Monday, October 23, 2023

2023-10-23(一)Bahasa Melayu Tahun 3 【Unit 16 & 17】

Buku Teks - Semakan 👉 

  1. 三年级(S3)16: Berbudi Kepada Alam - G - Lengkapkan perenggan dengan jawapan yang betul.
  2. 三年级(S3)16: Berbudi Kepada Alam - H - Betulkan kesalahan ejaan,tanda baca dan imbuhan dalam petikan.
  3. 三年级(S3)17: Indah dan Damai - A - Lengkapkan petikan.  📖
  4. 三年级(S3)17: Indah dan Damai - B - Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.  📖
    1. Sang Arnab gembira kerana __________. 
    2. Hutan itu telah __________. 
    3. Hubungan mereka/Sang Kancil dan Sang Arnab __________. 
    4. Mereka berharap __________ dan __________.
    5. Sekiranya air tasik itu tercemar, __________. 
  5. 三年级(S3)17: Indah dan Damai - D - Berikan maksud perkataan tersebut. 📖

Kata Dasar (17)
  1. jelaskan
  2. dikelilingi
  3. berdengkang
  4. ternampak
  5. terapung-apung
  6. permukaan
  7. melompat
  8. terpercik
  9. menghirup
  10. bertuah
  11. ramalkan
  12. berlaku
  13. dikunjungi
  14. bersiar-siar
  15. mematuhi
  16. peraturan
  17. mengotorkan
  18. membuang
  19. sesuka
  20. memetik
  21. merosakkan
  22. pendahuluan
  23. penutup
  24. berseri
  25. beriadah
  26. disediakan
  27. berjalan
  28. menikmati
  29. berasa
  30. membuka
  31. pemandangan
  32. kelihatan
  33. serumpun
  34. sebatang
  35. setandan
  36. sekaki
  37. sebatang
  38. mendongakkan
  39. sekawan
  40. keindahan


16: Berbudi Kepada Alam - G

Lengkapkan perenggan dengan jawapan yang betul.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

 

Bapa Chow Leng membuat rak kasut. Rak kasut itu diperbuat daripada (1)bekas plastik terpakai. Rak kasut itu kelihatan sangat cantik dan berwarna-warni.

        Bapa Chow Leng seorang pencinta alam. Beliau (2)mementingkan penjagaan alam sekitar. Beliau sering menggunakan barang-barang terpakai jika hendak membuat sesuatu produk itu.

        Beliau seorang yang sangat kreatif. Beliau (3)mempelbagai kegunaan barang plastik terpakai. Semua ciptaannya (4)unik dan menarik.

        Chow Leng mengagumi usaha bapanya itu. Bapanya amat perihatin terhadap alam sekitar. Dia juga ingin (5)mencontohi ayahnya untuk menjadi pencinta alam sekitar ini.

16: Berbudi Kepada Alam - H

Betulkan kesalahan ejaan,tanda baca dan imbuhan dalam petikan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

 

1.

Sang Tupai sedang bejalan-jalan di dalam hutan. Dia berjumpa dengan sang pokok yang sedang bersedih. “Sang Pokok,mengapa kamu kelihatan sedih!” tanya Sang Tupai.

“Saya sedih kerana kawan-kawan saya telah ditebang. Mungkin tidak lama lagi saya juga akan mengalami naseb yang sama,” jawab Sang Pokok.

“ Bersabarlah. Mereka sepatutnya mehargai kamu kerana kamu membebaskan oksijen untuk mereka nafas,” kata Sang Tupai.

“ Ya, betul kata kamu. Tetapi mereka lebih mementingkan pengbangunan. Pokok-pokok di hutan banyak yang telah diterbang,”kata Sang Pokok. Sang Tupai bersimpati dengan nasib Sang pokok.

Jawapan:

Sang Tupai sedang berjalan-jalandi dalam hutan. Dia berjumpa dengan Sang Pokokyang sedang bersedih. “Sang Pokok,mengapa kamu kelihatan sedih?” tanya Sang Tupai.

       “ Saya sedih kerana kawan-kawan saya telah ditebang. Mungkin tidak lama lagi saya juga akan mengalami nasibyang sama,”jawab Sang Pokok.

       “ Bersabarlah. Mereka sepatutnya menghargaikamu kerana kamu membebaskan oksigenkepada mereka untuk mereka bernafas,” kata Sang Tupai.

       “Ya, betul kata kamu. Tetapi mereka lebih mementingkanpembangunanPokok-pokok di hutan banyak yang telah ditebang,” kata Sang Pokok. Sang Tupai bersimpati dengan nasib Sang Pokok.





17: Indah dan Damai - A

Lengkapkan petikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang sering dikunjungi para pelancong dari luar negara. Mereka gemar bercuti di kawasan (1pantai seperti di pulau-pulau. Namun begitu, ada juga pelancong yang gemar melancong di kawasan (2)bukit seperti Cameron Highlands. Kedua-dua tempat ini mempunyai persamaan iaitu (3)indah(4)damai dan (5)nyaman.

        Kawasan pelancongan yang berbukit biasanya terletak (6)di tanah tinggi. Kawasan ini biasanya ber(7)suhu sejuk kerana kedudukannya yang agak tinggi. Kawasan ini juga biasanya mempunyai (8)banyak pokok kerana belum diteroka.

        Berbeza pula dengan pantai. Kawasan berpantai biasanya terletak (9)di tepi laut. Pelancong gemar bercuti di kawasan ini kerana mempunyai (10)pasir yang putih dan cantik. (11)Air laut yang jernih juga menjadi tarikan kepada pelancong untuk melihat hidupan di dasar laut.

17: Indah dan Damai - B

Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

 

 

           

 

Pada suatu pagi, Sang Arnab berjalan-jalan di tepi tasik sambil menyanyi-nyanyi. Tiba-tiba, Sang Arnab ditegur oleh Sang Kancil.

        “Amboi, Sang Arnab! Gembiranya kamu hari ini,” tegur Sang Kancil.

        “Oh, Sang Kancil! Saya gembira kerana kawasan hutan kita sudah bersih seperti sedia kala. Tidak ada lagi pembalak-pembalak haram yang datang menebang pokok-pokok balak di sini ,” kata Sang Arnab pula.

        “Betul kata kamu. Tiada lagi bunyi bising gergaji yang menebang pokok. Kita sudah dapat tidur lena sekarang,” tutur Sang Kancil.

        “Sang Kancil, cuba kamu lihat. Tasik ini pun sudah tidak dicemari oleh sisa toksik. Kawan-kawan kita yang tinggal di tasik tidak tertelan air beracun seperti dulu lagi,” kata Sang Arnab.

        “Aku berharap, hutan kita tidak akan diteroka lagi. Jadi kita dapat menghirup udara segar setiap hari,” ucap Sang Kancil pula.

 

1.

Mengapakah Sang Arnab berasa gembira?

Sang Arnab gembira kerana kawasan hutan sudah bersih seperti sedia kala.

2.

Apakah yang terjadi kepada hutan sebelum ini?

Hutan itu telah diteroka oleh pembalak-pembalak haram untuk mengambil kayu balak.

3.

Bagaimanakah hubungan Sang Kancil dan Sang Arnab?

Hubungan mereka sangat baik dan akrab.

4.

Apakah harapan Sang Kancil dan Sang Arnab?

Mereka berharap,hutan ini tidak akan diteroka lagi dan mereka dapat menghirup udara segar setiap hari.

5.

Sekiranya air tasik itu tercemar,apakah yang akan berlaku?

Jika air tasik tercemar,maka semua hidupan di dalam air tersebut akan mati.

17: Indah dan Damai - C

Tulis karangan berdasarkan kerangka.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Sayangi Sungai

1.

Sungai merupakan sumber alam semula jadi. Sungai hendaklah dipelihara daripada sebarang pencemaran. Sungai sangat penting kepada semua hidupan.

Jawapan:

Sungai sangat penting kepada manusia. Mereka menjadikan sungai tempat untuk mencari rezeki. Selain itu,haiwan ternakan juga sering mendapatkan air minuman di sungai. Sungai juga dijadikan lokasi pelancongan, tempat  perkelahan dan juga aktiviti pertandingan sukan air.

        Sungai merupakan khazanah alam yang perlu dihargai. Oleh itu, kita perlu bekerjasama menjaga kebersihan sungai agar sungai sentiasa terpelihara.




17: Indah dan Damai - D

Berikan maksud perkataan tersebut.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Tiada Sistem Pemarkahan)

.

 

 

 

1.

mengalir : bergerak berterusan

2.

indah : cantik, bagus

3.

jernih : boleh dilihat menerusinya

4.

halangan : rintangan

5.

leka lalai

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20