Monday, November 20, 2023

2023-11-20(一)Bahasa Melayu Tahun 6 【Unit 20 & 21】

    Buku Teks - Semakan 👉

    1. 六年级(S6)20: Teknologi Hari Ini - E - Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
    2. 六年级(S6)20: Teknologi Hari Ini - F - Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
    3. 六年级(S6)20: Teknologi Hari Ini - G - Bina ayat. Kegunaan telefon bimbit dalam kehidupan seharian
    4. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - A - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
    5. 六年级(S6)21: Minda Inovatif - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



    Faedah ciptaan sains dan teknologi moden

    Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi begitu cepat dan pantas. Banyak ciptaan baru dihasilkan untuk (1)kemudahan orang ramai.

             Dalam bidang teknologi maklumat, komputer telah digunakan untuk (2)menyimpan maklumat dan menghantar e-mel melalui Internet. Komputer dapat bekerja dengan lebih (3)sistematik, kemas dan menjimatkan masa.

            Seterusnya, dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dalam (4)pengajaran telah dapat (5)menarik minat para pelajar untuk mengikuti sesuatu pelajaran. Secara tidak langsung, pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik.

          Dalam bidang pengangkutan pula, banyak (6)kenderaan dihasilkan. Contohnya, kereta api dapat membawa (7)penumpang ke sesuatu destinasi dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.

            Selain itu, dalam bidang perubatan, mikroskop dan sinar-X dapat mengesan (8)penyakit pada peringkat awal. Ciptaan-ciptaan ini dapat membantu (9)pakar-pakar perubatan menjalankan pembedahan dengan lebih selamat.

          Kesimpulannya, ciptaan sains dan teknologi moden sememangnya berfaedah kepada kita. Oleh itu, kita harus (10)memanfaatkan ciptaan ini untuk kehidupan yang lebih selesa.

     

    menarik

    pakar-pakar

    menyimpan

    penyakit

    pengajaran

    kemudahan

    penumpang

    kenderaan

    memanfaatkan

    sistematik



    20: Teknologi Hari Ini - E

    Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

    Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    Ayat pasif: Baju sedang dijahit oleh ibu.

    Ayat aktif: _________________________

    1.

    Jawapan : Ibu sedang menjahit baju.

    Ayat pasif: Kasut yang mahal itu tidak mampu dibelinya.

    Ayat aktif: ____________________________________

    2.

    Jawapan : Dia tidak mampu membeli kasut yang mahal itu.

    Ayat pasif: Tugasan itu perlu disiapkan oleh mereka pada hari ini.

    Ayat aktif: _________________________________________

    3.

    Jawapan : Mereka perlu menyiapkan tugasan itu pada hari ini.

    Ayat pasif: Surat itu mesti kamu kirimkan.

    Ayat aktif: ___________________________

    4.

    Jawapan : Kamu mesti mengirimkan surat itu.

    Ayat pasif: Kabinet itu harus kamu tutup dengan baik.

    Ayat aktif: _________________________________

    5.

    Jawapan : Kamu harus menutup kabinet itu dengan baik.

    Ayat pasif: Nasihat ibu bapa kita, mesti kita dengar.

    Ayat aktif: _________________________________

    6.

    Jawapan : Kita mesti mendengar nasihat ibu bapa kita.

    20: Teknologi Hari Ini - F

    Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.

    Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

    1.

    untuk – merancang – televisyen – membeli – Encik Wong – pintar. 

    Encik Wong merancang untuk membeli televisyen pintar.
    2.

    mesin basuh pinggan – menunjukkan – Dia – beberapa pelanggan. – kegunaan – kepada 

    Dia menunjukkan kegunaan mesin basuh pinggan kepada beberapa pelanggan.
    3.

    kios layan diri – menarik – saya. – Teknologi – sangat – perhatian 

    Teknologi kios layan diri sangat menarik perhatian saya.

    4.

    oleh – Khemah itu – tepi hutan. – mereka – di – didirikan 

    Khemah itu didirikan oleh mereka di tepi hutan.
    5.

    menggunakan – untuk – mengerakkannya. – tenaga solar – Basikal ini 

    Basikal ini menggunakan tenaga solar untuk mengerakkannya.
    6.

    sebuah – Salmah – Samsung. – telefon pintar – mempunyai - berjenama 

    Salmah mempunyai sebuah telefon pintar berjenama Samsung.

    20: Teknologi Hari Ini - G

    Bina ayat.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    1.

    Gambar di bawah menunjukkan kegunaan telefon bimbit dalam kehidupan seharian.

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan telefon bimbit.

    Jawapan:

    1. Telefon bimbit boleh digunakan untuk menghubungi keluarga dan kawan kita untuk bertanya khabar.

    2. Kita boleh mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan.

    3. Telefon bimbit membolehkan kita mencari sesuatu lokasi dengan mudah.

    4. Kita boleh melayari internet untuk mencari maklumat dengan telefon bimbit.

    5. Kita juga boleh mendengar muzik dengan menggunakan telefon bimbit di mana-mana sahaja.



    20: Teknologi Hari Ini - H

    Tulis karangan.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    1.

    Ciptaan sains dan teknologi moden mendatangkan banyak faedah. Tulis sebuah karangan tentang faedah ciptaan ini.

    Panjang jawapan kamu hendaklah antara 120 patah perkataan.

    Jawapan:

            Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi begitu cepat dan pantas. Banyak ciptaan baru dihasilkan untuk kemudahan orang ramai.

             Dalam bidang teknologi maklumat, komputer telah digunakan untuk menyimpan maklumat dan menghantar e-mel melalui Internet. Komputer dapat bekerja dengan lebih sistematik, kemas dan menjimatkan masa.

            Seterusnya, dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dalam pengajaran telah dapat menarik minat para pelajar untuk mengikuti sesuatu pelajaran. Secara tidak langsung, pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik.

           Dalam bidang pengangkutan pula, banyak kenderaan dihasilkan. Contohnya, kereta api dapat membawa penumpang ke sesuatu destinasi dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.

           Selain itu, dalam bidang perubatan, mikroskop dan sinar-X dapat mengesan penyakit pada peringkat awal. Ciptaan-ciptaan ini dapat membantu pakar-pakar perubatan menjalankan pembedahan dengan lebih selamat.

          Kesimpulannya, ciptaan sains dan teknologi moden sememangnya berfaedah kepada kita. Oleh itu, kita harus memanfaatkan ciptaan ini untuk kehidupan yang lebih selesa.




    21: Minda Inovatif - A

    Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

    Trak pelbagai guna ini dicipta oleh Encik Wagiman Dulahabedi. Encik Wagiman ialah peladang kelapa sawit di Ayer Hitam, Johor.

    Encik Wagiman mencipta trak ini dengan menggunakan barangan terpakai. Beliau menggunakan barang-barang seperti enjin skuter, kerusi plastik dan rim tayar lori lama serta kotak gear terpakai. Trak ini turut dilengkapi gerabak yang mampu menampung beban yang berat sehingga empat tan. Trak ini sesuai juga digunakan di atas tanah gambut.

    Trak ini amat berguna kepada peladang kecil dan sederhana. Trak ini digunakan untuk mengangkut muatan seperti kelapa sawit, kayu, padi dan nanas. Selain itu, trak ini boleh digunakan untuk membelah kayu, mengepam air dan berfungsi sebagai kren.

    Trak Pelbagai Guna

    Nama pencipta

    1. Encik Wagiman Dulahabedi

    Maklumat tentang pencipta

    2. Seorang peladang kelapa sawit di Ayer Hitam, Johor

    Keistimewaan trak

    3. Dicipta menggunakan barangan terpakai seperti enjin skuter, kerusi plastik dan rim tayar lori lama serta kotak gear terpakai

    4. Dilengkapi gerabak yang mampu menampung beban yang berat sehingga empat tan

    5. Sesuai digunakan di atas tanah gambut

    Kegunaan trak

    6. Digunakan untuk mengangkut muatan seperti kelapa sawit, kayu, padi dan nanas

    7. Digunakan untuk membelah kayu, mengepam air dan berfungsi sebagai kren

    21: Minda Inovatif - B

    Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

                Yuvika Mahaganapathy, Kailesh Saravanan dan Kavisha Nagarajan ialah murid SJK (T) Taman Melawati, Kuala Lumpur. Mereka telah mencipta “My Soil, My Plant”, iaitu ciptaan yang amat berguna dalam bidang pertanian. Alat ini dapat membantu pengguna mengenal pasti tanaman yang paling sesuai ditanam mengikut jenis tanah yang terdapat di sesuatu kawasan.

                Yuvika dan rakan-rakannya mengambil masa lima bulan untuk menghasilkan ciptaan tersebut. Ciptaan mereka telah berjaya memenangi pelbagai anugerah pada peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, mereka berjaya menggondol Anugerah Emas dan Anugerah Khas Platinum 2020 di Ekspo Inovasi dan Perdagangan, London. Dalam pertandingan itu, mereka telah menewaskan 400 orang peserta dari 27 buah negara yang mengambil bahagian.  

     

    1.

    Apakah nama ciptaan yang disebut di atas?

    Nama ciptaan yang disebut di atas ialah “My Soil, My Plant”.

    2.

    Siapakah yang terlibat dalam ciptaan tersebut?

    Yuvika Mahaganapathy, Kailesh Saravanan dan Kavisha Nagarajan terlibat dalam ciptaan tersebut.

    3.

    Nyatakan fungsi ciptaan tersebut.

    Fungsi alat ini ialah membantu pengguna mengenal pasti tanaman yang paling sesuai ditanam mengikut jenis tanah yang terdapat di sesuatu kawasan.

    4.

    Berapa lama masa yang mereka ambil untuk menghasilkan ciptaan tersebut?

    Mereka mengambil masa lima bulan untuk menghasilkan ciptaan tersebut.

    5.

    Apakah anugerah yang mereka menangi? 

    Mereka memenangi Anugerah Emas dan Anugerah Khas Platinum 2020 di Ekspo Inovasi dan Perdagangan, London.

    No comments:

    Post a Comment

    Cambridge Mathematics Year 8