Buku Teks - Semakan 👉
- 六年级(S6)19: Sains Dalam Kehidupan - G - Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
- 六年级(S6)20: Teknologi Hari Ini - A - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
- 六年级(S6)20: Teknologi Hari Ini - B - Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
- 六年级(S6)20: Teknologi Hari Ini - C - Tentukan sama ada ayat di bawah ialah ayat aktif transitif atau ayat aktif tak transitif. Letakkan (✓) pada jawapan yang betul.
- 六年级(S6)20: Teknologi Hari Ini - D - Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
Kepentingan Komputer Kepada Murid-murid
Pada masa kini, komputer merupakan alat penting yang (1)kerap digunakan di kebanyakan sekolah di negara kita. Terdapat pelbagai kepentingan komputer kepada murid-murid.
Antara kepentingan komputer kepada murid-murid ialah murid-murid boleh (2)meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan internet. Murid-murid dapat (3)mencari maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian, ia dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran dan (4)meningkatkan prestasi akademik mereka.
Seterusnya, penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat (5)menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran. Komputer, dengan konsep (6)multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan berasa seronok dan ingin (7)melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.
Selain itu, komputer juga (8)memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja (9)penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam (10)pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas.
Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan komputer dengan (11)sebaik mungkin kerana ia memberikan banyak manfaat kepada kita. Guru-guru dan murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang (12)berkesan dalam pembelajaran.
19: Sains Dalam Kehidupan - G
Susun perkataan untuk membentuk ayat yang betul.
19: Sains Dalam Kehidupan - H
Tulis karangan.
Jawapan:
Pada masa kini, komputer merupakan alat penting yang kerap digunakan di kebanyakan sekolah di negara kita. Terdapat pelbagai kepentingan komputer kepada murid-murid.
Antara kepentingan komputer kepada murid-murid ialah murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian, ia dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran dan meningkatkan prestasi akademik mereka.
Seterusnya, penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran. Komputer, dengan konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.
Selain itu, komputer juga memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas.
Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan komputer dengan sebaik mungkin kerana ia memberikan banyak manfaat kepada kita. Guru-guru dan murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran.
20: Teknologi Hari Ini - A
Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
20: Teknologi Hari Ini - B
Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.
20: Teknologi Hari Ini - C
Tentukan sama ada ayat di bawah ialah ayat aktif transitif atau ayat aktif tak transitif. Letakkan (✓) pada jawapan yang betul.
20: Teknologi Hari Ini - D
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
No comments:
Post a Comment