Wednesday, December 6, 2023

2023-12-06(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【UASA (BAHARU 2023) - Set 04】

 


BAHAGIAN A (10 MARKAH)

Pilih jawapan yang betul.

Soalan 1 hingga 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 

1.

Tangan adik ____________ kerana dicakar oleh kucing kesayangannya.

(1.0 Marks)

A.
calar-balar
2.

Pokok isu ditanam di Sarawak dan di Sabah kerana ____________ tanahnya.

(1.0 Marks)

B.
kesesuaian
3.

Pilih ayat yang betul.

(1.0 Marks)

D.
Bagus sangat cadangan kamu itu.

 

Soalan 4-6

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 

Dalam masa dua tiga minggu ini keluarga Adnan sangat sibuk. Mereka telah membeli sebuah rumah baharu. Barang-barang yang hendak dibawa  ke rumah baharu telah dimasukkan ke dalam kotak-kotak yang besar. Kata ayah Adnan, dengan cara ini barang-barang ini mudah dipindah dan tidakmudah rosak.

     Dua minggu lagi, mereka akan berpindah.  “Kawasan baharu ini dulunya kawasan berhutan,”  kata ayah Adnan. Tempat ini pada masa dahulu memang penuh dengan hutan rimba yang tebal. Tetapi sekarang tempat ini sudah berubah. Kini,  kawasan ini telah menjelma menjadi sebuah kawasan perumahan yang baharu. Kawasan ini penuh dengan rumah-rumah teres yang berderet-deret dan cantik sekali. Selain daripada itu, banyak kedai telah didirikan di sepanjang jalan raya. Di bandar baharu ini sudah ada pusat membeli-belah, pejabat, pasar, klinik, bank, pawagam, restoran makanan segera dan sebagainya. Kawasan ini telah menjadi sebuah bandar kecil yang mempunyai segala kemudahan untuk penduduk-penduduknya.

 

 

4.

Ke manakah Adnan sekeluarga akan berpindah?

(1.0 Marks)

B.
Sebuah bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
5.

Barang-barang yang akan dipindah itu dimasukkan ke dalam kotak

(1.0 Marks)

A.
supaya tidak rosak.
6.

Sekarang banyak __________ telah dibina di kawasan baharu.

(1.0 Marks)

D.
rumah-rumah yang cantik

 

Soalan 7-10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 

Bahan 1

Bahan 2

Kerajaan optimis Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) berupaya mengukuhkan semula ekonomi domestik dan pembangunan industri tempatan.

     Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat bagi membantu pengusaha tempatan dengan membeli pelbagai bentuk barangan, produk dan perkhidmatan buatan tempatan.

Di samping itu, kempen ini membantu pangeluar untuk memasar dan mempromosi produk buatan tempatan serta perkhidmatan masing-masing.

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan KBBM?

(1.0 Marks)

B.
Kempen Beli Barangan Malaysia
8.

Antara berikut, yang manakah kebaikan membeli barangan buatan Malaysia?

(1.0 Marks)

D.
Meningkatkan imej negara.
9.

KBBM boleh membantu pengeluar untuk memasar dan mempromosi

(1.0 Marks)

B.
produk buatan tempatan serta perkhidmatan.

 

 

Kempen ini membantu pengeluar untuk memasar dan mempromosi produk buatan tempatan serta

perkhidmatan masing-masing.

 

10.

Pilih kata bilangan yang terdapat dalam ayat yang diberi.

(1.0 Marks)

C.
masing-masing
BAHAGIAN B - SOALAN 1 (5 MARKAH)

Isi tempat kosong.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

 

Tong Kitar Semula Berwarna Coklat

Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin dan botol komestik.

Tong Kitar Semula Berwarna Biru

Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod.

Tong Kitar Semula Berwarna Jingga

Semua jenis aluminium seperti tin minuman ringan dan bekas makanan. Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli-belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin.

 

(1.0 Marks)

1.
Akhbar dan risalah dibuang ke dalam 

.
Jawapan: Tong Kitar Semula Berwarna Biru

Soalan 2-3
Tulis pernyataan di bawah berpandukan petikan.

Contoh Jawapan: Tong Kitar Semula Berwarna Coklat

2.

aluminium

(1.0 Marks)

 
Jawapan:

Tong Kitar Semula Berwarna Jingga

3.

kertas

(1.0 Marks)

 
Jawapan:

Tong Kitar Semula Berwarna Biru

 

Soalan 4-5
Isi tempat kosong menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai.

Contoh Soalan: se________ayat

Contoh Jawapan: sebaris ayat

 

 

(1.0 Marks)

4.
se

 majalah
Jawapan: naskhah

 

(1.0 Marks)

5.
se

 kertas
Jawapan: keping
BAHAGIAN B - SOALAN 2 (5 MARKAH)

Soalan subjektif.

Baca dan fahami situasi di bawah.

Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

 

Puan Amy seorang pengusaha kerepek pisang di kampungnya. Beliau amat sedih kerana jualannya tidak laris.

1.

Pada pendapat kamu, apakah langkah-langkah yang boleh digunakan oleh Puan Amy untuk memajukan perusahaannya?

(5.0 Marks)

 
Jawapan:

Pada pendapat saya, Puan Amy boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan. Selain itu, beliau boleh mempromosikan kerepek pisang melalui media massa. Seterusnya, beliau boleh meningkatkan kualiti produknya.

BAHAGIAN C (10 MARKAH)

Soalan subjektif.

Grafik di bawah menunjukkan poster Panduan Hidup Berjiran. Tulis pendapat kamu tentang faedah yang boleh diperoleh dengan hidup berjiran. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

1.

- saling bekerjasama

- prihatin dengan persekitaran

- sentiasa bertolak ansur

- menghormati adat budaya

(10.0 Marks)

 
Jawapan:

Keharmonian dalam hidup berjiran akan dapat dilaksanakan apabila wujudnya sikap bekerjasama. Selain itu, sikap prihatin dengan persekitaran harus diamalkan dalam kalangan masyarakat supaya masalah boleh diselesaikan bersama. Masyarakat yang harmoni akan sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur. Sikap hormat-menghormati sesama juga harus dipupuk kerana setiap masyarakat mempunyai adat budaya yang tersendiri.

BAHAGIAN D (20 MARKAH)

Soalan subjektif.

Teliti bahan grafik di bawah, kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

1.

(20.0 Marks)

 
Jawapan:

Ibu saya bernama Chin Yoke Ling. Beliau berusia 38 tahun. Beliau seorang suri rumah sepenuh masa.

Setiap hari, ibu saya mengurus rumah dengan baik sekali. Beliau pandai memasak. Saya paling suka makan kari ayam yang dimasak olehnya.

Ibu saya juga amat ambil berat tentang pelajaran saya.  Beliau selalu memberi tunjuk ajar kepada saya tanpa rasa bosan. Ibu saya juga menjaga saya bagai menatang minyak yang masak apabila saya sakit.

Ibu saya selalu menasihati saya belajar bersungguh-sungguh agar menjadi seorang insan yang berguna.

Jasa ibu terhadap saya memang tidak terhitung. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya setelah saya dewasa nanti.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8