Thursday, February 22, 2024

Buku Teks Tahun 3 - Unit 02

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - A - Tulis ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal berikut.
  2. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - B - Lengkapkan ayat berdasarkan perenggan.
  3. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - C - Susun huruf untuk membentuk perkataan yang betul.
  4. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - D - Padankan maksud pantun.
  5. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - E - Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang betul.
  6. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - F - Bina ayat daripada perkataan yang diberi. 👉 Buku Latihan: Isikan tempat kosong dengan kata nama khas.
    1. Kucing kesayangan Arun bernama __________.
    2. Ramai orang suka beriadah di __________.
    3. Ayah membeli sebuah telefon pintar __________.
    4. Doktor Fong merawat binatang di __________. 
    5. Kakak membaca majalah __________.
  7. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - G - Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan berikutnya.
    1. 家乡 = kampung halaman 
    2. 回归 = kepulangan
    3. 被欢迎 = disambut
    4. 亲切 = mesra
    5. 亲朋戚友 = saudara mara
    6. 吃午餐 = makan tengah hari
    7. 款待 = menghidangkan
    8. 喜欢 = menggemari
    9. 著名 = terkenal
    10. 长达、一直 = sepanjang
    11. 有机会 = berpeluang
    12. 做、执行 = melakukan
    13. 表、堂兄弟姐妹 = sepupu
    14. 垂钓 = memancing
    15. 雕刻木偶 = mengukir patung
    16. 回去 = kembali
    17. 忘记 = lupa
    18. 纪念品 = cenderamata
  8. 三年级(S3)02: Hubungan Erat - H - Tandakan AT bagi ayat tunggal dan AM bagi ayat majmuk.


02: Hubungan Erat - A

Tulis ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal berikut.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

     

 

a) Zali pulang ke kampung pada hari Sabtu.

b) Keluarga Zali pulang ke kampung pada hari Sabtu. (dan)

1.

Jawapan:

Zali dan keluarganya pulang ke kampung pada hari Sabtu.

 

a) Ayah Zali memandu dengan cermat.

b) Ayah Zali selamat. (supaya)

2.

Jawapan:

Ayah Zali memandu dengan cermat supaya selamat.

 

a) Zali turun dari kereta.

b) Zali memeluk datuknya. (lalu)

3.

Jawapan:

Zali turun dari kereta lalu memeluk datuknya.

 

a) Zali bersiar-siar di sekeliling kampung.

b) Zali berbual-bual dengan datuknya. (sambil)

4.

Jawapan:

Zali bersiar-siar di sekeliling kampung sambil berbual-bual dengan datuknya.

 

a) Zali mengikut datuknya ke dusun.

b) Zali membantu datuknya mengutip durian. (untuk)

5.

Jawapan:

Zali mengikut datuknya ke dusun untuk membantu datuknya mengutip durian.

 

a) Zali gembira.

b) Zali dapat pulang ke kampung. (kerana)

6.

Jawapan:

Zali gembira kerana dapat pulang ke kampung.

02: Hubungan Erat - B

Lengkapkan ayat berdasarkan perenggan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

 

Adrian gembira bercuti bersama-sama keluarga pak ciknya di Pahang. Mereka mengadakan hari keluarga di Taman Negara Pahang. Pemandangan di sekitar Taman Negara Pahang sangat indah. Udaranya pula amat segar dan nyaman.

 

        Adrian dan sepupunya seronok kerana dapat berkhemah di Taman Negara Pahang. Mereka bekerjasama mendirikan khemah dan menyediakan makanan. Mereka juga seronok mandi di air terjun. Aktiviti tersebut menjadi kenangan manis bagi mereka.

 

1.

Adrian berpeluang menyertai hari keluarga bersama-sama _________________ di Taman Negara Pahang.

keluarga pak ciknya
2.

Pemandangan di sekitar Taman Negara Pahang bukan sahaja cantik malahan _______________ amat segar dan nyaman.

udaranya pula
3.

Adrian dan sepupunya berasa gembira kerana _____________________ dan mandi di air terjun.

dapat berkhemah di Taman Negara Pahang
4.

Mereka berganding bahu _______________________ dan menyediakan makanan.

mendirikan khemah
5.

Pengalaman Adrian bercuti bersama keluarga pak ciknya menjadi ______________________ buatnya.

kenangan manis

02: Hubungan Erat - C

Susun huruf untuk membentuk perkataan yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

1.

Jawapan: Sepupu

 

2.

Jawapan: Boling

 

3.

Jawapan: Hormat

 

4.

Jawapan: Sayang

 

5.

Jawapan: Gembira

02: Hubungan Erat - D

Padankan maksud pantun.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

enlighteneddapat mengeratkan hubungan.

enlightenedSikap saling menghargai anggota keluarga

enlightenedhidup akan sentiasa aman.

enlighteneddijadikan amalan

enlightenedluangkan masa yang ada bersama keluarga.

 

    

1.

Sekiranya keluarga bahagia, _____________________ 

hidup akan sentiasa aman.

 

2.

Untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, ________________________

luangkan masa yang ada bersama keluarga.

 

3.

Sikap mengasihi anggota keluarga perlu _______________________________

dijadikan amalan.

 

4.

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan bersama-sama _______________________

dapat mengeratkan hubungan.

 

5.

___________________________ dapat melahirkan keluarga yang bahagia.

Sikap saling menghargai anggota keluarga

02: Hubungan Erat - E

Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Jeff sekeluarga berpeluang melihat penyu bertelur di pantai .

Jawapan: Rantau Abang

2.

Kasut sukan  kepunyaan abang saya.

Jawapan: Adidas

3.

 merupakan binatang yang buas.

Jawapan: Pak Belang

4.

Ibu dan kakak membeli-belah di .

Jawapan: Pasar Raya Jusco

5.

Kakak saya melanjutkan pelajaran di .

Jawapan: Universiti Utara Malaysia

6.

Ayah Guan Ling tidak bekerja pada hari .

Jawapan: Ahad

7.

Perlawanan bola sepak itu diadakan di .

Jawapan: Stadium Bukit Jalil

8.

Pensel warna  adik telah hilang.

Jawapan: Stabilo

02: Hubungan Erat - F

Bina ayat daripada perkataan yang diberi.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

 

1.

Klinik Haiwan Kita

Kakak Mei Ling bekerja di Klinik Haiwan Kita.

2.

Si Comel

Yi Ling memelihara seekor kucing bernama Si Comel.

 

3.

Dewan Pelajar

Laily melanggan majalah Dewan Pelajar setiap bulan.

4.

Samsung

Ayah menghadiahi ibu sebuah telefon bimbit berjenama Samsung.

5.

Taman Rekreasi Ulu Bendul

Faiz dan keluarganya berkelah di Taman Rekreasi Ulu Bendul.

02: Hubungan Erat - G

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Pada cuti sekolah yang lalu, Afnan dan keluarganya pulang ke kampung halaman mereka di Sarawak. Kepulangan mereka disambut mesra oleh nenek dan saudara-mara.

 

        Selepas makan tengah hari, nenek Afnan menghidangkan buah dabai sebagai pencuci mulut. Afnan sangat menggemari buah dabai. Buah dabai amat terkenal di Sarawak.

 

        Sepanjang berada di kampung, Afnan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti bersama sepupunya, Damak. Mereka memancing di sungai, mengukir patung dan bermain layang-layang. Damak juga mengajar Afnan cara-cara membuat pasu Sarawak.

 

        Setelah seminggu di kampung, Afnan dan keluarganya pun kembali ke Kuala Lumpur. Afnan tidak lupa membelikan cenderamata dari Sarawak untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya.

 

1.

Di manakah letaknya kampung Afnan?

A.
Sabah
B.
Pahang
C.
Sarawak
D.
Kuala Lumpur

Jawapan:

C. Sarawak
2.

Kepulangan Afnan dan keluarganya disambut mesra oleh ____________.

A.
sahabat-handai dan sanak saudara
B.
nenek dan penduduk kampung
C.
guru-guru dan rakan-rakan
D.
nenek dan sanak saudara

Jawapan:

D. nenek dan sanak saudara
3.

Apakah buah yang dimakan oleh Afnan?

A.
Buah langsat
B.
Buah dabai
C.
Buah engkalak
D.
Buah epal

 Betul

Jawapan:

B. Buah dabai
4.

Berikut aktiviti yang dilakukan oleh Afnan dan sepupunya, kecuali

A.
bermain layang-layang
B.
mengukir patung
C.
memancing ikan
D.
mencari rotan

Jawapan:

D. mencari rotan
5.

Afnan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada ______________.

A.
neneknya
B.
sepupunya
C.
rakan-rakannya
D.
keluarganya

Jawapan:

C. rakan-rakannya


02: Hubungan Erat - H

Tandakan AT bagi ayat tunggal dan AM bagi ayat majmuk.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

1.

Adik menonton televisyen sambil makan aiskrim.

AT
AM

Jawapan:

AM
2.

Aiskrim itu berperisa vanilla.                                                                                          

AT
AM

Jawapan:

AT
3.

Mimi dan Siti bermain congkak.                                                                                          

AT
AM

Jawapan:

AM
4.

Congkak itu dibeli oleh datuk.                                                                                       

AT
AM

Jawapan:

AT
5.

Sari itu diperbuat daripada kain bermutu.                                                                     

AT
AM

Jawapan:

AT
6.

Puan Devi memakai sari manakala Puan Rozi memakai baju kebaya.                        

AT
AM

Jawapan:

AM
7.

Baju kebaya itu cantik tetapi mahal harganya.                                                              

AT
AM

Jawapan:

AM
8.

Baju kebaya itu dibeli di Bali.                                                                                        

AT
AM

Jawapan:

AT
9.

Burung belatuk itu hinggap di dahan pokok.                                                                 

AT
AM

Jawapan:

AT
10.

Burung belatuk itu terbang lalu hinggap di dahan pokok.                                              

AT
AM

Jawapan:

AM

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)