Wednesday, December 27, 2023

2023-12-27(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【UNIT 22】

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)22: Bermanfaatnya Sains - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
  2. 五年级(S5)22: Bermanfaatnya Sains - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  3. 五年级(S5)22: Bermanfaatnya Sains - C - Baca gurindam di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  4. 五年级(S5)22: Bermanfaatnya Sains - D - Kenal pasti kata berimbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan yang terdapat dalam petikan.
  5. 五年级(S5)22: Bermanfaatnya Sains - E - Isi tempat kosong dengan kata berimbuhan yang paling sesuai.
  6. 五年级(S5)22: Bermanfaatnya Sains - F - Ulasan. (RUMUSAN: pesawat ringan buatan tempatan)


22: Bermanfaatnya Sains - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Jawab dengan huruf sahaja.

Contoh jawapan: A // B // C

 

A

mencabut paku dengan lebih mudah

B

sebagai tuas

C

mencabut paku pada bingkai gambar ini

D

ambilkan ayah tukul kuku kambing itu

E

memudahkan kehidupan kita

F

Ya, tahu. Alat lain yang menggunakan tuas termasuklah penyapu, pembuka botol dan gunting

1a)D, 2b)C, 3c)A, 4d)B, 5e)F, 6f)E 

D, C, A, B, F, E

22: Bermanfaatnya Sains - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Jawab soalan 1 hingga 3 berdasarkan gambar di bawah.

 

1.

Maklumat Tersurat: Tiba-tiba, lif berhenti semasa saya berada di dalamnya.

2.

Maklumat Tersirat: Sistem elektronik tidak berfungsi kerana tidak ada bekalan elektrik.

3.

Respons: Kita hendaklah tenang semasa menghadapi situasi seperti itu.

 

Jawab soalan 4 hingga 6 berdasarkan gambar di bawah.

 

4.

Maklumat Tersurat: Pada hari ini, cuaca sangat panas.

5.

Maklumat Tersirat: oleh mengeringkan sesuatu.

6.

Respons: Kita perlu mengambil peluang menjemur sesuatu semasa cuaca panas supaya cepat kering.

 22: Bermanfaatnya Sains - C

Baca gurindam di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Menonton televisyen tidak kira masa,

Jika terleka diri sendiri yang binasa.

 

Teknologi canggih memudahkan manusia,

Jika disalah guna menjadi sia-sia.

 

Semua maklumat di hujung jari,

Gagal mengawal memakan hati.

 

Bermain permainan video hingga melekakan,

Habis pelajaran terus diabaikan.

 

Pembelian secara dalam talian sangat mudah,

Jika tidak bijak buruk padah.

 

1.

Apakah maksud rangkap pertama gurindam di atas?

Maksud rangkap pertama gurindam di atas ialah tabiat menonton televisyen secara berlebihan akan memberikan kesan yang tidak baik kepada diri sendiri.
2.

Apakah kesan menyalahgunakan teknologi?

Teknologi yang canggih menjadi tidak berguna.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)


Format latihan: Tanda (✓)
Soalan 3 dan soalan 4
Pilih BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah berdasarkan gurindam tersebut.

3.

Bermain permainan video secara berlebihan akan menjejaskan pelajaran.

BETUL
SALAH

Jawapan:BETUL
4.

Maklumat di Internet susah dicari.

BETUL
SALAH

Jawapan:SALAH

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Pembelian secara dalam talian sangat mudah,

Jika tidak bijak buruk padah.

5.

Terangkan maksud rangkap gurindam di atas.

Maksud rangkap gurindam di atas ialah pembelian secara dalam talian memudahkan urusan pengguna tetapi jika tidak bijak mengawalnya akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pengguna.

22: Bermanfaatnya Sains - D

Kenal pasti kata berimbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan yang terdapat dalam petikan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Cikgu Salina membawa murid-muridnya ke makmal komputer. Mereka akan mempelajari topik tentang graviti. Cikgu Salina menerangkan kepentingan graviti kepada hidupan di atas muka bumi kepada murid-muridnya.

 

            “Graviti ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi. Daya tarikan graviti bumi menyebabkan setiap objek berada pada kedudukannya,” kata Cikgu Salina.

 

            Beliau menyuruh murid-muridnya melayari Internet untuk mencari maklumat lanjut tentang kepentingan graviti kepada makhluk di muka bumi.

 

            Murid-murid menonton video yang menunjukkan kehidupan angkasawan di angkasa lepas. Angkasawan itu terapung kerana tiada graviti. Angkasawan itu juga menunjukkan telapak tangannya yang sedang memegang sebatang pensel yang terapung.

 

            “Kita patut bersyukur kerana bumi mempunyai graviti. Tarikan graviti , menyebabkan setiap objek berada pada tempatnya. Kita dapat bergerak di atas permukaan bumi dan tidak terapung. Buah-buahan akan gugur dan berselerak di atas tanah. Jadi, kita dapat menjalani aktiviti harian dengan mudahnya,” terang Cikgu Salina.

1.

Imbuhan Awalan:

  • membawa
  • menarik
  • berada
  • menyuruh
  • mencari
  • menonton
  • terapung
  • memegang
  • bersyukur
  • bergerak
2.

Imbuhan Akhiran:

  • hidupan
  • tarikan
  • angkasawan
  • buah-buahan
  • harian
3.

Imbuhan Apitan:

  • mempelajari
  • menerangkan
  • kepentingan
  • menyebabkan
  • kedudukan
  • melayari
  • menunjukkan
  • kehidupan
  • mempunyai
  • permukaan
  • menjalani
4.

Imbuhan Sisipan:

  • telapak
  • berselerak

22: Bermanfaatnya Sains - E

Isi tempat kosong dengan kata berimbuhan yang paling sesuai.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

terletak

jutaan

mengelilingi

bergerak

meliputi

berbentuk

mempunyai

biasan

merupakan

Terdapat

 

 

Sistem suria terdiri daripada matahari dan objek yang mengelilinginya. Objek itu 1(a)meliputi planet, bulan, asteroid, meteoroid serta debu kosmik. Sistem ini 2(b)terletak dalam satu daripada 3(c)jutaan galaksi, iaitu Bima Sakti. Demikianlah luasnya alam maya ini.

 

        Planet ialah bintang 4(d)berbentuk sfera yang beredar 5(e)mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Planet mempunyai gravitinya sendiri. 6(f)Terdapat lapan planet mengikut jaraknya dari matahari. Planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

 

        Bulan 7(g)merupakan satelit kepada planet. Hal ini bermakna cahaya bulan terbentuk daripada 8(h)biasan cahaya matahari. Terdapat 166 buah bulan dalam sistem suria. Bumi umpamanya 9(i)mempunyai sebuah bulan tetapi planet Zurah tidak mempunyai bulan. Planet Marikh mempunyai dua buah bulan manakala Musytari ada 12 buah bulan.

 

        Objek kecil pula terdiri daripada asteroid, meteoroid dan habuk kosmik. Kesemua objek padat ini 10(j)bergerak dalam ruang planet.



22: Bermanfaatnya Sains - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Perkembangan teknologi telah merancakkan aktiviti pembuatan seperti pesawat. Berdasarkan petikan di bawah, tulis rumusan tentang pesawat ringan buatan tempatan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

1.

Negara kita sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mengeluarkan sebuah pesawat buatan tempatan. Pesawat ini merupakan pesawat ringan pertama yang dihasilkan di negara kita.

Pesawat ini dibina berdasarkan pelan yang diperoleh daripada Zenair Limited. Pesawat ini ialah model yang dikeluarkan mengikut pelan syarikat Kanada. Pemasangannya dilakukan di negara kita dengan menggunakan teknik dan kemahiran jurutera tempatan. Semua pembinaan pesawat adalah hasil kerja anak tempatan dan keseluruhannya dilakukan dengan kemahiran tangan kecuali enjin pesawat.

Pembina pesawat yang diberi nama Langkawi 1 itu turut disertai Eurodynamics Sdn. Bhd. dan MAS Aerotechnologies. Walaupun pembinaan pesawat ini murah dan harganya kurang daripada RM 100 000, namun mutunya tetap terjamin.

Kejayaan ini membuktikan bahawa negara mempunyai golongan yang berkebolehan dan berkemahiran sekiranya bakat mereka diasah. Hal ini dapat dilakukan dengan memberi pendedahan kepada mereka tentang teknologi seperti di negara maju.

Jawapan:

Negara kita berjaya menghasilkan pesawat ringan. Pesawat yang diberi nama Langkawi 1 ini berdasarkan pelan Zenair Limited.

   Pesawat ini dipasang di negara kita dengan kepakaran jurutera tempatan. Pembinaannya dilakukan oleh anak tempatan kecuali enjin pesawat. Pesawat ini bermutu walaupun murah. Kejayaan penghasilan pesawat ini membuktikan rakyat di negara ini berkebolehan dan berkemahiran.

   Kesimpulannya, pendedahan terhadap teknologi perlu dilakukan awal agar menarik minat golongan muda.

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)