Monday, September 11, 2023

2023-09-11(一)Bahasa Melayu Tahun 6 【UNIT 15】

    Buku Teks - Semakan 👉

    1. 六年级(S6)15: Rakyat Berintegriti - C - Pilih kata ganda berentak yang betul.
    2. 六年级(S6)15: Rakyat Berintegriti - D - Bulatkan kata ganda separa yang betul.
    3. 六年级(S6)15: Rakyat Berintegriti - E - Pilih kata ganda berentak yang betul. Letakkan (✓) pada jawapan yang betul.
    4. 六年级(S6)15: Rakyat Berintegriti - F - Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
    5. 六年级(S6)15: Rakyat Berintegriti - G - Lengkapkan seloka berikut. Isikan jawapan yang betul.
    6. 六年级(S6)15: Rakyat Berintegriti - H - Tulis karangan. (majlis sambutan Hari Guru) ✍ 



    R1: Pendahuluan

    - mengadakan sambutan - dewan pada - 

    - tujuan - memberi peluang - murid - menghargai jasa- pengorbanan - 

    R2: Berkumpul di dewan

    - berhimpun - 

    - menyanyikan lagu - guru besar - menyampaikan ucapan - 

    - terima kasih - para guru - sumbangan - bidang pendidikan

    R3: Acara

    - mengadakan persembahan - nyanyian - lakonan - tarian - pertunjukan silap mata - 

    - suasana meriah - bertepuk tangan - 

    - guru besar - menyampaikan cenderahati - sijil penghargaan - lama berkhidmat -

    R4: Jamuan

    - dijemput - kantin - menikmati jamuan - 

    - bunga - kad ucapan - guru - dikasihi - tanda penghargaan -

    - bergambar - kenangan - 

    R5: Penutup

    - berakhir - 

    - pulang - gembira -


    15: Rakyat Berintegriti - C

    Pilih kata ganda berentak yang betul.

    Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    kayu-kayan

    saudara-mara

    sayur-mayur

    gunung-ganang

    rumput-rampai

    ulang-alik

     

    1.

    Natalia membantu ibunya menjual  yang segar di pasar raya dan pasar tani.

    Jawapan:

    sayur-mayur

     

    2.

    Abang saya sering ber ke Melaka atas urusan perniagaan kain batiknya.

    Jawapan:

    ulang-alik

     

    3.

    Pak Zarul memotong  yang panjang di belakang rumahnya.

    Jawapan:

    rumput-rampai

     

    4.

    Encik Sabri menggunakan  yang keras untuk membuat perabot rumahnya.

    Jawapan:

    kayu-kayan

     

    5.

    Keluarga saya menjemput  kami untuk makan di rumah kami.

    Jawapan:

    saudara-mara

     

    6.

    Amir suka melihat pemandangan  yang indah.

    Jawapan:

    gunung-ganang


    15: Rakyat Berintegriti - D

    Bulatkan kata ganda separa yang betul.

    Bulatkan jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.
    Rambut Janelle kelihatan 
      kerana ditiup angin.

    Jawapan:

    kusut-masai

     

    2.
    Kak Long memasak 
      yang sedap dan sering dipuji oleh tetamu.

    Jawapan:

    lauk-pauk

    3.
    Keadaan di rumah Wani 
      kerana kawannya berkumpul untuk menyambut hari jadinya.

    Jawapan:

    riuh-rendah

     

    4.
    Sifat 
      yang ditunjukkan oleh beliau menyenangkan hati para tetamu.

    Jawapan:

    ramah-tamah

     

    5.
    Tim membantu Melissa menggantung belon yang ber
       di dinding kelas.

    Jawapan:

    warna-warni

     

    6.
    Badan Halim terasa 
      setelah mandi air sungai yang sejuk itu.

    Jawapan:

    segar-bugar


    15: Rakyat Berintegriti - E

    Pilih kata ganda berentak yang betul. Letakkan (✓) pada jawapan yang betul.

    Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.

    Rumah saya menjadi _______________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

    terang-benderang
    gelap-gelita

    Jawapan:

    gelap-gelita

     

    2.

    Kari ayam itu sangat enak kerana dimasak menggunakan ________________ yang asli.

    rempah-ratus
    lauk-pauk

    Jawapan:

    rempah-ratus

     

    3.

    Pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu kelihatan __________________ dan lusuh.

    compang-camping
    remuk-redam

    Jawapan:

    compang-camping

     

    4.

    Lily ______________ di ruang tamu sambil menunggu panggilan dari pejabatnya.

    mundar-mandir
    tunggang-langgang

    Jawapan:

    mundar-mandir

     

    5.

    Mulut pelajar itu ________________ menghafal skrip sebelum persembahan itu.

    simpang-siur
    kumat-kamit

    Jawapan:

    kumat-kamit

     

    6.

    Cuaca panas dan kurangnya hujan yang menyebabkan tanah ____________ dan tumbuh-tumbuhan banyak yang mati.

    gembar-gembur
    kering-kontang

    Jawapan:

    kering-kontang

    15: Rakyat Berintegriti - F

    Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.

    fikir dahulu – menyebarkan – sebelum – maklumat yang diperoleh. – Kita harus

    Kita harus fikir dahulu sebelum menyebarkan maklumat yang diperoleh.

    2.

    arahan – mengikut – Ah Cheng dan rakannya – menyiapkan kerja – yang diberikan.

    Ah Cheng dan rakannya menyiapkan kerja mengikut arahan yang diberikan.

    3.

    di majlis rumah terbuka – Suasana – meriah dan riuh-rendah. – sangat

    Suasana di majlis rumah terbuka sangat meriah dan riuh-rendah.

    4.

    Mereka – begitu gembira – dengan – menikmati makanan. – berbual-bual – sambil

    Mereka berbual-bual dengan begitu gembira sambil menikmati makanan.

    5.

    daripada – menerima nasihat – hati yang terbuka. – guru – Anis – dengan

    Anis menerima nasihat daripada guru dengan hati yang terbuka.

    6.

    harus – pembentukan sahsiah murid. – melibatkan diri – dalam – Ibu bapa 

    Ibu bapa harus melibatkan diri dalam pembentukan sahsiah murid.

    15: Rakyat Berintegriti - G

    Lengkapkan seloka berikut. Isikan jawapan yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    sopan

    berjaya

    amanah

    perlahan-lahan

    mental

    tenang

    benar

    rasional

    insan

    ansur

    integriti

    reda

     


    Amalkan Nilai Murni Lahirlah Integriti


    Nilai (1)amanah nilai disemaikan,

    Nilai diri itulah kebesaran,

    Sama ikuti, hormat-menghormati,

    Tolak (2) ansur hendaklah kekal.

     

    Sopan santun ikut aturan,

    Anak dilahirkan dijaga baik,

    Perlu didik (3) sopan mulia,

    Nilai disemaikan (4)perlahan-lahan.

     

    Ajar anak berjiwa kental,

    Berani, (5)benar dan tegas,

    Apabila hadapi dugaan,

    Bersikap (6)tenang usah gelabah.

     

    Baik hati paling utama,

    Begitu juga syukur dan (7)reda (风暴等)平息﹐缓和,

    Indah budi berhati suci,

    Kebersihan (8)mental terjaga.

     

    Bersikap (9)rasional sepanjang masa,

    Berfikiran normal perlu sentiasa,

    Marilah bersama-sama,

    Kita membina (10)insan mulia.

     

    Nilai (11)integriti dalam diri,

    Benteng hati dan fikiran,

    Menjadi kita insan dihormati,

    Hidup (12)berjaya senang hati.

     


    15: Rakyat Berintegriti - H

    Tulis karangan.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    1.

    Sekolah kamu telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru. Tulis sebuah karangan tentang situasi sambutan tersebut.

    Panjang jawapan anda hendaklahantara 120 patah perkataan.


    Jawapan:

               Sekolah saya telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru di dewan sekolah pada 16 Mei. Sambutan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru.

              Pada pukul 8.00 pagi, para guru dan murid telah berhimpun di dalam dewan. Semua warga sekolah berdiri tegak untuk menyanyikan lagu "Negaraku", lagu negeri dan lagu sekolah. Seterusnya, guru besar menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para guru atas sumbangan mereka dalam bidang pendidikan.

             Murid-murid juga mengadakan persembahan seperti nyanyian, tarian, orkestra, diabolo dan pertunjukan silap mata pada hari itu. Kemudian, guru besar menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah kami.

            Selepas itu, semua guru dijemput ke kantin untuk jamuan besar. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk memberikan hadiah berupa bunga dan kad ucapan kepada guru-guru yang dikasihi sebagai tanda penghargaan.

            Majlis sambutan Hari Guru berakhir pada pukul 2.00 petang. Kami pun pulang ke rumah dengan gembira.

    No comments:

    Post a Comment

    Cambridge Mathematics Year 8