Monday, December 18, 2023

2023-12-18(一)Bahasa Melayu Tahun 6 【Unit 23 & 24】

    Buku Teks - Semakan 👉

    1. 六年级(S6)23: Pupuk Minat Keusahawanan - E - Tukarkan ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
    2. 六年级(S6)23: Pupuk Minat Keusahawanan - F - Bina ayat berdasarkan gambar di bawah.
    3. 六年级(S6)23: Pupuk Minat Keusahawanan - G - Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
    4. 六年级(S6)24: Generasi Celik Wang - A - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
    5. 六年级(S6)24: Generasi Celik Wang - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Lengkapkan syarahan.

    terhad

    mengeluarkan kos

    peluang

    kesesakan

    risiko

    kemudahan

    menjimatkan masa

    tiada terhad

    dinikmati

    syarahan

    pasaran global

    aplikasi

    para hakim

    optimum

    menawarkan

    kenderaan

     

     

    Kelebihan Perniagaan Secara Atas Talian


    Salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, (1)para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan (2)syarahan yang bertajuk “Kelebihan Perniagaan Secara Atas Talian”.

     

    Hadirin yang dihormati,

     

              Antara kelebihan yang diperoleh pengguna dalam melakukan pembelian secara atas talian adalah dapat (3)menjimatkan masa pengguna. Faktor (4)kesesakan di pusat membeli-belah dan pasar raya telah membuatkan pengguna beralih ke perniagaan secara atas talian. Pengguna tidak perlu bersesak mencari tempat untuk berhenti (5)kenderaan, beratur untuk membuat pembayaran atau berebut untuk mendapatkan barang yang (6)terhad.

     

             Selain itu, aplikasi perniagaan secara atas talian (7)menawarkan pelbagai produk yang boleh dilihat dengan mudah oleh pengguna. Pelbagai (8)aplikasi perniagaan atas talian seperti Lazada dan Shopee menawarkan pelbagai jenis produk di samping promosi yang berbeza bagi menarik pengguna.

     

    Hadirin yang dikasihi,

     

         Dari sudut pandang peniaga pula, kelebihan perniagaan secara atas talian memberikan (9)risiko yang lebih rendah untuk menjalankan perniagaan. Hal ini demikian kerana peniaga tidak perlu (10)mengeluarkan kos untuk menyewa kawasan perniagaan serta mengupah pekerja pada kadar yang lebih (11)optimum berbanding perniagaan konvensional.

     

          Tambahan pula, peniaga juga dapat memasarkan produk mereka ke (12)pasaran global dengan menjalankan perniagaan secara atas talian. Capaian Internet yang (13)tiada terhad telah menjadikan proses globalisasi masyarakat dunia menjadi semakin pantas.

     

         Kesimpulannya, pelbagai kelebihan yang (14)dinikmati hasil daripada perniagaan atas talian kepada pengguna dan peniaga. (15)Kemudahan teknologi ini juga telah membuka (16)peluang perniagaan secara sambilan kepada golongan yang memerlukan pendapatan sampingan.


    Sekian, terima kasih.


    23: Pupuk Minat Keusahawanan - E

    Tukarkan ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Ayat susunan songsang: Sering mengantuk di dalam kelas Hui Jian.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

     1.Hui Jian sering mengantuk di dalam kelas.


    Ayat susunan songsang: Baru memulakan perniagaannya kakak saudara Janice.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

    2.Kakak saudara Janice baru memulakan perniagaannya.


    Ayat susunan songsang: Bijak dalam mata pelajaran sains murid baharu kelas saya.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

     3.Murid baharu kelas saya bijak dalam mata pelajaran sains.


    Ayat susunan songsang: Menyambut hari kemerdekaan dengan meriah rakyat Malaysia setiap tahun.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

     4.Rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan dengan meriah setiap tahun.


    Ayat susunan songsang: Sangat tinggi Gunung Kinabalu.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

    5.

    Gunung Kinabalu sangat tinggi.


    Ayat susunan songsang: Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang sedap keropok lekor.

    Ayat susunan biasa: _____________________________________________________________

    6.

    Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang sedap.

    23: Pupuk Minat Keusahawanan - F

    Bina ayat berdasarkan gambar di bawah.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    1.

    (a) Ayat susunan biasa: Puan Lim sedang memasak lauk untuk keluarganya makan malam.

    (b) Ayat susunan songsang: Sedang memasak lauk untuk keluarganya makan malam Puan Lim.

     

    2.

    (a) Ayat susunan biasa: Mee sup ini sungguh enak.

    (b) Ayat susunan songsang: Sungguh enak mee sup ini.

     

    3.

    (a) Ayat susunan biasa: Olivia sedang menyapu lantai di kawasan rumah.

    (b) Ayat susunan songsang: Sedang menyapu lantai di kawasan rumah Olivia.

     

    4.

    (a) Ayat susunan biasa: Lelaki yang berbaju merah itu saudara saya.

    (b) Ayat susunan songsang: Saudara saya lelaki yang berbaju merah itu.

     

    5.

    (a) Ayat susunan biasa: Julene menyertai pertandingan menyanyi.

    (b) Ayat susunan songsang: Menyertai pertandingan menyanyi Julene.

     

    6.

    (a) Ayat susunan biasa: Pelajar itu demam dan sakit. 

    (b) Ayat susunan songsang: Demam dan sakit pelajar itu.

    23: Pupuk Minat Keusahawanan - G

    Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.

    dihasilkan – segar. – buah-buahan – Aiskrim buah-buahan itu – daripada

    Aiskrim buah-buahan itu dihasilkan daripada buah-buahan segar.

    2.

    bijak – perlu – sebelum – Kita – membuat perancangan – memulakan perniagaan.

    Kita perlu bijak membuat perancangan sebelum memulakan perniagaan.

    3.

    dari – racun perosak – Jauhi – kanak-kanak.

    Jauhi racun perosak dari kanak-kanak.

    4.

    kemerosotan – perlahan. – dijangka – dari – ekonomi – Pemulihan

    Pemulihan dari kemerosotan ekonomi dijangka perlahan.

    5.

    dibeli – Susu segar itu – di – Arisa – oleh – pasar raya.

    Susu segar itu dibeli oleh Arisa di pasar raya.

    6.

    pelanggannya – yang baik. – Natalia – sikap – dengan - melayan

    Natalia melayan pelanggannya dengan sikap yang baik.

    23: Pupuk Minat Keusahawanan - H

    Karangan.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    1.

    Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan ialah “Kelebihan Perniagaan Secara Atas Talian”. Tulis syarahan tersebut.

    Salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kelebihan Perniagaan Secara Atas Talian”.

    Hadirin yang dihormati,

              Antara kelebihan yang diperoleh pengguna dalam melakukan pembelian secara atas talian adalah dapat menjimatkan masa pengguna. Faktor kesesakan di pusat membeli-belah dan pasar raya telah membuatkan pengguna beralih ke perniagaan secara atas talian. Pengguna tidak perlu bersesak mencari tempat untuk berhenti kenderaan, beratur untuk membuat pembayaran atau berebut untuk mendapatkan barang yang terhad.

             Selain itu, aplikasi perniagaan secara atas talian menawarkan pelbagai produk yang boleh dilihat dengan mudah oleh pengguna. Pelbagai aplikasi perniagaan atas talian seperti Lazada dan Shopee menawarkan pelbagai jenis produk di samping promosi yang berbeza bagi menarik pengguna.

    Hadirin yang dikasihi,

         Dari sudut pandang peniaga pula, kelebihan perniagaan secara atas talian memberikan risiko yang lebih rendah untuk menjalankan perniagaan. Hal ini demikian kerana peniaga tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyewa kawasan perniagaan serta mengupah pekerja pada kadar yang lebih optimum berbanding perniagaan konvensional.

          Tambahan pula, peniaga juga dapat memasarkan produk mereka ke pasaran global dengan menjalankan perniagaan secara atas talian. Capaian Internet yang tiada terhad telah menjadikan proses globalisasi masyarakat dunia menjadi semakin pantas.

         Kesimpulannya, pelbagai kelebihan yang dinikmati hasil daripada perniagaan atas talian kepada pengguna dan peniaga. Kemudahan teknologi ini juga telah membuka peluang perniagaan secara sambilan kepada golongan yang memerlukan pendapatan sampingan.

    Sekian, terima kasih.





    24: Generasi Celik Wang - A

    Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Abang Junidi telah setahun menamatkan pengajiannya di universiti. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan. Beliau telah memohon pekerjaan di beberapa buah syarikat pembinaan. Namun begitu, permohonannya gagal disebabkan oleh kemelut ekonomi yang melanda negara. 

    Sementara menunggu tawaran kerja yang sesuai, abang Junidi bekerja sendiri bagi menjanakan pendapatan. Beliau tidak terlalu memilih pekerjaan kerana tidak mahu menjadi penganggur. Beliau sanggup menjadi pemandu di sebuah syarikat e-panggilan. 

    Abang Junidi melakukan pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguhnya. Beliau bekerja dari awal pagi hingga lewat malam. Walaupun berpendidikan tinggi, beliau tidak malu untuk melakukan pekerjaan tersebut. Baginya, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

    Pendapatannya setiap hari tidak menentu. Pendapatannya bergantung kepada jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya. Secara kasarnya, pendapatan beliau dalam sehari adalah antara RM100.00 hingga RM200.00. 

    Walaupun memperoleh wang yang banyak, abang Junidi tidak lupa diri. Beliau tidak boros semasa berbelanja kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk dijadikan modal perniagaan. Beliau bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

    1.

    Sudah berapa lama abang Junidi menamatkan pengajiannya di universiti?

    Abang Junidi telah setahun menamatkan pengajiannya di universiti.

    2.

    Mengapakah abang Junidi tidak mendapat pekerjaan?

    Abang Junidi tidak mendapat pekerjaan disebabkan kemelut ekonomi yang melanda negara.

    3.

    Apakah tindakan abang Junidi sementara menunggu tawaran kerja yang sesuai?

    Abang Junidi bekerja sendiri dan menjadi pemandu di sebuah syarikat e-panggilan.

    Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    4.

    Pilih pernyataan yang salah.

    A.
    Abang Junidi bekerja sebagai pemandu dari awal pagi hingga lewat malam.
    B.
    Abang Junidi berasa malu untuk melakukan pekerjaan sebagai pemandu.
    C.
    Pendapatan hariannya tidak menentu.
    D.
    Abang Junidi mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan.

    Jawapan:

    B. Abang Junidi berasa malu untuk melakukan pekerjaan sebagai pemandu.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    5.

    Apakah cita-cita abang Junidi?

    Abang Junidi bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

    6.

    Apakah yang akan berlaku jika abang Junidi terlalu memilih pekerjaan?

    Jika abang Junidi terlalu memilih pekerjaan, beliau mungkin menjadi penganggur.

    24: Generasi Celik Wang - B

    Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

               Farhan seorang anak petani. Ayahnya mengusahakan beberapa hektar kebun kelapa sawit. Jika ada masa lapang, Farhan selalu membantu ayahnya di kebun. Dia sudah biasa berbakti kepada tanah. Dia gembira membantu ayahnya di kebun kelapa sawit tersebut. Setiap kali selepas buah kelapa sawit dijual, ayahnya pasti memberi Farhan sedikit wang sagu hati. Farhan menyimpan kesemua pemberian ayahnya itu ke dalam tabungnya. Bukan sahaja rajin berkerja di kebun, Farhan juga rajin belajar. Di sekolahnya, dia sering dijadikan murid contoh sebagai ikutan kepada kawan-kawannya. Dia sering memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Hasil tabungan Farhan sudah mencecah dua ribu ringgit. Farhan mengambil keputusan untuk membeli sebuah komputer menggunakan duit tabungannya itu. Dia bercita-cita untuk meneroka ilmu yang lebih mendalam melalui perayauan di Internet.

     

    1.

    Apakah pekerjaan ayah Farhan?

    Ayah Farhan ialah seorang petani.

    2.

    Apakah yang Farhan akan lakukan dengan wang sagu hati yang diberikan oleh ayahnya?

    Farhan akan menyimpan kesemua wang sagu hati itu ke dalam tabungnya.

    Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    3.

    Pilih pernyataan yang betul.

    A.
    Farhan sentiasa tidak puas hati membantu ayahnya di kebun kelapa sawit.
    B.
    Farhan bukan sahaja rajin bekerja di kebun tetapi juga rajin belajar.
    C.
    Dia jarang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujian.
    D.
    Farhan mengambil keputusan untuk membeli komik dengan menggunakan duit tabungannya.

    Jawapan:

    B. Farhan bukan sahaja rajin bekerja di kebun tetapi juga rajin belajar.
    4.

    Berapakah wang yang Farhan telah simpan?

    A.
    RM 20
    B.
    RM 200
    C.
    RM 400
    D.
    RM 2000

    Jawapan:

    D. RM 2000

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    5.

    Mengapakah Farhan mengambil keputusan untuk membeli sebuah komputer dengan duit tabungnya?

    Farhan mengambil keputusan untuk membeli sebuah komputer dengan duit tabungnya kerana dia ingin meneroka ilmu yang lebih mendalam melalui perayauan di Internet.

    No comments:

    Post a Comment

    Cambridge Mathematics Year 8