Wednesday, October 25, 2023

2023-10-25(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【Unit 16 & 17】

 

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 五年级(S5)16: Berjaya dalam Pertanian dan Penternakan - G - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. 技术人员
    2. 饲养员
    3. 兴趣
    4. 深入
    5. 畜牧业
    6. 推动
    7. 前任
    8. 移居
    9. 虽然
    10. 未来的
    11. 被称为
    12. 牧童
    13. 被迫
    14. 节俭
    15. 收入
    16. 不稳定
    17. 拥有
    18. 大约
    19. (动物、植物)种,品种
    20. 母兽
    21. 企业家
    22. 经营,耕耘
    23. 特性
    24. 娇气
    25. 暴露
    26. 管理费用
    27. 对比
    28. 口味
    29. 糖浆(粉红)
    30. 原本
    31. 鉴于,关于
    32. 批发
    33. 供应者
    34. 销售
  2. 五年级(S5)16: Berjaya dalam Pertanian dan Penternakan - H - Ulasan (Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen)
  3. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - A - Lengkapkan dialog dengan respons yang betul.
  4. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  5. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - C - Bina Ayat.
  6. 五年级(S5)17: Produk Pertanian dan Penternakan - D - Lengkapkan maklumat.



16: Berjaya dalam Pertanian dan Penternakan - G

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Juruteknik Jadi Penternak Kambing Berjaya

 

Minat mendalam terhadap bidang penternakan mendorong bekas juruteknik menjual rumah didiaminya untuk berhijrah ke kampung bagi memelihara kambing.

      Ashraf Ahmad, 44, berkata selain menjual rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan, lapan tahun yang lalu, beliau turut berhenti kerja untuk pulang ke Kampung Kubang Depu, Hulu Besut, meskipun bakal digelar penggembala kambing. Sebagai permulaan, beliau membeli 15 ekor kambing pedaging dan terpaksa hidup berjimat cermat kerana pendapatannya tidak tetap, biasanya di bawah RM 1000 sebulan.

     Kini beliau memiliki kira-kira 80 ekor kambing susu setelah membeli baka induk dengan harga RM 4000 seekor dan anak kambing susu berharga RM 1500 seekor.Ashraf berkata, tidak ramai usahawan yang ingin mengusahakan kambing susu kerana sifatnya yang ‘manja’ dan mudah terdedah kepada penyakit, selain kos pengurusan yang agak tinggi berbanding kambing kampung yang lebih mudah dijaga.

    Dengan memelihara haiwan itu, beliau juga mampu memperoleh kira-kira 20 hingga 30 kilogram susu kambing segar setiap hari, diproses dan dibotolkan dalam lima perisa iaitu susu kurma, sirap bandung, coklat, jagung dan susu asli. Susu berkenaan dijual secara borong kepada pembekal dengan harga RM10 hingga RM15 bagi empat botol bersaiz 250 liter mengikut pakej yang ditawarkan. Beliau kini memasarkan produk keluarannya sehingga ke Kuala Lumpur.

 

1.

Ashraf Ahmad telah menceburkan diri dalam bidang ________________.

penternakan kambing

2.

Berapa ekor kambingkah yang telah dibeli oleh Ashraf pada permulaan beliau menceburkan diri dalam bidang penternakan ini?

Sebanyak 15 ekor kambing telah dibeli oleh Ashraf pada permulaan beliau menceburkan diri dalam bidang penternakan ini.

3.

Mengapakah usahawan kurang berminat untuk menternak kambing susu?

Terdapat usahawan kurang berminat untuk menternak kambing susu kerana kambing susu ini bersifat 'manja' dan mudah terdedah kepada penyakit, selain kos pengurusan yang agak tinggi berbanding kambing kampung yang lebih mudah dijaga.

4.

Nyatakan lima perisa susu kambing yang dihasilkan oleh Ashraf.

Lima perisa susu kambing yang dihasilkan oleh Ashraf ialah susu kurma, sirap bandung, coklat, jagung dan susu asli.

5.

Pada pendapat kamu, apakah sikap yang perlu ada untuk menjadi usahawan berjaya?

Pada pendapat saya, sikap yang perlu ada untuk menjadi usahawan yang berjaya ialah kesungguhan, kerajinan, kecekalan dan bersemangat tinggi.

16: Berjaya dalam Pertanian dan Penternakan - H

Ulasan

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Poster di bawah menunjukkan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen.

Tulis ulasan berdasarkan poster tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Universiti Pertanian Malaysia (UPM) akan menganjurkan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen. Ekspo ini akan diadakan pada 22 hingga 27 Disember 2021.

     Ekspo tersebut akan diadakan dari pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang di Dusun Humphrey dan Kompleks Akademik kerana tempatnya luas dan lapang. Karnival ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, malah dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan haiwan ternakan. Pelbagai program akan diadakan seperti pameran haiwan ternakan, aktiviti menunggang kuda, pameran burung dan ayam, jualan hasil pertanian, klinik pertanian dan jualan oleh pelajar UPM.

    Orang ramai dijemput hadir untuk menjayakan dan memeriahkan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen tersebut.


17: Produk Pertanian dan Penternakan - A

Lengkapkan dialog dengan respons yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Kerepek Ubi Kak Long

 

- rangup dan lemak masin

- tanpa bahan pengawet

- menggunakan ubi yang terpilih dan berkualiti

- digoreng menggunakan minyak yang bersih

- kaya dengan nutrien dan baik untuk kesihatan tubuh

 

 

Maria    : Adik, kakak ada kerepek ubi. Marilah kita makan bersama-sama.

Suzana : Tidak mahu. Saya tidak berminat untuk makan kerepek ubi itu.

Maria    : Jangan begitu. Cubalah dahulu. Ambillah sekeping dan rasa dahulu.

Suzana : Betul kata kakak. Kerepek ini (1)rangup dan lemak masin.

Maria    : Memanglah begitu, kerepek ubi ini dibuat menggunakan (2)ubi yang terpilih dan berkualiti dan digoreng (3) menggunakan minyak yang bersih.

Suzana : Patutlah kakak berminat untuk membeli kerepek ubi ini. Kakak, adakah kerepek ubi ini baik untuk kita makan selalu?

Maria    : Ya, Suzana. Sebagaimana yang kita ketahui, ubi kaya (4) dengan nutrien dan baik untuk kesihatan tubuh dan yang penting kerepek ini tiada  (5) bahan pengawet.

17: Produk Pertanian dan Penternakan - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Banyak orang menternak ayam kampung sebagai sumber pendapatan. Daging ayam kampung dan telur ayam kampung merupakan sumber makanan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Daging ayam kampung berprotein tinggi. Telur ayam kampung pula mengandungi Omega 3, vitamin dan mineral.

      Dahulu, ayam kampung diternak secara bebas. Kini, terdapat usaha-usaha untuk mengkomersialkan penternakan ayam kampung di dalam reban yang bersaiz sederhana. Penternak ayam kampung akan melepaskan ayam mereka untuk mencari makanan. Menjelang senja, ayam kampung akan pulang ke reban. Ayam kampung diproses secara segar sebaik-baik sahaja pembeli membelinya.

 

1.

Mengapakah banyak orang menternak ayam kampung?

Banyak orang menternak ayam kampung untuk dijadikan sumber pendapatan.

2.

Telur ayam kampung banyak mempunyai khasiat. Dua daripadanya ialah mengandungi Omega 3 dan vitamin.

3.

Mengapakah penternak ayam kampung melepaskan ayam mereka?

Penternak ayam kampung melepaskan ayam mereka untuk mencari makanan.

4.

Selain ayam kampung, apakah haiwan lain yang boleh diternak untuk dijadikan sumber pendapatan? Mengapa?

Selain ayam kampung, haiwan lain yang boleh dijadikan sumber pendapatan ialah kambing. Hal ini demikian kerana daging kambing dan susu kambing dapat dijual kepada orang ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat.

17: Produk Pertanian dan Penternakan - C

Bina Ayat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Gambar di bawah tentang suasana di sebuah hotel kucing.

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar tersebut.

1.  Seorang pekerja sedang membersihkan sangkar kucing supaya sangkar itu bersih.

2.  Seekor kucing sedang tidur dengan nyenyak sekali di dalam sangkar.

3.  Seorang pekerja memasukkan seekor kucing yang baru didaftar ke dalam sangkar kosong.

4.  Seorang pekerja wanita sedang memberikan makanan kepada anak kucing yang lapar.

5.  Seorang wanita sedang mengisi borang di kaunter bagi mendaftar kucingnya untuk tinggal di hotel itu.



17: Produk Pertanian dan Penternakan - D

Lengkapkan maklumat.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Baca dan fahami petikan. Kemudian, lengkapkan tempat kosong dengan perkataan atau frasa yang sesuai.

 

20 botol sehari

 

lazat

 

aplikasi Shopee dan Lazada

 

rajin

 

1000 botol

 

dua tahun

 

usahawan wanita yang berjaya

 

Sofea duduk memerhatikan neneknya memasukkan sambal ke dalam botol kaca. Dengan teliti, nenek memasukkan sambal itu agar tidak terkeluar dari mulut botol.

      “Nenek sudah dua tahun mengusahakan perniagaan sambal ini. Mula-mula, nenek buat ikut tempahan pelanggan sahaja. Kemudian, lama-kelamaan sambal itu mempunyai ramai peminat. Daripada 20 botol sehari meningkat kepada 50 botol dan seterusnya 1000 botol sebulan,” cerita nenek kepada Sofea.

      “Hebat sungguh. Memang sambal yang nenek buat ini sangat lazat. Tidak berapa pedas dan berbeza daripada sambal yang dijual di kedai,” puji Sofea.

      “Kalau Sofea hendak tahu, sambal ini resipi turun-temurun keluarga kita. Sambal ini hanya menggunakan ramuan cili kampung, bawang putih, bawang merah dan tomato sahaja. Adakalanya rasa sambal ini tidak sama seperti yang biasa dibuat namun, nenek cuba memasaknya semula sehingga dapat rasanya sama,” terang nenek sambil mengukir senyuman.

     Sofea berasa amat bangga kerana neneknya kini boleh digelar usahawan wanita berjaya di kampungnya. Sambal istimewa neneknya itu telah berada di pasaran Malaysia dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee dan Lazada bagi memudahkan pelanggan membelinya.

 

Nenek Sofea seorang usahawan sambal yang berjaya. Beliau telah menjalankan perniagaan ini selama (1) dua tahun. Hal ini kerana sikapnya yang (2) rajin. Pada permulaan, beliau hanya menjual sambal sebanyak (3) 20 botol sehari dan berjaya menjual (4) 1000 botol dalam tempoh sebulan. Sambal yang dibuat oleh beliau sangat (5) lazat.

      Daripada petikan di atas, kita tahu bahawa nenek Sofea seorang (6) usahawan wanita yang berjaya. Buktinya, sambal itu berjaya dijual di (7) aplikasi Shopee dan Lazada bagi memudahkan pelanggan membelinya.

No comments:

Post a Comment

Y7 - 09 - Sequences and Functions (Oxford)