Tuesday, December 26, 2023

2023-12-26(二)Bahasa Melayu Tahun 4 【Unit 22】

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 

  1. 四年级(S4)22. Belanja Berhemat - A - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
  2. 四年级(S4)22. Belanja Berhemat - B - Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  3. 四年级(S4)22. Belanja Berhemat - C - Lengkapkan peta bulatan berdasarkan petikan di bawah.
  4. 四年级(S4)22. Belanja Berhemat - D - Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
  5. 四年级(S4)22. Belanja Berhemat - E - Pilih ayat tanya yang betul berdasarkan jawapan.
  6. 四年级(S4)22. Belanja Berhemat - F - Ulasan. (Faedah Menabung)


22. Belanja Berhemat - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

(Jawapan perlu diisi dengan huruf sahaja)

 

1.C, 2.E, 3.G, 4.B, 5.D, 6.F, 7.A


22. Belanja Berhemat - B

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Apakah maksud rangkap pertama puisi di atas?

Maksud rangkap pertama puisi di atas ialah kita mestilah menyimpan wang supaya wang kita semakin bertambah dan dapat dijadikan sebagai bekalan pada masa akan datang.

2.

Mengapakah kita perlu menyimpan wang dengan banyaknya?

Kita perlu menyimpan wang dengan banyaknya supaya dapat memudahkan kita menggunakan wang tersebut ketika kita terdesak atau memerlukan.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

3.

Kita perlu merancang kewangan dengan bijaknya.

BETUL
SALAH

Jawapan: BETUL
4.

Menyimpan wang tidak memberikan apa-apa faedah.

BETUL
SALAH

Jawapan: SALAH

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

5.

Terangkan maksud baris-baris puisi di atas.

Maksud baris-baris puisi di atas ialah wang simpanan dapat dijadikan sebagai pelaburan yang menguntungkan kita dan kita bol

22. Belanja Berhemat - C

Lengkapkan peta bulatan berdasarkan petikan di bawah.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

  1. membawa bekal makanan dan minuman ke sekolah
  2. berkongsi kenderaan
  3. menanam sayur-sayuran sendiri
  4. menggunakan semula barangan terpakai
  5. menutup suis dan mencabut plag

22. Belanja Berhemat - D

Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Jawapan: Encik Amin akan mencuci keretanya pada setiap hujung minggu.

Ayat Tanya: Bilakah Encik Amin akan mencuci keretanya?

2.

Jawapan: Harga sebungkus nasi lemak ayam itu ialah RM4.50.

Ayat Tanya: Berapakah harga sebungkus nasi lemak ayam itu?

3.

Jawapan: Yong Xin dan adiknya membina istana pasir di tepi pantai.

Ayat Tanya: Di manakah Yong Xin dan adiknya membina istana pasir?

4.

Jawapan: Saya akan pergi ke Seremban dengan menaiki kereta api.

Ayat Tanya: Bagaimanakah kamu akan pergi ke Seremban?

5.

Jawapan: Datuk membaca surat khabar kerana ingin mengetahui berita semasa.

Ayat Tanya: Mengapakah datuk membaca surat khabar?

6.

Jawapan: Pemenang pertandingn tersebut ialah Choon Han.

Ayat Tanya: Siapakah pemenang pertandingan tersebut?

7.

Jawapan: Murid-murid itu sedang mendengar ceramah.

Ayat Tanya: Apakah yang sedang dilakukan oleh murid-murid itu?

22. Belanja Berhemat - E

Pilih ayat tanya yang betul berdasarkan jawapan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Encik Lau dan keluarganya menginap di Hotel Wawasan.

A.
Siapakah yang pergi ke Hotel Wawasan?
B.
Di manakah Encik Lau dan keluarganya menginap?
C.
Bilakah Encik Lau dan keluarganya menginap di Hotel Wawasan?
D.
Mengapakah Encik Lau dan keluarganya menginap di Hotel Wawasan?

Jawapan:

B. Di manakah Encik Lau dan keluarganya menginap?

 

2.

Mereka telah dipindahkan dengan menggunakan bot penyelamat.

A.
Apakah yang dilakukan oleh mangsa-mangsa banjir itu?
B.
Bilakah pasukan penyelamat memindahkan mangsa-mangsa banjir?
C.
Di manakah mangsa-mangsa banjir itu ditempatkan sehingga banjir surut?
D.
Bagaimanakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke tempat yang selamat?

Jawapan:

D. Bagaimanakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke tempat yang selamat?

 

3.

Puan Sally sedang menjahit baju.

A.
Siapakah Puan Sally?
B.
Bagaimanakah Puan Sally menjahit baju?
C.
Mengapakah Puan Sally menjahit baju itu?
D.
Apakah yang sedang dilakukan oleh Puan Sally?

Jawapan:

D. Apakah yang sedang dilakukan oleh Puan Sally?

 

4.

Mei Hwa pergi ke kebun nenek untuk memetik tomato.

A.
Di manakah Mei Hwa memetik tomato?
B.
Mengapakah Mei Hwa pergi ke kebun nenek?
C.
Berapa lamakah Mei Hwa berada di kebun nenek?
D.
Bilakah Mei Hwa pergi ke kebun nenek untuk memetik tomato?

Jawapan:

B. Mengapakah Mei Hwa pergi ke kebun nenek?

 

5.

Gadis yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

A.
Mengapakah gadis itu berambut panjang?
B.
Siapakah gadis yang berambut panjang itu?
C.
Berapa lamakah gadis itu berambut panjang?
D.
Bagaimanakah gadis itu boleh berambut panjang?

Jawapan:

B. Siapakah gadis yang berambut panjang itu?

 

6.

Telefon bimbit itu rosak akibat terhempas ke lantai.

A.
Mengapakah telefon bimbit itu rosak?
B.
Bilakah telefon bimbit itu terhempas?
C.
Apakah yang telah terhempas ke lantai?
D.
Siapakah pemilik telefon bimbit yang rosak itu?

Jawapan:

A. Mengapakah telefon bimbit itu rosak?

 

7.

Puan Janet menjahit baju pada masa lapang.

A.
Bilakah Puan Janet menjahit baju?
B.
Di manakah Puan Janet menjahit baju?
C.
Mengapakah Puan Janet menjahit baju?
D.
Apakah baju yang dijahit oleh Puan Janet?

Jawapan:

A. Bilakah Puan Janet menjahit baju?

 

8.

Harga sepasang baju kurung itu ialah RM80.

A.
Di manakah baju kurung itu dijual?
B.
Apakah harga sepasang baju kurung itu?
C.
Mengapakah harga baju kurung itu RM80?
D.
Berapakah harga sepasang baju kurung itu?

Jawapan:

D. Berapakah harga sepasang baju kurung itu?

 

9.

Kelvin didenda kerana ponteng sekolah.

A.
Bilakah Kelvin didenda?
B.
Siapakah yang didenda?
C.
Mengapakah Kelvin didenda?
D.
Siapakah yang ponteng sekolah?

Jawapan:

C. Mengapakah Kelvin didenda?

 

10.

Nenek sedang membentangkan sebidang tikar di ruang tamu.

A.
Siapakah yang berada di ruang tamu?
B.
Apakah yang sedang dilakukan oleh nenek?
C.
Bagaimanakah nenek membentangkan tikar?
D.
Mengapakah tikar dibentangkan di ruang tamu?

Jawapan:

B. Apakah yang sedang dilakukan oleh nenek?


22. Belanja Berhemat - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Menabung merupakan amalan yang murni. Berdasarkan rajah di bawah, tulis ulasan tentang faedah menabung dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Jawapan:

Menabung sangat penting kepada setiap individu. Terdapat pelbagai faedah yang diperoleh dengan menabung.

     Antaranya, kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat dengan menyimpan lebihan wang saku yang dibelanjakan. Selain itu, kita dapat menambahkan wang simpanan melalui keuntungan atau faedah yang diperoleh. Di samping itu, kita dapat membantu keluarga sekiranya berlaku kecemasan seperti membiayai perubatan ibu bapa. Seterusnya, kita dapat menggunakan wang simpanan ketika melanjutkan pelajaran untuk menampung perbelanjaan.

     Kesimpulannya, kita wajar memupuk amalan m

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8