Friday, February 23, 2024

Buku Teks Tahun 4 - Unit 02

BUKU TEKS - SEMKAN ⇒ 


02. Jiran Sepakat - A

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Ariana

:

Tahniah, Alice! Taman perumahan kamu menjadi johan Pertandingan Taman Perumahan Tercantik.

Alice

:

Terima kasih, Ariana. (a) ________________.

Ariana

:

Kawasan taman perumahan kamu memang bersih dan indah. (b) ________________.

Alice

:

Kemenangan ini merupakan (c) ________________.

Ariana

:

Bagaimana penduduk di taman kamu menjaga kebersihan kawasan taman perumahan ini?

Alice

:

(d) ________________.

Ariana

:

Apa aktiviti yang dilakukan semasa gotong-royong tersebut?

Alice

:

(e) ________________.

Ariana

:

Wah, bagusnya! Semua penduduk bersepakat.

Alice

:

Saya berasa sangat bertuah kerana tinggal di kawasan taman perumahan ini.

Alice

:

(f) ________________.

 

1.

Jawapan (a):

Jawapan:

Saya berasa amat gembira dan bangga

2.

Jawapan (b):

Jawapan:

Memang layak taman perumahan kamu memenangi pertandingan itu

3.

Jawapan (c):

Jawapan:

hasil kerjasama semua penduduk di taman ini

4.

Jawapan (d):

Jawapan:

Pada setiap hujung minggu, penduduk di sini akan bergotong-royong

5.

Jawapan (e):

Jawapan:

Kami bekerjasama membersihkan kawasan taman perumahan, membaik pulih kerosakan, mengecat dan menanam pokok

6.

Jawapan (f):

Jawapan:

Sikap penduduk taman perumahan ini harus dipuji dan dicontohi

02. Jiran Sepakat - B

Baca petikan, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan subjektif. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Pengerusi Jawatankuasa Kampung Sepakat mengadakan mesyuarat bersama penduduk kampung. Di dalam mesyuarat tersebut, pengerusi bercadang menganjurkan aktiviti menceriakan balai raya pada hari Ahad.

 

                Pada awal pagi, penduduk kampung telah berkumpul di balai raya. Mereka membawa peralatan seperti cangkul, pongkes, penyodok, penyapu, berus cat dan sebagainya.

 

                Sebelum memulakan aktiviti, ketua kampung telah membahagikan penduduk kepada tiga kumpulan. Ada yang ditugaskan mengecat dinding balai raya, memotong rumput, menanam pokok bunga dan menyapu sampah. Semua penduduk bekerjasama bagai aur dengan tebing.

 

                Tepat pukul 12:00 tengah hari, aktiviti gotong-royong tamat. Semua penduduk menjamu selera sebelum pulang. Mereka berasa gembira kerana balai raya kampung mereka kini menjadi bersih dan ceria.

 

1.

Perkataan bercadang dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan ________________.

Jawapan:

berhajat

2.

Bilakah aktiviti gotong-royong ini diadakan?

Jawapan:

Aktiviti gotong-royong ini diadakan pada hari Ahad.

3.

Apakah peralatan yang dibawa oleh penduduk kampung untuk menceriakan balai raya?

Jawapan:

Mereka membawa peralatan seperti cangkul, pongkes, penyodok, penyapu, berus cat dan sebagainya.

4.

Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu bekerjasama semasa melakukan sesuatu aktiviti?

Jawapan:

Pada pendapat saya, kita perlu bekerjasama semasa melakukan sesuatu aktiviti agar semua kerja dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.

02. Jiran Sepakat - C

Bina ayat.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa program gotong-royong di sebuah taman.

 

1.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

Jawapan:

  1. Encik Lim sedang membersihkan longkang yang dipenuhi tanah supaya air dapat mengalir dengan lancar.
  2. Encik Muthu dan Encik Adam sedang memotong rumput yang panjang menggunakan sebilah sabit yang tajam.
  3. Alvin dan Jasni sedang memegang plastik yang berisi sampah sarap dengan berhati-hati.
  4. Puan Siti dan Puan Lim membawa pongkes yang dipenuhi daun-daun kering untuk dibuang ke dalam plastik sampah.
  5. Beberapa orang wanita sedang menyediakan makanan dan minuman di bawah khemah yang disediakan.

02. Jiran Sepakat - D

Padankan pantun dengan maksud yang sesuai.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

****Jawab soalan berikut dengan abjad.***

1.

Turun ke sungai menahan joran,

Joran dibawa di dalam guni;

Hormat-menghormati sesama jiran,

Barulah hidup aman harmoni.

Jawapan:

C
2.

Anak Pak Samad bernama Julia,

Setelah kahwin tinggal di Kedah;

Tolong-menolong amalan mulia;

Kerja yang sukar menjadi mudah.

Jawapan:

E
3.

Anak semut anak kerengga,

Merayap-rayap di tepi lilin;

Ziarah-menziarahi sesama tetangga,

Hubungan erat mesra terjalin.

Jawapan:

A
4.

Cantik sungguh si rama-rama,

Terbang bebas di pinggir kota;

Pelbagai kaum hidup bersama,

Kekal perpaduan elak sengketa.

Jawapan:

B
5.

Pergi bersiar bersama Tok Ki,

Singgah sebentar di kota lama;

Hindari sikap hasad dan dengki,

Rezeki yang ada dikongsi bersama.

Jawapan:

D

02. Jiran Sepakat - E

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

 

1.

Encik Fahmi memandu  untuk membawa keluarganya bercuti.

 

2.

Puan Anita sekeluarga menaiki feri di  untuk ke Langkawi.

 

3.

Aina membawa  ke Klinik Haiwan Taman Indah untuk mendapatkan rawatan.

 

4.

Penduduk  bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka.

 

5.

Ramai pelancong gemar bercuti di .

 

6.

Amirah sekeluarga menjamu selera di .

7.

Abang membeli beberapa batang pen berjenama  di kedai buku itu.

 

8.

Inspektor Mazlan bertugas di .

 

9.

Adik sedang membaca buku cerita yang bertajuk .

 

10.

 merupakan pensyarah di Universiti Malaya.

02. Jiran Sepakat - F

Ulasan.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Berdasarkan poster tersebut, tulis ulasan tentang Kempen Ceriakan Taman Kita.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Jawapan:

Jawatankuasa Penduduk Desa Cempaka akan mengadakan Kempen Ceriakan Taman Kita. Program ini akan diadakan pada 15 Mac 2020 bersamaan hari Ahad kerana ramai yang tidak bekerja pada hari tersebut.

    Program tersebut akan diadakan dari pukul 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari di Taman Perumahan Desa Cempaka. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut seperti membersihkan sekitar kawasan perumahan, membaik pulih kerosakan, mengecat dan menanam pokok. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menceriakan kawasan perumahan, malah dapat mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan antara penduduk taman perumahan.

    Semua penduduk dijemput hadir untuk menjayakan dan memeriahkan kempen tersebut.

02. Jiran Sepakat - G

Jawab soalan berpandukan petikan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

1.

Di manakah Ariana tinggal?

A.
Sabah
B.
Pahang
C.
Sarawak
D.
Negeri Sembilan

Jawapan:

D. Negeri Sembilan
2.

Mengapakah Ariana berasa gembira?

A.
Kerana telah meninggalkan Sabah selama sebulan.
B.
Kerana dapat mengurangkan kadar jenayah di taman mereka.
C.
Kerana penduduk tamannya saling menghormati walaupun berlainan bangsa.
D.
Kerana dapat menyertai segala aktiviti yang dianjurkan di taman perumahannya.

Jawapan:

C. Kerana penduduk tamannya saling menghormati walaupun berlainan bangsa.
3.

Penduduk Taman Permai Impian melakukan aktiviti seperti _______.

A.
riadah, sukaneka, pertandingan nyanyian dan rumah terbuka
B.
riadah, makan angin, gotong-royong dan rumah terbuka
C.
riadah, sukaneka, menanam bunga dan rumah terbuka
D.
riadah, sukaneka, gotong-royong dan rumah terbuka

Jawapan:

D. riadah, sukaneka, gotong-royong dan rumah terbuka
4.

Bilakah aktiviti meronda dijalankan?

A.
Waktu petang
B.
Waktu pagi
C.
Waktu malam
D.
Waktu senja

Jawapan:

C. Waktu malam
5.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A.
Mei Jing tinggal di Seremban.
B.
Ariana baru berpindah dari Sabah.
C.
Penduduk Taman Permai Impian berbilang bangsa.
D.
Aktitivi yang dilakukan dapat mengeratkan hubungan.

Jawapan:

A. Mei Jing tinggal di Seremban.

02. Jiran Sepakat - H

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

1.

Rinie sekeluarga melancong ke Pulau Pangkor yang terletak di negeri _____.

A.
Perlis
B.
Perak
C.
Johor
D.
Pahang

Jawapan:

B. Perak

 

2.

Encik Adam selalu menjamu selera di _______________ kerana lauk-pauk yang disediakan sungguh enak.

A.
Restoran Warisan
B.
Kedai Buku Sinaran
C.
Hotel Seri Malaysia
D.
Pusat Pakaian Ekonomi

Jawapan:

A. Restoran Warisan

 

3.

Persembahan teater itu diadakan di _________________.

A.
Taman Rekreasi Sentosa
B.
Pasar Raya Giant
C.
Istana Budaya
D.
Pawagam

Jawapan:

C. Istana Budaya

 

4.

Ayah membeli sebuah kereta ______________ baru-baru ini.

A.
Proton Perdana
B.
Panasonic
C.
Samsung
D.
Adidas

Jawapan:

A. Proton Perdana

 

5.

Joel dimarahi gurunya kerana tidak membawa buku teks ____________.

A.
Sang Kancil dan Buaya
B.
Matematik
C.
Berita Harian
D.
The Star

Jawapan:

B. Matematik

6.

Pelbagai artifak dan barang antik dipamerkan di ________________.

A.
Zoo Negara
B.
Taman Buaya
C.
Istana Budaya
D.
Muzium Negara

Jawapan:

D. Muzium Negara

 

7.

Doktor Lew sudah lama bekerja di ____________________.

A.
Universiti Kebangsaan Malaysia
B.
Hospital Besar Seremban
C.
Balai Polis Kuantan
D.
SJKC Chong Hua

Jawapan:

B. Hospital Besar Seremban

8.

Harimau terkenal dengan gelaran __________________.

A.
Sang Jalak
B.
Sang Bedal
C.
Pak Belang
D.
Si Comel

Jawapan:

C. Pak Belang

 

9.

______________ sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah pada hujung minggu.

A.
Jambatan Pulau Pinang
B.
Pasar Raya Midvalley
C.
Muzium Negara
D.
Pantai Klebang

Jawapan:

D. Pantai Klebang

 

10.

__________________ merupakan mercu tanda Kuala Lumpur.

A.
Menara Condong Teluk Intan
B.
Menara Berkembar Petronas
C.
Menara Taming Sari
D.
Menara Telekom

Jawapan:

B. Menara Berkembar Petronas

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20