Wednesday, November 15, 2023

2023-11-15(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【Unit 19】

 

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 五年级(S5)19: Perniagaan Sumber Rezeki - A - Lengkapkan perbualan.
  2. 五年级(S5)19: Perniagaan Sumber Rezeki - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  3. 五年级(S5)19: Perniagaan Sumber Rezeki - C - Nyatakan respons berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat.
    1. __________. 
    2. Perniagaan secara dalam talian berisiko rendah berbanding dengan perniagaan biasa kerana __________. 
    3. Ya/Tidak, saya akan/tidak akan memilih untuk berniaga secara dalam talian kerana __________. [risiko rendah - menikmati kebebasan - tempat kerja]
  4. 五年级(S5)19: Perniagaan Sumber Rezeki - D - Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  5. 五年级(S5)19: Perniagaan Sumber Rezeki - E - Tulis ayat perintah berdasarkan situasi yang diberi.




Kebaikan dan keburukan perniagaan dalam talian


Perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa ini. Namun, terdapat kebaikan dan keburukan urus niaga melalui (1)sistem elektronik.

 

Antara kebaikan perniagaan dalam talian termasuklah dapat (2)memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Urus niaga dapat dijalankan dengan mudahnya pada setiap masa dan di mana-mana sahaja. Contoh, urus niaga ini boleh dibuat walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan (3)mengakses Internet.

 

Selain itu, perniagaan dalam talian juga dapat (4)menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Pengguna hanya perlu (5)memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan secara dalam talian. Pengguna hanya perlu (6)menunggu barang tersebut sampai di hadapan rumah.

 

Perniagaan dalam talian juga (7)mempunyai keburukannya. Antaranya, termasuklah berlaku (8)penyelewengan dalam urus niaga ini. Perkara ini berlaku kerana pengguna mungkin (9)ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali.

 

Di samping itu, akses Internet yang (10)lambat di sesetengah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses Internet ataupun (11)e-dagang.

 

Kesimpulannya, perniagaan dalam talian dapat memberikan kebaikan jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Perniagaan dalam talian dapat memudahkan urus niaga bukan sahaja untuk (12)pelanggan malahan kepada peniaga sendiri.

 

menjimatkan

mempunyai

penyelewengan

sistem elektronik

menunggu

ditipu

lambat

memudahkan

memesan

pelanggan

e-dagang

mengakses

 


19: Perniagaan Sumber Rezeki - A

Lengkapkan perbualan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Azlan, Yik Yew dan Muthu ialah ahli Persatuan Bahasa Melayu. Mereka ingin menyertai aktiviti jualan pada Hari Usahawan peringkat sekolah mereka. Mereka berbincang tentang menu yang ingin dijual pada hari tersebut.

 

P

modal yang diperlukan tidak banyak. Cara penyediaannya tidaklah sukar. Harga sirap bandung lebih murah daripada kek cawan. Tentu ramai yang membeli nanti.

Q

modal yang diperlukan hanya sedikit. Lagipun, cuaca sekarang panas. Pasti air menjadi pilihan pengunjung.

R

Saya setuju, Azlan.

S

berbincang untuk mengadakan aktiviti jualan pada Hari Usahawan hujung bulan ini untuk tabung kelas.

T

bersepakat untuk menjual sirap bandung pada Hari Usahawan nanti.

U

menjual kek cawan. Walaupun modalnya agak besar tetapi kita hanya perlu menempah kek cawan tersebut dan menjualnya.

(Hanya menjawab soalan dengan P / Q / R / S / T / U)

 

Azlan

:

Selamat petang, kawan-kawan. Di sekolah tadi kita telah (a)S.

Yik Yew

:

Setelah mendengar cadangan beberapa orang kawan kita tadi, saya berpendapat lebih baik kita (b)U.

Muthu

:

Pendapat kamu bagus, Yik Yew. Tetapi pendapat saya pula, kita patut menjual air sirap bandung sahaja. Hal ini kerana, (c)Q.

Azlan

:

Kamu berdua mempunyai pendapat tersendiri.Saya rasa kita patut menjual air sirap bandung (d)P.

Yik Yew

:

(e)R.

Muthu

:

Baiklah, kawan-kawan. Akhirnya, kita (f)T.



19: Perniagaan Sumber Rezeki - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Format latihan: Tiada sistem pemarkahan, contoh jawapan diberikan.

Perniagaan secara dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa ini. Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan boleh dijalankan dengan modal yang rendah. Peniaga juga dapat mengurus sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah pekerja.

 

          Perniagaan secara dalam talian berisiko rendah berbanding dengan perniagaan biasa. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli atau menyewa aset seperti bangunan, peralatan, dan kelengkapan-kelengkapan lain. Peniaga juga dapat menikmati kebebasan masa dan tempat bekerja. Mereka hanya perlu mengawal segala urus niaga melalui komputer riba atau telefon pintar dari mana-mana tempat seperti di rumah, di restoran, atau dalam perjalanan dengan syarat mempunyai akses Internet.

 

          Perniagaan secara dalam talian menjadi pilihan pelanggan kerana mereka tidak perlu meninggalkan rumah untuk membeli sesuatu barang. Mereka hanya perlu menempah dan menunggu barang sampai ke rumah. Pelanggan bagi perniagaan dalam talian juga tidak terhad di kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh dunia.

1.

Perniagaan secara dalam talian amat popular dan digemari oleh _______________.

masyarakat pada masa ini.
2.

Mengapakah perniagaan secara dalam talian berisiko rendah berbanding dengan perniagaan biasa?

Perniagaan secara dalam talian berisiko rendah berbanding dengan perniagaan biasa kerana peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli atau menyewa aset seperti bangunan, peralatan, dan kelengkapan-kelengkapan lain.

Tanda (✓) pada jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Format latihan: Tanda ()

Pilih BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah. (Soalan 3 & Soalan 4)

3.

Pelanggan tidak perlu meninggalkan rumah untuk membeli sesuatu barang jika memilih perniagaan secara dalam talian.

BETUL
SALAH

Jawapan:BETUL
4.

Peniaga dalam talian tidak dapat mengurus sendiri perniagaan dan perlu mengupah pekerja.

BETUL
SALAH

Jawapan:SALAH

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

5.

Jika kamu hendak berniaga, adakah kamu akan memilih untuk berniaga secara dalam talian?Mengapa?

Ya, saya akan memilih untuk berniaga secara dalam talian kerana perniagaan ini berisiko rendah dan saya dapat menikmati kebebasan masa dan tempat bekerja.

19: Perniagaan Sumber Rezeki - C

Nyatakan respons berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Kita mestilah sentiasa menabung untuk masa depan yang baik.

Kita mestilah sentiasa membantu ibu bapa sebagai tanda menghargai jasa mereka.

Kita hendaklah berdikari mencari wang untuk meringankan beban ibu bapa.

Kita perlulah menjual makanan yang berkualiti agar digemari oleh pelanggan.

Kita mestilah menjalin hubungan baik dengan jiran dan menghulurkan bantuan saat diperlukan.

Kita hendaklah hidup berdikari tanpa mengharap belas kasihan orang lain.

 

Maklumat Tersurat

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Mak Kiah berniaga nasi lemak di hadapan rumahnya.

Maklumat Tersirat

Dia ingin mencari rezeki bagi meneruskan hidupnya.

1.

Respons:

Kita hendaklah hidup berdikari tanpa mengharap belas kasihan orang lain.

 

Maklumat Tersurat

Jualan Pak Din sentiasa habis kerana pelanggan menyukai nasi lemak dan kuih-muih yang dijualnya.

Maklumat Tersirat

Nasi lemak dan kuih-muih yang dijual oleh Pak Din sedap.

2.

Respons:

Kita perlulah menjual makanan yang berkualiti agar digemari oleh pelanggan.

 

Maklumat Tersurat

Jane telah membantu Puan Anis mempromosikan nasi lemak yang dijualnya kepada penduduk di sekitar kediaman mereka.

Maklumat Tersirat

Jane merupakan jiran Puan Anis yang baik.

3.

Respons:

Kita mestilah menjalin hubungan baik dengan jiran dan menghulurkan bantuan saat diperlukan.

 

Maklumat Tersurat

Kai Seng membantu ibu dan bapanya menjual hasil tanaman di pasar tani.

Maklumat Tersirat

Dia ingin meringankan beban ibu bapanya.

4.

Respons:Kita mestilah sentiasa membantu ibu bapa sebagai tanda menghargai jasa mereka.

 

Maklumat Tersurat

Zahid membuat kraf tangan dengan bahan-bahan kitar semula untuk dijual.

Maklumat Tersirat

Dia ingin menambahkan wang sakunya.

5.

Respons:

Kita hendaklah berdikari mencari wang untuk meringankan beban ibu bapa.

 

Maklumat Tersurat

Tasya menyimpan wang hasil jualan itu di bank.

Maklumat Tersirat

Dia memikirkan masa depannya.

6.

Respons:

Kita mestilah sentiasa menabung untuk masa depan yang baik.

19: Perniagaan Sumber Rezeki - D

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Bapa Anson seorang pekerja penghantar barang. Adik-beradik Anson seramai lima orang. Ibu Anson merupakan suri rumah. Oleh kerana pendapatan mereka sekeluarga rendah, pihak kerajaan melalui pihak sekolah memberi bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada Anson. Anson dan keluarga sangat bersyukur atas bantuan tersebut.

 

          Bagi menampung keperluan keluarga, bapa Anson berusaha menambah pendapatan. Pada sebelah malam, bapa Anson membuka gerai burger di hadapan rumah mereka. Penduduk di kawasan perumahan Anson suka membeli burger yang dijual oleh bapanya. Hal ini demikian kerana kelazatan burger yang dijual dan ada perkhidmatan panghantaran disediakan kepada jiran yang membeli burger. Tugas penghantaran ini dibuat oleh Anson tanpa mengenakan upah.

 

          Bapa Anson turut menjual burger di pasar malam berhampiran kawasan perumahan mereka pada hujung minggu. Jualan yang laris menyebabkan pendapatan keluarga mereka semakin bertambah. Anson berazam untuk menumpukan perhatian pada pelajaran dan membantu bapanya berniaga. Anson bercita-cita menjadi peniaga yang berjaya dan dapat mengembangkan perniagaan burger bapanya. Dia juga berharap dapat menjadi usahawan yang berjaya seperti Ramly Burger.

1.

Berapa orangkah adik-beradik Anson?

A.
Enam
B.
Lima
C.
Empat
D.
Tiga

Jawapan:

B. Lima
2.

Apakah yang dilakukan oleh bapa Anson bagi menambah pendapatannya?

A.
Bapa Anson membuka gerai burger di hadapan rumah mereka pada waktu malam.
B.
Bapa Anson memohon Rancangan Makanan Tambahan untuk anak-anaknya.
C.
Bapa Anson meminta Bantuan Awal Persekolahan daripada kerajaan.
D.
Bapa Anson menjalankan perniagaan bersama-sama Ramly Burger.

Jawapan:

A. Bapa Anson membuka gerai burger di hadapan rumah mereka pada waktu malam.
3.

Mengapakah burger yang dijual oleh bapa Anson laris?

A.
Harga burger yang dijual amat murah.
B.
Bapa Anson berniaga pada setiap malam.
C.
Bapa Anson menggunakan daging burger Ramly.
D.
Burger bapa Anson sangat sedap dan ada perkhidmatan penghantaran.

Jawapan:

D. Burger bapa Anson sangat sedap dan ada perkhidmatan penghantaran.
4.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Ibu merupakan seorang pekerja penghantar barang.
B.
Bapa Anson membuka gerai burger di belakang rumahnya.
C.
Tugas penghantaran dibuat oleh Anson tanpa mengenakan upah.
D.
Jualan yang laris menyebabkan pendapatan keluarga semakin berkurang.

Jawapan:

C. Tugas penghantaran dibuat oleh Anson tanpa mengenakan upah.
5.

Apakah maksud bersyukur dalam petikan?

A.
Bersantai
B.
Bersenang
C.
Bergembira
D.
Berterima kasih

Jawapan:

D. Berterima kasih

19: Perniagaan Sumber Rezeki - E

Tulis ayat perintah berdasarkan situasi yang diberi.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Silalah duduk.

Tolong kuncikan pintu.

Tolong bersihkan kelas.

Jemputlah minum jus oren ini.

Jangan buat bising di dalam perpustakaan.

Sila tumpukan perhatian ketika saya mengajar.

 

1.

Cikgu Yee menyuruh kami membersihkan kelas.

Tolong bersihkan kelas.

 

2.

Ahmad menjemput kawan-kawannya minum jus oren yang dibuatnya.

Jemputlah minum jus oren ini.

 

3.

Bapa menyuruh adik mengunci pintu.

Tolong kuncikan pintu.

 

4.

Cikgu Lim meminta murid-muridnya menumpukan perhatian ketika beliau mengajar.

Sila tumpukan perhatian ketika saya mengajar.

 

5.

Cikgu Amran melarang murid berbuat bising di dalam perpustakaan.

Jangan buat bising di dalam perpustakaan.

 

6.

Puan Zila mempersilakan tetamunya duduk.

Silalah duduk.

19: Perniagaan Sumber Rezeki - F

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa lapang.
Berikan pendapat kamu tentang kebaikan dan keburukan perniagaan dalam talian.

Pendahuluan

perniagaan dalam talian- popular – kelebihan dan keburukan – sistem elektronik ini

Isi-isi Penting

(1) memudahkan – mempercepatkan urus niaga – setiap masa – di mana-mana – di rumah – kemudahan mengakses Internet

(2) menjimatkan masa dan tenaga – memesan barangan – dalam talian – menunggu barang – hadapan pintu

(3) keburukan – penyelewengan – urus niaga – pengguna ditipu – barang – tidak wujud

(4) akses Internet – lambat – sukar membuat tempahan – pembelian – barang- tidak sampai – pengguna tidak berminat

Penutup

perniagaan dalam talian – kebaikan – jika dimanfaatkan- memudahkan urus niaga- pelanggan - peniaga


Jawapan:

Perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa ini. Namun, terdapat kebaikan dan keburukan urus niaga melalui system elektronik.

     Antara kebaikan perniagaan dalam talian termasuklah dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Urus niaga dapat dijalankan dengan mudahnya pada setiap masa dan di mana-mana sahaja. Contoh, urus niaga ini boleh dibuat walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses Internet.

     Selain itu, perniagaan dalam talian juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan secara dalam talian. Pengguna hanya perlu menunggu barang tersebut sampai di hadapan rumah.

     Perniagaan dalam talian juga mempunyai keburukannya. Antaranya, termasuklah berlaku penyelewengan dalam urus niaga ini. Perkara ini berlaku kerana pengguna mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali.

     Di samping itu, akses Internet yang lambat di sesetengah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses Internet ataupun e-dagang.

     Kesimpulannya, perniagaan dalam talian dapat memberikan kebaikan jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Perniagaan dalam talian dapat memudahkan urus niaga bukan sahaja untuk pelanggan malahan kepada peniaga sendiri.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8