Tuesday, January 16, 2024

2024-01-16(二)Bahasa Melayu Tahun 4 【Unit 23 & 24】

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 

  1. 四年级(S4)23. Maju dan Berjaya - E - Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.
  2. 四年级(S4)23. Maju dan Berjaya - F - Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
  3. 四年级(S4)23. Maju dan Berjaya - G - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  4. 四年级(S4)24. Bijak Kewangan - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


LATIHAN 1

Lengkapkan surat tidak rasmi.

membekalkan 

menjalankan

membungkus 

pengetahuan

cara-cara

bercuti 

sahabatku

berharap

Semoga

Setakat

tamat

proses-proses


Ismahani binti Rusdi,

123 Taman Cempaka,

12345 Kuantan,

Pahang Darul Makmur.

12 Januari 2020.


Menemui (1)sahabatku, Jenny, yang berada di Kota Kinabalu, Sabah. (2)Semoga saudari dan keluarga sihat sejahtera.


Saudari,


Cuti persekolahan baru sahaja (3)tamat. Apakah aktiviti saudari semasa cuti yang lalu? Saya telah (4)bercuti di rumah ibu saudara saya di Seremban, Negeri Sembilan.


Untuk (5)pengetahuan saudari, mak cik saya mempunyai sebuah kedai membuat roti. Saya berpeluang mengikut mak cik saya ke kedainya. Mak cik saya (6)menjalankan perniagaan ini sejak tiga tahun yang lalu.

Ketika di sana, saya dapat melihat (7)proses-proses membuat roti. Proses tersebut ialah mencampurkan bahan-bahan, menguli, membentuk doh, membakar dan (8)membungkus roti. Saya juga berpeluang belajar (9)cara-cara membuat roti.

Terdapat pelbagai jenis roti di kedai itu. Antaranya, roti sardin, kacang merah, coklat dan kaya. Sebelum pulang ke rumah saya, mak cik saya turut (10)membekalkan beberapa jenis roti kepada saya.

(11)Setakat ini dahulu coretan saya. Saya (12)berharap, saudari dapat menceritakan aktiviti saudari pada cuti sekolah yang lalu. Sekian, terima kasih.



Sahabatmu,

Ismahani





LATIHAN 2

Lengkapkan petikan.

buah

menguji

borang waranti

berhampiran

membayar 

peratus

berhati-hati

perhatian

berbelanja

berbeza


Pada suatu hari, Encik Yap pergi ke pasar raya (1)berhampiran rumahnya. Beliau hendak membeli kipas. Encik Yap memilih kipas dengan bijak dan (2)berhati-hati.

Terdapat beberapa (3)buah kipas angin di kedai tersebut. Jenama setiap kipas angin itu (4)berbeza. Harga kipas angin itu juga berbeza.

Sebuah kipas angin telah menarik (5)perhatian Encik Yap. Pada kipas angin itu tertera potongan harga sebanyak 30 (6)peratus. Encik Yap mahu membeli kipas itu.

Encik Yap tidak terus (7)membayar harga kipas tersebut. Beliau meminta jurujual (8)menguji kipas angin yang hendak dibeli itu. Beliau mahu memastikan kipas angin itu berkeadaan baik.

Selepas membuat bayaran, Encik Yap mengisi (9)borang waranti. Borang tersebut merupakan jaminan sekiranya berlaku kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan. Encik Yap membawa pulang kipas angin itu dengan gembiranya.

Encik Yap gembira kerana dapat membeli kipas angin yang murah dan dapat (10)berbelanja dengan bijak.




23. Maju dan Berjaya - E

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Kanak-kanak itu dijaga oleh Puan Sally dengan baik sekali.

Puan Sally menjaga kanak-kanak itu dengan baik sekali.

 

2.

Pau cendawan itu digemari oleh para pelanggan kerana sangat lembut dan enak.

Para pelanggan menggemari pau cendawan itu kerana sangat lembut dan enak.

 

3.

Kuih-muih ini saya jual dengan harga yang berpatutan.

Saya menjual kuih-muih ini dengan harga yang berpatutan.

 

4.

Gerai itu dikunjungi oleh orang ramai kerana terdapat pelbagai makanan.

Orang ramai mengunjungi gerai itu kerana terdapat pelbagai makanan.

 

5.

Makanan dihantar oleh abang Wani dengan menggunakan motosikal.

Abang Wani menghantar makanan dengan menggunakan motosikal.

 

6.

Jalan itu perlu kamu lintas dengan berhati-hati.

Kamu perlu melintas jalan itu dengan berhati-hati.

 

7.

Makanan dibeli oleh murid-murid di kantin pada waktu rehat.

Murid-murid membeli makanan di kantin pada waktu rehat.

23. Maju dan Berjaya - F

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Ibu Lily mengusahakan Taska Pintar sejak lima tahun yang lalu.

Taska Pintar diusahakan oleh ibu Lily sejak lima tahun yang lalu.

 

2.

Puan Erina sering membantu pekerjanya melakukan pelbagai tugasan.

Pekerjanya sering dibantu oleh Puan Erina melakukan pelbagai tugasan.

 

3.

Puan Salimah menternak ayam dan itik untuk tujuan komersial.

Ayam dan itik diternak oleh Puan Salimah untuk tujuan komersial.

 

4.

Pelanggan menggemari kerepek pisang itu kerana rasanya yang asli.

Kerepek pisang itu digemari oleh pelanggan kerana rasanya yang asli.

 

5.

SJKC Tun Perak telah menganjurkan Karnival Keusahawanan pada hari Isnin yang lalu.

Karnival Keusahawanan telah dianjurkan oleh SJKC Tun Perak pada hari Isnin yang lalu.

 

6.

Datuk dan nenek menyambut kedatangan mereka dengan mesra.

Kedatangan mereka disambut oleh datuk dan nenek dengan mesra.

 

7.

Saya menulis surat itu untuk dikirimkan kepada kakak.

Surat itu saya tulis untuk dikirimkan kepada kakak.

23. Maju dan Berjaya - G

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Ke manakah Justin dan keluarganya pergi pada minggu lepas?

A.
Kilang memproses buah durian
B.
Kilang mengetin buah laici
C.
Kilang memproses buah betik
D.
Kilang mengetin buah nanas
2.

Apakah langkah pertama dalam proses mengetin buah nanas?

A.
Nanas dipotong dadu
B.
Kulit nanas dimasukkan ke dalam tin
C.
Kulit nanas dikupas
D.
Air gula dimasukkan ke dalam tin
3.

Tin nanas perlu disterilkan supaya

A.
tidak terdedah kepada kuman dan bakteria
B.
tidak berkarat
C.
nanas lebih manis
D.
dijual dengan laris
4.

Selain daripada nanas, apakah buah yang banyak ditinkan di pasaran?

A.
Durian
B.
Tembikai
C.
Limau
D.
Laici
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Kilang mengetin nanas terletak di Johor.
B.
Justin pergi ke kilang mengetin nanas dengan rakan-rakannya.
C.
Nanas dalam tin diimport dari luar negara.
D.
Justin berasa kurang gembira ketika berada di sana.

23. Maju dan Berjaya - H

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah bercuti di rumah ibu saudara kamu yang mempunyai sebuah kedai membuat roti. Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu untuk menceritakan pengalaman kamu itu.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.

Jawapan:

                                                                                           Ismahani binti Rusdi,

                                                                                             123 Taman Cempaka,

                                                                                             12345 Kuantan,

                                                                                             Pahang Darul Makmur.

                                                                                              12 Januari 2020.

Menemui sahabatku, Jenny, yang berada di Kota Kinabalu, Sabah. Semoga saudari dan keluarga sihat sejahtera.

Saudari,

    Cuti persekolahan baru sahaja tamat. Apakah aktiviti saudari semasa cuti yang lalu? Saya telah bercuti di rumah ibu saudara saya di Seremban, Negeri Sembilan.

    Untuk pengetahuan saudari, mak cik saya mempunyai sebuah kedai membuat roti. Saya berpeluang mengikut mak cik saya ke kedainya. Mak cik saya menjalankan perniagaan ini sejak tiga tahun yang lalu.

    Ketika di sana, saya dapat melihat proses-proses membuat roti. Proses tersebut ialah mencampurkan bahan-bahan, menguli, membentuk doh, membakar dan membungkus roti. Saya juga berpeluang belajar cara-cara membuat roti.

    Terdapat pelbagai jenis roti di kedai itu. Antaranya, roti sardin, kacang merah, coklat dan kaya. Sebelum pulang ke rumah saya, mak cik saya turut membekalkan beberapa jenis roti kepada saya.

    Setakat ini dahulu coretan saya. Saya berharap, saudari dapat menceritakan aktiviti saudari pada cuti sekolah yang lalu. Sekian, terima kasih.

                                                                                                                   Sahabatmu,

                                                                                                                  Ismahani

24. Bijak Kewangan - A

Lengkapkan cerita dengan menulis perenggan berdasarkan frasa yang diberi.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Pada suatu hari, Encik Yap pergi ke pasar raya berhampiran rumahnya. Beliau hendak membeli kipas. Encik Yap memilih kipas dengan bijak dan berhati-hati.

     Encik Yap gembira kerana dapat membeli kipas angin yang murah dan dapat berbelanja dengan bijak.

Jawapan:

Terdapat beberapa buah kipas angin di kedai tersebut. Jenama setiap kipas angin itu berbeza. Harga kipas angin itu juga berbeza.

Sebuah kipas angin telah menarik perhatian Encik Yap. Pada kipas angin itu tertera potongan harga sebanyak 30 peratus. Encik Yap mahu membeli kipas itu.

Encik Yap tidak terus membayar harga kipas tersebut. Beliau meminta jurujual menguji kipas angin yang hendak dibeli itu. Beliau mahu memastikan kipas angin itu berkeadaan baik.

Selepas membuat bayaran, Encik Yap mengisi borang waranti. Borang tersebut merupakan jaminan sekiranya berlaku kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan. Encik Yap membawa pulang kipas angin itu dengan gembiranya.




24. Bijak Kewangan - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Apakah tujuan SSPN diwujudkan?

A.
Untuk digunakan semasa kecemasan
B.
Untuk kegunaan masa tua
C.
Untuk simpanan peribadi
D.
Untuk pengajian tinggi
2.

Siapakah yang layak memiliki skim simpanan ini?

A.
Semua warganegara Malaysia
B.
Hanya kaum bumiputera
C.
Semua penduduk dunia
D.
Hanya kanak-kanak
3.

Perkataan bimbang boleh digantikan dengan perkataan

A.
ragu
B.
kalut
C.
risau
D.
tenang
4.

Mengapakah skim simpanan ini dianggap istimewa?

A.
Memberikan banyak manfaat kepada penyimpan
B.
Penyimpan dapat menyimpan wang dengan selamat
C.
Penyimpan dapat membeli-belah dengan duit simpanan ini
D.
Direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
5.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A.
Skim simpanan ini direka khas oleh PTPTN.
B.
Wang simpanan melalui skim ini tidak akan bertambah.
C.
Skim simpanan tersebut dapat memupuk amalan menabung.
D.
Penuntut yang mahu memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun simpanan ini.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8