Tuesday, October 24, 2023

2023-10-24(二)Bahasa Melayu Tahun 4 【Unit 16 & 17】

Buku Teks - Semakan ⇒

  1. 四年级(S4)16. Bangganya Kami - G - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. __________
    2. persepakatan = per__________an
    3. Kita perlu menyambut Hari Kemerdekaan bagi/untuk __________. 
    4. Selain mengibarkan bendera Malaysia dan perbarisan, dua aktiviti lain yang diadakan semasa sambutan Hari Kemerdekaan ialah _____ dan _____. 
    5. i. _____     ii._____     iii._____
  2. 四年级(S4)16. Bangganya Kami - H - Baca petikan di bawah, kemudian lengkapkan maklumat berikutnya.
  3. 四年级(S4)17. Malaysia Tercinta - A - Lengkapkan maklumat secara kronologi berdasarkan petikan.
  4. 四年级(S4)17. Malaysia Tercinta - B - Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    1. Semasa zaman penjajahan, rakyat __________. 
    2. Musuh durjana Malaysia semasa zaman penjajahan ialah __________. 
    3. Wira negara telah _____ dan _____ semasa zaman penjajahan.
    4. Pada pendapat saya, kebebasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selepas merdeka ialah __________.
  5. 四年级(S4)17. Malaysia Tercinta - C - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.
  6. 四年级(S4)17. Malaysia Tercinta - D - Lengkapkan dialog berikut dengan peribahasa yang sesuai. (Tulis maksud peribahasa)


16. Bangganya Kami - G

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos dengan tema-tema yang berbeza pada setiap tahun. Hari Kebangsaan disambut dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti mengibarkan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang, perbarisan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai kepentingan sambutan Hari Kemerdekaan ini diadakan.

Antara kepentingan menyambut Hari Kebangsaan adalah untuk mengenang jasa para pejuang yang sanggup berkorban demi kemerdekaan negara. Malaysia belum tentu mencapai kemerdekaan pada hari ini tanpa pejuang seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, para perajurit dan ramai lagi.

Selain itu, sambutan Hari Kemerdekaan dapat meningkatkan imej negara. Hal ini demikian kerana persepakatan dalam kalangan rakyat dapat dilihat ketika sambutan tersebut. Sambutan ini juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia. Semangat seperti inilah yang telah menjadikan rakyat Malaysia dihormati oleh negara lain.

Kesimpulannya, sambutlah Hari Kemerdekaan dengan penuh rasa cinta terhadap negara kerana terdapat pelbagai kepentingan.

1.

Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan disambut pada ___________________. 31 Ogos

2.

Perkataan persepakatan dalam petikan bermaksud ____________________. permuafakatan

3.

Mengapakah kita perlu menyambut Hari Kemerdekaan?


Kita perlu menyambut Hari Kemerdekaan bagi mengenang jasa para pejuang yang sanggup berkorban demi memerdekakan negara.

4.

Selain mengibarkan bendera Malaysia dan perbarisan, nyatakan dua aktiviti lain yang diadakan semasa sambutan Hari Kemerdekaan.


Selain mengibarkan bendera Malaysia dan perbarisan, dua aktiviti lain yang diadakan semasa sambutan Hari Kemerdekaan ialah nyanyian lagu-lagu patriotik dan kayuhan merdeka.

5.

Senaraikan kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan.


i. untuk mengenang jasa para pejuang yang sanggup berkorban demi kemerdekaan negara.

ii. dapat meningkatkan imej negara.

iii. dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia.

16. Bangganya Kami - H

Baca petikan di bawah, kemudian lengkapkan maklumat berikutnya.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

enlightenedMewakili 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.

enlightenedBercahaya terang benderang dan cemerlang.  enlightenedSuci murni.

enlightenedKedaulatan Raja Berpelembagaan.  enlightenedPerpaduan rakyat berbilang kaum.

enlightenedIslam sebagai agama rasmi.  enlightenedGagah berani.

 

 

 

Simbol

Maksud

1.

Gemilang

 Bercahaya terang benderang dan cemerlang.

2.

Jalur 14

 Mewakili 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.

3.

Bulan

 Islam sebagai agama rasmi.

4.

Warna merah

 Gagah berani.

5.

Warna biru

 Perpaduan rakyat berbilang kaum.

6.

Warna putih

 Suci murni.

7.

Warna kuning

 Kedaulatan Raja Berpelembagaan.


17. Malaysia Tercinta - A

Lengkapkan maklumat secara kronologi berdasarkan petikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

(Jawapan perlu diisi dengan huruf sahaja)

 

 

  1. D
  2. A
  3. E
  4. B
  5. F
  6. C


17. Malaysia Tercinta - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

Negaraku Merdeka

Negaraku telah merdeka

Dahulu rakyat derita setiap masa

Terasa lapar dan dahaga

Dikuasai penjajah bertahun lamanya

 

Negaraku telah merdeka

Dahulu dijajah dan diseksa

Dikhianati oleh penderhaka

Penjajah penderhaka musuh durjana

Negaraku telah merdeka

Berkat usaha wira negara

Berkorban kasih bergadai nyawa

Demi kemerdekaan Malaysia tercinta

 

Negaraku telah merdeka

Nasib rakyat kini terbela

Marilah kita laungkan bersama

Negaraku kini merdeka selamanya

1.

Apakah yang dirasai oleh rakyat semasa zaman penjajahan?


Semasa zaman penjajahan, rakyat menanggung rasa lapar dan dahaga.

2.

Siapakah musuh durjana Malaysia semasa zaman penjajahan?


Musuh durjana Malaysia semasa zaman penjajahan ialah penjajah dan penderhaka.

3.

Apakah yang dilakukan oleh wira negara semasa zaman penjajahan?


Wira negara telah berkorban kasih dan menggadaikan nyawa semasa zaman penjajahan.

4.

Pada pendapat kamu, apakah kebebasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selepas merdeka?


Pada pendapat saya, kebebasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selepas merdeka ialah rakyat bebas melakukan apa-apa sahaja dalam segala hal seperti kebebasan memilih dan bersuara.

17. Malaysia Tercinta - C

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)


  1. Para pemimpin menerima tabik hormat daripada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan. 
  2. Orang ramai yang menyaksikan perarakan sedang mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan. 
  3. Seorang lelaki sedang mengambil gambar semasa acara perbarisan dengan menggunakan kamera digital. 
  4. Seorang budak lelaki didukung oleh bapanya untuk melihat acara perbarisan dan perarakan tersebut. 
  5. Acara perarakan itu turut disertai dengan pertunjukan kereta berhias yang dihias dengan cantik sekali.



17. Malaysia Tercinta - D

Lengkapkan dialog berikut dengan peribahasa yang sesuai.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

  1. ada hati - 对某人或某事件有意思或有所渴望   Keinginan.
  2. buka mata - 1. 开拓视野 2. 使醒悟   1. Melihat dan meluaskan pandangan. 2. Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.
  3. buah fikiran - 意见,看法,思想   Pendapat.
  4. dalam tangan - 在掌握中,的手 Sudah tentu dapat.
  5. ada bakat - 才华横溢,在某一方面有天分 
    Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
  6. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - 有志者事竟成 =Jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
  7. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - 比喻入乡随俗,在哪里居住就遵从那里的风俗习惯 =Menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami
  8. aur dengan tebing - 互相帮助 =Tolong-menolong antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20