Wednesday, November 8, 2023

2023-11-08(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【Unit 18】

 

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - C - Edit dan murnikan perenggan di bawah. Kemudian salin semula perenggan yang betul.
  2. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - D - Ulasan. (Peta Alir: langkah-langkah bertani) 
  3. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - E - Lengkapkan dialog di bawah dengan ayat seruan yang betul.
  4. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - F - Tulis BETUL atau SALAH pada ayat seruan di bawah.
  5. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - G - Jawab soalan berpandukan petikan.
    1. 马来西亚农业研究发展局简称
    2. 被成立
    3. 虽然如此
    4. 运作
    5. 产生;引起
    6. 晋升;促进;提倡
    7. 工业
    8. 研究;调查
    9. 使完善;发展
    10. 服务
    11. 专家;内行
    12. (动物﹑植物)种;种植
    13. 家禽;家畜;牲口
    14. 证明
    15. 协助;支持
  6. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - H - Karangan. (Lawatan sambil Belajar ke Kilang Kerepek) 


Rangka Karangan

R1: Pengenalan Tajuk
- pada - bersamaan hari - menganjurkan - lawatan - 
- seramai ahli - guru pengiring - menyertai lawatan - 


R2: Berkumpul dan bertolak
- pagi - berkumpul - 
- mengambil kedatangan - bertolak - menaiki - 


R3: Tiba di destinasi
- tiba - destinasi - 
- disambut - pengurus/pemilik - tangan terbuka - 
- memberi taklimat - sejarah / SOP - 


R4: Melawat
- mula-mula - dibawa - melihat - bahagian mencuci - menghiris - 
- pekerja - menggunakan mesin - 
- kemudian - bahagian menggoreng - 
- minyak panas - kuali - 
- bahagian pembungkusan - 
- membungkus kerepek - siap digoreng - 


R5: Membeli & balik
- sebelum pulang - membeli - kedai - 
- bergambar - kenangan - 
- berasa gembira - seronok - menimba ilmu pengetahuan -


18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - C

Edit dan murnikan perenggan di bawah. Kemudian salin semula perenggan yang betul.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Teknoloji moden memainkan peranan penting dalam sector pertanian dan penternakan. Antaranya: termasuklah mesin yang menggunakan untuk diolah tanah, menanam benih, mangairi, dan menanam tanaman. Selain itu teknologi juga merangkumi teknologi kursus dalam melindungi tanaman daripada perosak haiwan dan rumpai, menuai hasil tanaman, pelihara ternakan atau berbungkus produk secara pukal.

Jawapan:

     Teknologimoden memainkan peranan penting dalam sektorpertanian dan penternakan. Antaranya,termasuklah mesin yang digunakanuntuk mengolahtanah, menanam benih, mengairi, dan menanam tanaman. Selain itu,teknologi juga merangkumi teknologi khususdalam melindungi tanaman daripada haiwan perosak dan rumpai, menuai hasil tanaman, memelihara ternakan atau membungkusproduk secara pukal.


18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - D

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Peta Alir di bawah menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang ingin bertani.

1.

Tulis ulasan tentang langkah-langkah tersebut dalam bentuk perenggan.

Jawapan:

Sebelum memulakan aktiviti bertani, kita perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai teknik dan langkah penanamannya.

     Antara langkah-langkahnya ialah memulakan dengan membuat batas. Kemudian, kita bolehlah menyemai benih sayur di tapak semaian. Selepas itu, kita perlu memindahkan anak pokok di batas yang telah dibuat. Anak pokok yang ditanam perlu mempunyai jarak. Kita hendaklah menyiram pokok yang ditanam supaya dapat tumbuh dengan subur. Pembajaan yang sistematik dapat meningkatkan hasil pengeluaran. Akhir sekali, kita bolehlah memetik hasil sayuran yang telah matang.

     Kesimpulannya, aktiviti bertani boleh mendatangkan hasil yang lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.


18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - E

Lengkapkan dialog di bawah dengan ayat seruan yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Aduh, sakitnya!

Nah, ambil sapu tangan ini!

Aduhai, Arman jangan terburu-buru!

Eh, Raju! Bilakah kamu sampai di kampung?

Tahniah, ayah kamu memang hebat!

Amboi, segaknya kamu! Kamu hendak ke mana?

 

Arman

:

1(a)Eh, Raju! Bilakah kamu sampai di kampung?.

Raju

:

Saya sampai petang semalam. 2(b)Amboi, segaknya kamu! Kamu hendak ke mana?.

Arman

:

Saya hendak ke dewan. Di sana sedang berlangsung Majlis Anugerah Penternak Jaya. Ayah saya salah seorang penerima hadiah.

Raju

:

3(c)Tahniah, ayah kamu memang hebat!. Bolehkah saya ikut kamu?

Arman

:

Boleh. Jom kita pergi. Saya sudah terlambat.

Raju

:

4(d)Aduhai, Arman jangan terburu-buru!. Terjatuh kamu nanti.

(Tiba-tiba, Arman terjatuh kerana tersepak batu di tepi jalan.)

Arman

:

5(e)Aduh, sakitnya!.

Raju

:

Arman, kamu tidak apa-apa?

Arman

:

Nasib baik saya tidak apa-apa. Cuma tangan saya terkena batu kecil.

Raju

:

6(f)Nah, ambil sapu tangan ini! Sapu pasir pada tangan kamu. Selepas ini lebih baik kita berjalan dengan berhati-hati.

(Selepas itu, mereka menuju ke dewan dengan berhati-hati)

18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - F

Tulis BETUL atau SALAH pada ayat seruan di bawah.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Aduhai, lebatnya pokok anggur ini berbuah!SALAH

2.

Nah, ambillah buah durian ini dan berikan kepada ibu kamu!BETUL

3.

Wah, sakitnya kaki saya!SALAH

4.

Oh, rupa-rupanya kamu yang mengusahakan kebun pisang tanduk ini!BETUL

5.

Eh, indah sungguh pemandangan di pantai ini!SALAH

6.

Wahai anak-anakku, dengarlah nasihat ibumu!BETUL

7.

Syabas, bisanya sengatan ikan keli ini!

SALAH

8.

Tahniah, kamu telah berjaya bergelar usahawan!BETUL

9.

Eh, di sini kamu rupanya!BETUL

10.

Aduhai, pasti hasil tuaian padi di sawah aku menjadi pada tahun ini.SALAH

18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - G

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Institut Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan pada 28 Oktober 1969. Namun begitu, MARDI mula beroperasi pada tahun 1971. MARDi ditubuhkan untuk menjanakan dan mempromosikan teknologi baharu, wajar, dan efisien untuk kemajuan industri makanan, pertanian, dan industri asas tani.

 

          Antara peranan MARDI termasuklah menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial. Mardi memberikan pelbagai latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Selain itu, MARDI menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Usaha penyelidikan MARDI telah menghasilkan pelbagai jenis klon tanaman baharu dan baka ternakan baharu.

 

          Petani dan usahawan yang menggunakan teknologi MARDI telah berjaya memajukan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Perkara ini membuktikan bahawa sektor pertanian banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

1.

Bilakah MARDI ditubuhkan?

A.
1960
B.
1969
C.
1971
D.
1979

Jawapan:

B. 1969
2.

Mengapakah MARDi ditubuhkan?

A.
Menyediakan kemudahan kepada para petani untuk memasarkan produk mereka.
B.
Menyalurkan bantuan kecil dari segi alatan pertanian dan kewangan kepada pekebun.
C.
Menjanakan dan mempromosikan teknologi baharu,wajar, dan efisien untuk kemajuan industri makanan, pertanian, dan industri asas tani.
D.
Menganjurkan ekspo dan pameran yang berkaitan dengan pertanian bagi menarik minat masyarakat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Jawapan:

C. Menjanakan dan mempromosikan teknologi baharu,wajar, dan efisien untuk kemajuan industri makanan, pertanian, dan industri asas tani.
3.

MARDI menjalankan penyelidikan dari segi _____.

A.
sains
B.
teknologi
C.
perubatan
D.
pendidikan

Jawapan:

A. sains
4.

Maksud perkataan efisien dalam petikan ialah ______.

A.
rajin
B.
maju
C.
gigih
D.
cekap

Jawapan:

D. cekap
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang MARDI.

A.
MARDI beroperasi pada bulan Oktober 1971.
B.
Pelbagai baka ternakan baharu dapat dihasilkan oleh MARDI.
C.
Semua petani dan usahawan menggunakan teknologi MARDI.
D.
MARDI hanya memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan.

Jawapan:

B. Pelbagai baka ternakan baharu dapat dihasilkan oleh MARDI.

18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - H

Karangan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Poster menunjukkan program Lawatan sambil Belajar ke Kilang Kerepek.
Berdasarkan poster, tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu menyertai lawatan tersebut. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.

Jawapan:

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyertai lawatan sambil belajar ke kilang kerepek. Sebanyak 35 orang murid dan lima orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.

       Kami bertolak dari sekolah ke kilang kerepek pada pukul 8:00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh pemilik kilang sendiri, iaitu Puan Salmah. Beliau memberikan penerangan tentang kilang kerepek beliau.

       Kemudian, kami dibawa melawat ke bahagian membersihkan dan menghiris pisang, keladi, ubi kayu dan sukun. Di situ, kami dapat melihat cara-cara mengupas dan menghiris dengan menggunakan mesin. Mesin yang terdapat di kilang itu menggunakan teknologi tinggi.

       Selepas itu, kami melihat proses menggoreng kerepek di dalam sebuah kuali besar. Kami juga berpeluang untuk membungkus kerepek-kerepek yang telah siap digoreng. Kerepek-kerepek yang dihasilkan di kilang itu dipasarkan ke seluruh Malaysia.

       Setelah beberapa jam berada di kilang itu, kami pun berangkat pulang. Pelbagai manfaat yang kami peroleh daripada lawatan tersebut. Melalui lawatan ini, kami dapat melihat proses penghasilan kerepek dengan lebih dekat. Kami juga mendapat dua bungkus kerepek sebagai tanda mata.

No comments:

Post a Comment

Cambridge Mathematics Year 8