Monday, October 30, 2023

2023-10-30(一)Bahasa Melayu Tahun 6 【Unit 19】

    Buku Teks - Semakan 👉

    1. 六年级(S6)19: Sains Dalam Kehidupan - A - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    2. 六年级(S6)19: Sains Dalam Kehidupan - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    3. 六年级(S6)19: Sains Dalam Kehidupan - C - Pilih jawapan (Kata Seru) yang sesuai untuk melengkapkan ayat seruan di bawah.
    4. 六年级(S6)19: Sains Dalam Kehidupan - D - Bulatkan jawapan (Kata Perintah) yang sesuai untuk melengkapkan ayat perintah berikut.
    5. 六年级(S6)19: Sains Dalam Kehidupan - E - Perkataan (Kata Seru) bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul.
    6. 六年级(S6)19: Sains Dalam Kehidupan - F - Perkataan  (Kata Perintah) bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul.


    19: Sains Dalam Kehidupan - A

    Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Pada zaman ini, banyak murid suka membawa telefon bimbit ke sekolah. Sekolah pun mengizinkan murid-murid membawa telefon ke sekolah juga. Sebenarnya, membawa telefon bimbit ke sekolah ada kebaikan dan keburukannya.

    Kebaikan pertama ialah murid-murid dapat menghubungi ibu bapanya apabila ada perkara yang penting. Salah satu contoh adalah sakit. Kalau ibu atau bapanya tidak dihubungi segera, mungkin keadaan murid itu akan menjadi lebih teruk.

    Kebaikan kedua ialah murid-murid boleh menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam telefon bimbit mereka untuk membantu mereka belajar. Sekarang ini, ada telefon bimbit yang terdapat fungsi rekod suara dan mengambil gambar. Apabila cikgu mahu murid-murid untuk mengambil gambar atau rekod suara untuk membuat projek, telefon bimbit dapat membantu.

    Membawa telefon bimbit ke sekolah pun ada keburukannya. Seperti apa yang saya cakap, telefon bimbit sekarang ada banyak fungsi. Salah satu adalah permainan. Apabila di dalam kelas, murid-murid yang tidak berminat dengan subjek itu mungkin akan bermain permainan yang terdapat di dalam telefon bimbitnya.

    Seterusnya, murid-murid juga akan menelefon atau menulis mesej kepada kawannya pada waktu rehat. Ini bukan apa yang murid-murid perlu buat. Penggunaannya ialah menelefon ibu atau bapa, bukan kawan.

    Murid-murid perlu tahu apa yang patut buat dengan telefon bimbitnya semasa di dalam sekolah. Kalau mereka tidak menggunanya dengan cara yang salah, mereka patut digalak untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.

    1.

    Pada zaman ini, adakah murid akan ditangkap jika membawa telefon bimbit ke sekolah?

    Tidak, kerana sekolah mengizinkan murid-murid membawa telefon ke sekolah.

    2.

    Sekiranya murid-murid berasa sakit dan tidak selesa, mereka boleh menggunakan telefon bimbit untuk _____________________________.

    menghubungi ibu bapanya dengan segera

    3.

    Senaraikan dua fungsi telefon bimbit yang dapat membantu dalam pembelajaran murid.

    Dua fungsi telefon bimbit yang dapat membantu dalam pembelajaran murid ialah fungsi rekod suara dan mengambil gambar.

    4.

    Apakah fungsi yang terdapat dalam telefon bimbit yang akan mengganggu sesi pembelajaran murid?

    Fungsi permainan yang terdapat dalam telefon bimbit akan mengganggu sesi pembelajaran murid

    5.

    Bagaimanakah fungsi tersebut mengganggu murid di dalam kelas?


    Apabila di dalam kelas, murid-murid yang tidak berminat dengan subjek itu mungkin akan bermain permainan yang terdapat di dalam telefon bimbitnya.

    19: Sains Dalam Kehidupan - B

    Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

               Pada era globalisasi ini, pengangkutan awam amatlah penting kepada semua orang. Pengangkutan awam ini dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada semua orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi, LRT dan sebagainya.

               Terdapat pelbagai kebaikan menggunakan pengangkutan awam. Antaranya ialah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Apabila kita menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kita dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Oleh itu, kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

              Selain itu, kita juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. Jika kita menggunakan pengangkutan awam, kita dapat mengurangkan kos seperti kos minyak, kos tol dan sebagainya. Contohnya, apabila kita hendak pulang ke kampung, kita hanya perlu mengeluarkan duit untuk membayar tambang bas sahaja.

             Seterusnya, kebaikan pengangkutan awam ialah dapat menjimatkan masa kerana pengangkutan awam akan bergerak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Contohnya, pengangkutan awam seperti LRT, komuter, MRT dan pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas.

             Kesimpulannya, pengangkutan awam mempunyai pelbagai kebaikan. Oleh itu, kita mestilah bersyukur kerana negara kita mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan awam.

     

    1.

    Senaraikan tiga contoh pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia.

    Bas, teksi, dan LRT merupakan contoh pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia.

    2.

    Bagaimanakah penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas?

    Apabila kita menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kita dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya dan secara tidak langsung mengurangkan kesesakan lalu lintas.

    Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    3.

    Apakah perkara yang boleh dikecualikan sekiranya kita menaiki bas untuk pulang ke kampung?

    I) Kos minyak

    II) Tambang bas

    III) Kos tol

    IV) Cukai jalan

    A.
    I dan II
    B.
    II dan III
    C.
    I dan III
    D.
    I dan IV

    Jawapan:

    C. I dan III
    4.

    Pilih pernyataan yang salah tentang menaikiLRT, MRT dan komuter.

    A.
    menggunakan masa perjalanan yang lebih
    B.
    mempunyai jadual yang tetap
    C.
    tidak akan mengalami kesesakan lalu lintas
    D.
    menjimatkan kos perjalanan

    Jawapan:

    A. menggunakan masa perjalanan yang lebih

    19: Sains Dalam Kehidupan - C

    Pilih jawapan yang sesuai untuk melengkapkan ayat seruan di bawah.

    Padankan jawapan yang betul – Seretkan jawapan ke ruang yang tepat. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.

    ________________, di sini rupanya pen saya!

    Eh

    2.

    _______________, beraninya dia menentang aku!

    Cis

    3.

    _______________, malang sekali nasib budak itu!

    Aduhai

    4.

    ___________, sombongnya dia!

    Amboi

    5.

    ______________, anak-anak bangsaku, jagalah nama baik negara kita.

    Wahai

    19: Sains Dalam Kehidupan - D

    Bulatkan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan ayat perintah berikut.

    Bulatkan jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.
      pergi ke sungai yang dalam airnya.

    Jawapan: Jangan
    2.
    “Nadiah, 
      bancuh secawan air untuk tetamu,” kata Encik Jamil kepada anaknya.

    Jawapan: tolong
    3.
      lah dikenang lagi kisah yang pahit.

    Jawapan: Usah
    4.
      serahkan borang pendaftaran tersebut ke pejabat.

    Jawapan: Sila
    5.
      lah datang ke rumah saya pada Ahad ini.

    Jawapan: Jemput

    19: Sains Dalam Kehidupan - E

    Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    Aduh

    Nah

    Amboi

    Syabas

    Ah

    Oh

     

    Wah, ambil buku kamu semula!

     1.Jawapan : Nah

    Aduhai, tahniah atas keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan!

     2.Jawapan : Syabas

    Cis, sakit sungguh perutku ini!

     3.Jawapan : Aduh

    Amboi, rupa-rupanya perempuan itu ialah kakak Bella.

     4.Jawapan : Oh

    Hai, saya tidak mahu bermain dengan kamu!

     5.Jawapan : Ah

    Eh, cantik sungguh kereta pengantin baru itu!

     6.Jawapan : Amboi

    19: Sains Dalam Kehidupan - F

    Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    Harap

    Tolong

    Jangan

    Minta

    Usah

    Jemput

     

    Sila kemas bilik kamu sekarang,” kata ibu kepada Xavier.

     1.Jawapan : Tolong

    Minta bimbang akan keselamatan Bonnie, ayah.

     2.Jawapan : Usah

    Tolong kembalikan semua buku teks esok.

     3.Jawapan : Harap

    Jemput membuang sampah merata-rata.

     4.Jawapan : Jangan

    Harap semua peserta bersedia untuk masuk ke dalam dewan.

     5.Jawapan : Minta

    Tolonglah masuk ke rumah saya,” kata Jumaisa kepada rakannya.

     6.Jawapan : Jemput

    No comments:

    Post a Comment

    Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)