Wednesday, January 3, 2024

2024-01-03(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【UNIT 22 & 23】

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)22: Bermanfaatnya Sains - G - Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  2. 五年级(S5)23: Teknologi dalam Kehidupan - A - Lengkapkan cerita berdasarkan maklumat yang diberikan.
  3. 五年级(S5)23: Teknologi dalam Kehidupan - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  4. 五年级(S5)23: Teknologi dalam Kehidupan - C - Bina ayat. (faedah teknologi)
    1. kemajuan - golongan OKU
    2. kerusi roda - memudahkan pergerakan
    3. kaki palsu - melakukan aktiviti
    4. tangan palsu robotik - membantu 
    5. alat bantu pendengaran - masalah pendengaran
  5. 五年级(S5)23: Teknologi dalam Kehidupan - D - Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan peta buih tersebut.


22: Bermanfaatnya Sains - G

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

BEHRANG, Isnin- Pam angin dan alat pemadam api inovasi yang dicipta oleh dua beranak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berjaya merangkul pingat emas dan Anugerah Khas pada peringkat antarabangsa.

 

          Guru Sekolah Bandar Behrang 2020, S. Santharasekaran, 44 tahun dan anaknya, murid Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City, S. Karthikgesan, 14 tahun mencatat dua kejayaan dalam pertandingan reka cipta dan inovasi, iaitu International Innovation & Invention of Canada (I- CAN) dari Kanada serta Korea Creative Innovation Contest (CiC) dari Korea Selatan.

 

          S. Santharasekaran berkata, mereka telah menghantar penyertaan melalui pos kepada pihak urus setia pertandingan.

 

          Pam angin yang dicipta oleh mereka sangat fleksibel dan mudah dibawa ke mana-mana. Pam itu dapat digunakan untuk mengepam tayar motosikal, basikal, bola dan sebagainya.

 

          Alat pemadam api pula berbentuk seperti bola yang diisi dengan campuran serbuk atau bahan pemadam api. Bebola itu hanya perlu dicampurkan ke tempat yang berlaku kebakaran kecil. Kemudian, alat itu akan meletup dan mengeluarkan serbuk atau bahan pemadam api untuk memadamkan api.

 

          “Banyak masa terluang semasa PKP. Oleh itu, tercetuslah idea untuk mereka cipta kedua-dua alat ini bagi mengisi masa daripada terbuang begitu sahaja,” kata S. Santharasekaran.

1.

Apakah hubungan antara S. Santharasekaran dan S. Karthikgesan?

A.
adik-berdik
B.
sahabat baik
C.
anak-beranak
D.
saudara-mara

Jawapan:

C. anak-beranak
2.

Mereka mendapat Anugerah Khas Asia Innovation Award (AIA) dari negara mana?

A.
Kanada
B.
Malaysia
C.
Singapura
D.
Korea Selatan

Jawapan:

D. Korea Selatan
3.

Bagaimanakah tercetusnya idea untuk mencipta alat-alat tersebut?

A.
Semasa hendak memadamkan api.
B.
Banyak mempunyai masa terluang semasa PKP.
C.
Mendapat idea semasa menyiapkan tugasan.
D.
Setelah melihat iklan tentang pertandingan reka cipta pada surat khabar.

Jawapan:

B. Banyak mempunyai masa terluang semasa PKP.
4.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A.
Mereka menghantar penyertaan melalui pos dan e-mel.
B.
Pertandingan yang mereka sertai ialah International Innovation & Invention of Canada (I-CAN)
C.
Pam angin yang dicipta oleh mereka boleh mengepam tayar kereta.
D.
S. Santharasekaran guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020.

Jawapan:

C. Pam angin yang dicipta oleh mereka boleh mengepam tayar kereta.
5.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan ialah

A.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
B.
harapkan pagar, pagar makan padi.
C.
bagai melepaskan batuk di tangga.
D.
bagai pungguk rindukan bulan.

Jawapan: A. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

22: Bermanfaatnya Sains - H

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Kelab Sains dan Teknologi sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara. Sebagai setiausaha kelab, kamu diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.

Laporan Lawatan ke Pusat Sains Negara

Pada 27 November 2021 yang lalu, Kelab Sains dan Teknologi SJKC Pandan Indah telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan seorang guru pengiring. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada bidang sains dan teknologi.

       Kami tiba di Pusat Sains Negara pada jam 10:00 pagi. Rombongan kami disambut oleh pegawai bertugas. Kami diberikan taklimat tentang keistimewaan Pusat Sains Negara.

       Kemudian, kami dibawa ke bahagian pameran sains. Bahan pameran di situ dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu sains asas dan teknologi yang dipamerkan di galeri-galeri tertentu berdasarkan tema tersendiri.

       Selepas itu, kami ke kelas robotik. Seorang petugas pameran sedang mengendalikan sebuah robot sambil disaksikan oleh para pengunjung. Sebelum pulang, kami bergambar di Pusat Sains Negara sambil memegang sijil penyertaan.

       Lawatan ini memberikan banyak pengalaman yang berharga kepada kami. Kami berharap lawatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

Siew Lan 

(SIM SIEW LAN)

Setiausaha Kelab Sains dan Teknologi,

SJKC Pandan Indah.


23: Teknologi dalam Kehidupan - A

Lengkapkan cerita berdasarkan maklumat yang diberikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Kawan-kawan, saya ingin berkongsi tentang maklumat yang saya dapat daripada poster di Kedai Buku Taman Melati.

 

       Kedai ini menggunakan perkhidmatan (a) _________. Dengan adanya perkhidmatan ini, (b) _________semasa membeli barang di kedai ini. Selain itu, urusan pembayaran juga (c) _________. Untuk menggalakkan pelanggan membayar menggunakan e-dompet, kedai ini menawarkan (d) _________. (e) _________ untuk para pelanggan yang menggunakan e-dompet ini.

  1. e- dompet
  2. pelanggan tidak perlu membawa dompet atau wang tunai
  3. menjadi lebih cepat dan mudah
  4. potongan harga kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini
  5. Cabutan bertuah turut disediakan

23: Teknologi dalam Kehidupan - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Puan Rohaya telah membeli sebuah peralatan memasak yang sangat canggih, iaitu ThermomixThermomix menggabungkan beberapa fungsi berbeza dalam satu mesin iaitu menggaul, mengukus, memutar, menimbang, mengacau, mengisar, memukul, mereneh, menguli, memasak, dan mencencang.

 

          Dengan menggunakan Thermomix, Puan Rohaya dapat menyediakan hidangan untuk keluarganya dengan mudah dan pantasnya. Beliau hanya perlu memilih resepi pada skrin dan memasukkan bahan-bahan ke dalam mesin tersebut. Kemudian, mesin itu akan memasak hidangan yang dipilih sehingga siap. Beliau juga tidak perlu mencuci mesin tersebut selepas digunakan kerana mempunyai fungsi self-cleaning atau penyucian sendiri.

1.

Thermomix ialah _____________________.

peralatan memasak yang sangat canggih
2.

Bagaimanakah Thermomix dapat membantu Puan Rohaya?

Thermomix dapat membantu Puan Rohaya menyediakan hidangan untuk keluarganya dengan mudah dan pantas.
3.

Mengapakah Puan Rohaya tidak perlu mencuci mesin Thermomix?

Puan Rohaya tidak perlu mencuci mesin tersebut selepas digunakan kerana mempunyai fungsi self-cleaning atau penyucian sendiri.
4.

Jika diberi pilihan, adakah kamu akan membeli Thermomix? Mengapa?

Ya, saya akan membeli mesin thermomix ini kerana mesin ini dapat membantu saya untuk memasak dengan cepatnya dan mudahnya serta dapat menjimatkan wang untuk membeli peralatan memasak yang lain.

23: Teknologi dalam Kehidupan - C

Bina ayat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Gambar di bawah menunjukkan faedah teknologi dalam membantu orang kurang upaya (OKU).

  1. Kemajuan teknologi telah membolehkan banyak peralatan dicipta untuk golongan OKU.
  2. Kerusi roda dicipta untuk memudahkan pergerakan pesakit atau OKU.
  3. Kaki palsu pula membolehkan seseorang yang tidak mempunyai kaki melakukan aktiviti harian seperti bekerja.
  4. Tangan palsu robotik direka untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tangan melakukan aktiviti yang diminati.
  5. Orang yang mempunyai masalah pendengaran dapat mendengar dengan adanya alat bantu pendengaran.


23: Teknologi dalam Kehidupan - D

Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan peta buih tersebut.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Pada cuti penggal persekolahan yang lalu, Hui Li mengikut ibunya ke kedai peralatan sukan. Ibunya hendak membeli alat pengesan bakat atlet dalam bidang sukan. Alat tersebut penting untuk ibunya memilih atlet sukan di sekolah.

 

          Apabila sampai di kedai itu, ibunya menuju ke arah peralatan sukan yang berbentuk bulat. Hui Li buntu memikirkan cara penggunaan alat itu untuk membantu ibunya.

 

          “Ibu, apakah keistimewaan alat ini?” tanya Hui Li.

          “Oh, alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu! Selain itu, alat ini dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu,” jelas ibunya.

 

          Ciptaan ini juga berkemampuan untuk mengukur tahap kecergasan murid. Oleh itu, guru dapat menentukan jenis sukan yang sesuai untuk mereka. Ukuran tahap kecergasan ini akan membolehkan murid memilih jenis sukan yang sesuai seperti badminton, skuasy dan tenis.

 

          Keputusan tersebut dikira berdasarkan ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan yang diperoleh daripada bacaan mesin tersebut.

 

          “Baguslah alat ini, ibu,” kata Hui Li.

 

  1. Mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu.
  2. Dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu.
  3. Dapat mengukur tahap kecergasan murid.
  4. Dapat menentukan jenis sukan yang sesuai untuk murid.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8