Wednesday, December 20, 2023

2023-12-20(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【UNIT 21】

 

BUKU TEKS - SEMAKAN 👉 

  1. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - C - Baca dan fahami petikan. Kemudian, pindahkan maklumat dalam bentuk grafik.
  2. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - D - Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
  3. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - E - Kenal pasti ayat-ayat di bawah sama ada ayat biasa atau ayat susunan songsang.
  4. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - F - Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  5. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - G - Karangan.(Cara Bwerjimat-cermat)
  6. 五年级(S5)21: Bijak Mengurus Wang - H - Ulasan. (kebaikan penggunaan kad debit)


Cara Bwerjimat-cermat

- amalan berjimat - mulia - 
- terdapat - cara - 
- antara - menutup suis elektrik - tidak digunakan - contoh - 
- menjimatkan kos elektrik - mengelakkan pembaziran - 
- selain itu - berkebun - 
- menanam - menjimatkan wang - 
- tidak perlu membeli - menjual - meningkatkan pendapatan - 
- di samping itu - membawa bekal - sekolah - 
- harga makanan - mahal - menyimpan wang saku - 
- seterusnya - membeli barangan keperluan sahaja - 
 - contoh -
- berbelanja mengikut kehendak - pembaziran - 
- memupuk budaya berjimat cermat - diri sendiri sejak kecil - ibarat kata pepatah - 


21: Bijak Mengurus Wang - C

Baca dan fahami petikan. Kemudian, pindahkan maklumat dalam bentuk grafik.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Rakyat Malaysia pasti tahu bahawa barangan tempatan banyak kebaikannya. Harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan luar negara. Selain itu, barangan tempatan lebih berkualiti dan tahan lama. Individu yang membeli barangan tempatan juga dapat mengamalkan sikap berjimat cermat.

 

      Seterusnya, pembelian barangan tempatan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara. Pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan. Barangan tempatan juga sangat cantik dan unik buatannya. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong usaha kerajaan dengan membeli barangan tempatan.

 

  1. Harga barangan tempatan lebih murah.
  2. Barangan tempatan lebih berkualiti dan tahan lama.
  3. Dapat mengamalkan sikap berjimat.
  4. Dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.
  5. Barangan tempatan sangat cantik dan unik.

21: Bijak Mengurus Wang - D

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Pak Cik Mamat membeli barangan untuk kedai runcitnya secara pukal.

A.
Kedai untuk Pak Cik Mamat membeli barangan secara pukal.
B.
Secara pukal Pak Cik Mamat membeli kedai runcitnya untuk barangan.
C.
Kedai runcitnya secara pukal membeli barangan untuk kedai runcitnya secara pukal Pak Cik Mamat.
D.
Membeli barangan untuk kedai runcitnya secara pukal Pak Cik Mamat.

Jawapan:

D. Membeli barangan untuk kedai runcitnya secara pukal Pak Cik Mamat.

 

2.

Encik David ingin menukar wang di kaunter bank.

A.
Di kaunter Encik David ingin menukar wang di bank.
B.
Ingin menukar wang di kaunter bank Encik David.
C.
Encik David ingin di kaunter bank menukar wang.
D.
Ingin menukar wang bank Encik David di kaunter.

Jawapan:

B. Ingin menukar wang di kaunter bank Encik David.

 

3.

Telah membuka sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan Encik Leong.

A.
Encik Leong telah membuka sebuah kenderaan kedai menjual alat ganti.
B.
Encik Leong telah membuka sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan.
C.
Sebuah kedai Encik Leong telah membuka alat ganti kenderaan.
D.
Kedai alat ganti kenderan telah membuka sebuah Encik Leong.

Jawapan:

B. Encik Leong telah membuka sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan.

 

4.

Ibu Hani ke kedai dobi untuk mencuci pakaian.

A.
Ke kedai pakaian untuk mencuci ibu Hani.
B.
Ke kedai dobi mencuci pakaian untuk ibu Hani.
C.
Ke dobi ibu Hani untuk mencuci kedai pakaian.
D.
Ke kedai dobi untuk mencuci pakaian ibu Hani.

Jawapan:

D. Ke kedai dobi untuk mencuci pakaian ibu Hani.

 

5.

Dengan keuntungan yang diperoleh, Puan Salmah dapat membeli sebuah butik.

A.
Puan Salmah dapat membeli sebuah butik dengan keuntungan yang diperoleh.
B.
Puan Salmah dapat keuntungan yang diperoleh dengan membeli sebuah butik.
C.
Sebuah butik yang diperoleh Puan Salmah dapat membeli dengan keuntungan.
D.
Puan Salmah dapat keuntungan yang diperoleh dengan membeli sebuah butik.

Jawapan:

A. Puan Salmah dapat membeli sebuah butik dengan keuntungan yang diperoleh.

 

6.

Puan Jamilah mengira wang syiling itu dengan teliti.

A.
Wang syiling itu mengira Puan Jamilah dengan teliti.
B.
Dengan teliti wang syiling itu mengira Puan Jamilah.
C.
Mengira wang syiling itu dengan teliti Puan Jamilah.
D.
Dengan teliti wang Jamilah mengira Puan Syiling.

Jawapan:

C. Mengira wang syiling itu dengan teliti Puan Jamilah.

 

7.

Hafiz dapat menambah simpanannya dengan keuntungan yang diperoleh.

A.
Dengan keuntungan yang diperoleh Hafiz dapat menambah simpanannya.
B.
Simpanannya dapat menambah Hafiz dengan keuntungan yang diperoleh.
C.
Dengan keuntungan yang diperoleh simpanannya dapat menambah Hafiz.
D.
Dapat menambah keuntungan dengan simpanan yang diperoleh Hafiz.

Jawapan:

A. Dengan keuntungan yang diperoleh Hafiz dapat menambah simpanannya.

 

8.

Rajan ingin menyimpan wangnya di bank sebagai langkah keselamatan.

A.
Wangnya di bank menyimpan Rajan sebagai langkah keselamatan.
B.
Sebagai langkah keselamatan wangnya ingin menyimpan Rajan di bank.
C.
Sebagai langkah keselamatan Rajan ingin menyimpan wangnya di bank.
D.
Menyimpan Rajan di bank ingin wangnya sebagai langkah keselamatan.

Jawapan:

C. Sebagai langkah keselamatan Rajan ingin menyimpan wangnya di bank.


21: Bijak Mengurus Wang - E

Kenal pasti ayat-ayat di bawah sama ada ayat biasa atau ayat susunan songsang.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Aqil memasukkan wang baki perbelanjaan sekolah ke dalam tabung.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat biasa

 

2.

Sherry membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli barang.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat biasa

 

3.

Melabur wangnya dalam perniagaan dobi layan diri Encik Johari.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat songsang

 

4.

Untuk mendapatkan maklumat pelaburan Fadhil melayari Internet.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat songsang

 

5.

Kaunter bergerak bank itu bertujuan untuk memudahkan murid-murid membuka akaun simpanan.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat biasa

 

6.

Sekolah kami akan mengadakan lawatan ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat biasa

 

7.

Agar dapat berjimat cermat Yani membawa bekal ke sekolah.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat songsang

 

8.

Zaki membuka akaun simpanan melalui kaunter bergerak.

ayat biasa
ayat songsang

Jawapan:

ayat biasa

21: Bijak Mengurus Wang - F

Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Seminar bijak mengurus wang diuruskan oleh ______________________________.

Akademi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

2.

Bilakah tarikh seminar tersebut?

Tarikh seminar tersebut adalah pada 12 Jun 2021.

3.

Nyatakan dua ceramah yang diadakan dalam seminar tersebut.

  • Ceramah Kepentingan Mengurus Wang
  • Ceramah Rancang Hidup, Rancang Kewangan
4.

Tulis kebaikan-kebaikan seminar mengurus wang ini kepada peserta.

  • Memberikan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mengurus wang dengan bijaknya.
  • Meningkatkan kemahiran peserta untuk mengurus kewangan keluarga.

21: Bijak Mengurus Wang - G

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Berjimat Cermat”.

Amalan berjimat cermat merupakan satu amalan yang mulia. Terdapat pelbagai cara untuk berjimat cermat.

     Antaranya, kita perlu menutup suis jika tidak digunakan. Tindakan ini dapat mengelakkan pembaziran dan seterusnya dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Kita juga perlu menutup pili air dengan kemas agar tidak berlaku pembaziran air.

     Selain itu, kita juga boleh berkebun. Kita boleh menanam pelbagai sayur-sayuran. Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang kerana kita tidak perlu membeli sayur-sayuran malah dapat menjana sumber pendapatan dengan menjualnya.

     Di samping itu, kita boleh membawa bekal ke sekolah atau pejabat. Kita tidak perlu makan atau membeli makanan di luar yang kebiasaanya lebih mahal. Justeru, wang tersebut boleh disimpan untuk kegunaan lain.

     Seterusnya, kita digalakkan untuk membeli barangan keperluan sahaja. Misalnya, keperluan harian seperti pakaian, makanan dan minuman. Kita ditegah berbelanja mengikut kehendak kerana boleh menyebabkan pembaziran.

     Kesimpulannya, kita perlu memupuk budaya berjimat cermat dalam diri sendiri sejak kecil lagi ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.


21: Bijak Mengurus Wang - H

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Penggunaan kad debit semakin popular dalam kalangan masyarakat.

Berdasarkan gambar tersebut, tulis ulasan tentang kebaikan penggunaan kad debit dalam bentuk perenggan.

 

Kini, penggunaan kad debit sangat penting kepada setiap individu. Terdapat pelbagai kebaikan penggunaan kad debit.

      Antaranya, kad debit mudah dibawa. Kad debit yang nipis dan kecil mudah untuk diletakkan di dalam dompet dan dapat dibawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, kita tidak perlu membawa wang tunai. Kita hanya perlu memberikan kad debit kepada juruwang untuk membayar harga barangan yang dibeli. Seterusnya, kad debit dapat digunakan untuk mengeluarkan wang di Mesin Teler Automatik (ATM). Oleh itu, kita tidak perlu pergi ke bank untuk mengeluarkan wang.

      Kesimpulannya, kita patut menggunakan kad debit kerana mempunyai banyak kebaikan.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8