Wednesday, November 1, 2023

2023-11-01(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【Unit 17 & 18】

 

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - E - Bina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
  2. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - F - Karangan (cara untuk berbudi kepada tanah) 
    1. digalakkan untuk menceburi bidang pertanian - kebaikan 
    2. mengisi masa lapang
    3. menyihatkan badan
    4. menambah pendapatan keluarga
    5. menghijaukan alam sekitar
    6. hobi - manfaat - peroleh
  3. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - G - Jawab soalan berpandukan petikan.
  4. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - H - Ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
  5. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - A - Fahami maklumat di bawah dan beri respons berkaitan nanas MD-2.
  6. 五年级(S5)18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - B - Teliti jadual di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


17: Produk Pertanian dan Penternakan - E

Bina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

a) Sandra penjual kacang tanah.

b) Julia penjual kacang tanah.

Puan Sandra dan Puan Julia penjual kacang tanah.

2.

a) Puan Cindy berniaga kuih-muih di pasar.

b) Adik berniaga kuih-muih di pasar.

Anak Puan Cindy dan adik perempuannya berniaga kuih-muih di pasar.

3.

a) Peniaga itu mengangkat guni berisi beras.

b) Peniaga itu meletakkan guni berisi beras di stor.

Peniaga lelaki itu mengangkat guni berisi beras, kemudian meletakkan guni berisi beras di stor.

4.

a) Pekerja itu menghantar kelapa muda di pasar.

b) Pekerja itu menunggang motosikal.

Pekerja itu menghantar kelapa muda dengan menunggang motosikal baharu.

5.

a) Encik Wong menjual tempoyak.

b) Encik Wong menjual durian.

Encik Wong menjual tempoyak dan durian kampung.

6.

a) Puan Tina membungkus kerepek pisang.

b) Puan Tina memasukkan kerepek pisang ke dalam kotak.

Puan Tina sedang membungkus kerepek ubi, kemudian memasukkan kerepek ubi ke dalam kotak berwarna coklat.

17: Produk Pertanian dan Penternakan - F

Karangan

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

BERBUDI KEPADA TANAH

Sebidang tanah

Tidak dibiarkan gersang

Pokok buah-buahan disemai

Pokok sayur-sayuran ditanam

Tumbuh subur dijaga dengan rapinya

Tiba waktunya

Buah-buahan masak ranum

Sayur-sayuran segar sekali

Dipetik petani sambil tersenyum

Hati gembira wajah ceria

Puisi di atas menggambarkan cara untuk berbudi kepada tanah.

Berdasarkan puisi tersebut, tulis karangan tentang kebaikan bertani.

Kita digalakkan untuk menceburi bidang pertanian. Kita boleh bertani di kebun atau di belakang rumah. Aktiviti bertani banyak memberikan kebaikan kepada kita.

  Antaranya, kita dapat mengisi masa lapang. Kita akan terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak. Dengan bertani, masa kita tidak akan terbuang dengan begitu sahaja.

    Selain itu, bertani juga dapat menyihatkan badan. Ketika bertani, toksin dalam badan kita akan keluar melalui peluh. Sistem peredaran darah juga akan menjadi lancar. Justeru, kita akan berasa lebih sihat dan segar.

   Di samping itu, bertani juga dapat menambah pendapatan keluarga. Hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dijual di pasar tani. Kita akan mendapat wang hasil jualan sayur-sayuran dan buah-buahan itu.

     Seterusnya, bertani juga dapat menghijaukan alam sekitar. Pokok yang ditanam dapat menyerap karbon dioksida. Udara di sekeliling kita menjadi nyaman. Kita dapat menghirup udara segar.

    Kesimpulannya, kita perlu menjadikan aktiviti bertani sebagai hobi. Hal ini demikian kerana banyak manfaat yang kita peroleh apabila bertani.

17: Produk Pertanian dan Penternakan - G

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Buah durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata L bukanlah daripada kategori pokok durian. Namun, buah durian belanda ini dinamai sedemikian kerana buah ini mempunyai duri lembut pada kulitnya. Buah yang berduri ini mempunyai isi putih dan biji coklat bersaiz sederhana besar dengan keunikan rasa yang tersendiri.

      Dalam kalangan masyarakat Melayu, buah durian belanda juga dikenali sebagai Seri kaya Belanda dan Nona Belanda. Di Filipina, buah durian belanda dikenali sebagai ‘Goyabrano atau Gunabano’. Di Indonesia, buah durian belanda dikenali sebagai ‘Sirsak”, manakala di Vietnam dipanggil ‘Mak Khieb Thet, Mang Chiem, Tiep Parang’.

     Menurut kajian, khasiat buah durian belanda dipercayai 200 kali ganda lebih efektif daripada kemoterapi dan dilaporkan boleh membunuh sel kanser payudara. Khasiat buah durian belanda boleh diperoleh dengan dimakan segar ataupun dibuat jus.

     Malahan, buah durian belanda juga menjadi penawar kepada masalah migrain yang berlaku disebabkan terdapatnya kandungan bahan kimia seperti serotonin yang berupaya untuk mengecilkan saluran darah. Selain itu, durian belanda juga sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporosis.

     Kini, buah durian belanda telah ditanam secara komersial dan meluas di Asia untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan minuman. Jus durian belanda sangat digemari oleh mereka yang mengamalkan penjagaan kesihatan.

 

1.

Nama saintifik bagi buah durian belanda ialah

A.
Annona L Muricata
B.
Muricata L Annona
C.
Annona muricata L
D.
L muricata Annona

Jawapan:

C. Annona muricata L
2.

Perkataan durian belanda mempunyai maksud yang sama dengan perkataan di bawah, kecuali

A.
Sirsak.
B.
Gunabano.
C.
Tiep Parang.
D.
Seri Belanda.

Jawapan:

D. Seri Belanda.
3.

Bagaimanakah cara kita boleh mendapat manfaat daripada buah durian belanda?

A.
Dimakan segar atau dibuat jus
B.
Buahnya yang masih muda dijadikan salad
C.
Dimasak sebagai sup dalam menu tengah hari
D.
Dikeringkan buahnya dan dimakan sebagai snek

Jawapan:

A. Dimakan segar atau dibuat jus
4.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Buah durian belanda dijadikan produk kosmetik yang digemari oleh kaum wanita.
B.
Buah durian belanda menjadi penawar kepada penyakit kanser dan masalah migrain.
C.
Buah durian belanda ini mempunyai duri keras pada kulitnya sama seperti kulit durian.
D.
Tanaman pokok buah durian belanda ditanam secara kecil-kecilan di halaman rumah di Asia.

Jawapan:

B. Buah durian belanda menjadi penawar kepada penyakit kanser dan masalah migrain.
5.

Rangkai kata lebih efektif dalam petikan bermaksud

A.
sangat baik.
B.
sangat terkenal.
C.
sangat berkesan.
D.
sangat bermanfaat.

Jawapan:

C. sangat berkesan.

17: Produk Pertanian dan Penternakan - H

Ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Soalan 1 - 4

Pilih ayat majmuk dengan peluasan subjek.

1.
A.
Encik Gan pengusaha ikan patin dalam sangkar.
B.
Encik Halim pengusaha ikan patin dalam sangkar.
C.
Encik Gan dan Encik Halim pengusaha ikan patin dalam sangkar.
D.
Encik Gan dan Encik Halim pengusaha ikan patin dalam sangkar terkenal.

Jawapan:

C. Encik Gan dan Encik Halim pengusaha ikan patin dalam sangkar.
2.
A.
Pemandu itu memandu dengan laju untuk menghantar barang.
B.
Pemandu lori itu memandu dengan laju untuk menghantar barang.
C.
Pemandu lori itu memandu dengan laju untuk menghantar barang pelanggan.
D.
Pemandu lori itu memandu dengan laju untuk menghantar barang pelanggan semalam.

Jawapan:

B. Pemandu lori itu memandu dengan laju untuk menghantar barang.
3.
A.
Pekerja itu mengambil roti lalu memasukkannya ke dalam plastik pembungkus lut sinar.
B.
Pekerja wanita itu mengambil roti lalu memasukkannya ke dalam plastik pembungkus.
C.
Pekerja wanita itu mengambil roti lalu memasukkannya ke dalam plastik.
D.
Pekerja itu mengambil roti lalu memasukkannya ke dalam plastik.

Jawapan:

C. Pekerja wanita itu mengambil roti lalu memasukkannya ke dalam plastik.
4.
A.
Adik Damia dan adik Mei Ling makan jagung sambil berbual-bual.
B.
Damia dan Mei Ling makan jagung sambil berbual kosong.
C.
Adik Damia sedang makan jagung sambil membaca buku.
D.
Mei Ling makan jagung rebus sambil membaca buku.

Jawapan:

A. Adik Damia dan adik Mei Ling makan jagung sambil berbual-bual.

 

Soalan 5 - 7

Pilih ayat majmuk dengan peluasan predikat.

5.
A.
Kunalan membelah kelapa muda.
B.
Ayah Kunalan membelah kelapa muda.
C.
Kunalan membelah kelapa dengan menggunakan parang.
D.
Kunalan membelah kelapa dengan menggunakan parang baharu.

Jawapan:

D. Kunalan membelah kelapa dengan menggunakan parang baharu.
6.
A.
Pekerja itu menjemur ikan bilis di bawah cahaya matahari.
B.
Pekerja Encik Wong mengambil ikan bilis, kemudian memasukkan ikan bilis ke dalam bekas.
C.
Pekerja itu sedang mengambil ikan bilis, kemudian memasukkan ikan bilis itu ke dalam plastik merah.
D.
Pekerja lelaki itu mengambil ikan bilis, kemudian memasukkan ikan bilis itu ke dalam plastik.

Jawapan:

C. Pekerja itu sedang mengambil ikan bilis, kemudian memasukkan ikan bilis itu ke dalam plastik merah.
7.
A.
Sonia ke kedai buku untuk membeli buku cerita.
B.
Adik Sonia ke kedai buku untuk membeli buku.
C.
Sonia dan adiknya ke kedai buku untuk membeli buku.
D.
Puan Sonia yang cantik ke kedai buku untuk membeli buku.

Jawapan:

A. Sonia ke kedai buku untuk membeli buku cerita.

18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - A

Fahami maklumat di bawah dan beri respons berkaitan nanas MD-2.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Nanas MD-2 merupakan nanas yang semakin digemari dewasa ini. Kemunculan buah nanas MD-2 amat ditunggu-tunggu oleh penggemar buah-buahan terutama nanas. Hal ini kerana buah nanas MD-2 mempunyai ____________.


keistimewaan tersendiri. Rasanya yang sangat manis dan tidak memedihkan lidah menjadikan nanas ini amat digemari. Selain itu, buah nanas MD-2 ini mengandungi vitamin C empat kali ganda daripada buah nanas yang lain seperti nanas Moris dan Sarawak. Tidak hairanlah nanas MD-2 mendapat permintaan yang tinggi daripada penjual buah-buahan.


18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan - B

Teliti jadual di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Kursus Penanaman Cili Secara Fertigasi diadakan pada _______________________.

7 Mac 2021

2.

Siapakah yang menganjurkan kursus tersebut?

Kursus tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk.

3.

Nyatakan aktiviti yang dijalankan pada pukul 2:00 petang dan pukul 3:00 petang.

(i) Amali pemindahan anak benih cili.
(ii)  Amalan pembajaan pokok cili

4.

Tulis kebaikan-kebaikan Kursus Penanaman Cili Secara Fertigasi kepada peserta.

(i) Para peserta mendapat pengetahuan tentang teknologi penanaman cili secara fertigasi.
(ii) Para peserta dapat belajar cara-cara untuk menyediakan larutan baja.

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)