Monday, October 30, 2023

2023-10-30(一)Bahasa Melayu Tahun 3 【Unit 17 & 18】

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 三年级(S3)17: Indah dan Damai - E - Bina ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi. 📖
  2. 三年级(S3)17: Indah dan Damai - F - Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul. 📖 Pembetulan
  3. 三年级(S3)17: Indah dan Damai - G - Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
  4. 三年级(S3)17: Indah dan Damai - H - Lengkapkan cerita di bawah.
  5. 三年级(S3)18: Sejahterakan Bumi - A - Bina soalan berdasarkan jawapan yang diberi. [ apa / siapa / mengapa / berapa ] 📖
  6. 三年级(S3)18: Sejahterakan Bumi - B - Nyatakan idea sampingan berdasarkan idea utama. 📖

Kata Dasar (18)A

  1. kemukakan

  2. sejahterakan

  3. diperbuat

  4. dicipta

  5. sekumpulan

  6. dilupuskan

  7. menggantikan

  8. fahami

  9. amalam

  10. penggunaan

  11. mengurangkan

  12. pembaziran

  13. diambil

  14. menjimatkan

  15. membuka

  16. elakkan

  17. tindakan

  18. membazirkan

  19. sukarelawan

  20. bertugas

  21. kerajaan

  22. berminat

  23. pemeliharaan

  24. menjadi

  25. menjayakan

  26. pelbagai

  27. termasuk

  28. menanam

  29. peminat

  30. melakukan





17: Indah dan Damai - E

Bina ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

1.

dan : Ramai pelancong gemar melancong di Pulau Tioman dan Pulau Redang.

2.

kerana : Ikan-ikan itu mati kerana sungai tersebut telah dicemari dengan sisa toksik.

3.

lalu  : Sandra mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah.

4.

tetapi: Pulau itu cantik tetapi tidak dikunjungi pelancong.

5.

sambil : Haziq berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah.

17: Indah dan Damai - F

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Mei Hua memelihara beberapa  kucing.  ekor

2.

Pak Cik Chua membuat tabung menggunakan se buluh.  ruas

3.

Ibu menghadiahi ayah se jam tangan sempena hari lahirnya.  utas

4.

Remy membeli beberapa  mata kail untuk memancing ikan.  bentuk

5.

Syuhada memakai se baju kurung semasa menghadiri temuduga itu.  pasang

6.

Se burung sedang terbang bebas di angkasa.  kawan

7.

Puan Jun membeli se pisang di kedai itu.  sikat

8.

Aizat dan Hakim berehat di bawah se pokok yang rendang.  batang

9.

Leha bersiar-siar di sekeliling kampung sambil membawa se payung.  kaki

10.

Pak Cik Ahmad menyiang ikan menggunakan se pisau yang tajam.  bilah

17: Indah dan Damai - G

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Alam ialah anugerah Tuhan yang paling bernilai. Salah satu sumber alam ialah rotan. Rotan sejenis tumbuhan yang keras dan berlingkar. Rotan amat berguna kepada industri pembuatan perabot di negara kita.

        Para pencari rotan terpaksa menempuh hutan tebal yang beriklim tropika. Pelbagai risiko yang terpaksa mereka hadapi semasa mencari rotan. Antaranya, terserempak dengan binatang buas atau mengalami kecederaan anggota badan ketika mencari rotan.

        Rotan-rotan tersebut akan dijadikan pelbagai jenis perabot yang cantik. Antaranya ialah meja, kerusi, katil, rak dan almari. Perabot tersebut dianyam dan dijual dengan harga yang berpatutan. Perabot rotan juga sangat kukuh dan senang dijaga. Justeru, hasil hutan ini dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat negara kita.

        Oleh yang demikian, jagalah alam ciptaan Tuhan ini agar tidak musnah oleh kekejaman tangan manusia. Peliharalah alam kita supaya keindahan alam dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

 

1.

Anugerah Tuhan yang paling berharga ialah?

A.
Rotan
B.
Alam
C.
Papan
D.
Meja

Jawapan:

B. Alam
2.

Antara risiko yang dihadapi oleh pencari rotan ialah ________________.

A.
jatuh ke dalam sungai dan dibaham oleh buaya.
B.
tergelincir dan jatuh ke dalam gaung.
C.
terserempak dengan binatang buas dan alami kecederaan anggota badan
D.
patah tangan dan digigit pacat

Jawapan:

C. terserempak dengan binatang buas dan alami kecederaan anggota badan
3.

Berikut ialah perabot yang dihasilkan oleh rotan, kecuali

A.
Meja
B.
Rak kasut
C.
Katil
D.
Karpet

Jawapan:

D. Karpet
4.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Hasil hutan dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk negara ini.
B.
Perabot-perabot rotan ini dijual dengan harga yang mahal supaya pelanggan boleh membeli dengan senang hati.
C.
Perabot rotan mudah rosak dan sukar dijaga.
D.
Rotan tumbuh di kawasan hutan yang beriklim mediterranean.

Jawapan:

A. Hasil hutan dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk negara ini.
5.

Perkataan seerti bagi rakyat ialah _____________.

A.
ratu
B.
permaisuri
C.
pemerintah
D.
penduduk

Jawapan:

D. penduduk


17: Indah dan Damai - H

Lengkapkan cerita di bawah.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

 

Murid-murid Tahun Tiga Melati telah (1) melawat kebun sayur di Cameron Highlands. Cameron Highlands ialah kawasan tanah tinggi yang terletak di negeri Pahang. Mereka pergi ke Cameron Highlands dengan menaiki bas. Guru (2) pengiring yang turut serta ialah Cikgu Fau dan Cikgu Leng. Murid yang terlibat adalah seramai 40 orang.

        Pada pukul tujuh pagi, mereka mula (3) meninggalkan kawasan sekolah. Setelah empat jam perjalanan, mereka tiba di lokasi. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk (4) menambahkan pengetahuan murid-murid tentang tanaman-tanaman di negara kita. Ternyata murid-murid berasa sangat (5) gembira.


18: Sejahterakan Bumi - A

Bina soalan berdasarkan jawapan yang diberi.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Bekas makanan mesra alam ini diperbuat daripada kertas.

Bekas makanan mesra alam ini diperbuat daripada apa?
2.

Beg makanan ini dicipta oleh sekumpulan penyelidik Sirim Berhad.

Siapakah yang mencipta beg makanan ini?
3.

Kita perlu menggunakan bekas makanan ini kerana bekas ini menggabungkan konsep biodegradasi dan pembaik pulih sumber.

Mengapakah kita perlu menggunakan bekas makanan ini?
4.

Sirim telah mencipta lapan jenis bekas makanan mesra alam dalam pelbagai saiz.

Berapa jeniskah bekas makanan yang dicipta oleh Sirim?

5.

Keistimewaan bekas makanan ini adalah tidak memudaratkan kesihatan dan dijamin tidak tiris bendalir serta mesra ketuhar gelombang mikro.


Apakah keistimewaan bekas makanan ini?


18: Sejahterakan Bumi - B

Nyatakan idea sampingan berdasarkan idea utama.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

Alam merupakan anugerah yang paling bernilai. Tanpa alam, hidupan di muka bumi tidak dapat hidup dengan sempurna. Hal ini kerana hidupan dan alam saling memerlukan antara satu dengan lain.

        Namun begitu, ada pembalak-pembalak haram yang tidak bertanggungjawab telah memusnahkan alam. Mereka meneroka hutan sewenang-wenangnya. Oleh itu, hutan menjadi gondol dan musnah.

 

 

1.

Jawapan (1):

Tanpa alam, hidupan di muka bumi tidak dapat hidup dengan sempurna.
2.

Jawapan (2):

Hal ini kerana hidupan dan alam saling memerlukan antara satu dengan lain.

 

 

3.

Jawapan (3):

Mereka meneroka hutan sewenang-wenangnya.
4.

Jawapan (4): 

Oleh itu, hutan menjadi gondol dan musnah.


No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)