepati cita rasa masyarakat dan bersih

S

beliau memasarkan rempah ratus jenama sendiri kerana keuntungan menjadi miliknya sahaja tanpa melibatkan orang tengah

T

beliau wajar menjual pelbagai jenis rempah kerana sudah pasti pasarannya lebih meluas dan pengguna dapat membuat banyak pilihan    ketika ingin berbelanja

 

Lin Dan

:

Kawan-kawan, lihatlah maklumat yang saya peroleh ini. Pada pendapat kamu, mengapakah Puan Nalini memasarkan rempah ratus jenama sendiri?

David

:

Pada pendapat saya, (a)S beliau memasarkan rempah ratus jenama sendiri kerana keuntungan menjadi miliknya sahaja tanpa melibatkan orang tengah.

Razi

:

Benar, David. Wajarkah beliau menjual pelbagai jenis rempah? Mengapa?

David

:

Ya, (b) T beliau wajar menjual pelbagai jenis rempah kerana sudah pasti pasarannya lebih meluas dan pengguna dapat membuat banyak pilihan    ketika ingin berbelanja.

Lin Dan

:

Jualan rempah giling beliau juga laris di seluruh negara. Mengapa?

Razi

:

(c) Keluaran rempah ratus beliau menepati cita rasa masyarakat dan bersih.

David

:

Bagaimanakah pembungkusan produk keluaran beliau?

Lin Dan

:

(d) P Pembungkusan produk keluaran beliau sangat menarik. Ini dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli produk beliau.

Razi

:

Kawan-kawan, jika kita ingin berjaya, (e) Q kita mestilah berusaha dengan gigih, berdaya kreatif dan inovatif, bijak mengambil peluang serta tidak takut menghadapi cabaran.



20: Usahawan Berjaya - B

Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Pihak manakah yang turut terlibat untuk penganjuran Karnival Barangan Buatan Malaysia?

Pihak yang turut terlibat untuk Penganjuran Karnival Barangan Buatan Malaysia ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

2.

Apakah tujuan Karnival Barangan Buatan Malaysia diadakan?

Tujuan Karnival Barangan Buatan Malaysia diadakan adalah untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan tempatan.

3.

Encik Yusri ialah pengusaha makanan sejuk beku yang tinggal di Kuala Terengganu serta berminat untuk menyewa gerai. Tempat yang mudah untuk dia memperoleh borang penyewaan gerai adalah di ________.

Pejabat Persatuan Pengguna Negeri Terengganu

4.

Pada pendapat kamu, adakah kita harus memberikan sokongan terhadap karnival ini dan mengapakah kita perlu memberikan sokongan?

Pada pendapat saya, masyarakat harus memberikan sokongan terhadap karnival ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan untuk meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, barangan buatan tempatan agak murah serta kualitinya setanding dengan barangan import.

20: Usahawan Berjaya - C

Tulis makna yang betul bagi perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Kejayaan koperasi sekolah dalam pertandingan itu telah dipaparkan pada buletin sekolah.

1.

Makna Perkataan:

bahan cetak yang berisi berita atau pernyataan rasmi

 

Sonia mula membabitkan diri dalam bidang multimedia semasa menjalankan bidang perniagaan secara dalam talian.

2.

Makna Perkataan:

lapangan

 

Maklumat tentang produk tenusu itu boleh didapati di laman sesawang syarikat tersebut.

3.

Makna Perkataan:

butir-butir mengenai sesuatu

 

Aplikasi yang digunakan oleh Jefri itu dapat memudahkannya mencari maklumat yang dikehendaki.

4.

Makna Perkataan:

atur cara atau program komputer

 

Ramli ditugaskan untuk memantau aktiviti yang berlaku di laman sesawang syarikatnya.

5.

Makna Perkataan:

mengawasi

 

Teguran itu diterima baik oleh Encik Sani demi memperbaik mutu barang yang dijualnya.

6.

Makna Perkataan:

membuat menjadi lebih bagus

20: Usahawan Berjaya - D

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Aishah telah makan beberapa biji rambutan yang masak ranum di ruang tamu.

Beberapa biji rambutan yang masak ranum telah dimakan oleh Aishah di ruang tamu.
2.

Saya meletakkan gubahan bunga yang cantik itu di atas meja.

Gubahan bunga yang cantik itu saya letakkan di atas meja.
3.

Motosikal itu nyaris-nyaris melanggar seorang budak yang sedang melintas jalan.

Seorang budak yang sedang melintas jalan nyaris-nyaris dilanggar oleh motosikal itu.
4.

Azira mengakhiri syarahannya dengan serangkap pantun nasihat.

Syarahan Azira diakhirinya dengan serangkap pantun nasihat.
5.

Guru Besar mengingatkan semua murid supaya rajin belajar demi masa depan mereka.

Semua murid diingatkan oleh Guru Besar supaya rajin belajar demi masa depan mereka.
6.

Guru disiplin mendenda Adrian kerana lewat sampai di sekolah.

Adrian didenda oleh guru disiplin kerana lewat sampai di sekolah.
7.

Ranjit telah mereka cipta sebuah robot yang boleh menari.

Sebuah robot yang boleh menari telah direka cipta oleh Ranjit.
8.

Zhen Hao memarahi Zhen Hin kerana merosakkan basikal kesayangannya.

Zhen Hin dimarahi oleh Zhen Hao kerana merosakkan basikal kesayangannya.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8