Wednesday, September 13, 2023

2023-09-13(三)Bahasa Melayu Tahun 5 【Unit 13 & 14】

 

Buku Teks - Semakan 👉

  1. 五年级(S5)13: Cintailah Alam Kita - G - Tulis ayat yang lengkap berdasarkan gambar. (gotong-royong membersihkan sungai) ✍
  2. 五年级(S5)13: Cintailah Alam Kita - H - Karangan (Lengkapkan karangan: Surat Kiriman Tidak Rasmi - langkah-langkah untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid) ✍ Salin karangan yang lengkap.
  3. 五年级(S5)14: Celik Alam Sekitar - A - Lengkapkan dialog.
  4. 五年级(S5)14: Celik Alam Sekitar - B - Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya. (Maksud ✍)
    1. 后果
    2. (疾病)传染/蔓延
    3. 瘟疫
    4. 总计
    5. 医疗废物
    6. 橡胶手套
    7. 口罩
    8. 越来越多
    9. 随心所欲
    10. 关注
    11. 轻视
    12. 被处理的
    13. 灾难
    14. 被消除
    15. 管理
    16. 特定的程序
    17. 被规定的
    18. 有关单位
  5. 五年级(S5)14: Celik Alam Sekitar - C - Baca petikan dan cari maksud perkataan yang diberikan menggunakan kamus. (✍ + maksud BC)
  6. 五年级(S5)14: Celik Alam Sekitar - D - Padankan peribahasa berikut dengan maksudnya. ✍



13: Cintailah Alam Kita - G

Tulis ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

Soalan subjektif. (Tiada Sistem Pemarkahan)

1.

Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan sukarelawan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai.

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

1.  Beberapa orang sukarelawan sedang mengutip sampah di sungai untuk menjaga kebersihan sungai.

2.  Seorang wanita dan anaknya sedang menyapu sampah sarap di tepi sungai menggunakan penyapu.

3.  Dua orang lelaki sedang memasang papan tanda Cintailah Sungai Kita dengan berhati-hati.

4.  Anson dan Zaki sedang menanam pokok berhampiran tebing sungai untuk mengindahkan kawasan tersebut.

5. Seorang lelaki memasukkan sampah yang dikutip ke dalam plastik.

13: Cintailah Alam Kita - H

Karangan

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Lengkapkan surat kiriman rasmi berikut dengan ayat yang betul.

***Jawab soalan berikut dengan abjad.***

 

A

mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar

B

berusaha untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya

C

langkah-langkah untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid

D

semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera

E

gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah

F

disedarkan tentang kesan buruk pencemaran alam sekitar

 

 

122, Jalan Siantan 3,

Taman Siantan,

45000 Kuala Selangor,

Selangor Darul Ehsan.

 

12 Julai 2021.

 

Menemui sahabatku Aira, (1)D semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera.

 

Saudari,

          Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi tentang (2)langkah-langkah untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid. Antara langkah tersebut termasuklah mengadakan (3)E gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat didedahkan dengan aktiviti alam sekitar. Kawasan sekolah juga menjadi bersih dan terjaga.

          Selain itu, Kelab Alam Sekitar sekolah juga boleh mengadakan pelbagai program seperti kem kesedaran, ceramah, dan lain-lain. Dengan wujudnya kesedaran ini, murid-murid akan (4)B berusaha untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya.

          Guru-guru di sekolah juga perlu memberikan tugasan kepada murid-murid seperti (5)A mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan membaca artikel tersebut di dalam kelas. Melalui cara ini, murid-murid dapat (6)F disedarkan tentang kesan buruk pencemaran alam sekitar.

          Setakat ini coretan saya untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada saudari.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

Jennifer


14: Celik Alam Sekitar - A

Lengkapkan dialog.

Isi tempat kosong. (Sistem Pemarkahan Automatik)

Jawab soalan berikut dengan abjad.

A

rumah hijau untuk sayur-sayuran ini membesar dan mengeluarkan hasilnya

B

sebagai bahan kitar semula

C

anak benih ini pasti akan membesar dengan baik dan hidup subur

D

akan selamat daripada gangguan haiwan perosak

E

bebas daripada bahan kimia dan menjimatkan wang

 

Yan Yan

:

Ayah, unik sungguh cara ayah menanam benih sayur-sayuran. Saya tidak sabar untuk melihat pokok ini membesar.

Encik Lim

:

Cuba kamu teka sebab ayah menggunakan botol plastik ini untuk menyemai benih sayur-sayuran.

Mei Ling

:

Saya tahu, ayah. Botol plastik ini ayah gunakan (1) B sebagai bahan kitar semula.

Encik Lim

:

Betul, Mei Ling. Daripada dibuang dan mencemarkan bumi, baik kita gunakan dengan cara berhemah.

Yan Yan

:

Ayah, dengan menggunakan botol plastik ini, anak benih sayur-sayuran yang ditanam (2) D akan selamat daripada gangguan haiwan perosak.

Encik Lim

:

Bukan itu sahaja, (3) C anak benih ini pasti akan membesar dengan baik dan hidup subur.

Mei Ling

:

Ayah, semakin hari anak benih ini akan semakin membesar. Adakah sayur-sayuran ini akan tetap di dalam botol plastik itu?

Encik Lim

:

Tidak, Mei Ling. Ayah akan membina (4) A rumah hijau untuk sayur-sayuran ini membesar dan mengeluarkan hasilnya.

Yan Yan

:

Dengan itu, kita dapat menikmati sayur-sayuran yang segar, (5) E bebas daripada bahan kimia dan menjimatkan wang.


14: Celik Alam Sekitar - B

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Pilih jawapan yang betul. (Sistem Pemarkahan Automatik)

 

Akibat penularan wabak COVID- 19, jumlah sisa klinikal seperti sarung tangan getah, pelitup muka dan apron semakin bertambah. Sisa klinikal ini tidak boleh dibuang sesuka hati kerana akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

      Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, kita perlu sedar akan perkara ini. Kita tidak boleh mengambil mudah terhadap masalah pencemaran akibat pembuangan sisa klinikal. Pencemaran udara, air dan tanah akan berlaku jika sisa klinikal dibuang secara tidak terurus. Keadaan ini menyebabkan pelbagai bencana akan berlaku.

    Oleh sebab itu, sisa klinikal perlu dilupuskan dengan cara yang betul. Pengurusan sisa klinikal perlu dilakukan mengikut prosedur tertentu. Prosedur ini ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

1.

Perkataan seerti bagi prosedur ialah

A.
tatacara.
B.
tataacara.
C.
tatakerja.
D.
tatatertib.

Jawapan:

A. tatacara.
2.

Berikut merupakan sisa klinikal kecuali

A.
sarung tangan getah.
B.
pelitup muka.
C.
polisterina.
D.
apron.

Jawapan:

C. polisterina.
3.

Apakah yang akan berlaku sekiranya sisa klinikal dibuang secara tidak terurus?

A.
Berlakunya pencemaran udara, air dan tanah
B.
Akan menyebabkan banjir kilat
C.
Alam sekitar semakin bersih
D.
Hutan-hutan akan ditebang

Jawapan:

A. Berlakunya pencemaran udara, air dan tanah
4.

Siapakah yang menetapkan prosedur pengurusan sisa klinikal?

A.
Kementerian Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan Malaysia
B.
Kementerian Kesihatan Sekitar dan Jabatan Alam Malaysia
C.
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar
D.
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar

Jawapan:

D. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar
5.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A.
Penggunaan sisa klinikal semakin berkurangan sejak penularan wabak COVID-19.
B.
Pembuangan sisa klinikal secara tidak terurus boleh menyebabkan bencana alam.
C.
Prosedur pengurusan sisa klinikal ditetapkan oleh Perdana Menteri.
D.
Kita tidak perlu mengambil tahu tentang pengurusan sisa klinikal.

Jawapan:

B. Pembuangan sisa klinikal secara tidak terurus boleh menyebabkan bencana alam.


14: Celik Alam Sekitar - C

Baca petikan dan cari maksud perkataan yang diberikan menggunakan kamus.

Jawab soalan-soalan yang berikut. (Sistem Pemarkahan Automatik)

menukar

apa-apa yang tertinggal

saluran

binatang peliharaan

yang telah dipilih

pengotoran

menjadi buruk atau lapuk

 

Kompos ialah baja organik yang dihasilkan daripada sisa makanan, sisa tanaman dan najis ternakan. Bahan-bahan ini akan disimpan hingga mereput.

      Kompos digunakan untuk pertanian kerana dapat menambah kesuburan tanah dengan zat nutrien. Kompos juga dapat memperbaiki struktur dan pengudaraan tanah. Kompos menggantikan baja kimia yang dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.

     Kompos juga berperanan memperbaiki saliran tanah dan menahan lebih banyak air pada tanah liat. Kesimpulannya, penggunaan kompos merupakan sistem pertanian yang mesra alam dan menjadi pilihan para petani pada ketika ini.

 

Perkataan

Maksud

(1)  sisa

 apa-apa yang tertinggal

(2) ternakan

 binatang peliharaan

(3) mereput

 menjadi buruk atau lapuk

(4) menggantikan

 menukar

(5) pencemaran

 pengotoran

(6) saliran

 saluran

(7) pilihan

 yang telah dipilih



14: Celik Alam Sekitar - D

Padankan peribahasa berikut dengan maksudnya.

Padankan jawapan yang betul – Seretkan jawapan ke ruang yang tepat. (Sistem Pemarkahan Automatik)

sangat berani
sentiasa berada dalam keadaan bimbang
bertindak kerana berada di pihak yang benar
melakukan sesuatu tanpa berfikir
ketentuan yang terakhir

tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan

pendiam

1.

lempar batu sembunyi tangan

tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan


2.
membuta tuli
melakukan sesuatu tanpa berfikir


3.
berani seperti singa
sangat berani


4.
bagai berumah di tepi tebing
sentiasa berada dalam keadaan bimbang


5.
diam seperti tunggul
pendiam


6.
berani kerana benar, takut kerana salah
bertindak kerana berada di pihak yang benar


7.
kata putus
ketentuan yang terakhir

KARANGAN - Tahun 5 - 19-20