Wednesday, January 17, 2024

2024-01-17(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【UNIT 23 & 24】

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)23: Teknologi dalam Kehidupan - E - Tukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.
  2. 五年级(S5)23: Teknologi dalam Kehidupan - F - Tukar ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.
  3. 23: Teknologi dalam Kehidupan - G - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  4. 五年级(S5)23: Teknologi dalam Kehidupan - H - Karangan. (kelebihan mesin pencuci pinggan)
  5. 五年级(S5)24: Janakan Idea Kreatif dan Inovasi - A - Lengkapkan perbualan.
  6. 五年级(S5)24: Janakan Idea Kreatif dan Inovasi - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



23: Teknologi dalam Kehidupan - E

Tukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Encik Yazid membawa keluarganya melawat suatu pameran teknologi.

1.

Ayat Susunan Songsang: Membawa keluarganya melawat suatu pameran teknologi Encik Yazid.

 

Mereka dapat lihat pelbagai teknologi moden semasa pameran itu.

2.

Ayat Susunan Songsang: Pelbagai teknologi moden semasa pameran itu mereka dapat lihat.

 

Robot itu sedang menyusun barang-barang dengan kemas di dalam almari.

3.

Ayat Susunan Songsang: Sedang menyusun barang-barang dengan kemas di dalam almari robot itu.

 

Puan Anis memujuk suaminya membeli mesin basuh pinggan itu.

4.

Ayat Susunan Songsang: Memujuk suaminya membeli mesin basuh pinggan itu Puan Anis.

 

Encik Yazid membeli sebuah telefon pintar untuk anaknya.

5.

Ayat Susunan Songsang: Membeli sebuah telefon pintar untuk anaknya Encik Yazid.

 

Encik Yazid membayar harga barang-barang yang dibeli menggunakan e-dompet.

6.

Ayat Susunan Songsang: Membayar harga barang-barang yang dibeli menggunakan e-dompet Encik Yazid.

23: Teknologi dalam Kehidupan - F

Tukar ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Di Kuala Ketil, Mary dan rakan-rakannya melawat ke ladang solar.

1.

Ayat Susunan Biasa: Mary dan rakan-rakannya melawat ke ladang solar di Kuala Ketil.

 

Sangat luas ladang solar yang mereka lihat.

2.

Ayat Susunan Biasa: Mereka melihat ladang solar yang sangat luas.

 

Di Kedah, ladang solar itu membekalkan tenaga elektrik untuk kawasan kediaman.

3.

Ayat Susunan Biasa: Ladang solar itu membekalkan tenaga elektrik untuk kawasan kediaman di Kedah.

 

Di kawasan itu, beberapa orang pekerja menanam pokok nanas.

4.

Ayat Susunan Biasa: Beberapa orang pekerja menanam pokok nanas di kawasan itu.

 

Di Kawasan itu, Mary dan rakan-rakannya membeli buah nanas yang ditanam.

5.

Ayat Susunan Biasa: Mary dan rakan-rakannya membeli buah nanas yang ditanam di kawasan itu.

 

Di Malaysia, ladang solar ini ladang solar terbesar.

6.

Ayat Susunan Biasa: Ladang solar ini ladang solar terbesar di Malaysia.

23: Teknologi dalam Kehidupan - G

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Aku sebuah vakum robotik. Aku berjenama Xioma dan berwarna putih. Aku dibuat di sebuah kilang di Selangor. Setelah diperiksa dengan telitinya, aku dimasukkan ke dalam kotak untuk dipasarkan.

 

          Aku dijual di sebuah kedai barangan elektrik di Kuala Lumpur. Aku dipamerkan di bahagian peralatan rumah. Banyak pengunjung datang melihat dan menanyakan khidmat yang aku tawarkan. Akhirnya, aku dibeli oleh seorang lelaki dengan harga RM800.

 

          Tuan aku membawa aku pulang ke rumah. Aku disambut dengan gembiranya oleh isterinya. Tuan aku memberikan aku kepada isterinya sebagai hadiah sempena hari lahirnya.

 

          Aku berfungsi untuk memvakum, menyapu dan membersihkan lantai secara automatik. Tuan aku hanya perlu mengawal aku dengan menggunakan aplikasi di telefon pintarnya. Aku akan memastikan rumah tuan aku sentiasa bersih.

 

          Tuan aku menjaga aku dengan baik sekali. Beliau juga sangat prihatin. Beliau akan membuang habuk dan sampah di dalam badanku apabila sudah penuh.

 

          Aku berasa sangat gembira kerana dapat membantu tuan aku membuat kerja rumah. Aku berjanji akan berkhidmat kepada tuan aku sehingga akhir hayatku.

1.

Apakah warna “aku”?

A.
Putih
B.
Hitam
C.
Merah
D.
Kelabu

Jawapan:

A. Putih
2.

Mengapakah tuan “aku” memberikan “aku” kepada isterinya?

A.
Sebagai hadiah sempena Hari Ibu.
B.
Sebagai hadiah sempena hari lahir.
C.
Untuk menggantikan “aku” dengan vakum lama isterinya.
D.
Isteri tuan “aku” suka akan barang-barang berteknologi moden.

Jawapan:

B. Sebagai hadiah sempena hari lahir.
3.

Yang berikut merupakan fungsi “aku”, kecuali

A.
menyapu lantai.
B.
memberus lantai.
C.
memvakum lantai.
D.
membersihkan lantai.

Jawapan:

B. memberus lantai.
4.

Perkataan prihatin dalam petikan bermaksud

A.
menjaga diri.
B.
menepati masa.
C.
mengambil berat.
D.
menjaga keselamatan.

Jawapan:

C. mengambil berat.
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
“Aku” tidak dijaga dengan baiknya oleh tuannya.
B.
Tuan aku dapat mengawal aku dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar.
C.
“Aku” dijual di sebuah kedai barangan elektrik di Selangor.
D.
“Aku” dijual dengan harga RM600.

Jawapan:

B. Tuan aku dapat mengawal aku dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar.

23: Teknologi dalam Kehidupan - H

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Peta bulatan menunjukkan kelebihan mesin pencuci pinggan.

1.

Tulis karangan lengkap berdasarkan gambar dan maklumat yang diberi.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.

Mesin pencuci pinggan sangat berguna pada masa ini. Mesin ini dapat meringankan beban para suri rumah.

           Mesin pencuci pinggan ini mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, dapat mencuci beberapa biji pinggan serentak. Pinggan perlulah diletakkan di tempat yang dikhaskan agar tidak pecah.

           Kita hanya perlu memasukkan air dan sabun ke dalam mesin. Berus khas yang terdapat dalam mesin akan mencuci pinggan sehingga bersih.Kotoran seperti kesan minyak akan hilang sama seperti mencuci menggunakan tangan.

           Penggunaan mesin ini akan menjimatkan masa kerana hanya memerlukan 15 minit untuk mencuci pinggan dalam satu-satu masa. Hal ini seterusnya dapat menjimatkan tenaga manusia.

           Kesimpulannya, mesin pencuci pinggan ini merupakan salah satu teknologi yang sangat berguna kepada manusia.

24: Janakan Idea Kreatif dan Inovasi - A

Lengkapkan perbualan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Jawab dengan huruf sahaja.

Contoh jawapan: A // B // C

A

kita dapat membuat persediaan awal       

B

Pertandingan itu diadakan di dewan sekolah kita

C

besi buruk, surat khabar lama, kotak dan pakaian terpakai

D

mencari dan mengumpulkan barangan terpakai terlebih dahulu

E

Pertandingan itu diadakan pada 27 September 2021 bersamaan hari Isnin

F

dapat memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, pertandingan ini dapat melatih kita supaya berfikiran kreatif dan inovatif

 

 

Azlin

:

Lihatlah poster ini. Kelab Sains dan Inovasi akan mengadakan Pertandingan Reka Cipta. Mari kita menyertai pertandingan ini.

Brian

:

Bagus cadangan kamu. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menyertainya?

Azlin

:

Pada pendapat saya, kita perlu menyertainya kerana (a) dapat memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, pertandingan ini dapat melatih kita supaya berfikiran kreatif dan inovatif.

Raju

:

Ya, betul. Di manakah pertandingan itu akan diadakan?

Azlin

:

(b) Pertandingan itu diadakan di dewan sekolah kita.

Brian

:

Bilakah pertandingan itu diadakan?

Azlin

:

(c) E Pertandingan itu diadakan pada 27 September 2021 bersamaan hari Isnin.

Brian

:

Saya bercadang supaya kita mencipta robot daripada barangan terpakai.

Raju

:

Saya bersetuju dengan cadangan kamu. Kita harus (d) D mencari dan mengumpulkan barangan terpakai terlebih dahulu.

Azlin

:

Apakah contoh barangan terpakai yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan robot itu?

Brian

:

Kita boleh menggunakan barangan terpakai seperti (e) besi buruk, surat khabar lama, kotak dan pakaian terpakai.

Raju

:

Mari kita mula petang ini supaya (f) kita dapat membuat persediaan awal.


24: Janakan Idea Kreatif dan Inovasi - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Sudah setengah jam, Arif, Mohan dan Kit meng berdayung ke Kampung Teluk Baru melewati Jalan Besar. Kini, mereka sudah berada di hadapan klinik vaterinar di Jalan Kemunting.

 

            Setelah memberi ucap selamat dan mendaftar, Mohan menceritakan penemuan burung di hutan bakau Tanjung Lumpur itu. Doktor Rajan pula hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian, beliau mempelawa mereka ke bilik rawatannya.

 

            Arif diminta memakai sarung tangan untuk membantu doktor memegang burung itu. Mereka turut memerhati penuh teliti cara Doktor Rajan mencuci luka pada badan burung tiung dengan iodin. Setelah itu, beliau memasukkan benang “cut gut” ke lubang jarum hipodermik lalu menjahit kulit burung yang terkoyak itu. Kemudian, beliau menyapu pula bahagian tersebut dengan krim Acriflavin.

 

            “Sudah selesai. Ini pil vitamin dan antistres. Masukkan ke dalam minuman burung ini. Dalam tiga hari lagi, burung ini sihatlah,” kata Doktor Rajan.

 

            “Terima kasih, doktor. Berapakah kos rawatannya?” tanya Mohan.

            “Oh, tidak perlu bayar! Percuma sahaja. Kamu telah berkorban untuk menyelamatkan satu nyawa. Jadi, apa salahnya kita sama-sama berkorban menyelamatkan burung ini,” jawab Doktor Rajan.

 

            Arif dan rakan-rakannya terharu mendengar jawapan Doktor Rajan itu. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Doktor Rajan lalu beredar dari situ.

1.

Di manakah peristiwa di atas berlaku?

A.
Jalan Besar
B.
Klinik Vaterinar
C.
Tanjung Lumpur
D.
Kampung Teluk Baru

2.

Siapakah yang membantu Doktor Rajan merawat burung itu?

A.
Arif
B.
Mohan
C.
Kit Meng
D.
Jururawat

3.

Apakah nilai murni yang ditonjolkan dalam petikan di atas?

A.
Kerajinan
B.
Kerjasama
C.
Persahabatan
D.
Pengorbanan

4.

Apakah nama burung tersebut?

A.
Murai
B.
Tiung
C.
Gagak
D.
Terkukur

5.

Pilih pernyataan yang benar tentang Arif, Mohan dan Kit Meng.

A.
Mereka ke klinik vaterinar dengan menaiki teksi.
B.
Mereka tinggal berhampiran Jalan Kemunting.
C.
Mereka ke klinik veterinar untuk menyelamatkan burung itu.
D.
Mereka tidak mempunyai wang untuk membayar kos rawatan burung itu.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8